Anda di halaman 1dari 13

1.

1 Definisi Teaching Games For Understanding (TGFU) Teaching games for understanding(TGFU) adalah kurikulum berasaskan permainan untuk kefahaman, ia merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 untuk kefahaman yang menarik minat dan perhatian daripada kanak-kanak di dalam dan luar bilik kelas supaya mereka tidak berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ia mengandungi pelbagai kategori sukan dan permainan yang diajar melalui kognitif, penemuan terbimbing dan pemikiran divergen ( Mosston & Ashworth, 1994). Ia fokus terhadap penyelesaian masalah strategik dalam permainan. Merujuk kepada teori Bunker dan Thorpe, Teaching Games for understanding (TGFU) adalah berfungsi untuk memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk menerokai dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan menghasilkan faedah yang baik. TGFU menjadikan pendidikan jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untukkanak-kanak bersaingan, motivasi dan bersuka ria. Persaingan hendaklah dijamin oleh guru supaya dijalankan dengan sihat dan menjalinkan hubungan persahabatan dan kerjasama di kalangan pelajar. Semasa permainan, kanak-kanak adalah bebas daripada peraturan. Pendekatan TGFU menekankan kepada permainan pengajaran cara tradisional yang teknikal kepada pendekatan pengajaran yang secara taktikal. Dalam model TGFU, pelajar dikehendaki terlebih dahulu memahami dan mengenai serta menyedari masalah tektikal dalam permainan. Berdasarkan Bunker dan Thorpe, TGFU diaplikasikan kepada empat kategori iaitu sasaran, jaring dan dinding,memadang dan menyerang. Permainan yang dihasilkan untuk TGFU seperti bola keranjang, bola jaring mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal, ia mementingkan tahap aktiviti fizikal. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi untuk menjadi pemenang.Oleh itu, pelajar diajar untuk membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dalam proses permainan. Permainan TGFU ini menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Secara kesimpulan, pendekatan TGFU ini dapat memudahkan dan membolehkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.

1.2 Kepentingan Teaching Games For Understanding (TGFU) Teaching games for understanding (TGFU) semakin penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Ia diakui sebagai alternatif memajukan bidang sukan di kalangan pelajar untuk meningkatkan kematangan dan kesihatan psikologi dan fizikal. Ia menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang untuk belajar dan menerokai dalam pergerakkan dan kemahiran fizikal dalam lingkungan aktiviti fizikal. Melalui permainan pelajar dapat menimbulkan keseronokan dan menghargai keseronokan bermain dengan belajar teknik kemahiran dengan lebih berdaya usaha. Model TGFU menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik dan konstruktif melalui proses belajar semasa permainan. Pelajar diberikan peluang untuk bermain dalam kumpulan, mereka digalakkan untuk membuat keputusan tentang pemilihan taktik. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih cara dan perkara yang ingin diselesaikan. Kerjasama antara pemain boleh membina percaya dan mengeratkan hubungan antara pelajar. Pelajar dapat lebih memahami kepentingan kerja berpasukan. Pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif semasa permainan dijalankan. Mereka diberikan peluang untuk membekalkan idea supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja memahami tentang kemahiran untuk berjaya dalam permainan tetapi kepentingan dalam membuat keputusan dan kerja berpasukan. TGFU focus kepada pemusatan pelajar dan permusatan bermain untuk membantu pelajar berkembang dan menghasilkan kemahiran yang betul dan dikehendaki dalam permainan. Selain itu, TGFU juga menyediakan peluang untuk memikul tanggungjawab ke atas pemelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain kepada pelajar. Kemahiran komunikasi adalah penting semasa permainan dijalankan. Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi dan saling menghormati dengan ahli yang lain. Kemahiran sosial adalah agar penting oleh itu mereka hendaklah diberi peluang untuk bersosial dan berkomunikasi dengan pelajar lain dengan berkongsi pengalaman atau saling belajar. Aktiviti sukan memupukkan sikap positif dan bernilai oleh pelajar. Sukan merupakan suatu cara yang baik untuk pelajar melepaskan tekanan. Mereka diberikan peluang untuk melepaskan perasaan yang negatif. Ini dapat mengurangkan masalah disiplin seperti pergaduhan berlaku di kalangan pelajar. Disiplin adalah sangat penting kepada seseorang pelajar. Mereka diberikan peluang untuk melatihkan disiplin sendiri semasa permainan dijalankan. Pemain hendaklah mengikut peraturan permainan semasa menjalankan suatu permainan. Model TGFU adalah penting untuk perkembangan kognitif seseorang pelajar.

1.3 Komponen Teaching Games For Understanding (TGFU) Model TGFU adalah dibinakan daripada tujuh komponen iaitu, bentuk permainan, apresiasi permainan, kesedaran taktikal, membuat keputusan, pelaksanaan kemahiran dan prestasi. Setiap komponen adalah saling bergantung untuk membentukkan model TGFU. Model Bunker dan Thorpe (1982)
(1) Permainan Nama permainan Kawasan permainan Bilangan pemain Alatan

Pelajar
Bagaimana melakukannya? - pilihan tindakan yang sesuai - mengikut situasi dan keadaan. Apa yang perlu dilakukan? - nilai situasi. - kenalpasti dan menjangka kemungkinan. (2) Apresiasi Permainan Peraturan permainan Variasi (Ubahsuai permainan asal ) (6) Prestasi Penilaian kebolehan berasaskan kriteria. (5) Pelaksanaan Kemahiran Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.

(4)
Membuat Keputusan (3) Kesedaran Taktikal Prinsip pergerakan Ruang dan masa Situasi lanjut Kesan kelemahan lawan

Merujuk kepada Bunker dan Thorpe (1982), bentuk permainan merupakan permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya. Ia melibatkan alatan permainan, ruangan permainan, bilangan pemain dan sebagainya. Pelajar hendaklah memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan. Beberapa kriteria hendaklah dikenalpasti semasa permainan dijalankan. Umur merupakan

masalah yang penting semasa permainan dijalankan. Permainan yang tidak sesuai dengan peringkat umur akan membawa masalah kepada pelajar. Sebahagian permainan mengandungi kategori yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama. Guru hendaklah memilih permainan dengan teliti supaya dapat meningkatkan kegunaan bentuk permainan dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru digalakkan menyediakan kategori permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan memberikan tunjuk ajar yang betul kepada pelajar. Melalui bentuk permainan, pelajar akan diajar cara membuat keputusan dan peneyelesaian masalah. Semasa permainan, pelajar dikehendaki memahami peraturan permainan supaya mereka menghargai permainan dengan tidak mengabaikan tradisi asal permainan. Pelajar hendaklah memahami peraturan permainan walaupun permainan tersebut mudah. Keseronokan permainan dapat dipertingkatkan dengan penambahan peraturan dan perubahan keadaan tempat permainan. Pelajar dapat dirangsangkan kreatif dan pemikiran dengan menambahkan kesukaran permainan. Komponen ketiga dalam model TGFU adalah kesedaran taktikal. Peraturan permainan adalah digunakan untuk memberi manfaat kepada pemain dalam pasukan dan mengurangkan prinsip-prinsip permainan. Dalam permainan, pelajar hendak menciptakan ruang untuk diri sendiri dan mengehadkan ruang pihak lawan supaya mendapat peluang untuk dapat markah. Dalam permainan, pemain hendaklah bertindak balas kepada kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan pihak lawan. Ia membolehkan pasukan mengawalkan permainan dengan baik. Pemain haruslah sentiasa meningkatkan kesedaran taktikal untuk mendedahkan kelemahan pihak lawan tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan. Pelajar hendaklah sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang apa yang perlu dibuat, bila melakukannya dan bagaimana melakukannya. Mereka hendaklah dilatih untuk membuat memilih alternatif dan membuat keputusan dalam masa yang singkat. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berdikari dan belajar dari kesalahan. Pelajar digalakkan melakukan kemahiran setelah mengenalpasti perkara dan cara untuk melaksanakan tugas dengan rela dan sentiasa bersedia. Mereka dikehendaki mempersembahkan kemahiran yang telah diajar oleh guru untuk menunjukkan hasil. Pelaksaan kemahiran dapat melaksanakan pratikal dengan menguasai aspek kualiti dan persembahan pergerakan makanikal dan relevensinya mengikut keadaan permainan. Pelajar akan lebih faham berbanding dengan hanya mengadakan pembelajaran teori dalam kelas. Prestasi pelajar dapat dinilaikan dengan kebolehan kemahiran pelajar dalam permainan dan respon yang sesuai dengan situasi dalam permainan. Prestasi pelajar merupakan hasil daripada latihan yang telah dijalankan sebelum ini, sebagai contohnya, pelajar mencapai keputusan dalam pertandingan. Model TGFU adalah berbeza dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah TGFU adalah bermula dengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu yang ditetapkan untuk perkembangan kesedaran taktikal dan membuat keputusan yang telah mendahului respon bagi pelaksanaan kemahiran dan pencapaian. Pengubahsuaian

diperlukan di setiap tahap supaya permainan dapat diteruskan untuk penilaian semula dengan peraturan permainan yang baru.

1.4 Kepentingan pengajaran PJ menggunakan kaedah TGFU

TGFU adalah penting dalam pendidikan jasmani, ia meringankan beban guru semasa merancang pengajaran dan pembelajaran. TGFU adalah kaedah pengajaran yang lebih bebas dan tidak banyak peraturan. Ia merupakan lebih mengutamakan pembelajaran dan pengajaran yang seronok oleh itu pelajar dapat membentuk tingkat laku yang baru semasa bemain. Dengan pengajaran TGFU, pelajar akan lebih melibatkan diri dengan aktif bukan untuk mencapai markah yang tinggi tetapi untuk belajar membuat keputusan yang tetap dan sesuai dengan pantas dalam proses permainan. TGFU sangat sesuai dengan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak. Kaedah TGFU memberi konsep yang khusus kepada pelajar. Pelajar bukan sahaja belajar teori dari teks tetapi mengadakan pratikal oleh itu mereka akan lebih memahami tentang konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Daripada perspektif psikologi, Thorpe menganalisiskan pendekatan TGFU adalah sebagai kerangka kerja pendorong. Ia sentiasa menekankan kepada permainan dan memberi arahan kepada pelajar untuk menemukan permainan supaya mereka dapat memperkembangkan peraturan dalam proses interaksi sosial, kedamaian social dan mencari teman. Kaedah TGFU juga menekankan pelajar supaya mencapai kerja dengan menguasai taktikal yang tepat. Ia melatih kemampuan pelajar secara kelompok dan individu untuk memastikan mereka dapat beraktiviti dalam pasukan ataupun berseorangan. Selain itu, pengajaran TGFU sebagai pemangkin untuk membantu perkembangan pemikiran pelajar dan mengembangkan penampilan pelajar dengan bimbingan guru semasa permainan dijalankan, sebagai contohnya, guru memberi nasihat dan cadangan semasa pelajar membuat keputusan dalam situasi permainan. Melalui TGFU, pelajar didorongkan untuk mengembangkan kesedaran taktikal dan kemampuan membuat keputusan. Mereka akan dilatih untuk menjadi seorang yang lebih tenang, fokus dan teliti melalui permainan. Kesimpulannya, kaedah TGFU ini amat sesuai dan penting diaplikasikan di dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Ini disebabkan kaedah ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar selain daripada mengukur keupayaan fizikal. Ia juga merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan.

1.5 Banding dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah
TGFU

Pendekatan tradisional adalah menggunakan prinsip pengajaran yang tradisional. Guru berperanan untuk memberi arahan dan pelajar mengikut arahan untuk menyelesaikan tugasan. Dengan pendekatan tradisional, guru sebagai pengajar. Guru menentukan piawaian dan pelajar menfokuskan kepada guru. Ini menyebabkan pelajar berasa bosan dengan pengajaran dalam kelas. Aplikasi pembelajaran adalah sehala, ia memudahkan guru merancang pembelajaran dengan kurikulum yang ditetapkan. Pelajar kurang melibatkan diri sendiri dalam aktiviti dan mungkin tidak faham dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengajaran tradisional aktiviti yang melibatkan kegiatan dan kemahiran bahaya sesuai dijalankan sebab tahap kebahayaan diturunkan dengan arahan daripada guru. Pengajaran dengan kaedah pendekatan tradisional adalah diukurkan dengan gred. Pelajar kurang diberikan peluang untuk melibatkan idea diri sendiri. Pendekatan TGFU mencadangkan sesuatu permainan yang diadaptasi daripada permainan sebenarnya dan diubahsuaikan kepada permainan yang berdasarkan aspek fizikal, sosial, intelek pelajar dan infrastuktur yang disediakan. Pendekatan TGFU membimbing pelajar membuat keputusan dan tindakan berdasarkan situasi dan keadaan. Ini dapat melatih pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan di sekitaran. Selain itu, berbanding dengan pengajaran tradisional, kaedah TGFU lebih menarik pelajar untuk melibatkan diri dalam permainan. Pelajar diberikan peluang untuk menguasai kaedah taktikal dalam proses permainan supaya dapat mengatasi pihak lawan. Mereka juga boleh mempratikalkan kemahiran dengan mudah dan yang telah dikuasai. Pelajar belajar untuk membuat keputusan dengan tetap dan sesuai semasa menghadapi masalah. Ia mengembangkan pemikiran pelajar ke tahap yang agak matang. Mereka akan menghadapi masalah dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan pantas. Kesimpulannya, Pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di semua peringkat sekolah. Ini disebakan ia dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam permainan dengan aktif dan dapat mencapai hasil yang lebih berkesan. Oleh itu, guru haruslah mengaplikasikan model tersebut ke dalam pengajaran dengan bijaksana supaya pelajar menjadi lebih mahir dan dapat menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang sukan.

1.6 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Tajuk : Pergerakan Lokomotor Sub tajuk/Kemahiran : Melompat sebelah kaki (Hopping) Tarikh : 06 Julai 2012 Masa : 30 Minit Tahun :2 Bil. Murid : 11 ( 6 L , 5 P ) Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: a) Psikomotor Berkebolehan melakukan kemahiran melompat sebelah kaki (hopping) dengan betul. dapat mengaplikasikan kemahiran melompat sebelah kaki (hopping) dalam permainan . b) Kognitif dapat menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor . c) Afektif Menikmati keseronokkan dan kepuasan. Mempunyai semangat kekawanan dalam pertandingan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : I. Skitar 6 II. gelung 4 III. Topeng arnab 4 IV. Topeng serigala 6 V. wisel 1 VI. Kad sayur-sayuran 6 VII. Tali 1 Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir Strategi Utama : kerjasama, berdisiplin : membanding beza antara melompat dan melompat sebelah kaki (hopping) : Belajar Cara belajar

Bahagian/Masa Nama Aktiviti Ciri Strategi Fokus Pembelajaran dan Organisasi Kelas BSPP/Catatan Permulaan ( 5 minit) Memanaskan Badan - cuit-cuit Kemahiran Mendengar 1. Guru menentukan keluasan kawasaan aktiviti mengikut bilangan murid dengan memberi tunjuk ajar . 2. Murid-murid akan melompat sebelah kaki dalam kawasan yang ditetapkan dan mencuit murid lain yang berjalan . 3. Murid yang dicuit akan melompat sebelah kaki dan terus menyentuh rakan yang lain . 4. Aktiviti yang diteruskan sehingga semua murid dicuit . BSPP: Skitar Perkembangan ( 8 minit ) Stesen berhalangan Stesen 1: Melompat sebelah kaki ke dalam gelung . Pembelajaran Gaya VAK 1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil . 2. Murid beratur dalam barisan 3. Setiap kumpulan bermula di stesen 1 4. Murid dalam kumpulan bergilir-gilir melakukan aktiviti di stesen . 5. Setelah selesai bergerak ke stesen berikutnya . BSPP: Skitar Gelung Tali
QGU3013-KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Khng Bee Lay(D20102042103) Group UPSI 04(A121PJJ) 17

Stesen 2:

Berjalan di atas tali sambil mengimbang badan Stesen 3 : Melompat sebelah kaki dalam petak ketingting
QGU3013-KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Khng Bee Lay(D20102042103) Group UPSI 04(A121PJJ) 18

Stesen 4 : Berjalan seperti ulat bulu. Kemuncak ( 12 minit ) Permainan kecil - Lari Arnab Lari Kemahiran Mengingat 1. Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan. 2. Dari permulaan, guru memilih 8 orang sebagai serigaladan murid lain sebagai arnab. 3. Kemudian, murid-murid memakai topeng mengikut peranan masingmasing . 4. Arnabberada dalam kawasan kebun mencari makanan . 5. Serigalaberada di kawasan kebun. 6. Apibila guru menyebut lari,serigala mengejar arnab. BSPP: Skitar Topeng arnab Topeng serigala Gelung Kad sayur-sayuran
QGU3013-KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Khng Bee Lay(D20102042103) Group UPSI 04(A121PJJ) 19

7. Arnab menyelamatkan diri dengan melompat sebelah kaki dan masuk ke dalam rumah . 8. Arnab yang ditangkap akan dikumpulkan di rumah serigala .

Penutup ( 5 minit ) Menyejukkan badan dan rumusan. Pembelajaran Gaya VAK Kemahiran Mendengar 1. Murid-murid diminta berjalan sambil melakukan pergerakkan haiwan. - burung - ayam - ikan - ular 2. Guru menanya kepada murid tentang pembelajaran hari ini. 3. Guru membuat rumusan.
QGU3013-KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Khng Bee Lay(D20102042103) Group UPSI 04(A121PJJ) 20

1.7 Rumusan Permainan mempunyai peranan yang yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi pelajar di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan adalah untuk menghiburkan pelajar, tetapi ia memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda dan perkembangan diri pelajar. Justeru, Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah. Ini disebabkan TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti-aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui pendekatan ini. Tidak dapat dinafikan, pendekatan TGFU banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Ia juga membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan berkesan. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka lebih memahami terhadap organisasi permainan-permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, guru juga wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan-permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Oleh demikian, guru perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.
QGU3013-KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Khng Bee Lay(D20102042103) Group UPSI 04(A121PJJ) 21

1.8 Bibliografi 1. NORHAYATI MANSOR. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. http://www.scribd.com/doc/49629012/TGFU. Dilayari pada 8 October 2012. 2. TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING. http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-forunderstanding. html. Dilayari Pada 8 Oktober 2012. 3. Kepentingan Teaching Games for Understanding. http://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-gamesfor. html. Dilayari Pada 8 Oktober 2012. 4. Shabudin, F. (2010, September 14). Model Bunker & Thorpe. http://www.scribd.com/doc/37389581/Model-Bunker-Thorpe. Dilayari pada 8 Oktober 2012. 5. Model Teaching Games For Understanding (TGFU). http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2012/03/modelteachinggames-for-understanding.html. Dilayari pada 9 Oktober 2012.
27

Anda mungkin juga menyukai