Anda di halaman 1dari 3

Huraikan apa yang anda faham tentang pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga, dan unit beruniform di IPG

Kampus Rajang. Maklumat anda termasuklah penglibatan diri anda serta sejauh mana ilmu yang anda dapat semasa di IPG Kampus Rajang memberi keyakinan untuk anda semasa menjalani praktikum yang lepas. Pengurusan kokurikulum di IPG Kampus Rajang merupakan satu ilmu yang perlu diterapkan bagi seorang guru sebelum melangkah ke sekolah kelak. Pengurusan kokurikulum ini bukan sahaja bersukan atau berpesatuan sahaja, malah subjek ini membantu saya mengetahu perkara-perkara yang tidak saya ketahui di dalam pengurusan kokurikulum seperti merasai sendiri bagaimana menguruskan mini olahraga. Apa yang saya faham, pengurusan kokurikulum ini adalah memberi pendedahan awal kepada saya di dalam menguruskan kokurikulum seperti olahraga, sukan permainan dan unit beruniform. Pendedahan ini termasuklah, menyediakan kertas kerja, menguruskan hari sukan, mengetahui tentang peraturan-peraturan dalam setiap kokurikulum tersebut dan merasai sendiri pengalaman menganjurkan sendiri mini olahraga dan perkhemahan unit beruniform. Aktiviti yang dianjurkan pihak IPG Kampus Rajang telah memberi manfaat, idea dan pengalaman bagi saya di dalam pengurusan kokurikulum ini. Contohnya dalam olahraga, saya banyak belajar dan mengetahui teknik-teknik seperti permulaan larian, ukuran padang, peraturan-peraturan dan sebagainya yang sebelum ini tidak saya ketahui walaupun saya merupakan atlet sekolah dahulu. Kokurikulum merupakan gerak kerja yang bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran. Di IPG Kampus Rajang, bidang kokurikulum adalah satu bidang yang wajib diambil bahagian oleh semua pelajar. Di sini, penglibatan semua pelajar dalam bidang kokurikulum adalah sangat perlu berasaskan tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan antara mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pengurusan kokurikulum di IPG Kampus Rajang telah dirancang dengan baik dan teratur. Pelajar yang mengikuti latihan perguruan di sini adalah diharuskan untuk menglibatkan diri dalam tiga aktiviti kokurikulum iaitu olahraga, unit beruniform dan sukan permainan. Pendedahan awal yang diberikan kepada guru pelatih ini dapat membantu guru pelatih dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum semasa di sekolah

nanti dan daripada aktiviti yang dijalankan dapat memberi kecergasan dan lebih mendisiplinkan guru pelatih. Guru pelatih juga diberi pengetahuan untuk

mengendalikan aktiviti dalam bidang kokurikulum masing-masing. Sepanjang 1 semester menjalani Kursus Perguruan di IPG Kampus Rajang, saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan.Kami telah diberi peluang untuk membuat pilihan dalam dua unit berunform iaitu Pengakap atau Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan sukan permainan iaitu bola tampar dan bola jaring. Di sini, saya telah melibatkan diri dalam olahraga, unit beruniform pengakap dan sukan permainan bola jaring. Aktiviti ini dijalankan seminggu sekali iaitu pada hari Isnin diadakan perjumpaan olahraga, hari Rabu perjumpaan unit beruniform pengakap dan hari Khamis pula perjumpaan sukan permainan bola jaring.

Unit Beruniform Pengakap telah banyak memotivasikan diri saya daripada segi mempertingkatkan disiplin iaitu tidak kira dalam berpakaian mahupun disiplin diri ketika berkawad. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam aktiviti unit beruniform. Contohnya semasa perhimpunan pagi yang diadakan pada setiap hari rabu. Di sini, kami telah diarahkan berkumpul sebelum pukul 7 pagi. Oleh itu, aktiviti ini dapat memupuk nilai kepada saya agar menepati masa di samping mendisiplinkan diri saya dalam berpakaian. Dalam aktiviti olahraga pula, saya telah mempelajari kemahiran-kemahiran dalam acara padang dan acara balapan. Kami juga telah diarahkan untuk menganjur sukan mini peringkat IPG. Di sini saya telah mempelajari cara untuk mengendalikan sukan mini. Manakala dalam sukan permainan pula, saya telah mempelajari banyak kemahiran untuk sukan bola bola jaring. Terdapat banyak juga aktiviti yang mencabar kepada saya dalam sukan permainan bola jaring seperti kemahiran menjaring. Semua aktiviti yang dijalankan telah dilaksanakan dengan baik dan berjaya di atas bimbigan guru penasihat yang amat berkaliber. Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang diadakan, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ini amat memberi keyakinan kepada saya untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah semasa saya menjalani praktikum. Segala kemahiran yang saya pelajari di IPG Kampus Rajang saya praktikkan semasa

praktikum dan ia amat berguna dan membantu ketika saya mengendalikan aktivitiaktiviti yang saya rancang untuk para pelajar. Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, saya telah melibatkan diri dalam Sukan dan Permainan Bola Jaring. Saya telah merancang aktiviti berdasarkan pengetahuan yang saya pelajari semasa di IPG Kampus Rajang. Di sini, saya dapat membuktikan yang saya mempunyai keyakinan yang tinggi semasa menjalani praktikum kerana saya dapat mengendalikan aktiviti dengan jayanya dan saya dapat melihat keaktifan dan keseronokan para pelajar untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang dan diadakan. Contohnya, semasa mengadakan permainan bola jaring, saya dapat menggunakan ilmu yang saya pelajari di IPG Kampus Rajang untuk mengendalikannya dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai