Anda di halaman 1dari 2

PRNSP KONSERVAS DALAM PENDDKAN LUAR

Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta
memupuk nilai berikut:
a. Prinsip Rendah Diri
4 Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam jiwa.
4 Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia Nya.
4 Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta alam semula jadi oleh itu sebagai
khalifah kita perlu memelihara alam sekitar.

b. Prinsip Bekerjasama
4 Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam sekitar dengan jayanya.
4 Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh sungguh
melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di
kawasan perkhemahan di akhir program.

c. Prinsip Menghormati AIam Sekitar
4 Menghormati alam semula jadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup dengan memelihara alam sekitar.

d. Prinsip Kehidupan Seimbang
4 Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar.
4 Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar.

e. Prinsip Mementingkan Kemapanan Ekosistem
4 Mementingkan kemampatan ekosistem dengan tidak mengganggu sistem ekosistem semula jadi.
4 Sensitif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem daripada pelbagai pihak.

f. Prinsip MengekaIkan Kehidupan Liar dan KepeIbagaian Hidup
4 Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ke tempat lain.
4 Kita mesti memegang teguh prinsip "melihat tanpa mengganggu dalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan
seharian.

g. Prinsip Kerosakan Minima
4 Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan menggunakan ketika perlu saja.
4 Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup alternatif lain sebelum menggunakan atau mengganggu alam sekitar.

h. Prinsip Perubahan Berterusan
4 Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang ke arah menjaga alam sekitar.
4 Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah memulihkan alam sekitar.

i. Prinsip Ekonomi BukanIah SegaIa-gaIanya
4 Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati
keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada esok hari.
4 Kita seharusnya bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau di beli dengan wang ringgit.

j. Prinsip Mengikut Hak Mereka yang BeIum Lahir atau Hak Generasi Akan Datang
4 Kita patut menyedari alam semula jadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan nenek moyang kita.
4 Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar.
4 Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat alam semula jadi.

k. Prinsip Tanggungjawab Setiap Individu
4 Kita perlu bertanggungj awab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam semula jadi
4 Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan
menjaga alam sekitar dengan baik
4 Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan sebagainya.

l. Prinsip Kesederhanaan
4 Kita perlu bersederhana dalam menggunakan hasil alam semula j adi tanpa membazir.
4 Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan alam sekitar.

m. Prinsip PerIindungan dan PemuIihan Ekosistem
4 Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam sekitar.
4 Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada kemusnahan alam sekitar.

n. Prinsip Etika MeIebihi Hukum
4 Sebagai pendidikan kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan berdisplin (etika dan disiplin
adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman).
4 Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan berdisiplin.

o. Prinsip MengaIami dan Menghayati
4 Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti berlandaskan alam sekitar.
4 Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulihkan dan menjaga alam sekitar.

p. Prinsip Mencintai Persekitaran
4 Kita perlu mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan sewenang-wenangnya.
4 Kita amat perlu melindungi alam semula jadi.
4 Menyayangi binatang dan tumbuhan.
4 Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesej ahteraan hidup.

q. Sikap Menghargai
4 Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan menganggap sebagai khazanah yang paling berharga.
4 Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam semula jadi.
4 Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan hutan yang hij au yang tidak
dapat dibeli dengan wang ringgit.
4 Menghargai hidupan di persekitaran kita.

r. Berani
4 Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti
pencegahan.
4 Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai