Anda di halaman 1dari 7

8.

RUMUSAN

8.1

Hasil Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji menggunakan kaedah


rawatan Target Games dalam TGfU bagi meningkatkan ketepatan dalam menolak
bola hoki telah menunjukkan peningkatan bagi kebanyakan responden berdasarkan
data yang telah dianalisis. Hal ini bertepatan dengan konsep yang terdapat dalam
Model TGfU itu sendiri yang menerapkan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi
mewujudkan permainan yang berkesan, menggalakkan murid berfikir secara kreatif
dan bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik bekerjasama sesama pemain
melalui soalan rangsangan yang diaplikasikan ketika permainan dijalankan, sesuai
untuk murid dalam pelbagai kemahiran, dan akhirnya murid dapat menguasai
kemahiran sukan (Ho. 2003; Lights & Frawn. 2003).
Permainan sasaran merupakan salah satu darpada empat komponen
keseluruhannya yang terkandung dalam Model TGfU ini sendiri. Pengkaji telah
berjaya mengaplikasikan salah satu komponen tersebut sebagai kaedah rawatan yang
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengkaji mengambil keputusan menjadikan permainan sasaran ini sebagai
rawatan adalah kerana pengkaji boleh mengubah suai sesuatu jenis permainan
berdasarkan kesesuaian tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dan juga

57

kesesuaian masa serta kawasan yang akan digunakan di mana rawatan ini boleh
dilaksanakan di tempat terbuka dan juga tempat tertutup jika berlaku sesuatu yang
tidak dijangka seperti hujan dan hari yang terlalu panas. Pengkaji perlu meneliti halhal tersebut kerana waktu kajian ini dijalankan adalah ketika bulan Ramadhan.
Banyak kekangan dan cabaran yang perlu pengkaji teliti dan atasi dengan cara
terbaik.
Perkara yang dilaksanakan oleh pengkaji juga adalah berdasarkan kenyataan
berikut yang mengatakan Teachers, coaches and instructors are encouraged to
modify the activities and implement the pedagogical principles to suit the learners
needs and abilities (James L. Mandigo, 2003).
Kaedah Target Games yang dijalankan pengkaji merupakan salah satu
strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan penerapan permainan atau
bermain ketika kelas dijalankan. Konsep ini dilihat sangat sesuai untuk diaplikasikan
kepada responden kerana kanak-kanak lebih suka bermain ketika belajar. Hal ini
bertepatan dengan pendapat Isenberg dan Jolongo (1997) yang mengatakan bahawa
bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak,
aktif dan bebas untuk meneroka serta menjelajah persekitarannya, mendapat
keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan
sendiri bersesuaian dengan aktiviti yang mereka mainkan.
Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah penggunakan kaedah
permainan sasaran dalam meningkatkan ketepatan menolak bola hoki adalah sesuai
dan mampu digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan lain yang boleh
mengubahsuai mengikut kemampuan serta kesesuaian situasi.
8.2

Kelebihan Kaedah Rawatan


58

Kaedah rawatan yang telah digunakan oleh pengkaji bagi meningkatkan


ketepatan responden dalam menolak bola hoki sememangnya mempunyai banyak
kelebihan. Antaranya adalah aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh guru Pendidikan
Jasmani dan juga jurulatih hoki. Mereka boleh mengubahsuai permainan mengikut
tahap murid atau pemain masing-masing. Mereka juga boleh menjalankan kaedah ini
ketika melakukan aktiviti bermain hoki mengikut kesesuaian dan kemudahan untuk
aspek kebolehtadbiran. Hal ini bermaksud bahawa pelaksanaan kaedah ini mampu
dilaksanakan mengikut kesesuaian murid atau pemain hoki kerana mudah ditadbir.
Selain itu, kaedah rawatan yang pengkaji gunakan adalah sangat sesuai
kerana menggunakan unsur permainan yang sangat sinonim dengan kanak-kanak.
Dengan pelaksanaan rawatan ini, kanak-kanak telah dapat mencapai objektif yang
diinginkan oleh guru sambil bermain. Hal ini bertepatan dengan teori bermain oleh
Mayke S Tedjasaputra (2001), yang mengatakan bahawa bermain adalah sesuatu
yang sangat berkait rapat dengan kanak-kanak di mana mereka berasa seronok untuk
melakukan kegiatan tersebut yang mempunyai objektif tersendiri untuk dicapai.
Di samping itu juga, melalui pelaksanaan kaedah ini, secara tidak langsung
dapat melatih murid dalam aspek pengawalan diri dan juga belajar bertanggungjawab
terhadap peraturan. Hal ini kerana, murid lebih banyak terdedah kepada proses
bermain untuk belajar sesuatu kemahiran dan mereka perlu mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan supaya permainan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Ketika bermain dalam proses pelaksanaan kajian ini, murid juga secara tidak
langsung akan mempelajari untuk mengenal erti kerjasama dalam pasukan mereka
selain dapat menajamkan pemikiran mereka supaya berfikir dengan lebih kreatif
59

kerana mereka perlu membuat keputusan dalam situasi yang sebenar dan dibantu
pula dengan rangsangan soalan pelbagai aras oleh guru atau jurulatih yang perlu
dijawab oleh mereka.
Melalui kaedah rawatan permainan ini juga, murid akan lebih memahami
mengapa dan bila untuk mereka aplikasikan kemahiran yang diajari oleh guru atau
jurulatih dan seterusnya membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk
menguasai teknik dalam sesuatu kemahiran itu kerana telah melihat kepentingan
untuk menguasai kemahiran tersebut dengan baik.
Kaedah TGfU ini dilihat mampu memaksimumkan penglibatan murid-murid
kerana mereka lebih tertarik untuk belajar sambil bermain berbanding dengan kaedah
tradisional yang sering diguna pakai sebelum ini. Hal ini lebih jelas dapat dilihat
akan berlaku sekiranya guru atau jurulatih merancang aktiviti yang melibatkan
kumpulan atau individu tetapi di dalam kumpulan. Dengan pelaksanaan seperti itu,
ramai murid akan dapat melibatkan diri.

8.3

Menjawab Persoalan Kajian


Di dalam kajian ini pengkaji telah menggariskan hanya satu persoalan sahaja

bagi melihat kajian yang dilakukan mendapat keputusan yang meningkat dalam
kalangan responden untuk ketepatan dalam kemahiran menolak bola hoki ke arah
sasaran. Berikut adalah persoalan kajian ini:

Meningkatkan ketepatan menolak bola dalam permainan hoki menggunakan


kaedah TGfU (Target Games).
60

Analisis data individu yang ditunjukkan oleh responden telah menunjukkan


bahawa berlaku peningkatan dalam skor daripada Ujian Pra dan Ujian Pos yang
secara langsung telah menjawab persoalan kajian pengkaji.
Hal ini selaras dengan kenyataan James L. Mandigo (2003) iaitu the TGFU
approach to students is to help improve game performance across number of
different target games. Many of the rules, skills, and tactical problems and solutions
that are introduced through these activities are very similar to other types of target
games and to other more complex game categories.
Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah pengkaji adalah dengan
terjawabnya persoalan kajian, secara automatik objektif kajian berjaya dicapai dan
seterusnya kaedah rawatan yang digunakan oleh pengkaji mampu meningkatkan
ketepatan responden dalam menolak bola hoki.

8.4 Implikasi
Hasil daripada pelaksanaan kajian ini, dapat dilihat bahawa responden telah
berjaya meningkatkan kemahiran menolak bola dengan tepat ke sasaran dengan
menggunakan kaedah TGfU. Selain daripada itu, pengkaji juga telah berjaya
menerapkan nilai-nilai murni terutamanya daripada segi jasmani, intelek dan rohani.
Hal ini kerana dengan penglibatan responden dalam kajian ini, pengkaji dapat
membantu mereka meningkatkan kecergasan kerana aktiviti yang dijalankan banyak
menggunakan fizikal. Daripada segi intelek pula, pengkaji telah menggunakan
61

soalan-soalan rangsangan pelbagai aras yang dapat meningkatkan kemahiran mereka


untuk berfikir secara lebih kreatif dalam penyelesaian sesuatu masalah. Seterusnya
daripada segi rohani pula, pengkaji dapat memupuk kekuatan dalaman responden
kerana mereka perlu tabah dan sabar ketika melaksanakan aktiviti seperti ini di bulan
Ramadhan.
Justeru diharapkan guru atau jurulatih mempraktikkan kaedah ini dan
memperluaskan terhadap peningkatan kemahiran-kemahiran serta permainanpermainan yang lain supaya prestasi murid dapat ditingkatkan di samping elemen
keseronokan dapat diterapkan.

62

63

Anda mungkin juga menyukai