Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

CMP 2016- PETANQUE

TUGASAN 2: KRITIKAN JURNAL

TAJUK:

Persepsi Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Model


Teaching Games for Understanding (TGFU)

NAMA: NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD


NO MATRIK: D20151070823
SEMESTER: 4
KUMPULAN: B
NAMA PENSYARAH: EN. MOHD NORAFIF BIN MOHD AMIN
TAJUK:

Persepsi Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Model Teaching Games for


Understanding (TGFU)

Penulis:
Agus Pujianto,(2014) Persepsi Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Model

Teaching Games For Understanding (TGfU). Journal of Physical Education, Health and
Sport, 2014.11.

Objektif:
Objektif jurnal ini adalah untuk mengetahui persepsi guru Pendidikan Jasmani terhadap
Model Teaching Games For Understanding (TGfU) dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Kaedah kajian:
Antara kaedah kajian yang digunakan untuk menghasil jurnal ini:

 Soal selidik
 Temu bual
 Pemerhatian

Dapatan kajian:
Agus Pujianto, (2014) melakukan kajiannya untuk memahami Persepsi Guru
Pendidikan Jasmani Terhadap Model Teaching Games for Understanding (TGfU) dan bagi
melihat kesannya terhadap pelajar sekolah tersebut. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik,
temu bual dan pemerhatian di Indonesia. Dapatan kajian ini menunjukkan perkembangan
ekonomi yang tidak seimbang di Indonesia telah menyebabkan anggaran untuk pembiayaan
pendidikan semakin berkurangan.

Akibatnya akauntabiliti dari sistem persekolahan menjadi semakin tidak dapat


dipercayai. Keadaan seperti ini juga menyebabkan guru semakin kurang berkualiti, yang
seterusnya menampakkan pula pada sistem pendidikan guru menjadi semakin tidak dapat
dipercayai. Keadaan sebegini telah mempengaruhi semua mata pelajaran yang ada disekolah
terutamanya bagi mata pelajaran pendidikan Jasmani. Kesan daripada ini juga
memperlihatkan pada kurangnya kualiti persediaan guru pendidikan Jasmani yang semakin
berkurang sumbangan sosialnya jika dibandingkan mata pelajaran lain. Di atas dasar keadaan
pendididkan yang semakin buruk, khususnya pendidikan jasmani, maka telah disarankan
pengajaran kembali kepada dasarnya iaitu “back to basic”.
Ini kerana situasi sebegini mengancam kewujudan pendidikan jasmani sebagai mata
pelajaran yang memiliki “sejuta nilai” terutama dari segi kesihatan dan perkembangan
karakter individu yang menjadi semakin tidak menunjukkan peranan pentingnya. Oleh itu,
salah satu usaha pembangunan dilakukan dengan mengasah "proses ajar" pengajaran
pendidikan jasmani melalui penajaman proses didaktik dan metodik pendidikan jasmani.
Oleh itu, guru-guru di sekolah telah diperkenalkan dengan Pendekatan Pembelajaran
Teaching Games for Understanding (TGfU) yang lebih menekankan pada pendekatan taktikal
bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pendidikan jasmani ini. Sebelum
dilaksanakan TGfU masing-masing pelajar merasakan bosan terhadap sistem pengajaran
lama dan dapat dilihat bahawa kualiti permainan adalah rendah. Namun, TGfU ini dapat
mengembangkan kreativiti pelajar dalam permainan, ketangkasan dalam membuat keputusan
dan meningkatkan keaktifan pelajar. Kajian ini telah mengesan langkah-langkah yang telah
diambil bagi menyelesaikan masalah guru dalam proses pengajarannya dalam mata pelajaran
pendidikan jasmani tersebut.

Pandagan pengkritik:
Journal of Physical Education, Health and Sport, Persepsi Guru Pendidikan Jasmani
Terhadap Model Teaching Games for Understanding (TGfU). Kajian ini menunjukkan guru
semakin kurang berkualiti terutamanya bagi mata pelajaran pendidikan Jasmani. Keadaan ini
juga dapat dilihat apabila kurangnya kualiti persediaan guru Pendidikan Jasmani tersebut
dalam proses pengajaran di sekolah. Ianya secara terus telah memberi kesan kurang baik
kepada pengajaran pendidikan jasmani di sekolah.

Pada mulanya sebelum TGfU diperkenalkan kepada pelajar, pendidikan jasmani yang
diajar disekolah telah menyebabkan timbulnya rasa kebosanan kepada pelajar. Selain itu,
kualiti dalam permainan juga amatlah rendah. Namun setelah diperkenalkan TGfU ini
disekolah ianya telah mengubah dan menyelesaikan banyak masalah terutamanya dalam
pendidikan jasmani ini. Para guru dan pelajar mendapat banyak manfaat daripadanya.

Hasil kajian juga menyatakan bahawa persepsi guru terhadap TGfU ini amatlah
positif. Ini dapat dilihat apabila pelajar dapat mengembangkan kreativiti dan ketangkasan
membuat keputusan dalam permainan. Selain itu, ianya juga menekankan berbagai variasi
dalam bermain dan lebih menekankan keaktifan pelajar. Oleh itu, pelajar bukan sahaja dapat
mengembangkan psikomotornya tetapi juga dari segi efektif dan kognitifnya dapat
berkembang dengan baik.

Dalam pengajaran sukan Petanque, untuk mengelakkan dari berlakunya masalah


seperti pelajar merasakan bosan, pelajar kurang memahami, kualiti dan keaktifan dalam
permainan kurang, dan sebagainya. Aspek yang paling penting ialah guru mestilah
memperkemaskan diri mereka dengan sukan petanque sebenar sebelum proses pengajaran
dijalankan. Guru-guru perlu belajar teknik-teknik yang betul dan pendekatan yang sesuai
untuk mengajar sukan Petanque ini. Antara kemahiran/teknik asas dalam sukan ini ialah cara
pegangan boules, kedudukan kaki, gerakan badan, shooting, pointing dan kedudukan jek.
Selain itu, guru juga boleh menghadiri kursus pembelajaran petanque supaya dapat
memahami dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk bermain sukan ini. Dengan ini,
masalah kejutan pertukaran model pengajaran tadi dapat dielakkan sekaligus membuatkan
sesi pengajaran bolehberjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, jurnal ini telah mengesan langkah-langkah yang telah diambil bagi
menyelesaikan masalah guru dalam proses pengajarannya dalam mata pelajaran pendidikan
jasmani tersebut. Setelah diperkenalkan TGfU dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani disekolah ianya telah banyak membantu guru-guru dan telah
meningkatkan perkembangan pelajar dalam berbagai aspek seperti kretiviti, ketangkasan,
variasi, keaktifan, psikomotor dan sosialnya.

Anda mungkin juga menyukai