Anda di halaman 1dari 1

SUKAN DAN MINDA

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-
suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan
telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan / faedah
bersukan.

Faedah bersukan

 dapat meningkatkan disiplin murid - individu yang ingin berjaya dalam bidang
sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri
untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam
sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan
mematuhi arahan jurulatihnya.

 melahirkan seseorang murid yang sihat - bersukan boleh menguatkan otot dan
tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan
pada setiap petang sudah banyak berpeluh.

 murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa
dengan sewajarnya - murid akan menentukan masa yang sesuai
untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar -
murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan
jadual belajar.

 membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif - dengan aktif


bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi
dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak
berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik.

 dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat - murid


yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan
tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah,
menonton televisyen, dan seumpamanya.

Anda mungkin juga menyukai