Anda di halaman 1dari 10

KISAH

MONYET YANG DEGIL


Pada suatu hari sang kancil sedang berjalan-
jalan di kebun buah-buahan bersama
rakannya sang Kura-kura.
Sedang asyik mereka menikmati buah-
buahan di situ, tiba-tiba datang seekor
monyet yang kelihatan amat kelaparan
sekali.
"Tolong, tolong, aku amat lapar. Sudah
beberapa hari aku tidak makan", kata monyet
dengan sedih.
"Bolehkah sekiranya kamu berdua berikan
sedikit buah-buahan untuk aku makan?” rayu
monyet.
Kancil dan kura-kura amat kasihan terhadap
monyet yang kelihatan sangat lapar itu.
"Baiklah monyet, ambillah apa saja yang kau
mahu", kata kancil
Melihatkan pepohon buah-buahan yang
merimbun di hadapannya, mulalah monyet
berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan
pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang
merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak monyet
"Jangan monyet, nanti kau yang menanggung
pedihnya", tegah kura-kura. " Betul tu monyet,
pilihlah buah yang lain", sokong kancil.
Tanpa mempedulikan amaran
kancil dan kura-kura, monyet
terus memetik cili-cili yang merah
menyala itu dan terus
memakannya dengan gelojoh.
Tiba-tiba monyet menjerit,
"Pedas!!! Pedas!!! air, air, mana
air, pedas!!”,
Dengan muka yang merah kerana menahan
pedas, monyet terus berlari mencari air bagi
menghilangkan pedas di lidahnya itu,
manakala sang kancil dan kura-kura
menggeleng-gelengkan kepala mereka.
Pengajaran :

Sikap tamak dan tidak mendengar kata


selalu membawa keburukan.

Anda mungkin juga menyukai