Anda di halaman 1dari 5

FORUM 3 : PERANAN PIHAK SEKOLAH DALAM USAHA MENANGANI

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR



Tugas seorang guru bukanlah hanya mendidik murid untuk mencapai prestasi
atau gred markah yang baik semata-mata.Namun, tugas guru juga adalah untuk
melahirkan murid yang mampu mengaplikasikan pengetahuan yang diberikan dalam
kehidupan seharian. Mengajar murid akan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
selama 1 jam dalam masa seminggu adalah tidak mencukupi bagi guru untuk
mendedahkan murid akan pentingnya aktiviti sukan dalam aktiviti harian murid.

Untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan murid-murid, kerjasama antara
guru, pihak pentadbir, ibu bapa dan kakitangan sekolah amatlah diperlukan. Antara
langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG adalah
menyedarkan murid-murid tentang pentingnya amalan pemakanan yang sihat.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyokong program ini dengan memantau dan
mengambil inisiatif menyediakan makanan yang sihat sekiranya murid-murid berada
di rumah. Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di
rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan
daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah
mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa
tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak
agar mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi
dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di
mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini
boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk
melaksanakan gaya hidup yang sihat.
Selain itu, peranan pihak sekolah adalah amat diperlukan dalam memastikan
peniaga kantin menyediakan makanan yang sihat untuk murid-murid sebagai contoh
mengurangkan penjualan makanan bergoreng, menyediakan minuman yang kurang
manis, dan tidak sesekali menjual makanan ringan dan makanan segera. Hal ini
kerana, sekiranya pihak sekolah dan peniaga kantin tidak mengambil berat akan isu
ini, murid-murid bakal terdedah dengan masalah obesiti.
Di samping itu juga, bagi memberi kesedaran dan pendedahan akan bahayanya
masalah obesiti, pihak sekolah khususnya guru-guru juga turut dibantu oleh PIBG
boleh merancang dan menjalankan program berkonsepkan ilmu diperoleh dari luar
bilik darjah seperti Minggu Kesihatan dimana pihak sekolah boleh menjalankan
pelbagai aktiviti seperti mengadakan ceramah dengan menjemput pakar pemakanan
dari luar, mengadakan kuiz kesihatan, menyediakan gerai pemeriksaan kesihatan.
Aktiviti atau program sedemikian bukan sahaja member manfaat kepada para
pelakar bahkan ianya juga membantu kita sebagai golongan pendidik untuk
mengetahui akan tahap kesihatan diri sendiri dan boleh mengambil langkah-langkah
pencegahan sejak dari awal kerana mencegah itu adalah lebih baik dari merawat.








FORUM 4 : SOKONGAN DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MENDORONG
PELAJAR SEKOLAH TERLIBAT DALAM AKTIVITI REKREASI LUAR.
Dewasa ini,pelajar banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang kurang
melibatkan pergerakan fizikal dek kerana berlakunya gelombang kemajuan teknologi.
Pelajar ralit menghabiskan masa senggang mereka dengan pelbagai jenis gadjet
yang banyak dijual dipasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hakikatnya,
mereka agak cenderung menjadi generasi yang kurang bergaul dan komunikasi
social mereka agak lemah jika dibandingkan dengan era zaman sebelum wujudnya
teknologi yang serba moden dan canggih ini.
1. Meluangkan masa bersama anak-anak mengunjungi tempat riadah
Antara aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan bersama anak-anak ialah
berjoging, ataupun beriadah di tepi pantai mahupun di pusat rekreasi awam.
Seperti yang kita ketahui, golongan pelajar lebih banyak menghabiskan masa
bersama keluarga berbanding bersama guru-guru. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
mencari ikhtiar membawa anak-anak ke tempat rekreasi seperti pada hujung
minggu , pada curi umum mahupun selepas pulang dari kerja. Faktor utama yang
membawa kepada masalah kurang bersenam adalah kerana ketidakprihatinan
dan kurangnya galakan dari ibu bapa tentang betapa pentingnya aktiviti rekreasi
untuk kesihatan mental dan fizikal anak-anak.

2. Galakan dan kata-kata perangsang untuk anak-anak
Ibu bapa seharusnya memberi sokongan dan galakan yang baik sekiranya anak-
anak berminat untuk menjalankan kegiatan rekreasi. Tanpa adanya sokongan
padu dari ibu bapa, sudah tentunya anak-anak kurang berkeyakinan dan kurang
berminat untuk mencuba kegiatan luar. Hal ini bukan hanyalah dorongan
berbentuk kata-kata perangsang semata-mata tetapi ianya meliputi kesanggupan
ibu bapa untuk membiayai kos pengangkutan dan yuran kemasukan sesetengah
jenis aktiviti rekreasi luar. Sebagai contoh dari segi yuran kemasukan ataupun
kos pengangkutan yang perlu ditanggung. Sesetengah jenis aktiviti rekreasi
seperti fying fox, berkayak, permainan boling, dan lain-lain. Sekiranya ibu bapa
sanggup berhabisan wang ratusan ringgit hanya untuk alat pemain permainan
video seperti PS2 atau gadjet yang lain, sudah tentunya ibu bapa sanggup
membelanjakan wang untuk kegiatan yang lebih memberi banyak manfaat untuk
anak-anak mereka.
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jika faktor kewangan menjadi
kayu ukur anak-anak tidak melakukan aktiviti rekreasi, kenyataan itu adalah
bukan sebab utama.Hal ini kerana, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke
taman-taman rekreasi awam yang disediakan untuk dikunjungi oleh orang ramai
tanpa kadar bayaran yang tinggi. Tuntasnya, faktor perdana yang banyak
membantu anak-anak terlibat aktif ialah galakan dan kata-kata perangsang dari ib
bapa mereka.Tanpa dorongan, anak-anak kuran berkeyakinan dan bermotivasi
untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan mereka dan terus menerus
menjalankan aktiviti bermain dengan gadjet semata-mata walhal mereka mampu
mengubah aktiviti masa lapang mereka.

Anda mungkin juga menyukai