Anda di halaman 1dari 6

Aktiviti fizikal dilihat sebagai satu aktiviti riadah yang baik untuk kanak-kanak di

sekolah. Antara aktiviti yang positif ini meliputi acara larian, berjalan, berbasikal, bermain,
angkat berat dan sebagainya. Pihak media massa turut menyiarkan banyak bahan berita yang
menekankan peri pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan kanak-kanak yang penuh
tekanan itu. Pada masa yang memenuhi persaingan ini, kanak-kanak hanya mementingkan
pencapaian akademik mereka sahaja untuk mendapatkan pencapain yang baik. Pada masa
yang sama, mereka telah mengabaikan aktiviti fizikal pada waktu lapang. Selain golongan ini,
terdapat sebahagian golongan kanak-kanak ketagih dalam media sosial seperti Facebook,
Twitter, Instrgram, Blog dan sebagainya. Menurut pakar psikologi dari Pusat Media Digital
Kanak-Kanak, Profesor Patricia Greenfield melaporkan keadaan itu berlaku disebabkan
kanak-kanak banyak menghabiskan masa dengan peralatan elektronik sehingga hampir lima
jam setiap hari dan telah mengabaikan aktiviti fizikal. Lantaran itu, kanak-kanak yang
menyertai aktiviti fizikal akan memperoleh pelbagai kesan baik seperti mengurangkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti, membantu
anda tidur dengan baik dan sebagainya.

Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh
hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak mereka melibat
dalam aktiviti fizikal. Untuk meningkatkan penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal,
keluarga memainkan peranan yang amat penting. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh
ibu bapa adalah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke
tempat latihan atau permainan dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih
bersemangat untuk bergiat aktif dalam aktiviti fizikal. Selain itu, menurut Collins et al (2000),
ibu bapa hendaklah menjadi teladan kepada anak-anak dan tingkah laku mereka secara tidak
langsung akan menjadi ikutan anak-anak dari kecil. Jadi, ibu bapa haruslah menunjukkan
seorang yang aktif dalam aktiviti fizikal di depan anaknya supaya anak-anak boleh mengikut
jejak langkah ibu bapa. Seterusnya, ibu bapa harus memberikan galakkan seperti membelikan
peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memilih peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti fizikal. Contohnya, ibu
bapa perlulah membelikan baju sukan, kasut sukan dan sebagainya yang diperlukan oleh
anak mereka.

Selain daripada itu, sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal. Satu daripada tindakan yang
perlu dilaksanakan ialah pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti
fizikal dari masa ke masa. Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti fizikal di sekolah
dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan
yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk
memenuhi jadual. Sebagai contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak
tanpa bimbingan secara sistematik. Mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu datang
untuk bermain bola sepak, sebaliknya mereka boleh bermain di kawasan taman tempat tinggal
mereka. Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mestilah
benar-benar mendatangkan manfaat kepada mereka. Pihak sekolah juga hendaklah
menguatkuasa menjalankan program 1 Murid 1 Sukan agar setiap pelajar melibat dalam
program tersebut. Dasar ini mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Justeru, guru-guru tidak hanya menitikberat terhadap
pencapaian akademik seseorang murid sahaja sepatutnya harus menggalakkan mereka
melibat dalam aktiviti fizikal supaya rohani, jasmani, intelek dan emosi dapat diseimbangkan.
Setiap minggu melaksanakan dua kali kempen senamrobik kepada murid-murid patut
dijalankan oleh pihak sekolah supaya dapat menarik minat mereka dalam aktiviti fizikal.
Langkah-langkah yang nyata di atas dapat meningkatkan penglibatan kanak-kanak di dalam
aktiviti fizikal dengan melalui pihak sekolah.

Di samping itu, pihak kerajaan patut mempamerkan manfaat tentang menjalankan


aktiviti fizikal melaui media massa domestik seperti media cetak atau media elektronik yang
mudah diperolehi oleh kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak suka meniru
perbuatan orang lain begitu kanak-kanak dapat melakukan sesuatu aktiviti fizikal serta dapat
memahami tentang kebaikan aktiviti tersebut. Selain itu, pihak kerajaan haruslah menekankan
kepentingan penyertaan kegiatan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak melalui
pengenalan sistem pendidikan baharu. Dalam hal ini, sistem pendidikan yang tidak hanya
mementingkan akademik aktiviti fizikal perlulah diperkenalkan supaya kanak-kanak dapat
mengambil perhatian untuk menyertainya. Melalui cara ini, mereka akan memberikan
tumpuan yang seimbang dalam aktiviti fizikal. Sebagai contohnya, penglibatan seseorang
kanak dalam aktiviti fizikal perlulah diambil kira semasa seseorang itu memohon untuk
kemasukan ke universiti. Tindakan ini secara langsung akan menyebabkan kanak-kanak
menitikberatkan kegiatan aktiviti fizikal. Selain itu, satu daripada tindakan yang perlu
dilaksanakan ialah pihak kerajaan perlulah menggalakkan pihak sekolah melaksanakan
model Teaching Games for Understanding (TGFU) semasa menjalankan aktiviti fizikal antara
gurubdan kanak-kanak. Ia memberi ruang dan peluang kepada murid-murid menikmatikan
dalam permainan yang dijalankan. TGFU memberi murid-murid peluang membuat keputusan
berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan iyu tanpa campur tangan guru. TGFU
juga memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain di dalam
kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat minat belajar. Oleh itu,
mereka akan melibatkan diri di dalam aktiviti fizikal melalui model tersebut kerana ia dapat
menarik minat kanak-kanak.
Teaching Games for Understanding (TGFU) ini adalah lebih berfokus terhadap
pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu
prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan
tahap aktiviti fizikal. Model ini juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang
sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Seterusnya, model ini dapat memberi
peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan
tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang
sedia ada kerana dapat mencukupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak
dan mereka dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. TGFU
merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker
dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. Menurut David Bunker dan
Rod Thorpe (1982), TGFU berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja
mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak
untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ia
menghasilkan faedah yang baik. TGFU dihasilkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah. Menurut Mosston & Ashworth 1994 TGFU merupakan suatu pengajaran
permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam
atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Ia mengandungi pelbagai kategori sukan dan permainan yang diajar melalui
kognitif, penemuan terbimbing dan pemikiran devergen.

Menurut Araujo et al (2007), pendekatan TGFU adalah kepada pemahaman taktikal


dan strategi bermain sebelum kepada penguasaan teknik kemahiran. Pelajar perlu
memahami mengapa, bila dan di mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi dalam
permainan sebelum mereka belajar bagaimana menguasai kemahiran. Di samping itu, konsep
TGFU lebih bebas dan tidak terikat dengan peraturan-peraturan yang ketat. Suasana
pengajaran dan pembelajaran yang seronok amat diutarakan. Menurut Almy (1964: Fajen)
kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan
bermain. Jadi, kanak-kanak tidak akan berasa bosan semasa sessi pembelajaran
berlangsung dan dapat membentuk kemahiran murid-murid secara tuntas dan fleksibel.
Falsafah TGFU ialah pelajar perlu tahu dan faham bagaimana untuk menjayakan fizikal sambil
belajar membuat keputusan ketika bermain. Permainan disertai dengan beberapa soalan
berbimbing bagi menggalakkan pelajar menguasai permainan melalui kaedah menyelesaikan
masalah. Mengalihkan konsep mengajar kemahiran secara berpusatkan latihan atau individu
kepada pendekatan mengajar berpusatkan strategi bermain secara berkumpulan.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dapat meningkatkan melalui


pengajaran TGFU. Salah satu komponen asas yang terdapat dalam model TGFU adalah
bentuk permainan. Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan,
bilangan pemain dan lain-lain. Kanak-kanak perlu memahami bentuk permainan untuk
mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan. Bentuk permainan sesuai untuk semua
peringkat umur dan mengandungi kategori yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang
sama. Ia juga dapat membatu kanak-kanak untuk belajar cara membuat keputusan dan
penyelesaian masalah. Selain itu, dalam bentuk hargai permainan kanak-kanak diperlukan
memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian,
mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang
akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesrkan, maka penjagaan
gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diunah. Kanak-kanak harus
memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah. Menambah dan
mengurangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainan bagi menambah
keseronokan dalam sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran terhadap kesukaran
permainan tersebut. Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah
kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti mencipta
ruang untuk pihak sendiri dan bertindak balas terhadap kekuatan melalui kesedaran taktikal.

Melalui model TGFU, kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran-kemahiran baru,


lebih memahami konsep-konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagai sesuatu
permainan ketika mereka menjalankan sesuatu permainan yang baru. Sebagai contoh, teknik-
teknik dalam sesuatu permainan itu mudah diperolehi oleh kank-kanak melalui model TGFU.
Melalui model TGFU, kanak-kanak juga dapat memahami semua peraturan-peraturan dalam
permainan tersebut. Oleh itu, mereka berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan
dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan begitu kanak-kanak
tidak lagi perasaan tidak suka terhadap sesuatu permainan yang baru dengan rasa aneh
kerana mereka sudah menguasai pengetahuan asastentang perturan, kemahiran, dan taktik
dalam permainan tersebut. Dengan itu, penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dapat
ditingkatkan dalam kalangan kanak-kanak melalui model TGFU.Teknik dan peraturan sesuatu
permainan akan didedahkan kepada kanak-kanak secara amali dan teori supaya mencapai
tahap kefahaman yang maksima. Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi
mencapai tujuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan
Jasmani di sekolah.

Di samping itu, melalui model TGFU kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan
memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk melaksanakan sesuatu permainan yang
bermakna serta menyeronokkan. Dengan hal ini kanak-kanak akan berasa gembira dan tidak
lagi berasa bosan apabila menjalankan sesuatu aktiviti fizikal. Selain itu, ia mewujudkan
peluang bermain sambil belajar kepada kanak-kanak agar mereka boleh belajar dalam
suasana yang menggembirakan dan selesa. Dengan keadaan yang seronok dan selesa ini
kanak-kanak akan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara otomatis tanpa paksaan oleh
mana-mana pihak. Kanak-kanak dapat menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai
kerjasama dan tolak ansur ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan dengan melalui model
TGFU. Selain itu, model TGFU dapat menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri
terutamanya dalam penyelesaian sesuatu masalah. Kanak-kanak yang ingin menjadi seorang
yang berkeyakinan akan melibatkan diri di dalam aktiviti fizikal. Jadi nilai-nilai ini yang terdapat
dalam model TGFU dapat meningkatkan penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal.

Secara kesimpulan, aktiviti fizikal tidak dapat dinafikan bahawa memberi banyak
keuntungan dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, emosi, serta boleh mengurangkan
insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat
menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan
keseluruhannya. Oleh itu, pihak-pihak tertentu seperti keluarga, sekolah, dan kerajaan harus
mengambil tindakan maing-masing untuk menggalakkan kanak-kanak kini melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal. Selain itu, model TGFU harus dilaksanakan dalam kalangan kanak-kanak
kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak dan mereka dapat menikmati dan berseronok
dalam permainan berbanding dengan pengajaran traditional. Selain itu, TGFU ini dapat
memudahkan dan membolehkan proses pemahaman kanak-kanak serta memberi motivasi
kepada kanak-kanak untuk kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam
pertandingan. Pendekatan Teaching Games for Understanding (TGFU) telah berjaya
mencapai hasrat meningkatkan penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dengan bukti-
bukti yang nyata di atas.
RUJUKAN

Caly Setiawan,Soni Nopembri. (2013). Konsep dan Implikasinya dalam Pembelajaran


Pendidikan Jasmani. Teaching Games for Understanding (TGfU) , 2-11.

Fong, W. S. (2012, Mei 10). Amalkan Cara Hidup Sihat. Retrieved from 22 Ogos 2015, from
http://www.myhealth.gov.my/index.php/amalkan-cara-hidup-sihat

Hopper, T. (1998). Teaching Games For Understanding Using Progressive Princples Of


Play. Journal CAHPERD, 4-7.

Joy, I. Butler and Barbara, . (2005). Teaching Games for Understanding:As a Curriculum
Model. In J. McCahan, Teaching Games for Understanding: Theory, research,and
practice (p. Windso). London: Human Kinetics .

Metzler, M. W. (2000). Instructional Models for Physical Education. In S. L. Mitchell, Sport


Foundation for Elementary Physical Education: A Tactical Games Appoach.
Needham Heights, Massachusets: Champaign: Human Kinetics.

Mohamat, M. b. (2013, Mac 28). Kepentingan Teaching Games For Understanding.


Retrieved from 8 Mac 2016, from
http://www.slideshare.net/murnibintimohamat/kepentingan-teaching-games-for-
understanding

Sarip, S. (2013, Feb 27). Definisi Teaching Games For Undestanding. Retrieved from 2 Mac
2016, from http://www.scribd.com/doc/127546149/Definisi-Teaching-Games-for-
Understanding#scribd
Swee, O. K. (2012, April 12). Aplikasi Modul Pendekatan TGFU Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Retrieved from 5 Mac 2016,
from
http://www.ipbl.edu.my/icotlg/papers/session%204/1%20Dr%20Ong%20KS%20TGF
U%20dalam%20P&P.pdf

Anda mungkin juga menyukai