Anda di halaman 1dari 1

4.

0 RUMUSAN
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat
dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita
warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan
peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali
permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan
sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh
mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh
dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan
kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara
tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi
terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti
dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara
dan pertahankan warisan nenek moyang.

15

Anda mungkin juga menyukai