Anda di halaman 1dari 8

KELUARGA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK

MEI 2023

HDPS2103

KELUARGA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK/

NO. MATRIKULASI : 920719086194001


NO. KAD PENGENALAN : 920719086194
NO. TELEFON : 011-11262897
E-MEL : 38836@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEBERANG JAYA

1
Penglibatan keluarga dan komuniti dalam pembelajaran kanak-kanak berkait rapat dengan
pencapaian akademik seseorang kanak-kanak. Semakin tinggi penglibatan komuniti dan
keluarga terutamanya ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak, maka semakin tinggi juga
kecenderungan peningkatan perkembangan kanak-kanak. Penglibatan keluarga dan komuniti
juga memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah prasekolah dan tabika. Selain itu,
penglibatan keluarga terutamnya ibu bapa dilihat amat penting kerana ibu bapa dan keluarga
merupakan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak di rumah. Manakala komuniti pula
adalah sekolompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat. Dari
keluarga akan terbentunya komuniti. Keluarga merupakan guru pertama bagi kanak-kanak.
Namun apabila mencapai satu tahap umur anak-anak akan di hantar ke prasekolah, tabika
atau taska. Ibu bapa menghantar anak mereka pada waktu pagi sementara guru mengambil
alih, dan kemudian menjemput mereka pada penghujung hari tanpa memikirkan
pembelajaran mereka. Penglibatan keluarga adalah perkara asas yang berlaku dalam institusi
persekolahan kini. Kebiasaanya di Malaysia penglibatan keluarga adalah khusus bagi aktiviti
seperti persidangan ibu bapa-guru, dan laporan kemajuan pelajar. Namun tidak semua ibu
bapa cakna dan memberi komitmen dalam perkembangan kanak-kanak di prasekolah atau
tabika khususnya diperingkat pendidikan awal kanak-kanak

Mengapa keluarga dan komuniti perlu terlibat dalam pendidik awal kanak-kanak?
Pada asasnya, komuniti terbentuk hasil daripada kewujudan keluarga yang terdiri dari ahli-
ahli keluarga tersebut. Keluarga dan komuniti adalah kelompok manusia yang tinggal
bersama dan saling bergantung antara satu sama lain dalam mencapai kehidupan yang lebih
harmoni dan aman. Menurut (Abdullah, 2012) sebuah keluarga mesti mengandungi
suami/bapa, ibu/isteri dan anak-anak/adik beradik. Melalui hubungan tersebutlah ahli-ahlinya
mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas satu sama lain berdasarkan norma, nilai dan
jangkaan- jangkaan sebagaimana yang terkandung dalam budaya dan didokong oleh
masyarakat berkenaan. Oleh itu, keluarga dan komuniti mempunyai kepentingan dalam
penglibatan awal pendidikan awal kanak-kanak. penglibatan keluarga dan komuniti dalam
pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan peluang untuk berjaya. Hal ini kerana,
kanak-kanak akan merasa lebih semangat dalam melakukan aktiviti di sekolah serta
memudahkan penyesuaian sosial kanak-kanak pada peringkat awal disekolah bersama guru
dan rakan-rakan. Hal ini secara langsung meningkatkan pencapaian akademi kanak-kanak
serta membentuk keperibadian dan masyarakat yang bertanggungjawab pada masa akan
datang. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan (Gina Madrigal Sapungan, 2014)

2
‘…parental involvement in their children’s learning not only improves a child’s
morale, attitude, and academic achievement across all subject areas, but it also
promotes better behavior and social adjustment. It further says that family
involvement in education helps children to grow up to be productive,
responsible members of the society. This means that if we involve the parents in
educating their children, it is tantamount to saying that the school is proactive
in implementing changes or development among the students. As parent’s
involvement is increased, teachers and school administrators also raise the chance
to realize quality reform in education.’

Seterusnya kepentingan penglibatan keluarga dan komuniti dalam Pendidikan awal


kanak-kanak ialah dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak terutamanya dari segi
komunikasi, pergaulan dan interaksi antara guru dan rakan-rakan. Hal ini kerana, kanak-
kanak prasekolah yang mengikuti program Pendidikan awal kanak-kanak adalah berusia
sekitar 4 hingga 6 tahun. Oleh itu suasana ini merupakan suasana yang baru bagi kanak-
kanak. Oleh itu penglibatan ibu bapa, keluarga dan komuniti semasa melakukan aktiviti
bersama guru dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak kerana meraka merasa lebih selesa
dan yakin dengan kewujudkan keluarga mereka. kaedah ini telah lama digunapakai di
peringkat Tabika perpaduan di seluruh Malaysia. Tabika perpaduan amat menitikberatkan
penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Antara komuniti
terlibat adalah komuniti rukun tetangga yang secara amnya jelas mencapai objektif
penglibatan ini dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Misalnya ibu bapa dan komuniti rukun
tetangga merangcang bersama guru bagi melaksankan program bercerita sempena bulan
kemerdekaan. Dengan sokongan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak menghafal cerita
dan menyediakan pakaian berdasarkan tema kemerdekaan adalah menunjukkan penglibatan
keluarga dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Manakala sokongan daripada komuniti rukun
tetangga dalam menyiapkan tempat seperti pentas dan membantu guru menyediakan prob
bercerita merupakan [englibatan kimuniti dalam Pendidikan awal kanak-kanak.

Seterusnya ialah penglibatan keluarga dan komuniti dalam Pendidikan awal kanak-
kanak adalah dapat meningkatkan kefahaman kurikulum dan aktiviti di tabika atau
prasekolah. Korikulum yang digunakan di tabika atau prasekolah adalah Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Tidak dapat dinafikan, kemungkinan terdapat segelintir
keluarga dan komuniti masih belum mengetahui mengenai pembelajaran kanak-kanak adalah

3
harus mengikuti garis panduan pembelajaran yang melibatkan enam tunjang dan mencapai
objektif KSPK tersebut. Penglibatan keluarga dan komuniti dalam aktiviti pembelajaran di
prasekolah atau tabika dapat membantu mereka mengetahui tahap perkembangan anak
mereka. Kebanyakan ibu bapa terutamanya yang berada di kawasan pedalaman kurang
memahami akan perkara ini. Masih terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengetahui
bahawa pendidikan awal kanak-kanak seharusnya diberikan kepada anak-anak di awal usia
lagi dalam erti kata lain pendidikan secara tidak formal kerana perkembangan kanak-kanak
berlaku secara berterusan (Paezah Abd. Halim, 2018). Penglibatan dalam aktiviti
pembelajaran ini dapat membantu keluarga dan komuniti dalam memahami berkenaan
kurikulum prasekolah serta membantu mereka melakukan penambahbaikan melalui idea atau
cadangan yang bernas daripada keluarga dan komuniti yang terlibat.

Kepentingan penglibatan keluarga dan komuniti dalam Pendidikan awal kanak-kanak


ialah ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah bersama guru berkenaan anak-anak
mereka. Komunikasi yang baik antara keluarga dan komuniti dapat membantu kanak-kanak
dalam pendidikan mereka. Misalnya, Keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-
anak di prasekolah atau tabika membantu ibu bapa untuk berkongsi sebarang masalah sama
ada berkaitan dengan pembelajaran dan keupayaan kanak-kanak. Secara amnya , seluruh
tabika dan prasekolah di Malaysia akan menyediakan satu medium untuk memudahkan
komunikasi dua hala antara guru dan keluarga kanak-kanak. Misalnya diperingkat tabika
perpaduan dengan adanya hari potensi kanak-kanak. Hari potensi kanak-kanak ini adalah
bertujuan untuk guru-guru berjumpa dengan ahli keluarga kanak-kanak dan menyampaikan
pelaporan pembelajaran murid. Pada Ketika ini. Guru dan ahli keluarga murid akan berkongsi
maklumat mengenai pembelajan dan menyelesaikan sebarang isu berkenaan murid tersebut.
Aktiviti ini berlaku dari masa ke masa iaitu setiap enam bulan sekali. Selain itu di peringkat
tabika perpaduan, ahli keluarga kanak-kanak dan wakil komuniti setempat seperti ahli rukun
tetangga wajib untuk menyertai Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) .JPTP ini
akan diadakan mesyuarat bersama guru dan ahli jawatankuasa setiap tiga bulan sekali. JPTP
ini merupakan Kerjasama antara guru , ibu bapa dan wakil rukun tetangga dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam atau luar kelas. Kaedah ini merupakan satu kaedah
yang baik bagi meningkatkan pembelajaran kanak-kanak.

Penglibatan keluarga dan komuniti dalam Pendidikan awal kanak-kanak dapat


memberi kesan yang baik terhadap perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa strategi
khusus yang perlu digunapakai bagi memastikan matlamat penglibatan ini berlaku.

4
Berdasarkan teori Joyce Epstein, kerjasama yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan
masyarakat. Teori Joyce Epstein juga telah mengetengahkan model penglibatan ibu bapa
yang boleh digunakan sebagai kaedah khusus bagi penglibatan mereka. Pertama ialah kaedah
komunikasi. Pihak prasekolah atau tabika perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan
bersama keluarga dan komuniti. Hal ini kerana kaedah ini merupakah salah satu kaedah bagi
memastikan penglibatan keluarga dan komuniti dalam Pendidikan awal kanak-kanak tercapai.
Misalnya, pihak prasekolah atau tabika menghantar nota rumah dan risalah mengenai
peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di kelas bersama kanak-kanak.
Selain itu, dengan wujudkan hari pontensi , mesyuarat JPTP tiga bulan sekali merupakan satu
alternatif baik memastikan penglibatan mereka dalam pebdidikan awal kanak-kanak.
Berdasarkan zaman teknologi kini, kebanyakkan prasekolah dan tabika akan mewujudkan
kumpulan di aplikasi “whasssap” bagi memastikan komunikasi antara guru dan wakil
keluarga kanak-kanak terus terbina. Dari perspektif penglibatan yang positif, komunikasi dua
hala merupakan kaedah yang berkesan.

Kaedah seterusnya ialah sukarelawan. Pihak prasekolah atau tabika mengalu-alukan


penglibatan keluarga dan komuniti kebiasaannya mengelolakan bantuan ibu bapa di sekolah
atau mewujudkan pasukan sukarelawan untuk membantu pihak sekolah. Aktiviti
kesukarelawanan tersebut melibatkan semua aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan
persekitaran sekolah (Abdullah, 2012). Misalnya keluarga dan komuniti menawarkan
bantuan dengan mempromosi tabika atau prasekolah kepada masyarakat setempat,
menawarkan bantuan bagi menjayakan sesebuah program bersama kanak-kanak dan
sebagainya. Kaedah ini dilihat agak menarik perhatian kerana secara tidak langsung dapat
membuka mata keluarga dan komuniti mengenai Pendidikan awal kanak-kanak .

Seterusnya ialah kolobrasi dengan komuniti. Pihak prasekolah atau tabika perlu
mewujudkan kerjasama dengan komuniti dan juga masyarakat setempat. Misalnya aktiviti
lawatan sambil belajar, penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti ini dapat memudahkan
guru dan kanak-kanak dalam pelbagai segi. Antaranya komuniti dapat membantu guru
mencari pengangkutan, menyertai guru dan kanak-kanak dalam lawatan dan banyak lagi.
Kerjasama ini perlu membawa kebaikan kepada pihak yang terlibat supaya kebaikan tersebut
dapat dinikmati dan dicapai bersama-sama.

Kesimpulanya, penglibatan keluarga dan komuniti dalam aktiviti pembelajaran kanak-


kanak adalah amat penting. Penglibatan keluarga terutamanya ibu bapa di peringkat

5
prasekolah atau tabika sangat mempengaruhi dalam aktiviti Pendidikan awal kanak-kanak.
Penglibatan ini secara tidak langsung membolehkan keluarga dan komuniti menjadi pendidik
di rumah melalui penglibatan diri mereka terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak. Hal ini
kerana, setiap kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan dan dengan penglibatan keluarga
dan komuniti ini, mereka akab sedar bahawa Pendidikan awal kanak-kanak itu bermula
seawal dirumah. Oleh itu, penglibatan keluarga dan komuniti ini secara tidak langsung dapat
membuka mata semua pihak mengenai kesan positif yang akan dicapai dalm Pendidikan awal
kanak-kanak. Penglibatan keluarga dan komuniti adalah bertujuan untuk memupuk
komunikasi tentang prestasi kanak-kanak serta menyokong sebarang aktiviti yang
melibatkan kanak-kanak. dan menyokong pembelajaran secara kolaboratif,penglibatan
keluarga yang saksama menggambarkan keadaan di mana semua jenis keluarga adalah positif
terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka.

6
BAHAGIAN 2

7
Rujukan

Abdullah, D. F. (2012). KONSEP KELUARGA DAN ISI RUMAH. Malaysia : Akademia .

Ball, A. &. (2008). Improving Services for Young Children. London: Scientific Research.
Gina Madrigal Sapungan, R. M. (2014). Parental Involvement in Child’s Education:
Importance, Barriers and Benefits. Asian Journal of Management Sciences &
Education , 43.
Jamal, S. N. (2022). Teori Model Kreativiti. Malaysia: Academic.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. (2003). Pembangunan Perisian
Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. selangor: Venton Publishing (M) Sdn.
Bhd.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan .
Masukidar, M. K. (2010). Faktor genetik dan persekitaran Mempengaruhi Perkembangan
Kreativiti Kanak-Kanak. Malaysia: SCRIBD.
Paezah Abd. Halim, F. Y. (2018). KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM
AKTIVITI. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai