Anda di halaman 1dari 4

EKNIK

Definisi

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat


atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

Teknik main peranan

Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Teknik simulasi

Teknik drama

Tujuan Teknik

Menarik minat murid

Mengekalkan perhatian

Membangkitkan rasa ingin tahu

Teknik Latih - Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan


yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg


menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran


menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat,


memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang


biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar


seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan
yang dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan


dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber


motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting.

Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan


dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi
kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri
mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.


Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya
atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman
dan sebagainya.

Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli
kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat


sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh
serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan
latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan


bukan pembelajaran secara analitis.

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa


melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai


kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan


kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya.

Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa


dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,


membaca dan menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat


permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya


jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,


unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk


menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan


berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu


alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada


murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

Anda mungkin juga menyukai