Unggas menikmati keindahan alam semula jadi. Di alam inilah tinggalnya Sang Kancil yang bijaksana dengan sahabat karibnya kura-kura. Mereka hidup aman damai, bebas bergembira, tolong-menolong dan bekerjasama di taman peliharaan mereka. Tinggal juga seekor monyet yang sungguh lincah si monyet bergayutan ke sana ke mari megah dengan kebolehannya. Awas monyet! Jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain. Sedang leka Si monyet bergayutan, dia melihat di sekelilingnya terdapat pelbagai buah yang ranum. Siapa punya agaknya? fikir Si Monyet. Oh rupanya Sang kancil dan kura-kura. Sungguh rajin mereka bekerja. Sedang sang kancil dan kura-kura bekerja mereka terdengar akan suara minta tolong.Tolong.. tolong.. sudah empat hari aku tak makan. Kasihanilah aku. Berikanlah aku sedikit makanan. Menangis si monyet. Kasihannya empat hari tak makan. Kata Kancil. Baikla monyet ambil sajalah apa yang kamu hendak dari taman kami ini. Makanlah sepuas hati engkau, monyet. Mendengarkan kata-kata Sang Kancil, Si Monyet melompat keriangan sambil matanya melilau melihat sekeliling taman milik Si Monyet dan Kura-kura. Lalu si Monyet terpandang akan sepohon pokok yang kemerahan buahnya iaitu pokok lada. Tanpa segan silu, si Monyet melompat-lompat mahukan lada yang disangka buah yang ranum lagi enak. Aku nak itu.. aku nak itu.. Melompat-lompat Si Monyet keriangan . Tak boleh monyet, kita tak boleh makan buah itu. Kata Sang Kancil pula.Aku tidak peduli, aku nak juga Lalu berlarilah monyet kearah pokok lada tersebutJangan monyet... Sang Kancil cuba menghalang, namun
Bina ayat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberikan. tinggal hutan aman damai kerjasama ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________