Anda di halaman 1dari 2

http://bmssbj.blogspot.my/2013/07/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.

html

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan
sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada
tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan
bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti bersukan?

Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian
kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat
mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah
pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh
itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya,
seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan.
Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-
rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa
dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan
menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa
untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual
latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam
pelajaran.
http://bmssbj.blogspot.my/2013/07/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang


yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat
berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee
Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-
baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih
bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak
berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di
pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa
pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara
semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa,
asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Anda mungkin juga menyukai