Anda di halaman 1dari 1

Apa itu TGFU

7.0 RUMUSAN
7.1 Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar
pada peringkat sekolah rendah. Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan
dengan aktiviti- aktiviti permainan.
7.2 Para pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar
boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola
tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi
adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta
memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai
berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan.
7.3 Pelajar akan menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah
penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan
diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah
difahami dan pendek.
7.4 Guru Pendidikan Jasmani disarankan agar peka dan tulus memberi peluang untuk murid
mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut
keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing.
7.5 Guru-guru juga menjadi pemangkin agar pelajar dibimbing untuk memodifikasi permainan
demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep
bagi permainaan tertentu.
7.6 Para pendidik Pendidikan Jasmani memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan
pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami
terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti
permainan tertentu, menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan
yang bersesuaian dalam waktu jasmani.
7.7 Pengalaman dan kemhiran yang diperolehi pelajar kerana segala pengetahuan yang dipelajari
pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya.
Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti
permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan,
jaring/ dinding dan serangan.

Anda mungkin juga menyukai