Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI MENDAKI BUKIT BENDERA

Aktiviti mendaki Bukit Bendera merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam Persatuan Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani Semester 6. Aktiviti ini dijalankan bagi mendedahkan pelajar-pelajar kepada aktiviti yang lasak dan mencabar serta menguji ketahanan fizikal pelajar. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar PISMP Pendidikan Jasmani semester 6 yang terlibat dalam Persatuan Sukan Rekreasi. Seawal jam 7.00 pagi kami telah berkumpul dan bertolak ke Bukit Bendera. Setibanya kami di sana, kami diberikan sedikit taklimat berkaitan dengan keselamatan semasa mendaki Bukit Bendera. Senaman ringan juga turut dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan semasa mendaki bukit. Sepanjang perjalanan, pelbagai flora dan fauna dapat kami lihat dan dengar. Setelah hampir 3 jam kami mendaki, kami sampai di puncak Bukit Bendera. Di sana, kami dapat melihat permandangan yang sangat menarik dan menyejukkan mata. Kami berehat sebentar sebelum berjalan-jalan di sekitar Bukit Bendera. Pelbagai tempat menarik dapat kami lihat di puncak Bukit Bendera ini. Terdapat juga surau yang dapat digunakan kami untuk solat zohor dan kedai makan bagi mengisi perut setelah penat mendaki bukit. Tepat jam 2.30 petang, kami mula menaiki keretapi untuk menuruni Bukit Bendera. Pengalaman yang dirasai ini amatlah menyeronokkan. Setelah tiba di kaki bukit, kami bergerak pula ke Air Terjun yang berdekatan dengan Bukit Bendera. Kami merendamkan kaki bagi memberi kesegaran kepada kaki setelah penat mendaki bukit. Terasa segar apabila dapat merendam kaki ke dalam air yang sejuk. Setelah hampir sejam berada di sana, kami pun bergerak ke tempat-tempat lain pula seperti Penang Road, Queensbay dan tempat-tempat yang menarik berada di sekitar Pulau Pinang. Setelah melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Pulau Pinang, akhirnya kami pun bertolak pulang ke IPG kampus Tuanku Bainun. Terasa penat tapi pengalaman yang diperolehi sangatlah berguna dan bermakna kepada kami, ahli-ahli

persatuan Sukan Rekreasi ini. Diharap aktiviti yang dijalankan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal tetapi dapat juga mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar serta memberikan pengalaman yang cukup bermakna.

Disediakan Oleh :

.. ( Setiausaha Aktiviti Persatuan Pengurusan Rekreasi Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG kampus Tuanku Bainun. )

Anda mungkin juga menyukai