Anda di halaman 1dari 2

HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET

Nyamannya suasana rimba di pagi hari. Mergastua bergembira menikmati


keindahan alam semula jadi. Tiupan angin yang mendamaikan dan memberi
ketenangan kepada setiap haiwan di rimba itu.
Di alam inilah tinggalnya sang kancil yang bijaksana dengan sahabat karibnya kurakura. Mereka hidup rukun damai, bebas bergembira, tolong-menolong dan
bekerjasama di taman peliharaan mereka. Terdapat pokok mangga, pokok rambutan
dan sebagainya. Mereka antara haiwan yang rajin untuk bercucuk tanam dalam
rimba itu.
Pada suatu hari, sedang mereka berdua bercucuk tanam kelihatan seekor monyet
berdekatan kawasan taman peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh lincah si
monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan kebolehannya. Awas, monyet!
jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain. Monyet degil dan terus bergayut
dan membuat kacau kepada haiwan- haiwan lain.
Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan memerhatikan sesuatu, apa pula yang
dilihatnya? Ranumnya buah-buahan di sini. siapa punya agaknya? kata monyet.
Oh, rupanya sang kancil dan kura-kura. Balas monyet sendiri selepas melihat sang
kancil dan kura-kura yang ada di situ. Begitu rajin mereka bekerja. bukan seperti
engkau monyet getus hati monyet sendiri. Monyet mempunyai rancangan untuk
mengganggu Kancil dan Kura kura lalu memulakan rancangannya itu.
Lantas itu, monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura sambil memegang
perutnya. eh, ini mesti ada apa-apakan monyet? Tolong, tolong! dah empat hari aku
tak makan. Tolonglah, berikan aku sedikit makanan. kasihanlah aku. Monyet
berpura-pura sakit di depan dua sahabat baik itu.
Sang kancil dan kura-kura saling berpandangan, lalu sang kancil berkata,
kesiannya, empat hari tak makan. Baiklah monyet. Ambil sajalah apa yang engkau
nak dari taman kami. Makanlah sepuas hati engkau monyet. Sang kancil yang
begitu prihatin dengan kesakitan yang dihadapi monyet menghulurkan bantuan.
Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura. Ujar monyet setelah berjaya
memperdaya sang kancil dan kura-kura. Monyet memerhatikan taman peliharaan
Kancil dan kura kura kemudian tertarik dengan satu pokok.
Aku nak itu, aku nak itu! pinta monyet dalam nada mendesak, sambil jarinya
menuding ke arah pokok cili yang nampak menarik itu. Eh, tak boleh monyet. kita
tak boleh makan buah tu. larang sang kancil sambil dibantu kura-kura di
sebelahnya. Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga, kata monyet dengan
tamaknya walaupun sudah dilarang oleh Kancil dan kura kura.

Monyet yang tamak dan degil itu masih juga berkeras mahu mengambil cili itu untuk
dimakannya. Jangan monyet, jangan! belum pun sempat kancil menghabiskan
ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu memakannya beberapa batang sekali
gus. Apa lagi, terasa berapi dan merah muka monyet akibat kepedasan yang
melampau. Ha, rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak
menerima nasihat orang. Ujar kura-kura yang geram melihat kedegilan monyet.
Selang beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-siar di taman
peliharaan mereka. Apa khabar pula dengan si monyet? bicara sang kancil kepada
kura-kura. Kasihan, ingat-ingat monyet. jangan diulang lagi." Kata kura-kura yang
terlihatkan monyet yang masih berada di situ.

Anda mungkin juga menyukai