Anda di halaman 1dari 14

Pencerita

Pada suatu hari Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buahbuahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Kura-kura, Tupai, dan Burung. Sedang asyik mereka makan buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Monyet yang sangat lapar

Monyet
Tolong, tolong, saya sangat lapar. Sudah lama saya tak makan Boleh kamu beri sedikit buahbuahan untuk saya (sedih)

Pencerita
Kancil ,Kura-kura, burung dan tupai berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Monyet seperti itu.

Kancil
Baiklah Monyet, ambillah buah ini.

Monyet
Terima kasih Kancil, Kurakura,tupai dan burung.

Pencerita
Monyet Nampak banyak pokok buah-buahan. Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak pokok cili yang banyak dengan cilicili yang merah menyala.

Monyet
Aku mahu itu, aku mahu itu! (jerit)

Kura-kura
Jangan Monyet, nanti akan rasa pedas

Burung
Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain

Monyet
Ah, Aku mahu buah itu juga

Tupai
Jangan monyet, nanti kau akan sakit.

Pencerita
Monyet tidak peduli katak-kata haiwan lain. Dia mengambil cili-cili yang merah itu dan terus memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit

Monyet
Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!

Pencerita
Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil ,Kura-kura , Tupai dan burung menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Anda mungkin juga menyukai