Anda di halaman 1dari 17

MPU 3052 : TAMADUN ISLAM

DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

TAJUK : KRISIS ALAM SEKITAR


PENSYARAH : EN.YUSRI BIN BAKIR

DISEDIAKAN OLEH : TAVANISHA A/P


RAVICHANDRAN 1
PENDAHULUAN
• Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti
alam sekitar merupakan salah satu cabaran
dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat
tempatan mahu pun global.
• Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat
kompleks dan melibatkan perhubungan di antara
banyak faktor.
• Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang
berlaku pada hari ini adalah berkait dengan
keputusan yang dibuat di peringkat individu.
2
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA
TERHADAP ALAM SEKITAR
• Pandangan dan sikap seseorang mengenai
persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga
kategori yang utama :

– Dominasi (Domination)
– Kekhalifahan (Stewardship)
– Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)

3
1. Dominasi (Domination)

• Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan


manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi
keperluan manusia.
• Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber
atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak
mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.
• Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk
kepada keperluan manusia.
• Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang
terpisah. 4
2. Kekhalifahan (Stewardship)

• Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah


khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.
• Manusia bertanggungjawab di dalam
memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya
secara sembarangan.
• Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti
yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu
sama lain.

5
3. Romantisisme (Romanticism / Deep
Ecology)
• Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan
kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.
• Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai
sebagai suatu yang suci.
• Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan
alam merupakan entiti yang sama.
• Manusia adalah sebahagian daripada alam.

6
PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Tawhid Khalifah &


amanah

Syariah Keadilan &


kesederhanaan
7
(a) Tawhid
 Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan
adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan
akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.
 Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah
semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek
kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan
alam sekitar.

8
(b) Khalifah dan amanah
• Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan
mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan
seimbang dan harmoni.
• Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi
‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat
kewujudan Allah s.w.t.

9
(c) Syariah
• Syariah menggariskan asas etika dan norma
serta perundangan untuk menjadi panduan
umat Islam.
• Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-
Quran dan juga contoh teladan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
• Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk
kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan
dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.

10
(d) Keadilan dan kesederhanaan
• Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
• Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan
alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu
serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.
• Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
• Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang
manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan
ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup
sekadar memenuhi keperluan.

11
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Hubungan
manusia
dan haiwan
Hubungan manusia
dan tumbuh-tumbuhan

Penggunaan
dan pemilikan
tanah
12
HUBUNGAN MANUSIA & HAIWAN
• Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik
walaupun kepada haiwan.
• Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk
dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan
tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga
kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.
• Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!
• Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan
kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada
haiwan itu.

13
HUBUNGAN MANUSIA & TUMBUH-
TUMBUHAN
•Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan
tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan
untuk manusia bercucuk tanam.
• Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan
bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat
digalakkan oleh Islam

•Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya


sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu
sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.
•Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di
waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada
mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak 14
diperlukan.
PENGGUNAAN DAN PEMILIKAN TANAH
• Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada
empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah
terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan
secara kekal (hima).
• Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana
kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti
pertanian.
• Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan
tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan
kawasan hutan.

• Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang


dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan.

• Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama


sekali atau dirizabkan secara kekal.

15
KESIMPULAN
• Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai
tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan
Tuhan
• Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap
manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira
batasan agama.
• Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada
hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada
masa akan datang.

16

Anda mungkin juga menyukai