Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti sukan ini telah meningkatkan disiplin guru-guru pelatih R5.

Hal ini demikian


kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang
tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya,
semua orang dalam kelas R5 datang ke aktiviti sukan dengan menepati masa. Mereka
juga rajin bermain permainan yang dirancang oleh kami sebagai AJK Sukan serta
mematuhi arahan yang kami berikan. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti sukan juga
telah membentuk disiplin guru-guru pelatih.

Seterusnya, aktiviti sukan ini membantu melahirkan guru-guru pelatih yang sihat.
Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan
badan. Misalnya, semasa guru-guru pelatih kelas R5 bersukan pada masa petang mereka
dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan mereka. Oleh itu, mereka jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak
bersukan.

Faedah lain yang guru pelatih R5 dapat selama kami menjalankan aktiviti sukan ini
adalah dapat membentuk guru-guru pelatih menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, semasa
bermain sesuatu permainan ada sesetengah pihak yang akan kalah.
Walaubagaimanapun, mereka tidak berputus asa dan telah berbangkit semula.

Melalui aktiviti sukan ini, kami telah belajar untuk menepati masa. Setiap
permainan yang dijalankan memerlukan kami untuk bersiap sedia lebih awal. Kami juga
telah mengakui pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas. Menepati masa
adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berlangsung
dengan lancar. Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui permainan
tersebut. Antaranya ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sayang-
menyanyangi. Nilai mementingkan diri sendiri tidak harus dimiliki kerana sudah menjadi
lumrah kita hidup bermasyarakat dan bukannya hidup bersendirian. Kesemua nilai
tersebut akan membuatkan diri kami menjadi lebih prihatin terhadap persekitaran seperti
dapat meringankan tangan untuk membantu orang lain, sentiasa bertimbang rasa dalam
setiap perkara.

Secara keseluruhannya, aktiviti sukan kelas R5 berjalan dengan jayanya dan telah
mencapai objektif yang dihasratkan iaitu melahirkan guru pelatih yang sihat. Aktiviti sukan
ini haruslah diteruskan agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Kunaseelan A/L
Subramaniam dan guru pelatih kelas R5 kerana telah memberi peluang kepada kami
untuk menjalankan aktiviti ini pada semester ini. Kami ini berterima kasih untuk segala
komitmen, nasihat dan tunjuk ajar yang diberi dan semoga aktiviti ini terus dijalankan
pada semester akan datang.

Anda mungkin juga menyukai