Anda di halaman 1dari 2

3.

0 RUMUSAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang
banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan
lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang
tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games
for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada
peringkat sekolah rendah.
Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktivitiaktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain
melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada
prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan
sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang
tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan
jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan
menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan.
Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain,
peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu
permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh
pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah
difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang
untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi
persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing.
Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan
demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih
memahami konsep bagi permainaan tertentu.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan
peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang
berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi
permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti
permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas,
aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani
kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan
mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata

lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti
permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran,
pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

Anda mungkin juga menyukai