Anda di halaman 1dari 4

...

I P G M K A M P U S TEMENGGONG IBRAHIM
J O H O R B A H R U, M A L A Y S I A
Malaysians Teacher Education Institute,
Campus of Temenggong Ibrahim
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
(PRAKTIKUM FASA 3 - MINGGU 2)
TARIKH

: 1 FEBRUARI - 4 FEBRUARI 2016

ISU

: KEBERSIHAN DIRI MURID-MURID

1.0 Masalah Yang Difokuskan


Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak
merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan
diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang
enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di
antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh dan tidak menyerikan
pakaian dan lain-lain.
Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah.
Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila
ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga
boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar
berlaku kepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih
menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid
lain juga berkeadaan yang sama.

2.0 Perkembangan Isu Yang Difokuskan

Masalah kebersihan diri murid ini dapat saya lihat pada minggu pertama saya bertugas
sebagai guru praktikum di sekolah ini. Hal ini kerana, kebersihan diri murid-murid dapat
dilihat dengan jelas melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya.
3.0 Analisis masalah
Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap
individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan
ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak
endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah
kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah.
4.0 Kajian Lampau Yang Berkaitan Isu
Kebersihan diri sangat penting bagi murid-murid terutamanya murid-murid sekolah yang
mana mudah terdedah kepada kuman yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Ahmad
Sulaiman (2008) menyatakan:
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak
menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun
orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok
gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.
Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan

soal

kebersihan.

Justeru,

Islam

meletakkan

kebersihan

sebagai

sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa:
Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan
sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari
lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang
serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam ajaran
agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai sebahagian daripada
iman. Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan
kebersihan.
Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita

bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu,
barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.
5.0 Cadangan
Usaha

membendung

masalah

ini

(tidak

menjaga

kebersihan

diri)

patut

dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan


bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru
boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan
lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari
kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga
kesihatan mereka.
Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru
bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai
masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga
kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi
masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun,

ibubapa

di

rumah

adalah

antara

individu yang

paling

bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu
pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya
bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak
mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa
juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka.
6.0 Tempoh Masa
Kesedaran tentang kebersihan diri perlu didedahkan kepada murid-murid di sekolah
dengan segera. Kebersihan diri adalah merupakan aspek yang penting dalam kehidupan
seharian yang mana melibatkan keselesaan sewaktu belajar di dalam kelas.
7.0 Tindakan susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk
memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara

berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin


harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.
8.0 Pelaksanaan Terhadap Langkah-Langkah Penambahbaikan
Langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru ialah
dengan mengadakan kempen-kempen tentang kebersihan diri, mengadakan minggu
kebersihan diri serta ceramah tentang kebersihan diri. Aktiviti-aktiviti seperti ini secara tidak
langsung dapat menerapkan nilai-nilai dan kesedaran tentang kepentingan menjaga
kebersihan diri. Anugerah atau penghargaan kepada murid yang sentiasa menjaga
kebersihan diri dapat menaikkan semangat murid untuk terus menjaga kebersihan diri.
9.0 Kesimpulan/Refleksi
Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid.
Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya
mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga
mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan
sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Disediakan oleh,
......................................
MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT
2 FEBRUARI 2016

Anda mungkin juga menyukai