Anda di halaman 1dari 2

Pada pandangan saya, perkembangan kanak-kanak lebih dipengaruhi oleh

faktor persekitaran berbanding dengan faktor baka. Faktor persekitaran dapat dilihat
dari segi sebelum kanak-kanak dilahir dan selepas kanak-kanak dilahir. Faktor
sebelum dilahir ialah pemakanan ibu, kesihatan ibu, gaya hidup ibu serta umur ibu
yang mengandung. Faktor selepas dilahir pula dipengaruhi dari segi pemakanan
kanak-kanak, keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan media massa. Faktor
persekitaran telah memberi implikasi kepada kanak-kanak terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Sebelum kanak-kanak dilahirkan, ibu haruslah menjaga pemakanan supaya
mendapat zat yang seimbang. Contohnya, ibu yang sedang mengandung haruslah
mengambil asid folik serta kalsium yang secukupnya bagi menjamin pertumbuhan
dan perkembangan bayi yang sihat. Sekiranya ibu yang mengandung tidak
mengambil asid folik yang secukupnya, maka kanak-kanak akan mengalami
kecacatan semasa dilahir. Ibu yang mengandung juga harus mengikut rutin
pemeriksaan yang ditetapkan oleh doktor sepanjang tempoh kehamilan. Ini dapat
memastikan bahawa bayi berada dalam keadaan yang sihat.
Ibu yang mengandung harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
bersenam. Tambahan pula, ibu yang mengandung tidak boleh mengambil dadah,
merokok ataupun meminum arak. Sekiranya ibu yang hamil berbuat demikian, maka
ini akan membahayakan kandungan ibu. Ibu tersebut mungkin akan mengalami
keguguran atau bayi tersebut akan dilahir kecacatan. Usia ibu mengandung juga
akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ibu muda atau ibu yang sudah
lanjut usia berisiko tinggi dalam mendapatkan anak Sindrom Down.
Faktor selepas kanak-kanak lahir juga dapat memberi kesan terhadap
perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pemakanan yang seimbang dapat memberi implikasi terhadap pekembangan kanakkanak terutamanya pada jangka masa tumbesaran yang kritikal. Contohnya, kanakkanak yang sedang membesar memerlukan protein dan karbohidrat yang
secukupnya untuk pembinaan sel serta membekal tenaga. Pengambilan vitamin
yang secukupnya dapat memastikan perkembangan mental dan fizikal yang sihat.
Selain

pemakanan,

institusi

keluarga

juga

dapat

mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan memberi


fokus dalam perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak yang sempurna.
Contohya, kanak-kanak dibimbing membaca sejak kecil. Ini membolehkan kanakkanak membaca buku cerita seawal usia. Selain itu, ibu bapa juga tidak

mengabaikan perkembangan fizikal kanak-kanak dengan membawa kanak-kanak


bermain di taman permainan. Ini dapat memastikan kanak-kanak berkembang
dengan seimbang.
Pengaruh rakan sebaya juga dapat memberi kesan dalam perkembangan
kanak-kanak. Rakan sebaya telah menjadi rakan taulan untuk seseorang untuk
mempelajari serta meniru perlakuan dan nilai yang diamalkan dalam kumpulan
sebaya tersebut. Rakan sebaya dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
secara positif atau secara negatif. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam
proses perkembangan kanak-kanak. Pihak sekolah yang menekankan

kurikulum

dan kokurikulum dapat memastikan kanak-kanak berkembang secara sempurna dari


segi rohani, emosi, jasmani, intelek dan sosial. Cara mengajar guru dalam sekolah
juga penting dalam perkembangan kanak-kanak. Guru menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat memastikan
kanak-kanak lebih memahami pengetahuan yang hendak disampaikan oleh guru.
Media massa juga dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Ledakan komunikasi menyebabkan pernyebaran maklumat yang pantas. Ini dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif, sosial dan sikap individu dari aspek
pendidikan, politik, sosial, fahaman, dan pandangan.
Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan
individu terdiri daripada lima sistem, yakni mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Teori membuktikan bahawa perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai