Pada tahun pengajian ini ,pihak institut pendidikan guru telah menawarkan mata
pelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga kepada semua guru
pelatih KPLI semester 1. Bagi kali ini, kami perlu mengikuti olahraga ini pada setiap hari
Isnin dari pukul 3:30pm hingga 5:30pm bersama 1 unit yang lain iaitu TESL. Saya diajar
oleh pensyarah En. Yunus Bin Yusof
Kekuatan:
Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil olahraga ini dapat membantu
saya meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti
olahraga ini, saya mempelajari cara – cara mengajar dan melatih pelajar untuk
mengikuti sesuatu acara balapan dan acara padang atau lebih dikenali sebagai
olahraga. Saya dapat mempelajari latihan - latihan ansur maju yang boleh membina
kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu olahraga. Di samping itu, saya
juga dapat mempelajari cara untuk mengukur dan membina balapan di padang rumput
ataupun lebih dikenali sebagai penyediaan trek. Sepanjang sesi olahraga ini, saya juga
telah mengetahui cara-cara pengelolaan sesuatu acara sukan mahupun acara
merentas desa dengan mengikuti prosedur yang betul dan selamat.
Kelemahan:
Selain itu, salah satu aktiviti yang kami perlu rancang dan laksana mengikut
proforma kursus ini adalah, acara Merentas Desa dan Sukan Tahunan. Saya diminta
membuat kerja kursus pendek dengan tiga orang ahli kumpulan yang lain untuk
merancang satu aktiviti acara balapan atau acara padang ini di sekolah. Setelah
perbincangan kami mula menyediakan kertas kerja. Dalam pengurusan acara olahraga,
saya menghadapi masalah kesuntukan masa kerana saya juga mempunyai beberapa
kerja kursus yang lain yang memerlukan saya dalam ruang masa yang singkat. Selain
itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam mencari maklumat kerana internet di
kampus dan di tempat kediaman saya selalu mempunyai masalah untuk
mengaksesnya disebabkan wireless yang tidak stabil. Selain itu, saya kurang
berkemahiran dalam pengurusan olahraga sebelum ini, maka memerlukan masa yang
panjang untuk belajar dan memahami teknik pengurusan yang betul.
Peluang:
Saya telah ditugaskan sebagai jurubahasa pada kejohanan olahraga ini iaitu
memaklumkan hadirin nama dan nombor-nombor peserta yang mengambil bahagian
bagi acara, dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan seperti komposisi saringan.
Keputusan bagi acara juga dihebahkan segera yang boleh selepas menerima
maklumat-maklumat tersebut.
Selain itu, saya juga menyertai pembarisan untuk rumah kuning yang bertajuk
“INSPIRA” dan menghiaskan ahli-ahli pembarisan serta menghiaskan rumah Inspira.
Dalam perhiasan rumah “INSPIRA”, kami sedaya upaya mencari bahan untuk
menghiasi rumah kuning kami. Saya dan rakan-rakan serumah saya membuat bahan
perhiasan sehingga larut malam. Terdapat juga kesedihan bahawa, ada di kalangan
rakan yang tidak bekerjasama membantu kami menyiapkan bahan. Pada hari yang
terakhir, Rumah Inspira telah memenangi tempat pertama dalam perhiasan rumah dan
tempat kedua dalam keseluruhan kejohanan. Saya amat terharu kerana kemenangan
ini adalah hasil daripada kerjasama antara semua ahli-ahli bukan sahaja dari unit KPLI
malah dari seluruh IPG yang melibatkan diri dalam kumpulan “INSPIRA”. Semangat ini
yang dapat menjayakan aktiviti yang dijalankan. Semasa pengumuman untuk
kejohanan ini, seluruh ahli Inspira memberikan respon yang amat menggalakkan dan
menggembirakan. Saya berasa amat gembira dan terharu dapat menyertai kejohanan
olahraga ini dari permulaan sehingga saat yang terakhir. Kejohanan olahraga ini telah
membawa kenangan yang manis .
Cadangan Penambahbaikan: