Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50202 – REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK TERPILIH

TUGASAN INDIVIDU 2

TAJUK : ANALISIS PENILAIAN BERDASARKAN

MODUL PENGAJARAN (MODEL ADDIE)

NAMA PENSYARAH : DR. ROSY BINTI TALIN

NAMA PELAJAR : NUR SUHANA BINTI BADI

NOMBOR MATRIK PELAJAR : PP2112004T

PROGRAM : DPLI SESI 2021/2022

SEKSYEN : 2 (BAHASA MELAYU)


1.0 PENGENALAN

1.1 MODEL PENGAJARAN ADDIE

Model pembelajaran ADDIE merupakan model pembelajaran yang sangat lazim


digunakan dan antara yang paling dipercayai dalam kalangan guru hampir di seluruh
pelosok dunia. Disebabkan ia telah digunakan sejak sekian lama, maka
keberkesanan penggunaannya semakin dipercayai oleh golongan tenaga pengajar,
menjadikan mereka lebih yakin untuk menggunakannya di dalam menilai pelajar.
Akronim Model ADDIE masing-masing membawa maksud iaitu di mana, (A) Analisis,
(D) Design - Reka Bentuk, (D) Development - Pembangunan, (I) Implementation -
Pelaksanaan, dan (E) Evaluation - Penilaian. Antara sebab mengapa model
pengajaran ADDIE ini menjadi pilihan ramai guru adalah kerana ia banyak
menjimatkan masa dan kos, dan juga ia adalah panduan utama kebanyakan model-
model pengajaran yang terdapat di luar sana.

Menurut Shelton dan Saltsman (2017), model reka bentuk pengajaran ADDIE ialah
model reka bentuk yang umum yang dapat memberikan gambaran proses-proses
yang lebih teratur, tersusun dalam membangunkan bahan-bahan reka bentuk
pengajaran berkenaan. Model ini melibatkan lima langkah, fasa penting yang boleh
digunakan untuk pengajaran secara maya mahupun secara tradisional. Ia sedikit
sebanyak dapat memberi kefahaman bahawa ia memang selayaknya digunakan
untuk keperluan kajian ini, memandangkan kajian adalah berteraskan bagaimana
reka bentuk pengajaran guru perlu memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Analisis adalah berkaitan penetapan matlamat, objektif pengajaran, seterusnya guru


akan membuat keputusan mengenai reka bentuk pengajaran mereka pada fasa
Reka Bentuk, Pembangunan adalah hasil akhir daripada pembuatan keputusan
tersebut, pada Pelaksanaan pula, guru akan mempersembahkan rangka pengajaran
mereka di dalam bilik darjah kepada pelajar, dan kemudian Penilaian dilakukan
sama ada pengajaran tersebut memerlukan penambah baikan dan sebagainya.
Setiap proses memerlukan pemerhatian yang baik daripada guru supaya
persekitaran pembelajaran pelajar lebih selesa dan menarik.
2.0 ANALISIS ITEM SOALAN BERPANDUKAN MODEL ADDIE

2.1 Analisis Item Soalan 5 Terbaik

Analisis Item Soalan No. 1 (Aktiviti Set Induksi)

No. Soalan

Saya suka apabila Guru DPLI UMS memulakan pembelajaran dengan


1.
menonton video.

Berpandukan Skala Likert yang telah digunakan, majoriti pelajar bersetuju


dengan kenyatan Soalan No. 1 iaitu, ‘Saya suka memulakan pembelajaran dengan
menonton video’. Manakala tiga orang pelajar sahaja yang memilih tidak pasti (3.2%)
apabila melibatkan penggunaan video untuk aktiviti induksi berkenaan. Puratanya, seramai
31 orang pelajar (13 orang memilih ‘Setuju’ (41.9%) dan 17 orang memilih ‘Sangat Setuju’
(54.8%)) berpendapat yang reka bentuk pengajaran guru seharusnya menggunakan video
semasa di awal kelas bagi memastikan sesi PdP berjalan dengan lancar dan dapat
menimbulkan elemen keseronokan semasa belajar. Maksudnya, mereka menyambut baik
akan usaha guru menggunakan alternatif sedemikian jika melibatkan aktiviti pada set
induksi.

Walaupun seorang pelajar didapati memilih ‘Tidak Pasti’ pada soalan tersebut,
namun perkara yang dapat disimpulkan adalah guru perlu berterusan melaksanakan
penggunaan video di awal sesi pembelajaran. Sebagaimana yang telah dipaparkan melalui
graf bar di atas, aktiviti menonton video menjadikan suasana bilik darjah menjadi lebih
menarik dan lebih menggalakkan keterlibatan sama pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang
disediakan. Kunci utamanya ialah minat pelajar terhadap aktiviti tersebut dan jika mereka
sudah menunjukkan minat, bermakna aktiviti yang guru lakukan sudah cukup berkesan dan
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan sebagainya.

Menurut Sidek dan Hashim (2017), pengajaran yang menggunakan klip video
didapati sangat berkesan untuk dipraktikkan dalam PdP di samping ia mampu menggalakkan
SCL (“Student-Centered Learning” - Pembelajaran Berpusatkan Pelajar). Ia dapat membuka
lebih banyak peluang yang baru dan luas bagi guru dalam meningkatkan lagi potensi dan
gaya pembelajaran pelajar. SCL yang dimaksudkan oleh kedua-dua penulis artikel adalah,
pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar adalah tumpuan utama satu-satu sesi
pembelajaran, walaupun wujud guru sebagai seorang instruktor. Guru akan menumpukan
sepenuh perhatian kepada pelajar terutama tentang perkara yang berkait rapat dengan ABM
yang sesuai digunakan, dan perkara bagaimana pelajar mempelajari topik yang ditunjukkan
oleh guru. Membiarkan pelajar menonton video di awal kelas akan mengalihkan perhatian
mereka terus kepada topik pembelajaran dan kemudian dapat menggilap pengetahuan
mereka yang sedia ada.
Analisis Item Soalan No. 2 (Aktiviti Penyampaian Pembelajaran)

No. Soalan

Saya bermotivasi apabila Guru DPLI UMS meminta kami melakukan aktiviti
2.
berkumpulan semasa belajar.

Melalui aktiviti penyampaian pembelajaran, salah satunya adalah menggunakan


aktiviti berkumpulan yang terdapat pada Soalan No. 2, pada borang soal selidik yang terkini.
Melihat kepada hasil analisis yang diperolehi, 29 orang pelajar berminat untuk melakukan
aktiviti berkumpulan semasa sesi aktiviti penyampaian pembelajaran berlaku, dan manakala
3 orang lagi pelajar merasa tidak pasti terhadap kenyataan yang diberikan. Secara
puratanya, seramai 16 pelajar memilih ‘Setuju’ (51.6%) dan 13 orang pelajar memilih
‘Sangat Setuju’ (41.9%) jika guru mereka melaksanakan aktiviti berkumpulan, dan
selebihnya iaitu, 6.5% yang mewakili 3 orang pelajar tersebut tidak merasakan wujud
kesesuaian aktiviti berkenaan ketika di dalam kelas. Namun begitu, ini menunjukkan bahawa
maklum balas yang diterima daripada pelajar amat memberangsangkan.

Dalam erti kata lain, para pelajar masih menunjukkan minat dan menyokong usaha
guru di dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Reka bentuk pengajaran guru yang
sedemikian harus dilakukan secara lazim bagi terus menimbulkan lagi minat pelajar
terhadap perkara yang mereka pelajari. Apabila mengambil berat akan persepsi pelajar
terhadap reka bentuk pengajaran guru, ia sedikit sebanyak dapat membantu guru melihat
arah tuju pengajaran mereka dan pada masa yang sama mereka turut boleh
membangunkan kaedah pengajaran mereka yang sedia ada. Aktiviti berkumpulan semasa
sesi penyampaian pembelajaran sebenarnya mampu mempengaruhi minat pelajar dan
sekaligus dapat memberi kesan kepada sejauh mana kefahaman mereka terhadap
pengajaran guru.

Menurut Adam dan Hamdan (2017), menggunakan aktiviti berkumpulan di dalam


kelas didapati amat berkesan dalam meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar terhadap
topik yang mereka pelajari dan pada masa yang sama, timbul rasa keseronokan dalam diri
pelajar semasa sesi PdP yang sekaligus membangunkan motivasi mereka untuk terus belajar.
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap topik yang mereka pelajari memberi
definisi bahawa pelaksanaan aktiviti berkumpulan ini mampu menyebabkan peningkatan di
dalam kebolehan kendiri mereka khususnya dalam aktiviti kognitif dan afektif mereka. Boleh
dikatakan bahawa aktiviti berkenaan mampu menyumbang kepada perkembangan minda
dan fizikal pelajar yang lebih aktif dan positif. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka
berkreativiti, malahan turut menggalakkan banyak pergerakan fizikal yang sebenarnya baik
juga untuk manfaat kesihatan mereka.
Analisis Item Soalan No. 3 (Aktiviti Pengukuhan)

No. Soalan

Saya tertarik apabila Guru DPLI UMS melaksanakan aktiviti soal jawab dalam
3.
topik yang dipelajari.

Fasa seterusnya di dalam sesi pembelajaran di dalam kelas merupakan aktiviti


pengukuhan di mana guru akan melakukan sebuah aktiviti selepas PdP yang khususnya
dalam bentuk latihan. Tujuannya adalah bagi memberi pengukuhan kepada pelajar terhadap
topik pembelajaran pada hari berkenaan. Pada Soalan No. 3 di borang soal selidik iaitu,
‘Saya tertarik apabila Guru DPLI UMS melaksanakan aktiviti soal jawab dalam topik yang
dipelajari’, memberikan hasil analisis yang sama dengan Soalan No. 1 iaitu, ‘Saya suka
apabila Guru DPLI UMS memulakan pembelajaran dengan menonton video’. Hampir
keseluruhan pelajar berminat dengan aktiviti soal jawab apabila melibatkan aktiviti
pengukuhan oleh guru. Maksudnya, reka bentuk pengajaran guru melalui aktiviti
pengukuhan ini telah memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Setiap pelajar memberikan maklum balas bahawa mereka bersetuju dengan


kenyataan yang diberikan di dalam soalan berkenaan. Dengan purata seramai 100%
(majoriti pelajar di dalam kelas) bersetuju jika guru menggunakan aktiviti soal jawab di
dalam aktiviti pengukuhan, dan langsung tiada wujud pelajar yang membantah kenyataan
tersebut. Ternyata hasil analisis daripada soalan ini memberi impak yang positif terhadap
minat pelajar terhadap topik yang mereka pelajari semasa sesi PdP. Usaha yang berterusan
daripada guru dengan melibatkan aktiviti soal jawab bagi pelajar adalah usaha yang harus
dipuji serta dilakukan secara berterusan. Hal ini supaya ia dapat memberi lebih banyak
pengetahuan kepada pelajar dan juga meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar-pelajar
tersebut.

Kenyataan berkenaan dapat dikukuhkan melalui penjelasan yang dikemukakan oleh


Jasmi, Ibrahim, dan Ilias (2012) iaitu, mereka mengatakan bahawa aktiviti soal jawab dapat
menggalakkan pembelajaran aktif di dalam kelas. Pembelajaran aktif bermaksud bukan
sahaja guru yang bertanyakan soalan kepada pelajar, tetapi guru turut menggalakkan
pelajar bertanyakan soalan kepada mereka. Situasi tersebut menunjukkan wujud komunikasi
dua hala antara pelajar dengan guru, menjadikan pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang
banyak dan kefahaman mereka juga akan bertambah baik terhadap perkara yang diajarkan
oleh guru kepada mereka. Kerjasama yang baik antara guru dengan pelajar dalam sesi
pembelajaran (iaitu melalui aktiviti soal jawab) menandakan sudah wujud kesefahaman
yang baik terhadap topik pembelajaran di situ.

Analisis Item Soalan No. 4 (Aktiviti Pengukuhan)

No. Soalan

Saya berminat apabila Guru DPLI UMS memberi latihan di dalam kelas
4.
menggunakan Teknologi Digital.
Masih berada pada aktiviti pengukuhan adalah Soalan No. 4 iaitu, ‘Saya berminat
apabila Guru DPLI UMS memberi latihan di dalam kelas menggunakan Teknologi Digital’
yang turut memiliki persamaan dengan hasil analisis pada item Soalan No. 2, ‘Saya
bermotivasi apabila Guru DPLI UMS meminta kami melakukan aktiviti berkumpulan semasa
belajar’, di mana majoriti pelajar mempersembahkan minat mereka apabila guru
menggunakan Teknologi Digital di dalam kelas. Seramai 29 orang pelajar bersetuju dengan
reka bentuk pengajaran guru yang melibatkan penggunaan Teknologi Digital di dalam
memberi latihan kepada pelajar. Manakala 3 orang lagi pelajar menjawab ‘Tidak Pasti’ pada
soalan berkenaan, maksudnya mereka tidak pasti akan kesesuaian pemberian latihan
melalui Teknologi Digital terutama semasa aktiviti pengukuhan berlaku.

Perkara ini mencerminkan bahawa soalan berkenaan menerima maklum balas yang
amat memberangsangkan daripada para pelajar. Sebagai tambahan, aktiviti pengukuhan
adalah lebih kurang memberikan latihan kepada pelajar-pelajar menggunakan cara yang
sama dan ia dapat diaplikasikan kepada hampir semua guru. Hasil analisis yang sangat baik
menunjukkan pelajar mampu menerima Teknologi Digital sebagai sebahagian daripada
aktiviti pengukuhan mereka ketika berada di dalam bilik darjah. Penggunaan Teknologi
Digital di sini dalam memberikan latihan kepada pelajar ialah, guru memanfaatkan
gamifikasi bagi mengukuhkan pengetahuan sedia ada pelajar. Pada masa yang sama, ia
dapat mendedahkan mereka terhadap kepentingan teknologi digital khususnya dalam aspek
pendidikan di peringkat sekolah menengah.

Teknologi digital di dalam pendidikan boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan


pada masa kini sebagaimana yang dinyatakan oleh Lestari (2018). Beliau mengatakan
bahawa menggunakan teknologi sebagai medium untuk menyampaikan pendidikan,
pengajaran di kelas mampu menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka, dan
menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang lebih selesa dan efektif. Tidak mengira tahap
teknologi digital yang digunakan untuk pendidikan, mengaplikasikannya dalam bilik darjah
telah banyak membantu guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dengan amat
mudah. Pengurusan PdP itu menjadi lebih lancar dengan bantuan teknologi digital, lebih-
lebih lagi apabila ia berkaitan dengan memberikan latihan atau tugasan kepada pelajar di
dalam kelas.
Analisis Item Soalan No. 7 (Aktiviti Penutup)

No. Soalan

Saya dapat menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru di
7.
akhir kelas.

Aktiviti penutup ia merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru pada akhir kelas
dan lazimnya ia akan merumuskan keseluruhan aktiviti yang telah berlaku semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Pada item Soalan No. 7 ‘Saya dapat
menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru di akhir kelas’ di borang soal
selidik yang telah disediakan, seramai 15 orang pelajar memilih ‘Setuju’ dan 16 orang lagi
memilih ‘Sangat Setuju’ dengan kenyataan yang telah diberikan. Jumlahnya adalah, seramai
31 orang pelajar berminat dengan aktiviti pemberian kerja rumah sebelum mereka
mengakhiri kelas. Akan tetapi, melihat kepada hasil analisis pada Reka Bentuk Pengajaran
Guru, terdapat 2 orang pelajar yang memilih ‘Tidak Pasti’ pada soalan yang dinyatakan.

Biarpun ia memenuhi keperluan pembelajaran pelajar, namun ia tidak bermakna


bahawa reka bentuk pengajaran guru itu diterima 100% oleh pelajar sendiri. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk membina satu reka bentuk pengajaran yang
dapat memenuhi kehendak pelajar. Perkara yang pasti ialah, para pelajar masih bersetuju
jika guru berterusan menggunakannya sebagai aktiviti penutup di dalam kelas. Kenyataan
tersebut harus diambil berat dan ia amat penting dalam menentukan keberkesanan
penyampaian pengajaran guru. Masih wujud kerelevanan di dalam memberi kerja rumah
kepada pelajar untuk menutup sesi pembelajaran. Ia bermaksud alternatif pengajaran yang
digunakan masih boleh diperbaiki untuk kegunaan atau rujukan di masa akan datang.

Memberikan pelajar kerja rumah di akhir kelas sebenarnya memudahkan kerja guru
untuk mengenal pasti pemahaman dan pengetahuan pelajar, dan ia secara tidak sengaja
sebenarnya boleh membangunkan lagi kemahiran bahasa atau berkomunikasi pelajar,
sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Songsirisak dan Jitpranee (2019). Tanpa
pemberian kerja rumah, pelajar mungkin akan kekurangan motivasi dan peluang untuk
belajar memperbaiki kemahiran berkomunikasi, bahasa mereka, dan seterusnya tidak akan
memperoleh sebarang ilmu pengetahuan yang berguna. Pemberian kerja rumah dapat
memberikan mereka ilmu pengetahuan baru, serta mempertingkatkan lagi gaya
pembelajaran pelajar, dan kemahiran pengurusan masa mereka. Kesemuanya ini boleh
menjadikan mereka lebih proaktif dalam pembelajaran dan mencapai keputusan akademik
yang lebih cemerlang secara berterusan.

3.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, analisis item-item soalan ini adalah hasil daripada penambah
baikan yang telah dilakukan terhadap soal selidik sedia ada, yang telah diselarikan dengan
model pengajaran ADDIE. Item-item soalan telah dirangka semula mengikut setiap
peringkat yang terdapat dalam model ADDIE berkenaan. Oleh yang demikian, item soalan
(maklum balas daripada para pelajar) sudah dikemas kinikan dan ia sudah mampu
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar di dalam kelas, di samping mengambil kira reka
bentuk pengajaran guru juga. Selepas melakukan penambah baikan terhadap borang soal
selidik berkenaan, hal yang dapat diperkatakan adalah, bermula daripada set induksi, aktiviti
penyampaian pembelajaran, aktiviti pengukuhan, aktiviti penilaian, sehinggalah ke aktiviti
penutup sesi PdP, masing-masing mengetengahkan kelebihan model ADDIE yang terbukti
mampu memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bermakna bahawa
bagaimana guru mereka bentuk pengajaran mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi
aspek pembelajaran pelajar secara keseluruhannya.
RUJUKAN

Adam M. A., Hamdan A. R.. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam

Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM,

7:(1), 66-73.

Jasmi K. A., Ibrahim N., Ilias M. F.. (2012). Gaya Pengajaran Guru Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam, dalam Seminar Antarabangsa Perguruan dan

Pendidikan Islam (SEAPPI2012). Senai, Johor Bahru.

Lestari, S. (2018). Peran Teknologi Dalam Pendidikan Di Era Globalisasi. Jurnal Pendidikan

Agama Islam, 2:(2), 94-100.

Saltsman G., Shelton K.. (2017). Using The Addie Model for Teaching Online. International

Journal of Information and Technology Education, 2:(3), pp. 14-26.

Sidek S., Hashim M.. (2017). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran

Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE), 3 :

24-33.

Songsirisak P., Jitpranee J.. (2019). Impact of Homework Assignment on Students’ Learning.

Journal of Education Naresuan University, 21:(2), 1-19.

Anda mungkin juga menyukai