Anda di halaman 1dari 18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

0

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman
1 Pengenalan kepada Islam Hadhari dan Alam Sekitar 1
2 Islam Hadhari : Pemeliharaan Alam Semula J adi 3
3 Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar
3.1 Pengurusan Hutan dan Sumbernya 5
3.2 Pengurusan Sumber Air 6
3.3 Pengurusan Tenaga 7
3.4 Pengurusan Sisa
i. Sisa air buangan dan kumbahan 8
ii. Sisa Pepejal/Sampah 9
iii. Sisa industri 10
4 Peranan dan Tanggunjawab Semua Pihak
4.1 Individu 11
4.2 Masyarakat 12
4.3 Organisasi 12
4.4 Kerajaan 13
4.5 Media Massa 14
5 Rumusan 15
6 Bibliografi 17

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


1
1. Pengenalan kepada Islam Hadhari dan Alam Sekitar

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam
dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal. Terdapat sepuluh prinsip yang dibawa di dalam pelaksanaan Islam Hadhari di
mana prinsip kesembilannya adalah berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Berikut
adalah prinsip yang dibawa dalam pelaksanaan Islam Hadhari :

1. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Alam semulajadi yang kita diami pada hari ini adalah amanah yang wajib kita
jaga dan pelihara agar generasi yang akan datang masih mampu mendiaminya dalam
keadaan yang baik dan memberikan faedah kepada penghuninya. Kebergantungan
manusia terhadap alam semulajadi tidak dapat dipertikai dalam memenuhi segala
aspek kehidupan dari yang paling kecil sehinggalah yang paling besar. Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 menterjemahkan alam sekitar sebagai unsur-unsur fizikal di
persekitaran manusia termasuk tanah, air, atmosfera, cuaca, bunyi, bau, rasa, unsur-
unsur biologi haiwan dan tumbuhan serta unsur-unsur sosial yang estetik.
Kepelbagaian biologi yang diterjemahkan oleh Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan
1998 merangkumi kepelbagaian genetik, spesies dan ekosistem.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


2
Hubungan di antara manusia dengan alam sekitar tidak dapat dipisahkan.
Kehidupan manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber yang dibekalkan oleh
alam semulajadi. Menjadi tanggungjawab setiap manusia bagi memastikan segala
sumber alam dan alam sekitar diuruskan dengan sebaik mungkin. Menurut Dr.
Muhammad Uthman, Felo Kehormat IKIM ketika memberi ucaptama pada Seminar
Islam Hadhari, Kefahaman Mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar di Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM), beliau menegaskan bahawa alam sekitar dalam Islam sebagai
lingkungan, tempat manusia menjalani kehidupan dan berkembang keperibadiannya
sebagai khalifah yang menjalankan tugasnya, juga sebagai hamba kepada Tuhan,
pencipta alam ini. Beliau turut menjelaskan bahawa alam sekitar ialah tempat manusia
mendapat faedah daripada unsur-unsurnya, berhubung dengan makanan, minuman,
tempat tinggal, kerehatan dan rekreasi.

Oleh yang demikian, memang bertepatanlah apabila hal yang berkaitan dengan
pemuliharaan alam sekitar turut dititikberatkan dalam pelaksanaan Islam Hadhari.
Menerusi prinsipnya yang kesembilan, Islam Hadhari memberi penekanan kepada
hubungan manusia dengan alam sekitar. Hubungan yang baik di antara manusia
dengan alam sekitar akan memberikan kesan yang positif kepada kesejahteraan
kehidupan manusia itu sendiri. Kegagalan dan kecuaian manusia dalam aspek
pengurusan alam sekitar akan hanya memberikan impak yang buruk terhadap
kehidupan manusia sejagat.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


3
2. Islam Hadhari : Pemeliharaan Alam Semula J adi

Dewasanya ini, banyak kejadian yang tidak diingini seperti peristiwa tanah
runtuh, banjir kilat, pemanasan global, bumi hijau, pencemaran air dan udara,
kepupusan pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan dan sebagainya berpunca daripada
ketamakan dan keghairahan manusia mengejar keuntungan dunia yang hanya
berbentuk sementara. Semua kejadian ini mendatangkan ketakutan dan memberikan
ancaman kepada kehidupan manusia itu sendiri yang berpunca daripada perbuatan
manusia itu sendiri. Malapetaka yang sering di sebut sebagai bencana alam berlaku
disebabkan keegoan dan kerakusan manusia sendiri yang seringkali disandarkan
dengan alas an demi kemajuan sains dan teknologi. Ia dijelaskan menerusi maksud
firman Allah SWT, bermaksud: Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala
bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia,
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian
daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat) (Surah Ar-Rom: Ayat 41).

Akan tetapi sebagai khalifah dan hambaNya yang lemah, kita perlu sedar
mengenai tiga perkara - hukum alam mengenai keseimbangan ekosistem, peranan
manusia sebagai khalifah dan kebesaran Yang Maha Pencipta. Pengurusan dan
pentadbiran alam sekitar tidak menolak pembangunan dan kemajuan sains dan
teknologi. Dari aspek inilah peranan kita sebagai khalifah yang dipertanggungjawab,
perlu dinilai dan diperkukuhkan untuk memulihara dan melestarikan alam sekitar seperti
yang telah ditegaskan dalam prinsip-prinsip Islam Hadhari. Alam semulajadi juga
mempunyai hak-haknya yang tersendiri ke atas manusia. Dalam memahami konsep
pemuliharaan alam semulajadi yang berlandaskan prinsip-prinsip yang dianjurkan
dalam Islam, masyarakat secara amnya dan setiap individu perlu memahami Huquq al-
Alam (hak-hak alam) yang mana menegaskan bahawa sebarang perlakuan dan
perbuatan yang menyalahi hak-hak alam adalah ditegah sama sekali. Kita perlu melihat
alam sebagai makhluk Allah yang lemah dan pasti ada penghujungnya.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


4
Pelaksanaan Islam Hadhari mengambarkan komitmen kerajaan dalam sama-
sama menangani premasalah berkaitan alam semulajadi. Walaubagaimanpun, usaha
tersebut tidak akan mendatangkan hasil tanpa kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak. Dalam menjamin kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, Malaysia
telah berusaha dan menandatangani dua deklarasi yang melibatkan alam sekitar iaitu:

(a) Deklarasi Rio De Janeirio pada 1993
(b) Protokol Kyoto pada 1997

Selain itu juga, Malaysia melalui ASEAN telah berusaha gigih memastikan negara-
negara ASEAN bebas dari memiliki dan menjalankan aktiviti senjata nuklear. lni turut
berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan persaingan persenjataan (ketenteraan)
yang boleh merosakkan ASEAN, malah keindahan dan kehijauan kepulauan
Nusantara. Tambahan lagi, Malaysia turut mengadakan Deklarasi Langkawi bagi
menjamin keutuhan dan pembangunan selaras dengan kehendak alam.



TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


5
3. Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar

Kerosakan dan kemusnahan alam akibat perbuatan manusia akan membawa
kebinasaan kepada kehidupan manusia itu sendiri. Di dalam memastikan pemuliharaan
dan pengurusan alam semulajadi yang baik dan berkesan, terdapat beberapa aspek
yang boleh dibincangkan seperti berikut :

3.1 Pengurusan Hutan dan Sumbernya

Kegagalan kita dalam mentadbir urus hutan dan segala sumbernya hanya akan
mendatangkan kerugian kepada manusia itu sendiri. Hutan sememangnya mempunyai
fungsi dan kegunaan yang amat berguna kapada manusia. Pengurusan hutan yang
terancang akan membantu memastikan keharmonian alam sekitar yang lestari
sebagaimana yang termaktub di dalam prinsip Islam Hadhari. Di antara kegunaan
utama hutan adalah sebagai tempat tinggal ataupun habitat kepada pelbagai haiwan,
serangga dan tumbuhan. Kesemua hidupan tersebut memberi banyak sumbangan
kepada tamadun manusia itu sendiri seperti membekalkan bahan makanan dan bahan
kajian bagi memastikan kelangsungan hidup manusia. Sejak dari dulu lagi, manusia
sudah mula menggunakan hasil sumber hutan yang dikenali sebagai perubatan herba
dalam kehidupan mereka.

Manakala dari aspek ekonomi pula, pengurusan hutan yang baik mampu
memberikan pulangan yang setimpal sama ada kepada sesebuah Negara ataupun
masyarakat setempat. Ini adalah kerana hutan merupakan pembekal utama kayu kayan
dalam industri pembalakan. Kayu kayan tersebut mempunyai pelbagai kegunaan yang
digunakan bagi keselesaan kehidupan kita seharian. Hutan juga merupakan kawasan
riadah dan rekreasi yang amat bernilai. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu sumber
tarikan pelancongan yang mana mampu mendatangkan pendapatan kepada negara
dan penduduk di sekitarnya. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia yang
mementingkan keindahan dan kesegaran udara yang boleh didapati daripada rimbunan
hutan yang menghijau.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


6
Hutan juga mampu bertindak sebagai pemangkin kepada kestabilan alam sekitar
di mana hutan boleh bertindak sebagai kawasan tadahan hujan, mengawal
pencemaran, hakisan tanah dan tanah runtuh serta merupakan pembekal utama
sumber air asli. Hutan dianggap sebagai paru-paru dunia kerana sumbangannya
dalam mengitar karbon dioksida dan menghasilkan 20 % oksigen di bumi ini. Sekiranya
hutan ditebang tanpa pengurusan yang baik akan menyebabkan dahan, daun dan
sarap mereput dan akan menghasilkan gas metana, gas nitrat dan karbon dioksida
yang boleh menyumbang kepada pemanasan global.

Setelah pelbagai malapetaka yang kita tempuhi akhir-kahir ini, kita mula
menyedari bahawa kepentingan pengurusan hutan yang baik adalah melebihi
kepentingan manusia yang bersifat keduniaan dan sementara. Ianya jelas disampaikan
dalam firman Allah yang bermaksud, Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk
kemudahan penduduknya); Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-
tumbuhannya; Dan gunung ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai
pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan
binatang-binatang ternakan kamu (Surah An-Naziaat: Ayat 30-33). Oleh yang demikian,
adalah penting hutan diselenggarakan dengan baik dan usaha untuk penanaman
semula pokok boleh membantu dalam mengurangkan kadar pemanasan global dan
keseimbangan alam semula jadi.

3.2 Pengurusan Sumber Air

Sumber air merupakan anugerah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia.
Semua makhluk tidak akan mampu bertahan sekiranya tiada lagi sumber air yang boleh
digunapakai ataupun dalam erti kata lain sumber air telah tercemar. Berdasarkan kajian
yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan, dua per tiga dari bumi ini
dilitupi oleh air, namun hanya 2.5 % merupakan air tawar. Hanya 0.8 % daripada air ini
yang terdapat di sungai, tasik dan air bawah tanah yang boleh digunakan oleh manusia
untuk memenuhi keperluan kehidupan kita seharian.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


7
Selain bertindak sebagai sumber minuman, air banyak kegunaan dalam
kehidupan kita seharian. Oleh itu, adalah wajar dan amat penting bagi kita untuk
mengurus dan mentadbir sumber air dengan baik dan berhemah. Di antara kegunaan
air adalah seperti berikut :

i. Bagi memenuhi kegunaan aktiviti harian manusia, haiwan dan tumbuhan.
ii. Faktor keseimbangan ekosistem dan alam sekitar iaitu sebagai tempat tinggal
hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
iii. Membekalkan sumber protein kepada manusia melalui kegiatan perikanan.
iv. Keperluan dalam industri pertanian.
v. Kemudahan sistem pengangkutan air.
vi. Kemudahan rekreasi, riadah dan pelancongan seperti kawasan air terjun,
sukan air dan sebagainya.
vii. Membekalkan sumber tenaga bagi penjanaan tenaga hidroelektrik.

3.3 Pengurusan Tenaga

Pengurusan sumber tenaga yang diperolehi daripada alam sekitar perlu
digunakan dengan sebaik mungkin. Di antara contoh-contoh sumber tenaga adalah
seperti sumber minyak dan gas asli. Sumber-sumber tersebut perlu digunakan sebaik
mungkin bagi memastikan ia mampu bertahan lebih lama. Penggunaan yang tidak
terkawal merupakan satu pembaziran kepada sumber tenaga tersebut. Hasil petroleum
seperti minyak petrol, diesel dan gas asli yang diperolehi dari dalam laut dan perut bumi
menjadi semakin berkurangan dan lambat laun sumber-sumber tersebut akan habis.
Penggunaan sumber-sumber tersebut secara terurus akan membantunya untuk
bertahan sehingga kita menemui altelnatif yang lain sebagai bahan ganti.

Penggunaan tenaga fosil seperti minyak kenderaan juga menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar. Gas-gas yang berbahaya yang dilepaskan sebagai asap
kenderaan menyebabkan kualiti udara menjadi tercemar dan berbahaya kepada
kesihatan manusia. Selain daripada itu, pembakaran tenaga fosil juga menyumbang
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


8
kepada isu pemanasan global yang semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat
dunia pada hari ini. Ekosistem turut mengalami kesan daripada penggunaan sumber
yang tidak terkawal ini. Di antara sektor-sektor yang banyak menggunakan tenaga
tersebut adalah seperti sektor-sektor pengangkutan dan perindustrian ataupun
perkilangan. Kebergantungan mereka terhadap sumber tenaga tersebut terlalu tinggi,
oleh yang demikian mereka yang terlibat perlu mengurus tenaga yang mereka gunakan
setiap hari secara lebih bestari.

Bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik dan tahap pencemaran dapat
dikurangkan ke tahap yang seminimun yang mungkin, langkah mengenalpasti sumber
tenaga yang lebih mesra alam perlu diusahakan secepat mungkin. Sebagai contoh,
penggunaan tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif perlu digunapakai secara
lebih meluas. Tetapi perlu diingatkan bahawa kajian yang dibuat perlu mengambil kira
tahap pencemaran yang mungkin timbul hasil daripada penggunaan sesuatu sumber
tenaga tersebut.

3.4 Pengurusan Sisa

Saban hari kita disogokkan dengan masalah bahan buangan seperti sisa air
kegunaan harian dan timbunan sampah. Kesemua sisa-sisa buangan tersebut perlu
diuruskan dengan bijaksana dan bestari. Ini bagi memastikan sisa-sisa tersebut tidak
menimbulkan masalah seperti penyakit kepada kehidupan manusia dan menjejaskan
ekosistem yang lain. Aspek pengurusan sisa dapat dikategorikan kepada tiga aspek
utama, iaitu :

i. Sisa air buangan dan kumbahan

Masalah berkaitan dengan air buangan dan kumbahan yang berpunca daripada
kegiatan harian manusia seperti air mandi, membasuh pakaian dan mencuci
perkakasan atau perlatan perlu diuruskan dengan teliti agar tidak mencemar sumber air
bersih yang amat berguna kepada manusia. Di Malaysia, isu berkenaan rawatan sisa
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


9
air buangan dan kumbahan terletak di bawah tanggungjawan Indah Water Konsortium.
Mereka berperanan untuk memastikan sisa-sisa buangan tersebut tidak mengandungi
bahan-bahan seperti bahan kimia yang berbahaya sebelum dilepaskan kembali ke
punca air. Sisa air buangan dan kumbahan yang tidak dirawat boleh menyebabkan
pencemaran kepada sumber air bersih yang kita gunakan setiap hari.

ii. Sisa pepejal/sampah

Merujuk kepada masalah pengurusan sisa pepejal atau sampah yang kita
hasilkan setiap hari sememangnya memerlukan kepada pengurusan yang lestari.
Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200
tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005 atau
secara puratanya 0.8 kilogram per kapita sehari. Sisa pepejal di Malaysia secara purata
terdiri daripada 45.0 peratus sisa makanan peratus, 24.0 peratus plastik, 7.0 peratus
kertas, 6.0 peratus besi, 3.0 peratus kaca dan bahan lain. Sebagai masyarakat yang
prihatin terhadap pemuliharaan alam semulajadi, kita perlu memikirkan bagaimana
jumlah sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari perlu dikurangkan.

Pengurangan sisa bermaksud mengurangkan sisa di sumbernya seperti guna
semula botol plastik, kitar semula kertas terpakai, kurangkan menggunakan beg plastik,
penggunaan bahan sisa yang minimum. Konsep kitar semula yang cuba diterapkan
dalam budaya masyarakat kita merupakan satu alternatif yang amat baik, namun
malangnya konsep tersebut bagaikan tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Satu
lagi kaedah terbaru yang mula digunakan menjelang tahun 2012 adalah berkaitan
penggunaan beg plastik oleh pasaraya-pasaraya di seluruh negara. Langkah tersebut
merupakan satu tindakan yang wajar memandangkan plastik adalah di antara sisa
pepejal yang amat sukar untuk dilupuskan dan boleh menyebabkan pencemaran
kepada bahan organik ataupun tanah.



TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


10
iii. Sisa industri

Pembuangan sisa-sisa industri di antara salah satu penyumbang kepada isu
pencemaran sumber air. Sisa industri mengandungi banyak bahan-bahan yang
berbahaya kepada kehidupan mrdsebut boleh manusia sekiranya berada dalam badan
seseorang. Bahan-bahan kimia yang berbahaya tersebut boleh menyebabkan
kecacatan, pelbagai penyakit yang berbahaya dan sebagainya. Di Malaysia, amalan
yang digunakan dalam pengurusan sisa toksik/berjadual daripada bidang perindustrian
ialah seperti melalui proses rawatan, dilupuskan secara selamat menggunakan
insinerator, dikitar semula, dieksport dan disimpan di premis penjana. Di samping itu,
kerajaan juga giat menjalankan kajian bagi mencari teknologi untuk merawat dan
mengubahsuai sisa toksik berjadual kepada sumber yang boleh digunakan semula
tanpa memberi kemudaratan.


TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


11
4. Peranan dan Tanggunjawab Semua Pihak

Isu berkaitan pemuliharaan alam semulajadi hanya akan menjadi agenda yang
sia-sia sekiranya isu berkenaan hanya dimainkan oleh sesetengah pihak sahaja. Bagi
memastikan agenda ini berjalan lancar dan pemuliharaan alam semulajadi berada pada
tahap yang maksimun, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Setiap
lapisan masyarakat perlu berkerjasama dan saling berganding bahu bagi menjadikan
alam semulajadi mampu memberikan persekitaran dan iklim kehidupan yang terbaik
terutamanya kepada generasi akan datang. Peranan dan tanggungjawab setiap lapisan
masyarakat akan dibincangkan seperti berikut:

4.1 Individu

Dalam konteks Islam Hadhari, konsep kehidupan manusia tidak terbatas kepada
hubungan dengan Allah dan sesama manusia tetapi juga hubungan manusia dengan
alam semulajadi. Oleh yang demikian, setiap individu wajib memastikan bahawa segala
unsur-unsur yang boleh memudaratkan alam perlu dihindari. Peranan setiap individu
boleh dimulakan pada peringkat yang paling bawah iaitu seperti mengurangkan
penggunaan air dalam kehidupan seharian. Pembaziran kepada sumber air boleh
dikurangkan melalui pelbagai cara seperti memastikan tiada paip yang bocor ataupun
membasuh pakaian selang dua hari.

Kita juga hendaklah menyokong program kitar semula. Sampah yang terdapat di
rumah boleh diasingkan mengikut kategori seperti kertas, tin dan plastik. Bahan-bahan
tadi boleh dihantar kepada pusat kitar semula bagi memastikan tiada pembaziran
sumber yang amat berharga ini tidak membazir. Elakkan daripada membakar sampah
kerana pembakaran terbuka tidak hanya menyumbang kepada pencemaran udara
tetapi turut memberi kesan kepada pemanasan global yang melanda dunia di kala ini.
Konsep berkonsi kenderaan sewaktu bekerja, galakkan menggunakan perkhidmatan
awam dan kempen menggurangkan penggunaan beg plastik boleh dijadikan sebagai
landasan ke arah pemuliharaan alam semulajadi yang lebih lestari dan bestari.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


12
Sumbangan dan peranan setiap individu walaupun kecil tetapi amat bermakna dalam
proses pemuliharaan alam sekitar yang kita cintai ini.

4.2 Masyarakat

Masyarakat juga perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.
Sesebuah masyarakat boleh menggalakkan anggota masyarakat mengambil bahagian
secara aktif melalui menyediakan pusat pengumpulan bagi program kitar semula.
Selain daripada itu, masyarakat juga perlu dididik bagi menyedari kepentingan
berkaitan penjagaan alam sekitar yang berkesan dan lestari. Sumber-sumber alam
adalah satu anugerah yang amat berharga dan perlu dipelihara. Kerosakan seperti
pembuangan sisa perindustrian ke dalam sungai, projek pembinaan yang menjejaskan
ekosistem dan aktiviti pembalakan yang tidak mengikut undang-undang perlu
dilaporkan segera kepada pihak yang bertanggungjawab.

Kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat tersebut
secara khususnya. Masalah seperti banjir kilat dan tanah runtuh akibat pembalakan
haram boleh dihalang sekiranya ahli dalam sesebuah masyarakat bertindak
melaporkannya. Gotong royong bagi membersihkan sumber-sumber air seperti sungai
dan kawasan rekreasi boleh memberikan impak yang besar terhadap persekitaran alam
semulajadi yang lebih sihat.

4.3 Organisasi

Sesebuah organisasi perlu bersikap bertanggungjawab terhadap isu
pemuliharaan alam semulajadi. Sesebuah organisasi tidak hanya boleh mementingkan
aspek keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan tindakan mereka terhadap
alam semulajadi. Sebagai contoh, mereka yang terlibat dalam industri perkilangan dan
pertanian, mereka hendaklah melupuskan sisa-sisa toksik mengikut kaedah dan
prosedur yang telah ditetapkan. Mereka tidak boleh mengambil jalan mudah dengan
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


13
membuang sisa tersebut ke dalam sungai atau tasik terbiar. Tindakan sedemikian akan
hanya mendatangkan kerugian dan bahaya kepada kehidupan manusia sejagat.
Penggunaan racun dan bahan kimia dalam bidang pertanian juga perlu mengambil kira
kesan racun dan bahan kimia tersebut kepada alam sekitar.

Pihak-pihak yang terbabit dalam bidang-bidang perniagaan dan perindustrian
perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam operasi mereka. Pendekatan yang
lebih mesra alam perlu diutamakan. Penggunaan sumber asli dan tenaga juga perlu
digunakan dengan sebaik mungkin dalam memastikan kelangsungan bekalan mampu
bertahan selama yang mungkin dan tiada pembaziran yang berlaku. Pencemaran
seperti pelepasan asap kotor perlu dipastikan tidak berlaku lagi.

4.4 Kerajaan

Pihak kerajaan boleh memainkan peranan mereka melalui penguatkuasaan
undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar dan memantapkan agensi
perundangan. Akta-akta yang berkaitan dengan isu alam sekitar terutamanya mengenai
isu pencemaran perlu disampai secara terus kepada semua rakyat. Melalui agensi-
agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, kerajaan perlu sentiasa memantau
sebarang aktiviti-aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan masalah pencemaran alam
sekitar. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang mampu menyedarkan
masyarakat tentang peri penting isu berkenaan penjagaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Mereka yang tidak bertanggungjawab perlu dihukum dan bentuk hukuman yang
boleh memberi pengajaran boleh dikenakan.

Pendidikan dan promosi berkaitan pemuliharaan alam sekitar perlu disebar dari
masa ke semasa. Ini kerana instrument perundangan dan penguatkuasaannya tidak
mampu mengurangkan masalah ini dengan mudah. Proses perundangan biasanya
mengambil masa dan masalah berkaitan pencemaran tetap berlaku. Bagi mereka yang
mementingkan aspek keuntungan, mereka tidak kisah tentang masalah denda yang
dikenakan asalkan mereka dapat terus menjalankan perniagaan mereka.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


14
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih berat seperti pembatalan lesen ataupun
hukuman penjara boleh memberi impak kepada tindakan mereka. Bagi menyedarkan
masyarakat tentang betapa kritikalnya isu berkaiatn alam sekitar, pendidikan seawal
peringkat sekolah rendah lagi boleh dipraktikkan.

4.5 Media Massa

Peranan media massa dalam aspek promosi dan pendedahan tentang sesuatu
perkara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pihak media boleh memainkan peranan mereka
melalui penyebaran dan bekerjasama dengan pihak kerajaan dan badan-badan NGO
untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. Pihak media boleh
bertindak melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam dan kesan-kesan buruk
ynag berpunca daripada pencemaran alam semulajadi. Selain daripada itu, pihak media
massa juga berkeupayaan untuk mengubah dan membentuk pemikiran masyarakat ke
arah sikap yang lebih bertanggungjawab dengan alam sekitar.

Pendedahan dari masa ke semasa sama ada melalui suratkhabar atau
televisyen mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa teruknya
tahap pencemaran yang kita hadapi sekarang ini. Pihak boleh membantu dalam
memupuk nilai-nilai murni dan semangat cintakan alam semulajadi di kalangan
masyarakat kita yang kadang-kala memandang remeh permasalahan ini. Mereka boleh
mencetuskan rasa bertanggungjawab dan mendekatan masyarakat dengan alam
semulajadi. Rasa saying dan bimbang dengan apa yang terjadi sekarang boleh
dijadikan sebagai pendorong dalam memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk
saling bekerjasama dalam aspek pemuliharaan alam semulajadi.




TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


15
5. Rumusan

Untuk memastikan prinsip kesembilan yang didokong dalam prinsip Islam
Hadhari mampu diterjemahkan dalam kehidupan, isu berkenaan pemuliharaan alam
semulajadi perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan
menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang
berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam
secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan
sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu
diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan
terhadap alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan agar proses pembangunan
yang dijalankan tidak memberikan kesan yang buruk kapada alam sekitar dan
mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan manusia sejagat.

Melalui hubungan manusia dengan alam juga, hubungan manusia dengan Yang
Maha Pencipta juga menjadi lebih dekat. Ini adalah kerana melalui alam, kita akan
merasa diri kita lebih dekat kepada Allah melalui pemerhatian dan kajian yang boleh
dijalankan. Proses pembangunan dalam arus kemodenan yang merosakkan ekosistem
perlu diminimakan dan sebarang aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan alam
semulajadi perlu dihindari. Sesungguhnya keindahan dan keunikan alam adalah bukti
kekuasan Allah yang Maha Esa. Sebagai hamba yang lemah, kita tidak mampu untuk
mengembalikan sesuatu habitat ataupun flora dan fauna yang telah pupus akibat
perlakuan manusia itu sendiri.

Adalah menjadi harapan agar melalui pendekatan Islam Hadhari, agar kehidupan
manusia menjadi lebih harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya. Usaha dan
kerjasama daripada semua pihak seperti masyarakat, NGO dan kerajaan adalah amat
penting dalam usaha memastikan bumi yang kita bakal warisi kepada generasi akan
datang berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan indah untuk didiami.
Pendidikan sahaja belum pasti dapat menyelesaikan semua masalah sekiranya kita
tidak mempunyai polisi dan dasar yang jelas untuk mengatasinya. Untuk memastikan
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


16
yang polisi dan dasar terlaksana, kita memerlukan kepada sistem penguatkuasaan
yang berkesan untuk memastikan polisi dan dasar ini terlaksana. Media massa amat
berperanan dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan alam
sekitar. Walaubagaimanapun, proses penyampaian mesej berkenaan alam sekitar ini
perlu dilaksanakan dalam bahasa yang dapat difahami oleh masyarakat, kerana
penyampaian yang sedemikian dapat memastikan budaya dan rasa cinta kepada alam
semulajadi mampu diterapkan. Sesungguhnya, kemodenan dan kemajuan yang dikejar
masih boleh dicapai tanpa kita perlu mengorbankan alam sekitar yang kita cintai.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


17

Bibliografi


1. http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-6-islam-hadhari-dan-proses.html

2. http://www.cheme.utm.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=107

3. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9880

4. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=776&
cmd=resetall

5. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/393/bab-22-menggalakkan-
penjagaan-alam-sekitar

6. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/265-islam-
hadhari/87-huraian-konsep-pendekatan-islam-hadhari.html

7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0620&pub=utusan_malaysia&
sec=bicara_agama&pg=ba_02.htm&arc=hive&arc=hive

Anda mungkin juga menyukai