Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum. Menurut Baley & Field (1976), pendidikan jasmani adalah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkaitan dengan organik, intelektual, sosial dan emosional melalui aktiviti terpilih dan rancak. Dalam erti kata yang mudah, pendidikan jasmani dapat diertikan sebagai pendidikan untuk jasmani melaluifizikal. (Kumboo,1978) Antara objektif Pendidikan Jasmani ialah : Memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menjaga kecergasan Memahami konsep kecergasan jasmani, komponen-komponennya, prinsip-prinsip latihan dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Meningkatkan kecergasan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan dan daya tahan ototserta meningkatkan kelembutan badan, ketangkasan dan kepantasan. Dalam pengajaran pendidikan jasmani, pelbagai nilai dapat diterapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan dari sudut jasmani. Antara nilai yang dapat diterapkan ialah : Meghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan Menghargai kepentingan prinsip-prinsip latiahan Menyedari kepentingan rehat dan rekreasi Mengamalkan kelakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian. Mementingkan keselamatan dalam perlakuan harian. Sebagai guru pendidikan jasmani, kaedah pengajaran, strategi dan teknik pengajaran adalah perkara penting bagi memenuhi objektif dan hasrat kurikulum pendidikan jasmani. Walaupun kurikulum telah dirancang dengan baik, namun jika guru yang mengajar tidak mengambil berat tentang kaedah dan strategi pengajaran, maka pengajaran tersebut tidak akan berjaya.

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI :

Kaedah

dapat

didefinisikan

sebagai

satu

tatacara

atau

organisasi

untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Ia juga merupakan tindakan guru untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu ia juga merupakan satu cara menyusun langkah-langkah penyampaian pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan pula menurut Edward M. Anthony 1963, kaedah pengajaran Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Antara kaedah pengajaran dalam pendidikan jasmani ialah :

kaedah kuliah

kaedah sebahagian keseluruhan

kaedah perbincangan

kaedah persembahan lisan

kaedah kuliah demonstrasi

kaedah projek

kaedah latihan

kaedah penemuan

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Walau bagaimanapun, hanya dua kaedah utama yang sering digunakan oleh guru pendidikan jasmani, iaitu Kaedah Kuliah dan Kaedah Kuliah Demonstrasi. KAEDAH KULIAH : Kaedah kuliah biasanya digunakan untuk memberi penerangan secara teori sahaja. Kebiasaannya kuliah-kuliah akan diberikan guru di dalam kelas dan guru tidak boleh menilai dan memberi maklumbalas mengenai murid jika menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanapun, kaedah ini boleh memberi manfaat kepada murid jika ia dirancang dan dikelolakan oleh guru dengan penuh semangat serta ia akan menjadi lebih berkesan jika digabungkan dengan teknik lain. Antara contoh pengelolaan kaedah kuliah ialah :

Pengenalan

guru terangkan skop pembelajaran beritahu murid apa yang guru kehendaki daripada mereka bangkitkan minat murid guru senyum, sentiasa bercakap dan melibatkan seluruh kelas

suara kuat dengan nada mesra percakapan jelas dan gunakan perkataan yang sesuai gunakan pelbagai teknik seperti penyoalan Persembahan ulang butiran yang penting

Penutup

ulang semula isi penting pengajaran galakkan perbincangan dalam kalangan murid beri peneguhan kepada isi pembelajaran yang lemah

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI : Kaedah ini merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh guru pendidikan jasmani. Kaedah ini membolehkan guru menunjukkan demonstrasi secara lisan dan penglihatan. Selain itu guru juga boleh melihat demonstrasi yang dilakukan oleh murid. Kaedah ini juga membolehkan murid menjadi lebih faham kerana ia menggabungkan kaedah lisan dan perbuatan.

Contoh cara kuliah demonstrasi yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah seperti berikut :

Pendahuluan murid perlu disusun supaya mereka dapat dengar dan lihat guru dengan lebih jelas guru memperkenalkan tajuk pengajaran kaitkan tajuk dengan kemahiran yang dipelajari sebelum ini Demonstrasi guru perlu melakukan demonstrasi dengan keadaaan sebenar ikut segala prosedur dan piawai gunakan istilah yang betul dan sesuai untuk mengelakkan kekeliruan Demostrasi dan Pengajaran semasa melakukan demonstrasi, guru boleh merangkan butiran mengenai perlakuan tersebut beri sebab tentang cara perlakuan itu dilakukan beri penerangan sepenuhnya jika perlakuan tidak dapat dilihat gunakan kaedah ansur maju dan ikut turutan prosedur kaitan kemhiran yang baru dengan pengajaran lepas Ulang demonstrasi dan butiran penting ulang perlakuan dengan kadar lebih perlahan buat demonstrasi untuk memberi pandangan berlainan ulang segala isi penting Penutup ulang isi pembelajaran buat perbincangan kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pembelajaran

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Selain itu daripada kaedah pengajaran utama tersebut, terdapat juga beberapa kaedah sampingan yang digunapakai oleh guru pendidikan jasmani di Malaysia. Antaranya ialah Kaedah Penemuan dan Kaedah Lisan : Kaedah Penemuan. Kaedah ini terbahagi kepada 2 iaitu Penemuan Terbimbing dan Penemuan Berpusat. Dalam penemuan terbimbing, guru hanya perlu merancang pelajaran pada hari tersebut. Setelah itu guru perlu menetapkan tugasan dan beberapa soalan berkaitan dengan tajuk pengajaran. Seterusnya murid perlu berfikir mencari jawapan dalam masa yang ditetapkan oleh guru. Sekiranya murid gagal mendapatkan jawapan, maka guru perlu menukar soalan yang lebih menjurus dan lebih jelas. Sebagai murid pula, mereka perlulah melakukan tugasan berdasarkaan soalan yang telah diberikan guru dan mereka perlu memberikan jawapan berdasarkan soalan yang ditanyakan oleh guru. Untuk Kaedah Penemuan Berpusat pula, guru hanya menyediakan soalan dan murid akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut. Dengan kaedah ini guru tidak memberikan apa-apa bimbingan sebaliknya menyerahkan kepada murid untuk mencari jawapan sendiri. Kaedah penemuan ini sangat sesuai digunakan bersama-sama dengan kaedah kuliah kerana ia banyak melibatkan teori. Kaedah ini juga sesuai digunakan guru untuk melakukan ulangkaji mengenai pengetahuan sedia ada murid. Kaedah Lisan : Kaedah ini perlu digunakan untuk menerangkan cara-cara perlaksanan sesuatu kemahiran. Ia juga digunakan untuk menerangkan kepada murid berkaitan dengan peraturan permainan dan untuk menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh murid. Semasa menggunakan kaedah ini, penerangan haruslah jelas dan ringkas. Tambahan pula guru seharusnya memberikan arahan satu persatu dan tidak sekaligus. Sebaik-baiknya berikan murid masa rehat selepas melakukan aktiviti pertama dan ketika rehat tersebut guru boleh memberikan arahan aktiviti yang seterusnya. Antara aspek lain yang perlu diberi perhatian dalam kaedah ini ialah :

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

ayat yang digunakan oleh guru mestilah mudah difahami

elakkan memberi penerangan yang terlalu panjang kepada murid

jauhi daripada menggunakan istilah atau laras bahasa yang tinggi sehingga sukar difahami tidak perlu memberikan penerangan yang terlalu panjang mengenai sesuatu permainan sebelum permainan dijalankan

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI : Keberkesanan teknik pengajaran guru pendidikan jasmani adalah bergantung pada strategi yang digunakan bagi menarik minat murid untuk fokus dalam pengajaran. Menurut Rink (2002) guru mempunyai pelbagai pendekatan pembelajaran tidak semestinya tunjuk ajar secara terus tetapi mecipta persekitaran untuk pendidikan jasmani. Strategi pengajaran seseorang guru perlulah mengambil kira penglibatan dan jumlah murid untuk mengalakkan interaksi sosial yang positif. Selain itu ia perlu juga mengambil kira penggunaan ruang dan alatan sukan yang lebih efisyen. Hal ini kerana kebijaksanaan guru semasa membuat perancangan dapat menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Seterusnya guru perlu mengekalkan persekitaran pembelajaran yang produktif bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid ketika pembelajaran. Guru perlu berani membuat perubahan dan mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran supaya ianya bersesuaian dengan keperluan murid, keadaan sekolah dan persekitarannya. Tambahan pula, guru perlu menyediakan persekitaran yang selamat untuk menjamin keselamatan semua murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai kemahiran dalam memberi maklumbalas kerana ia merupakan sebahagian daripada strategi yang perlu dikuasai oleh guru pendidikan jasmani. Maklum balas ialah maklumat yang diterima oleh murid tentang perlakuan dan prestasinya. Guru perlu bijak dalam memberi maklum balas kepada murid kerana ia boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. Sebaik-baiknya guru perlu memberikan maklum balas yang positif untuk meningkatkan pemahaman dan ia akan lebih memberi kesan kepada murid dan membuatkan murid lebih bermotivasi. Selain daripada strategi yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa strategi sampingan yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa aktiviti pengajaran. Antaranya ialah : 1. Strategi Pengajaran Stesen. 2. Strategi Pembelajan Koperatif.

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Strategi Pengajaran Stesen : Strategi ini boleh digunakan untuk mengajar beberapa kemahiran acara sukan dan kemahiran pergerakan asas. dengan strategi ini, murid akan dibahagikan dalam kumpulan atau stesen dan di setiap terdapat satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Strategi ini diaplikasikan apabila peralatan sukan dan ruang permainan adalah terhad. Contoh perlaksanaan aktiviti dalam strategi ini ialah :

murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan

murid akan diletakkan di beberapa stesen, guru akan menamakan stesen berkenaan

guru boleh menggunakan kad imbasan dan arahan secara lisan kepada murid

murid akan melakukan aktiviti di stesen masingmasing berpandukan arahan guru.

isyarat akan dibunyikan, dan murid perlu bertukar stesen mengikut arah jam

pertukaran stesen akan diteruskan sehingga semua murid melaksanakan kemahiran di setiap stesen

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Strategi Pembelajaran Koperatif : Strategi pembelajaran koperatif memerlukan murid bekerjasama dalam satu pasukan. Semangat kerjasama berpasukan adalah satu nilai yang baik yang boleh diterapkan oleh guru dengan menggunakan strategi ini. Selain itu dengan strategi ini guru dapat memupuk pembangunan sosial murid dan meningkatkan tahap keyakinan diri murid. Tambahan pula, strategi ini dapat memupuk semangat kerja dalam satu pasukan. Dan ianya dapat memajukan kemahiran kognitf dan afektif serta dapat menwujudkan suasana kelas yang kondusif. Contoh perlaksanaan strategi pembelajaran koperatif ialah :

guru memecahkan murid ke dalam beberapa kumpulan

di dalam kumpulan tersebut perlulah di campurkan mengikut kaum dan jantina

setiap kumpulan dibekalkan dengan satu tugasan

setiap ahli diberikan satu tugas khas supaya tiada murid yang memonopoli kumpulan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai