Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 4: Pelaporan Program

Permainan Bola Tampar

 Pelaksanaan permainan bola tampar ini adalah berdasarkan persetujuan ramai. Hal
ini kerana, permainan bola tampar boleh dimainkan oleh kesemua individu seperti
lelaki dan perempuan.

 Melalui permainan bola tampar ini, ia juga dapat memberi pendedahan kepada
pemain dari aspek peraturan dan undang-undang. Melalui permainan bola tampar
ini kita juga turut dapat memaksimumkan masa mereka melalui aktiviti rekreasi
bersama rakan-rakan mereka dan orang sekeliling.

 Hal ini dapat memastikan bahawa semua pelajar menggunakan masa terluang
mereka dengan sepenuhnya menerusi program yang telah dijalankan.

 Melalui program gaya hidup sihat ini seperti bersukan para pelajar dapat
memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

 Malah kecerdasan dari aspek kognitif juga dapat dipertingkatkan kerana bukan
sahaja sihat dari aspek tubuh badan malah dapat meningkatkan kecerdasan minda.
Misalnya, berfikir strategi ketika dalam perlawanan dan membimbing kumpulan bagi
memastikan corak permainan teratur.

1
STRENGTHS / KEKUATAN

Antara kekuatan bagi pelaksanaan program gaya hidup sihat seperti permainan bola tampar ternyata
mampu memantapkan lagi tahap permainan pemain sepanjang permainan bola tampar dijalankan.
Para pemain juga turut mampu membaca gerakan ataupun strategi pihak lawan semasa permainan
bola tampar dijalankan.

Pelaksanaan permainan bola tampar juga secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap
kerjasama antara pemain. Pemain juga turut mampu memikirkan strategi-strategi semasa
permainan berlangsung bagi memastikan kemenangan berada dalam genggaman.

Pelaksanaan program gaya hidup sihat menerusi aktiviti permainan seperti ini sudah tentunya dapat
memaksimumkan masa lapang bagi setiap pelajar. Para pelajar sudah tentunya dapat terlibat
dengan pelbagai aktiviti khusunya yang melibatkan aktiviti fizikal serta mencabar.

2
WEAKNESSES / KELEMAHAN

Antara kelemahan yang boleh didapati menerusi program gaya hidup sihat seperti bola tampar ini
adalah dari aspek tahap kerjasama setiap pemain dalam kumpulan. Setiap individu dalam setiap
kumpulan sering berebut untuk mendapatkan bola. Dalam situasi yang lain pula, terdapat
sesetengah pemain tidak mampu menangkis bola dengan sempurna. Situasi seperti ini sedikit
sebanyak mempengaruhi corak permainan bagi setiap kumpulan.

Selain itu, terdapat juga segelintir pemain kurang jelas mengenai peraturan dan undang-undang
dalam bola tampar. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pemain ialah menangkis bola
yang telah pun terkeluar dari gelanggang dan tangan sering menyentuh jaring ketika menangkis
bola dari pihak lawan.

Bagi pihak penganjur pula, kurangnya penegasan dalam setiap peraturan dan undang-undang bola
tampar. Hal ini akan menyebabkan para pemain tidak mengambil kisah mengenai peraturan dan
undang-undang tersebut.

Dari aspek masa, kita telah mendapati bahawa pihak penganjur mengambil masa yang agak lama
bagi memastikan para pemain sampai dan berkumpul di gelanggang bola tampar. Hal ini secara
tidak langsung telah menjadikan masa perlawanan agak lewat untuk dimulakan.

3
OPPORTUNITIES / PELUANG

Antara peluang yang boleh digunakan terhadap program ini adalah dengan memantapkan lagi
aktiviti ini. Misalnya memperluaskan skop penyertaan pemain. Misalnya, penglibatan dalam
kalangan pensyarah ataupun staf-staf. Penyertaan pemain yang ramai sudah tentunya mampu
memeriahkan lagi suasana permainan bola tampar dan secara tidak langsung dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.

Selain itu, penganjuran program gaya hidup sihat seperti permainan bola tampar boleh diperhebatkan
lagi dari aspek pemberian ganjaran bagi setiap pemenang. Misalnya, menobatkan pemenang
bagi kumpulan juara, naib juara dan tempat ketiga. Pelaksanaan progam yang mempunyai unsur
seperti ini akan menjadikan para peserta berasa teruja dan ingin turut sertai. Pada masa yang
sama akan dapat menerapkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pemain.

Penganjuran program gaya hidup sihat seperti permainan bola tampar juga turut boleh dibawa keluar
dan diperkenalkan khususnya kepada masyarakat luar. Dengan adanya penglibatan masyarakat
luar bagi program ini akan mampu memantapkan lagi sukan khususnya dalam sukan bola
tampar. Pada masa yang sama, para pelajar yang telah mempunyai pengalaman bermain bola
tampar juga boleh menjalankan kursus secara percuma terhadap masyarakat luar.

4
THREATS / ANCAMAN

Antara ancaman yang akan dihadapi bagi penganjuran program ini adalah dari aspek risiko yang
bakal dihadapi. Kita sedia maklum bahawa terdapat risiko sekiranya menganjurkan aktiviti yang
melibatkan fizikal. Antara risiko yang kebiasannya berlaku adalah seperti risiko kecerderaan
terhadap pemain. Risiko seperti ini kadangkala berlaku sekiranya pemain tidak melakukan
aktiviti rengangan yang mencukupi dan pemain tersilap langkah ketika dalam permainan.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan program gaya hidup sihat seperti penganjuran permainan bola tampar
ini juga harus mendapat kelulusan dari semua pihak contohnya dari pihak pensyarah yang
terlibat dan rakan-rakan. Hal ini kerana, tidak semua pelajar bersetuju tentang pelaksanaan
permainan ini kerana sebahagian daripada mereka berasa takut untuk mencuba dan kurangnya
keyakinan dan pengalaman khusunya dalam permainan bola tampar.

Pelaksanaan program gaya hidup sihat khususnya pelaksanaan permainan bola tampar hendaklah
menyediakan sekurang-kurangnya kertas kerja bagi memahami tujuan dan objektif program ini.
Sekiranya, perancangan bagi penganjuran program ini mendapat tentangan dari banyak dan dan
tidak menepati objektif yang sebenar maka, perancangan bagi program ini akan dibatalkan.

5
Kesimpulan

Pelaksanan pelbagai program terutamanya yang melibatkan gaya hidup sihat adalah
sangat baik untuk diteruskan. Pelaksanaa program seperti ini adalah sesuai dilaksanaan
pada masa lapang pelajar. Oleh itu, pelajar dapat memanfaatkan masa lapangnya
dengan aktiviti bersukan daripada hanya tidur pada waktu petang dan tidak aktif.
Program yang sihat seperti ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada prestasi
para pelajar dalam setiap kursus yang ditawarkan. Hal ini kerana, pelajar yang sihat dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial lebih berkompetan dan berkaliber untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan khususnya sebagai bakal guru yang akan menjadi
pendidik terhadap anak murid dan menjadi teladan kepada ibu bapa murid.

Sebarang aktiviti yang dijalankan haruslah dijalankan dengan sistematik bagi


memastikan tiadanya cacat cela dari aspek pengurusan masa, pengurusan perlawanan
dan sebagainya. Penganjuran aktiviti seperti ini juga akan secara tidak langsung
memberi pengalaman yang baharu terutamanya kepada para penganjur dan dapat
meningkatkan keyakinan dalam memberi arahan dan bekerjasama dengan rakan
seperjuangan. Oleh itu, sebagai siswa pendidik dan bakal menjadi seorang guru kita
haruslah sentiasa amanah dalam menjalankan tanggungjawab dalam menjayakan
sesuatu program yang dipertangjungjawabkan ke atas kita demi memberi ilmu serta
pengalaman yang baharu kepada murid, ibu bapa dan masyarakat guru.

Anda mungkin juga menyukai