Anda di halaman 1dari 15

2.

FOKUS KAJIAN

2.1

Tinjauan Masalah
Tidak dinafikan bahawa fitrah manusia yang Allah jadikan, sentiasa inginkan

yang terbaik dalam kehidupannya termasuklah dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan. Sesuatu yang perlu kita fahami adalah, tiada manusia yang sempurna
selain kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhamad SAW. Hanya Allah yang
sempurna. Namun begitu, ia bukanlah menjadi alasan yang menghalang manusia
untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik.
Situasi ini mempunyai perkaitan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan di mana dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung, sudah tentunya terdapat masalah-masalah yang akan timbul. Oleh itu,
adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab warga pendidik untuk mencari
inisiatif dalam mengatasi masalah yang timbul lantas meningkatkan kualiti
pengajaran dalam diri mereka.
Pendidikan Jasmani perlu difahami oleh guru untuk menyumbang ke arah
pembangunan fizikal kanak-kanak. Ini dapat membangkitkan pembelajaran muridmurid secara inkuiri dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan
imaginatif. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk mempertingkatkan serta

12

memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan salah satu cara yang berkesan yang boleh dijadikan amalan guru.
Oleh itu, pengkaji turut melibatkan diri dengan cara ini untuk melihat tahap
keberkesanan penggunaan kaedah Target Games dalam membantu responden
memahami serta menguasai sesuatu tajuk atau topik yang terdapat di dalam subjek
Pendidikan Jasmani khususnya untuk tunjang kemahiran. Jadi pengkaji ingin
menggunakan kaedah Target Games sebagai kaedah yang sesuai untuk
meningkatkan ketepatan responden dalam kemahiran menolak bola bagi permainan
hoki.
Idea pengkaji menggunakan Target Games dalam memperbaiki masalah
responden datang setelah membuat pemerhatian dan penelitian melalui pelbagai
sumber seperti internet, buku, temubual bersama guru pembimbing, pensyarah
pembimbing dan juga rakan-rakan yang pernah melaksanakan kajian tindakan.
Hasilnya, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan
mengadakan permainan yang mempunyai persamaan dengan objektif pengkaji.
Pengkaji memilih untuk menggunakan permainan kecil yang berunsurkan
sasaran adalah kerana permainan dan kanak-kanak merupakan dua perkara yang
sinonim. Kanak-kanak belajar melalui bermain. Maka di sini dapat dlihat fungsi
permainan itu sendiri yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji sebagai salah satu
pendekatan yang menarik minat responden lantas dapat menyelesaikan masalah yang
telah dikenal pasti.
Perkara di atas disokong melalui petikan di dalam Buku Panduan Guru Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003), Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan
13

yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar di dalam
suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar
melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana melalui bermain mereka akan gembira dan senang hati
membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semulajadi.
Teori Bunker and Thorpe dalam Model Teaching Games For Understanding
Approach (1986), telah menjadi teras utama yang menyokong idea pengkaji.
Menurut pengasas model ini, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi
kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran itu perlu diaplikasikan
dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu, kanakkanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana
sesuatu teknik atau kemahiran itu harus dilakukan.
Selain untuk penguasaan dalam tunjang kemahiran, kaedah permainan ini
juga boleh diterapkan di dalam tunjang-tunjang yang lain seperti tunjang kecergasan
dan kesukanan. Terpulang kepada kekreatifan guru untuk melaksanakannya agar
setiap objektif yang ditetapkan dalam pengajaran dapat dicapai sepenuhnya.
Bagi pengkaji masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
diatasi supaya responden dapat menguasai sesuatu tajuk dengan baik di samping
meningkatkan kualiti diri setiap responden. Perkara ini bertepatan dengan pendapat
Omar Hashim (1993) yang menyatakan bahawa seseorang guru yang sentiasa
beruasaha

untuk

mempertingkatkan

kualiti

pengajarannya

dan

sentiasa

mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya mempunyai profesionalisme

14

yang tinggi. Dengan perkataan lain, guru tersebut telah melihat perguruan dan
tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan, tetapi sebagai satu profesion.
Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan menumpukan
kajian terhadap kurangnya ketepatan responden untuk kemahiran menolak bola hoki
ke arah sasaran yang dituju yang dipengaruhi perlakuan kemahiran yang betul.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah


Dalam tempoh yang diberikan semasa di sekolah, pengkaji telah melakukan

pemerhatian dan tinjauan bagi mengenal pasti masalah serta kelemahan yang
dihadapi oleh responden. Masalah serta kelemahan yang ketara dapat dilihat oleh
pengkaji dalam kalangan responden ini ialah kurangnya ketepatan responden dalam
kemahiran menolak bola dalam permainan hoki.
Seperti permainan-permainan lain, terdapat banyak sasaran yang terdapat
dalam permainan hoki. Antara sasaran tersebut adalah sasaran menghantar bola
kepada rakan sepasukan dan menjaringkan bola ke arah gol menggunakan kemahiran
menolak bola yang juga memerlukan ketepatan yang tinggi supaya bola dapat ditolak
tepat ke arah yang dikehendaki.
Berdasarkan masalah yang dikemukakan, pengkaji telah memfokuskan
terhadap masalah responden yang tidak dapat membuat kemahiran menolak bola
tepat ke arah sasaran secara statik di mana jarak antara pelaku dan sasaran adalah 5
meter.

15

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan pengkaji ke atas responden ketika


membuat kemahiran menolak bola, mereka tidak dapat membuat tolakan yang tepat
ke arah sasaran (rakan). Pada awalnya, pengkaji beranggapan bahawa responden
tidak mempunyai teknik tolakan yang betul dan tidak mempunyai kekuatan otot
tangan yang mengakibatkan tolakan yang dibuat ke arah sasaran tidak memuaskan.
Namun begitu, setelah pemerhatian diteruskan, pengkaji mendapati bahawa
sangkaan awal pengkaji tidak tepat sama sekali. Kebanyakan responden telah
mempunyai teknik asas menolak bola hoki dan mampu menolak bola melebihi
sasaran walaupun bola tidak tepat.
Akhirnya, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa responden tidak dapat
membuat kemahiran menolak bola hoki dengan baik kerana tidak dapat menolak bola
ke arah sasaran yang sepatutnya dengan tepat atau lebih tepat lagi, responden
menghadapi masalah ketepatan. Hal ini terjadi disebabkan oleh responden tidak biasa
melakukan kemahiran menolak bola hoki kerana responden baru sahaja mendapat
pendedahan mengenai permainan hoki setelah pengkaji mengambil alih kelas
responden semasa menjalani Praktikum Fasa 3.
2.2.1

Implikasi dari keadaan responden tidak dapat menolak bola dengan


tepat ke arah sasaran yang ialah :-

2.2.1.1 Menyebabkan responden tidak yakin dengan diri sendiri


kerana tidak mampu melakukan kemahiran asas.

16

2.2.1.2 Memberi

kelebihan

kepada

pihak

lawan

dalam

mempertahankan pintu gol atau merampas bola daripada


tangan pemain pasukan sendiri.
2.2.1.3 Mengurangkan kelebihan pasukan sendiri untuk menang
kerana penguasaan kawalan bola yang kurang.
2.2.1.4 Responden akan merasa bosan terhadap pengajaran dan
pembelajaran untuk kemahiran menolak bola kerana gagal
untuk melakukan kemahiran dengan berjaya.
2.2.1.5 Responden akan kurang berminat dalam permainan hoki.
2.2.1.6 Responden tidak dapat meningkatkan kemahiran menolak bola
hoki dengan tepat pada sasaran.

Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa perlu ada sesuatu yang dapat
merangsang responden untuk membuat kemahiran menolak bola hoki dengan tepat
ke arah sasaran. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan kaedah Target
Games untuk mempertingkatkan lagi ketepatan responden melakukan kemahiran
menolak bola hoki dalam permainan ini.
Kaedah yang dipilih oleh pengkaji ini merupakan salah satu metod yang
sesuai terhadap responden untuk meningkatkan tahap ketepatan dalam membuat
hantaran bagi permainan hoki. Melalui kaedah ini, ianya telah dapat memberikan
sedikit sebanyak idea kepada diri pengkaji dan juga guru lain yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Jasmani supaya mencari kaedah-kaedah baru dalam pengajaran
agar dapat mengembangkan lagi potensi dan bakat murid-murid.

17

Selain daripada itu, pengkaji berharap dengan kaedah ini dapat memberi satu
anjakan paradigma kepada responden untuk meningkatkan kemahiran asas
permainan hoki ini dalam diri mereka. Dengan kesempurnaan ini pasti keyakinan di
dalam diri responden terbentuk dan menjadikan responden individu yang berjaya.
Semasa menjalankan kajian tindakan ini terdapat beberapa perkara atau isu
yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji. Antara perkara atau isu tersebut ialah
kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kerelevanan dan kolaborasi.

2.2.2

Kebolehtadbiran

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini berlaku di Sekolah Kebangsaan


Senai Utama, Kulaijaya. Kajian dijalankan ke atas sebilangan murid Tahun 4 di
sekolah tersebut. Pengkaji telah menetapkan beberapa prosedur untuk menjalankan
kajian ini. Antara prosedurnya ialah Pre-Test, rawatan dan Post-Test.
Untuk mengendalikan ujian ini, seorang pengendali sahaja telah digunakan
iaitu diri pengkaji sendiri. Hal ini adalah kerana hanya satu sahaja perkara yang perlu
diberi perhatian iaitu ketepatan responden menolak hoki yang menggunakan borang
markah bagi setiap percubaan.
Bagi melaksanakan ujian kemahiran menolak bola ini, pengkaji telah merujuk
dan menggunakan bateri ujian hoki melalui ujian spesifik sukan yang telah
digunakan dalam Program Mengenal Pasti Bakat Sukan (TID) yang dianjurkan oleh
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

18

2.2.3

Kepentingan

Kajian ini mempunyai kepentingan kepada murid dan guru. Kepentingannya


kepada guru ialah untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran kepada satu tahap yang lebih baik. Kepentingan kepada murid pula
ialah meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran di dalam Pendidikan Jasmani. Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu
yang seimbang dari aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.
Oleh itu, penguasaan kemahiran yang baik dalam kalangan murid adalah
perlu bagi mengikut panduan yang telah ditetapkan di dalam falsafah. Selain dari
meningkatkan penguasaan kemahiran di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani, melalui kaedah ini juga murid dapat memperbaiki dan
meningkatkan kemahiran tersebut untuk diaplikasikan di dalam permainan sebenar.
Dengan kelebihan ini ia boleh menjadi nilai tambah kepada murid di samping
membentuk murid ke arah JERIS. Dengan ini, bakat serta potensi murid dapat
dikesan dan dikembangkan sehingga ke peringkat tertinggi. Ini memperkukuhkan
lagi bahawa mengapa kemahiran penting kepada perkembangan murid.

2.2.4

Kebolehgunaan

Kemahiran asas menolak bola hoki ini amat berguna kepada responden
sebagai asas dalam salah satu kemahiran yang diperlukan dalam permainan hoki.
Melalui pemerhatian pengkaji, permainan hoki ini merupakan permainan yang
semakin mendapat perhatian umum terutamanya rakyat Malaysia daripada pelbagai

19

peringkat termasuklah di peringkat sekolah berikutan kejayaan pasukan hoki


kebangsaan melakar beberapa kejayaan di pentas antarabangsa.
Pengkaji telah melibatkan kesemua responden sama ada lelaki atau
perempuan dalam permainan ini sebagai salah satu medium yang mampu melatih
responden mengenai ketepatan dalam menolak bola hoki ke sasaran di samping
pengalaman dan pengetahuan baru dapat diterapkan kepada setiap responden.
Dengan penguasaan kemahiran menolak bola ini dalam kalangan responden,
akan memberikan kelebihan kepada responden itu sendiri untuk lebih yakin dalam
menonjolkan diri dalam permainan hoki apabila terdapat sesuatu pertandingan hoki.
Selain itu juga, kaedah yang digunakan dalam kajian ini boleh digunakan oleh
jurulatih bola hoki sekolah terhadap pasukan hoki sekolah ini supaya dapat
meningkatkan ketepatan pemain dalam melakukan kemahiran menolak bola yang
juga dapat digunakan untuk membuat jaringan ketika menghadapi sesuatu
pertandingan.

2.2.5

Kawalan dan Kolaborasi

Untuk menjalankan kawalan dalam kajian ini hanya memerlukan seorang


pengkaji sahaja. Hal ini demikian adalah kerana pengkaji hanya menggunakan
seramai 22 orang responden sahaja dari kelas Tahun 4 Delima yang terdiri daripada
13 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
Kelas ini telah diamanahkan oleh pengkaji sepanjang 3 bulan praktikum pada
fasa terakhir ini. Oleh itu, perkara ini sudah tentunya telah memberi kelebihan
20

kepada pengkaji kerana pengkaji telah mempunyai jangka masa yang agak lama dan
mencukupi untuk berkolaborasi serta memberi arahan kepada responden kerana
responden tersebut telah biasa dan memahami gaya serta cara pengajaran yang
digunakan oleh pengkaji.
Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan telahpun difahami dan
dipersetujui oleh responden menyebabkan kawalan kelas oleh pengkaji adalah baik
lantas memudahkan pengkaji untuk mengawal kelas ketika menjalankan kajian ini.
Selain itu, bagi memastikan kajian dan ujian yang dijalankan oleh pengkaji
adalah mengikut prosedur seperti yang telah digariskan dalam buku panduan Kajian
Tindakan, pengkaji telah berhubung dengan pensyarah pembimbing untuk
mendapatkan rujukan dan bimbingan yang sewajarnya supaya kajian yang telah
dijalankan lebih teratur dan efektif.
Di

samping

berkolaborasi

dengan

pensyarah,

pengkaji

juga

telah

berkolaborasi dengan pihak pentadbir sekolah. Pengkaji telah memaklumkan kepada


pihak pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar dan juga guru pembimbing supaya
mereka jelas dengan perkara-perkara yang dilaksanakan oleh pengkaji tanpa
menimbulkan sebarang kekeliruan atau masalah yang boleh membebankan pihak
pentadbir sekolah.
Kolaborasi bersama pihak sekolah juga amat penting kerana dalam kajian
yang dilakukan memerlukan tempat untuk melakukan ujian, peralatan untuk
melakukan ujian dan responden (murid) untuk melakukan ujian. Ini semua
memerlukan persetujuan daripada pentadbir sekolah untuk menjalankan kajian ini.

21

2.2.6

Kerelevanan Kepada Sekolah

Kajian yang dilakukan seharusnya mempunyai kebaikan dan kegunaan


kepada sesuatu perkara bergantung kepada jenis kajian yang dijalankan oleh
pengkaji. Semakin banyak kebaikan dan kegunaan terhadap responden dan
sekelilingnya, semakin relevan kajian yang dijalankan itu.
Kajian ini dapat dikelaskan sebagai relevan kerana sedikit sebanyak pengkaji
dapat membantu responden dalam menguasai kemahiran asas dalam permainan hoki
iaitu menolak bola dan seterusnya dapat membantu pasukan hoki sekolah dalam
meningkatkan mutu dan kualiti permainan.
Tambahan pula, tidak semua murid yang mahir dalam melakukan kemahiran
asas permainan hoki. Sekiranya mereka dapat melakukan dengan teknik yang betul
ditambah dengan ketepatan tolakan bola yang baik, maka permainan akan menjadi
lebih sengit dan mencabar kerana responden dalam membuat hantaran dengan
berjaya setiap kali pasukannya mengawal bola.
Hal ini mampu membangkitkan semangat kesukanan yang tinggi kepada
pemain untuk menang kerana pasukan masing-masing mempunyai pemain yang
mempunyai ketepatan hantaran yang baik. Kerelevanan kajian ini adalah secara tidak
langsung dapat menimbulkan minat murid-murid untuk menceburi permainan hoki
ini dan seterusnya dapat melahirkan banyak bakat baru yang terpendam dalam
permainan ini yang boleh dijadikan pelapis pasukan sekolah dan seterusnya untuk
negara sendiri.

2.3

Tinjauan Literatur
22

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud


kecekapan atau kepandaian. Kecekapan dan kepandaian individu di dalam sesuatu
perkara menerangkan bahawa individu tersebut berkemahiran. Di dalam kajian ini di
mana pengkaji ingin meningkatkan ketepatan kemahiran menolak bola ke arah
sasaran yang ditetapkan.
Kajian-kajian di Barat mendapati kemerosotan minat dan penyertaan dalam
aktiviti permainan pada masa Pendidikan Jasmani di sekolah, di luar waktu sekolah
dan selepas murid menamatkan alam persekolahan (Capel & Piotrowski, 2000).
Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang permainan telah
mendapat perhatian kerajaan. Kemerosotan ini cuba diatasi melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi latihan dan pengajaran
bagi meningkatkan kualiti kurikulum Pendidikan Jasmani.
Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu
sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan
melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap
kesihatan dan kecergasan mereka.
Dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang
Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bilakah ia patut
ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu, kanak-kanak akan
memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu
teknik atau kemahiran harus dilakukan, (Bunker & Thorpe, 1982).
Perkara tersebut selaras dengan kenyataan Wright, McNeill, Fry and Wang
(2005), TGfU is a holistic teaching approach that encourages student based learning
23

and problem solving. It focuses on teaching games through a conceptual


approach,concepts, tactics and strategies rather than through a basic skills,
technical games teaching approach, or TGT. Kenyataan di atas jelas menyokong
bahawa TGfU yang dilaksanakan ketika pembelajaran dan pengajaran Pendidikan
Jasmani mampu menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid yang lebih berfokus
kepada pelbagai perkara yang antaranya merupakan kemahiran asas seperti yang
ingin difokuskan oleh pengkaji.
Penyelidikan (Light, 2002, 2003; Thomas, 1997a; Turner & Martinek, 1999;
Werner, Thorpe & Bunker, 1996) menunjukkan bahawa kekuatan dan kebaikan
dalam menggunakan pendekatan TGfU adalah merupakan salah satu pendekatan
utama dalam kualiti pengajaran mengenai permainan.
Persoalan dan perbincangan menggunakan aras pemikiran yang tinggi
dilaksanakan mengenai taktik dan strategi serta melalui kebijaksanaan dalam
pergerakan badan ketika permainan (Light, 2002). Pembentukan kognitif dalam
decision-making dan penerokaan taktikal telah digabungkan dengan pembentukan
kemahiran melalui permainan yang telah diubahsuai dan seterusnya akan
memberikan pengalaman yang bermakna.
Dalam Target Games atau permainan sasaran, keupayaan responden dalam
membaling atau memukul bola ke arah sasaran dapat memberinya markah atau
kemenangan. Dalam memastikan bola dapat dibaling atau dilemparkan tepat ke arah
sasaran responden perlu mempunyai konsentrasi, fokus, ketenangan serta ketepatan
yang tinggi. Selain itu dengan Target Games ini juga boleh menjadi asas kepada
permainan yang lain yang memerlukan sasaran seperti permainan bola baling, bola
sepak, tenpin boling dan sebagainya.
24

Menurut Swissler (2003), secara tradisionalnya, arahan bagi orang baru


dalam permainan hoki akan diberikan iaitu bagaimana untuk memegang kayu hoki.
Setelah genggaman berjaya dilakukan, pembelajaran akan diteruskan dengan
menghantar bola dengan cara menolak. Seterusnya beginner tersebut biasanya akan
diajar mengenai asas menggelecek bola (Mitchell-Taverner, 2005) dan ini seterusnya
akan membawa kepada beberapa bentuk permainan kecil. Keadaan ini sering dirujuk
sebagai pendekatan tradisional berasaskan kemahiran.
Namun begitu, pendekatan TGfU telah diguna pakai di dalam projek
Stick2hockey (Slade, 2003). Projek tersebut telah menggunakan pendekatan praktis
dalam bentuk permainan. Arahan pertama yang diterima oleh beginner adalah
bagaimana untuk bermain permainan hoki yang telah diubahsuai (menggolek bola).
Melalui projek ini, lima orang yang telah menyertainya telah berjaya menguasai
permainan hoki berserta dengan tiga teknik. Projek ini telah menjadi bukti bahawa
penggunaan pendekatan TGfU bagi memantapkan sesuatu kemahiran dalam
permainan hoki.
These individuals are then more motivated to learn specific skills, because
they are able to see the connection between what is being learnt and the positive
effect it has on the overall activity (Piltz, 2002). Kenyataan di atas juga merupakan
bukti yang menyokong bahawa dengan mengimplimenkan permainan kecil atau
TGfU di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani mampu
memberikan motivasi yang lebih kepada murid untuk mempelajari sesuatu
kemahiran yang lebih spesifik kerana mereka akan dapat melihat perhubungan di
antara apa yang dipelajari dengan situasi sebenar.

25

Dengan mengadakan permainan menggunakan Model TGfU, ianya dapat


membantu guru sekolah rendah untuk mengajar sesuatu yang bermakna kepada
murid-murid. Perkara tersebut selaras dengan kenyataan berikut it confirms recent
research and writing that claims Game Sense can offer a means of assisting primary
teachers teach physical education (Light 2002; Mitchell, 2005).
Untuk permainan sasaran atau Target Games tidak terikat kepada contohcontoh permainan yang diberikan atau dicadangkan. Pengkaji boleh mengubahsuai
permainan mengikut kesesusaian responden. Dalam pengubahsuaian permainan
pengkaji perlu menitikberatkan aspek-aspek seperti keadaan responden dari segi
fizikal, kognitif dan keadaan perkembangan sosial ke arah kemajuan. Ini disokong
oleh kenyataan yang berbunyi Modified versions of target games should consider
the students physical, cognitive, and social states of development in order to be
successful (Arajo.,

D, Button, C., Chow, J,I., Davids, K., Renshaw, I., &

Shutleworth, R., 2007). Aspek-aspek ini perlu dipertimbangkan supaya matlamat


serta objektif yang ingin dicapai tidak akan tersasar.
Bagi menjalankan program latihan yang berkualiti dalam Pendidikan
Jasmani, stail latihan dan bentuk latihan hendaklah berfokus ke arah pelajar supaya
minat dan motivasi serta prestasi dalam permainan dapat ditingkatkan (Dyson,
Griffin & Hastie, 2004).

26

Anda mungkin juga menyukai