Anda di halaman 1dari 7

SANG MONYET YANG DEGIL

Salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia


saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk


“Sang Kancil yang Dengil”.

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-


buahan dan sayur-sayuran bersama rakannya Sang Kura-Kura.

Mereka menikmati keindahan kebun mereka yang ditanam dengan


pelbagai tanaman.

Sedang asyik mereka menikmati keindahan di kebun,


tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat sedih dan lapar
sekali.

Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah


beberapa hari aku tak makan.
Bolehkah kamu berdua berikan sedikit buah-buahan
untuk aku makan? Kata Sang Monyet.

Sang Kancil dan Sang Kura-Kura berasa amat sedih dan kasihan
melihat keadaan Sang Monyet seperti itu.
“Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kamu
mahu.” Kata Sang Kancil.

“Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura.” Balas


Sang Monyet dengan gembira.

“Makanlah sekenyang yang kau mahu Monyet.” Kata


Sang Kura-kura.

Tanpa berlengah lagi Sang Monyet pun pergi ke pokok rambutan


lalu memakannya dengan lahap sekali.
Sang Monyet makan dan membuang kulit rambutan sesuka hati.

“Monyet janganlah kau membuang kulit rambutan


sesuka hati, bersepahlah kebun aku nanti.” Kata Sang
Kancil.

Kata Sang Kura-Kura pula ”Ialah monyet, buanglah


kulit rambutan di dalam bakul ini”

Ah! Aku tak peduli, ini bukan kebun aku!


Jangan ganggu akulah aku mahu makan semua
buah-buahan yang ada di sini.

Sang Monyet tidak mempedulikan kata-kata Sang Kancil dan Sang


Kura-Kura.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya,
mulalah Sang Monyet berasa tamak.
Tiba-tiba dia ternampak pokok cili yang merah menyala.

Ah! Aku mahu itu! aku mahu itu!


Teriak Sang Monyet.

Eh! Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung


pedihnya.
Halang Sang Kura-Kura.

Ah, ah, betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain.


Sokong Sang Kancil.

Ah! aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga!


kata Sang Monyet

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kura-Kura dan Sang


Kancil,
Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili.
Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus
memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, Ah! Pedas!!!, Ah!


pedas!!!
air, air, mana air, aku nak air, mana air?
Pedasnya!!!",
Muka sang monyet kelihatan begitu merah dan terus berlari
meninggalkan tempat itu untuk mencari air bagi menghilangkan
pedas di lidahnya itu,

Sang Kancil dan Sang Kura-kura melihat gelagat Sang Monyet


itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Rakan-rakan sekalian, pelajaran daripada cerita ini ialah


kita haruslah mendengar nasihat orang lain dan janganlah
berdegil.

Sekian, terima kasih.


Original:
SANG MONYET YANG DEGIL

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-


buahan dan sayur-sayuran bersama rakannya Sang Kura-Kura.

Mereka menikmati keindahan kebun mereka yang ditanam dengan


pelbagai tanaman.

Sang Kancil : Tengoklah kebun kita ini Kura-kura, sungguh indah


sekali.

Sang Kura-Kura : Ialah, Kancil, Tengok tu banyak tanaman kita


sedang berbuah. Ada buah rambutan, buah jambu, buah manggis,
terung, cili, lobak merak, kacang panjang dan timun.

Sedang asyik mereka menikmati keindahan di kebun, tiba-tiba


datang Sang Monyet yang kelihatan amat sedih dan lapar sekali.

Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak
makan. Bolehkah kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk
aku makan? Kata Sang Monyet.

Sang Kancil dan Sang Kura-Kura berasa amat sedih dan kasihan
melihat keadaan Sang Monyet seperti itu.

“Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kamu mahu.” Kata Sang
Kancil.

“Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura.” Balas Sang Monyet


dengan gembira.

“Makanlah sekenyang yang kau mahu Monyet.” Kata Sang Kura-


kura.
Tanpa berlengah lagi Sang Monyet pun pergi ke pokok rambutan
lalu memakannya dengan lahap sekali.
Sang Monyet makan dan membuang kulit rambutan sesuka hati.

“Monyet janganlah kau membuang kulit rambutan sesuka hati,


bersepahlah kebun aku nanti.” Kata Sang Kancil.

Kata Sang Kura-Kura pula, :”Ialah monyet, buanglah kulit rambutan


di dalam bakul ini”

Sang Monyet : Jangan ganggu akulah kura-kura. aku mahu makan


semua buah-buahan yang ada di sini.

Sang Kura-Kura : Kami tidak marah kau nak makan semuanya tapi
tolonglah jaga kebersihan kebun kami ini. Sang Kancil : Kesianlah
kami Monyet, penat kami membersihkan kawasan kebun ini supaya
sentiasa bersih dan cantik. Kau makanlah elok-elok.

Sang Monyet : Ah! aku tidak kira aku nak makan semua buah-
buahan ini. Aku tidak peduli ini bukan kebun aku. Kau jangan bising
lah Kancil aku hendak makan buah ini.

Sang Kancil : Jangan begitu Monyet. Kami sudah beri kau makan di
kebun kami. Kami hanya mahu kamu menjaga kebersihan kebun
kami ini.

“ Betul tu Monyet, kami hanya mahu kau ada sikap tanggungjawab


untuk membersihkan sampah yang kau buat tadi. Kalau kau biarkan
kawasan kebun kami menjadi kotor dan tidak bersih.” Kata Sang
Kancil.

Sang Monyet tidak mempedulikan kata-kata Sang Kancil dan Sang


Kura-Kura.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya,
mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak pokok
cili yang merah menyala.
Ah! Aku mahu itu! aku mahu itu! Teriak Sang Monyet.

Eeh, Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya.


Halang Sang Kura-Kura.
Ah, ah, betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain. Sokong Sang
Kancil. Ah! aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga. Kata Sang
Monyet.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kura-Kura dan Sang


Kancil, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik
cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan
gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, Ah! Pedas!!!, Ah! pedas!!!


air, air, mana air, aku nak air, mana air? Pedasnya!!!",

Muka sang monyet kelihatan begitu merah dan terus berlari


meninggalkan tempat itu untuk mencari air bagi menghilangkan
pedas di lidahnya itu,

Sang Kancil dan Sang Kura-kura melihat gelagat Sang Monyet itu
sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Sang Kura-Kura : Kesian Monyet tulah balasannya sebab tidak


mendengar kata. Sang Kancil : Monyet..Monyet kami sudah cakap
buah itu tidak boleh dimakan tapi kau degil. Sang Monyet : Maafkan
aku Kura-Kura…Maafkan aku Kancil. Lain kali aku dengar cakap
kamu berdua. Nanti aku bersihkan semula kebun kamu ini sebagai
hukuman kerana bersikap degil. Sang Kancil : Baiklah Monyet kami
akan membantu kamu. Jangan buat lagi perangai buruk kamu itu.
Semenjak daripada peristiwa itu, Sang Kancil, Sang Kura-Kura dan
Sang Monyet menjadi sahabat baik. Mereka bersama-sama
menjaga kebersihan kebun untuk mengekalkan keindahan alam.

Anda mungkin juga menyukai