Anda di halaman 1dari 31

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN


1.1 DEFINISI PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING

MUKASURAT 1-2 3-4

2.0 KEPENTINGAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)


2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 MEWUJUDKAN PEMAIN YANG BERKESAN MEWUJUDKAN KERJASAMA SESAMA PEMAIN MENGHASILKAN KEMAHIRAN YANG BETUL MENINGKATKAN ARAS DOMAIN PEMBELAJARAN KOGNITIF MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERTANGGUNGJAWAB

3.0 KOMPONEN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING


3.1 BENTUK PERMAINAN 3.2 APPRESIASI/HARGAI PERMAINAN 3.3 KESEDARAN TAKTIKAL 3.4 MEMBUAT KEPUTUSAN 4.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) 4.1 KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN SESUAI DENGAN PANTAS 4.2 TINGKAH LAKU YANG BARU 4.3 PEMANGKIN PELAJAR UNTUK BEKERJASAMA DENGAN ORANG LAIN 4.4 MENGEMBANGKAN KESEDARAN TAKTIKAL DAN KEMAMPUAN MEMBUAT KEPUTUSAN

5-10

11-12

5.0 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN ANTARA PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KAEDAH TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING
5.1 DALAM PENDEKATAN TRADISIONAL 5.2 PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING 5.3 PERBEZAAN ANTARA PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DANKAEDAH TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING

13-15

6 7 8 9

6.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

16-19 20 21 22-29

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

1.0

PENGENALAN
Pendidikan jasmani adalah pendekatan yang digunakan bagi para pelajar dalam mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.Pendekatan ini juga penting dalam mengembangkan kebolehan para pelajar dalam aspek psikomotor,kogniti dan afektif.para pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat membantu dalam membangunkan dan meningkatkan kecergasan pelajar melalui aktivit fizikal.Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu murid dalam kemahiran pergerakan asas, pergerakan kreatif dan kemahiran dalam sukan..Pemilihan dan pelaksanaan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Teaching Games For Understanding (TGFU) adalah satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan jasmani bagi membantu pelajar membentuk motivasi dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

1.1

DEFINISI PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING


Teaching Games For Understanding ini dipelopori oleh Bunker dan Thorpe pada sekitar tahun 1970-an dan awal tahun 1980.Terdapat beberapa ahli Pendidikan Jasmani telah membuat pengembangan dalam Teaching Games For Understanding seperti The Tactical Game Model dan Game Sense di Australia merupakan pendekatan pengajaran permainan yang mengubah corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan atau skill based kepada pendekatan pelajar .Dalam istilah yang lain, Teaching games For Understanding ialah sesuatu permainan yang diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur. Terdapat beberapa pendapat mengatakan Teaching Games for Understanding juga merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan.1

Idea untuk memperkenalkan Teaching Games for Understanding tercetus apabila didapati para pelajar kurang berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan kepada prestasi penguasaan kemahiran, pengetahuan atau teknik sesuatu permainan dan pergantungan terhadap jurulatih atau guru untuk membuat keputusan dalam sesuatu permainan.

Rujukan buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani ,Mohd Sofian Omar Fauzee

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

Pendekatan ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan.menambah pengetahun mahupun meningkatkan kemahiran.Pendekatan ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sedia ada. Pendekatan ini membuatkan permainan yang dilaksanakan lebih seronok mengikut tahap pelajarpelajar.

Pendekatan ini juga merupakan salah satu pendekatan yang perlu ada dalam mengkoordinasi pelajar dalam permainan. Guru sebagai pengelola kelas lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran dan tidak menjadi dominan dengan dengan memberikan contoh-contoh seperti yang terjadi pada pembelajaran berasaskan teknik. Pendekatan ini juga dapat dijadikan sebagai sebuah inovasi yang menuju pada pembaikan pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah.

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

2.0

KEPENTINGAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)


Pelbagai pendapat menyatakan bahawa kepentingan pendekatan Teaching Games For Understanding dalam dunia pendidikan jasmani sebagai alternatif memajukan bidang sukan dalam kalangan pelajar semakin diakui. Dalam pendekatan Teaching Games For Understanding menyarankan taktik permainan diertikan sebagai pengenalan pertama yang mana pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu diperlukan dalam konteks sesebuah permainan, pelaksanaan.Pendekatan ini mestilah diterapkan pada pengajaran pendidikan jasmani para pelajar bagi meningkatkan motivasi untuk kematangan serta dapat meningkatkan kesihatan psiikologi dan fizikal pelajar. 2.1 Mewujudkan Pemain Yang Berkesan Model Teaching yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan serta sesuai terhadap pelajar dalam pelbagai kumpulan kemahiran dan dapat menggalakan pelajar berfikir secara kreatif dan bijak membuat keputusan dalam pemilihan taktik. 2.2 Mewujudkan Kerjasama Sesama Pemain Selain itu, pendekatan ini juga dapat mewujudkan kerjasama sesama pemain dan menguasai kemahiran sukan serta memberi peluang pelajar untuk meneroka pemainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.Kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada kerana ia merangkumi semua aspek yang perlu diterap kepada para pelajar dan mereka dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. 2.3 Menghasilkan Kemahiran Yang Betul Teaching Games For Understanding merupakan pendekatan pengajaran

pemusatan pelajar dan pemusatan bermain yang mana ia adalah suatu cara yang membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) 2.4 Meningkatkan Aras Domain Pembelajaran Kognitif Pendekatan Teaching Games For Understanding ini dapat menyediakan

persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain bagi meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.Menurut Hopper, proses tersebut melibatkan pengajaran pelajar yang menggunakan permainan yang dimodifikasi dan diaplikasikan yang sesuai dengan jasmani, sosial dan perkembangan mental pelajar. 2.5 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab Teaching Games For Understanding dapat menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Hal ini dapat membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan

pergerakan kognitif.

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

3.0 KOMPONEN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING


Komponen dalam Teaching Game For Understanding penting bagi member kesedaran kepada taktikal kepada pelajar untuk membuat keputusan penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai dalam situasi permainan.

(1)PERMAINAN

(2)APPRESIASI PERMAINAN

(6)PERSEMBAHAN/ PRESTASI

PELAJAR (3)KESEDARAN TAKIKAL (5)MELAKSANAKAN KEMAHIRAN

(4)MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERSESUAIAN Apa yang perlu dilakukan? Kenapa ia dilakukan

3.1 Bentuk Permainan Bentuk permainan menurut model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya yang melibatkan ruang permainan,alatan permainan,bilangan pemain dan sebagainya. Guru perlu memperkenalkan bentuk permainan kepada pelajar supaya mereka memahami tentang bentuk dan konsep permainan.Pada peringkat ini, guru juga perlu memainkan peranan dengan mewujudkan permainan yang diubahsuai dengan objektif yang tertentu supaya mereka dapat memahami konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jenis kategori permainan serta memastikan bentuk permainan bentuk permainan itu sesuai untuk semua peringkat umur. .

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Terdapat empat kategori permainan yang menggunakan pendekatan Teaching Game For Understanding (TGFU) 3.1.1 Permainan sasaran (target game)2 Permainan yang mana menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata.Para pelajar mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu.Contoh adalah seperti bowling, memanah dan golf.

Rujuk dilampiran 5 dan 6 ,Kategori Permainan dan Jenis Permainan Kanak-kanak

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) 3.1.2. Permainan jaring dan dinding (net/wall game)3 Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.Kedua-dua pihak bermain dengan suatu alat manipulasi seperti bola.Pasukan boleh mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.Contoh permainan yang menggunakan kaedah ini ialah badminton, squash dan ping pong.

3.1.4 Permainan pukulan tepat dan memadang (striking/fielding game)4 Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan pukulan tepat (striking) dan pasukan memadang (fielding).Pasukan pukulan tepat (striking)akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan pukulan tepat (striking) mendapat lebih markah.Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan Berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.Contoh permainan adalah seperti baseball,softball dan kriket.

3 4

Rujuk dilampiran 8 ,Kategori Permainan dan Jenis Permainan Kanak-kanak Rujuk dilampiran 7 ,Kategori Permainan dan Jenis Permainan Kanak-kanak

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

3.1.5 Permainan penyerangan (invasion)5 Permainan yang berpasukan.dalam jangkaan masa yang tertentu.pasukan penyerang akan masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata.Contoh permainan seperti bola sepak,bola keranjang dan bola jaring.

3.2

Appresiasi/Hargai Permainan Appresiasi atau hargai permainan dimana pelajar perlu memahami dan menghargai tentang peraturan dan konsep permainan,bentuk permainan dan kepentingannya serta mengetahui cara menggunakan undang-undang dan kemahiran permainan walaupun permainan itu mudah.Hal in demikian adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecederaan yang kemungkinan berlaku semasa menjalankan permainan.Selain itu, appresiasi , permainan dapat meningkatkan peluang dalam sasaran dan mendapat markah yang tinggi.

3.3

Kesedaran Taktikal Kesedaran taktikal6 dimana pelajar perlu mencipta ruang untuk menyerang dan mempertahankan ruang daripada diserang daripada pihak lawan.Dengan menyertai situasi permainan, pelajar perlu menyedari kepentingan taktik,penggunaannya dalam gerakan menyerang dan pertahanan dalam situasi permainan.Pelajar perlu mengetahui kepentingan dan amalan taktik pada tempat dan masa yang sesuai yang

5 6

Rujuk dilampiran 9 ,Kategori Permainan dan Jenis Permainan Kanak-kanak Taktikal bermaksud taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taktikal

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) dapat membantu ketika berdepan pasukan musuh. Secara tidak langsung, pelajar dapat menguasai sesuatu permainan..Contohnya permainan bola jaring.Masalah taktikal adalah bagaimana melontar bola dengan cara yang betul agar kumpulan pemain yang menyerang tidak berjaya mendapat bola daripada kumpulan bertahan.masalah taktikal perlu diperbaiki jika berlak semasa permainan.Pembetulan perlu dilakukan segera agar pelajar mampu mempelajari cara bermain dalam masa yang cepat. 3.4 Membuat Keputusan Semasa permainan dijalankan, pelajar hendaklah sentiasa menilai situasi ,menjangka kemungkinan yang berlaku serta membuat keputusan dengan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi. Keputusan mestilah dibuat berdasarkan pengetahuan deklaratif dan procedural7 dalam situasi permainan Antara situasinya apa yang perlu dilakukan,bila melakukannya dan bagaimana melakukannya. Namun cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri dalam sesuatu permainan agar dapat

memperkembangkan potensi dan bakat mereka.

Setelah pelajar dapat menguasai segala teori dan kemahiran,mereka akan melaksanakan kemahiran yang sesuai seiring dengan pemilihan taktik secara berterusan.Misalnya bola baling, pelajar akan berlatih secara berkadar untuk sasaran gol.Mereka telah didedahkan dengan kemahiran membaling dan cara gol.Oleh itu, latihan kemahiran perlu dilaksanakan oleh para pelajar.

Prestasi pelajar akan dipantau oleh guru dan dinilai serta dikritik mengikut criteria agar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan.Daripada persembahan mereka, guru dapat mengklasifikasikan tahap kemampuan mereka iaitu antara cemerlang,baik,sederhana dan memuaskan.Dari persembahan mereka, guru dapat mengetahui kelemahan pelajar dan cara membaiki pelajarnya. Dalam kaedah Teaching Games For Understanding,guru dapat member tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka dapat membentuk permainan sendiri dengan mengambil contoh permainan sukan yang pernah dimainkan oleh mereka.Dengan adanya contoh
7

Procedural bermaksud Ingatan jangka panjang yang berkaitan dengan cara membuat sesuatu- sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taktikal

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) rekaan permainan baru,pelajar dapat mengetahui pentingnya peraturan dalam sesuat permainan dan tujuan mereka bermain permaina tersebut. Selain itu, mereka dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran sesuatu permainan dan saling bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan mereka.Secara tidak langsung semangat kerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk dan mereka berupaya membentangkan perkembangan permainan mereka seterusnya dapat mengajar rakan-rakan dan guru dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari. Modifikasi 8 permainan dapat meningkatkan kemahiran dan teknik pelajar dalam sesuatu permainan sukan terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman. o o o Penggunaan peralatan yang sesuai untuk pelajar tahap 1 iaitu penggunaan objek ringan,lembut dan kecil Mengurangkan keupayaan sasaran bagi sesuatu permainan seperti

mengurangkan ketinggian jaring. Pembelajaran yang selamat dan tapak permainan yang kondusif 9 dengan permainan sukan.Misalnya menggunakan pakaian keselamatan seperti topi keledar dan sarung tangan. o o Memberikan peluang yang maksima dalam elemen teknikal iaitu mengurangkan bilangan pemain. Meningkatkan tahap perkembagan melalui penyelesaian masalah taktikal.Misalnya mengurangkan body contact dan pemeriksaan peralatan agar memanjangkan masa untuk membuat keputusan yang sesuai. o Meningkatkan peluang kerjasama dalam satu kumpulan.Guru perlu member masa yang secukupnya ketika masa rehat kepada pemain untuk berbincang penyelesaian taktikal. o o o Memberi peluang kepada pelajar dalam kemenangan dan mencapai jaringan iaitu dengan member peluang untuk skor. Memberi semangat kepada pekatih dengan mengecilkan ruang permainan. Memantapkan permainan dengan mengurangkan pemain dalam permainan sasaran dan permainan memadang.

Modifikasi bermaksud proses (perbuatan, tindakan dsb) mengubah sedikit sesuatu (keadaan, sifat dsb) supaya sesuai dgn keperluan (situasi, sifat, tujuan dsb) yg dikehendaki- sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taktikal 9 Kondusif bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taktikal

10

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) 4.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)

4.1 Keputusan Yang Tepat Dan Sesuai Dengan Pantas Melalui pendekatan Teaching Games for Understanding, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang,kaedah ini adalah penting untutk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta-merta dalam proses permainan. Teaching Games for Understanding adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Hal ini demikian kerana Teaching Games for Understanding lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. 4.2 Tingkah Laku Yang Baru Menurut Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengira kira tujuan bermain.Semasa bermain sesuatu permainan, mereka bebas daripada segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru dan melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Model Teaching Games for Understanding bentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang boleh dipindah ke pelbagai permainan. Oleh yang demikian, Teaching Games for Understanding amat sesuai dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak.Taktikal yang dikuasai dengan beberapa pemainan yang sama kemahirannya. 4.3 Pemangkin Pelajar Untuk Bekerjasama Dengan Orang Lain Dari sudut pandangan psikologi, Thorpe mengatakan bahawa teaching Games For Understanding sebagai kerangka kerja pendorong.Di mana model ini menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu yang merupakan Teaching Games For Understanding dengan berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan dan tentangannya untuk untuk mencapai bekerja dengan taktik yang tepat. Kemampuan model ini dapat melatih secara individual atau dalam kelompok kecil sebagai pemangkin pelajar untuk bekerjasama dengan orang lain dalam usaha membantu perkembangan pemikiran. Melalui kaedah Teaching Games For Understanding,pelajar dapat menghalusi dan

11

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara berperingkat dan dibawah bimbingan guru serta berkembang ke arah permainan yang lebih canggih. 4.4 Mengembangkan Kesedaran Taktikal Dan Kemampuan Membuat Keputusan Pembelajaran kendiri akan tercetus apabila pelajar itu memiliki pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi.Dalam permainan sasaran yang terdapat dalam model Teaching Games For Understanding, pelajar didorong mengembangkan kesedaran taktikal dan kemampuan membuat

keputusan, hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran. Permainan sasaran atau target games merupakan permainan yang memerlukan konsentrasi, ketenangan, fokus dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Setelah konsep permainan sasaran atau target games diri pelajar terbentuk , permainan sasaran memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat.

12

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

5.0

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN ANTARA PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KAEDAH TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING
Havice (1999) mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara tradisional melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja. Stinson & Claus (2000) menyatakan bahawa peralatan dalam kelas tradisional dilengkapi dengan barisan kerusi dan meja berserta dengan papan tulis di hadapannya. Menurut Neo & Rafi (2007) pula, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah kapur dan cakap atau kaedah menggunakan transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah buku bercetak. 5.1 DALAM PENDEKATAN TRADISIONAL Guru menentukan dahulu kemahiran bagi sesuatu permainan. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kepada pelajar Guru boleh meminta pelajar yang mahir memberi tunjuk cara kepada pelajar lain Pelajar akan melakukan kemahiran secara kelas, kumpulan atau individu. Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

Ciri Pendekatan Tradisional Aplikasi pembelajaran sehala yang berasaskan guru sebagai pengajar dan pemberi arahan manakala murid mengikut arahan.Pendekatan ini

mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada guru berbanding pelajar di mana ia dapat memudahkan guru merancang . sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas. Kurikulum yang ditetapkan oleh kemementerian pelajaran Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar Guru menentukan ujian piawai dan mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred

13

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) 5.2 PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING Pendekatan Teaching Games For Understanding menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pelajar dari aspek fizikal,sosial, serta intelek mereka dan infrastruktur yang bersesuaian Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik perhatian pelajar Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. Membimbing mereka kea rah kemahiran membuat seperti , menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan. Pendekatan ini berkonsepkan ansur-maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu.

14

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) 5.3 PERBEZAAN ANTARA PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING Model Tradisional Perlakuan kemahiran Lebih mementingkan Permainan kepada Permainan merupakan fokus utama dalam setiap permainan Lebih mirip kepada permainan yang mencabar minda Model Teaching KAEDAH

pemahaman perlakuan dalam sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari Hanya mengikut kurikulum yang

disediakan Permainan Appresiasi Permainan taktik dan boleh Penguasaan hanya pada kemahiran Penggunaan yang terlalu asas dan gagal difahami sepenuhnya oleh pelajar. Prestasi Kesedaran Taktikal Prestasi pelajar hanya akan dinilai Dikuasai semasa permainan dalam setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembuat keputusan Pembuat keputusan Tidak dapat membuat keputusan dan Boleh membuat keputusan sendiri terlalu mengharapkan bantuan guru usaha atasi pihak lawan

diubahsuai ntuk kemajuan permainan

15

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

6.0 CONTOH PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran Tarikh Masa Tahun Objektif : Pendidkan Jasmani : Kemahiran Asas : Manipulasi Alatan (Bola Kertas) : Menuju sasaran : 28 September 2012 : 7.45 8.45 pagi : 4 Mawar : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, 94 % murid dapat Psikomotor : Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jatuhan tin pada jarak 3 meter Kognitif : Menyatakan taktik yang penting dalam permainan yang dimainkan Afektif : Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan Bertanggungjawab Pengalaman sedia ada Penerapan nilai KBKK Pengabungjalinan Kesepaduan : Murid biasa bermain dengan permainan baling tin : Jujur dan kerjasama : Membanding membeza : Tunjang kemahiran koordinasi : Sains koordinasi dan ketepatan masa semasa menuju Alatan : 2 biji bola kertas, 6 buah tin, 1 wisel

16

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) FASA/MASA AKTIVITI MAKLUMAT P&P ORGANISASI CATATAN

PERMULAAN Memanaskan badan (5 minit) 1. Regangan statik Regangan otototot pada leher, tangan, lengan,pinggan g,betis, dan kaki Aktiviti memanaskan Verbal

badan dilakukan dengan melantik seorang ketua Intrapersonal

kumpulan san menjalankan aktiviti tugasan Aktiviti untuk meningkatkan suhu badan Fleksi dan ekstensi kepala /leher Fleksi dan ekstensi tangan (bisepbrachii,trisep brachii) Kilas pinggang Abduksi dan aduksi peha Pelantar fleksi dan pelantar ekstensi kaki Murid dibahagikan kepada kumpulan Melakukan lontaran dan sambut dengan balingan bawah dan atas Membaling menyambut keadaan statik Membaling menyambut keadaan bergerak dan dalam dan dalam berdasarkan kad

Langkah 1 (10 minit)

Gerak kerja kelas

17

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

PERKEMBANGAN Langkah 2 (20 minit)

Permainan Baling Murid berkumpul di dalam Tin kumpulan asal semula 8 orang setiap kumpulan Penerangan langkah permainan Pelajar berada dalam tentang

gelanggang permainan Masa diberikan selama 10 minit bagi satu pusingan Pertukaran permainan Tamat masa dan kiraan mata dilakukan
Langkah 3 (5 minit)

proses

Bersoal Pelajar

jawab

dengan

pelajar tentang permainan menyatakan

pendapat permainan yang diberikan Guru menekankan aspek keselamatan Meneruskan permainan
Langkah 4 (20 minit)

Guru menekankan aspek keselamatan Kiraan masa dilakukan Meminta pandangan

pelajar tentang keputusan perlawanan

18

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

PENUTUP (5 Minit)

Menyejukkan badan Regangan

Pelajar melakukan aktiviti regangan dengan kadar

intensity yang terendah Tarik nafas, longgar sendisendi dan kendur otot-otot utama di bahagian atas badan dan kaki Tarik nafas melalui hidung dan hembus nafas melalui mulut

19

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

REFLEKSI
Dalam proses menjalankan tugasan ini, saya dapat mendalami konsep TGFU iaitu Teaching Games For Understanding yang penting dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dalam sesuatu permainan. Secara ringkasnya, Teaching Games For Understanding atau TGFU dikategorikan kepada empat elemen iaitu sasaran, pukulan, jaringan dan serangan atau kawasan. Melalui proses ini, saya dapat memahirkan diri saya dalam mengaplikasikan pendekatan Teaching Games For Understanding dengan baik dan bijak mengikut permainan yang akan dilaksanakan serta bersesuaian dengan tahap umur pelajar.Selain itu, saya juga dapat melahirkan idea yang kreatif semasa mengendalikan permainan yang menyeronokkan. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat meningkatkan sikap kerjasama dan semangat bersaing dengan cara yang betul bersama rakan-rakan sekumpulan.Pelajar dapat bermain dengan seronok melalui pendekatan ini dan dalam masa yang sama mereka juga dapat menguasai satu kemahiran asas dalam permainan secara mereka tidak sedari.Terdapat banyak kebaikan dalam pendekatan ini, antaranya pendekatan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka permainan secara berperingkat yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan.Pendekatan ini lebih sistematik berbanding pendekatan yang lain.Namun begitu, pendekatan ini juga mempunyai kelemahan, antaranya pelajar mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini berkemungkinan dapat mengubah sifat asal sesuatu permainan. Secara kesimpulannya, kaedah Teaching Games For Understanding penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan generasi yang aktif dan sihat.

20

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

Bibliography
Bunker,DJ.& Thorpe. (1982). A Model For The Teaching Of Games in Secondary Schools. UK: Bulletin of Physical Education.18(1).5-8. http://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashim. (n.d.). http://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.html. (n.d.). Nuffnang. (2011, July 28). Taman Ibuku. Retrieved from http://suriaangkasa.blogspot.com/2011/07/nota-pjm-model-bunker-thorpe.html Shabudin, F. (2010, September 14). Model Bunker & Thorpe. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/37389581/Model-Bunker-Thorpe http://www.tgfu.org/ http://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pd

21

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

LAMPIRAN
Lampiran 1 Nota ringkas Model Teaching Games For Understanding

22

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

Lampiran 2

23

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 3 Carta Tentang Konsep Pembelajaran Perbezaan Individu

Lampiran 4

24

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 5

25

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 6

26

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 7

27

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 8

28

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU) Lampiran 9

29

TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)

30

Anda mungkin juga menyukai