Anda di halaman 1dari 1

Shopee No.

1 Marketplace

CandleLight | Candle/Soap/Lotion/Diffuser Oil,


【01#~20#】, Trial 5ml/15ml NoBrand
RM 9.41 Shop now

" #

Home ! SEKOLAH ! Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha


Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

PERANAN IBU BAPA DALAM


USAHA MEMUPUK AMALAN
GAYA HIDUP SIHAT

Adakah anda tertanya-tanya apakah bentuk soalan


yang akan diberikan berkenaan penulisan
karangan Bahasa Melayu? Sekiranya ya, anda
perlu sentiasa bersikap proaktif dengan mencari
sumber rujukan tambahan atau melakukan latihan
tambahan supaya dapat membiasakan diri dengan
pelbagai tajuk atau tema yang diberikan. Berikut
dikongsikan contoh karangan peranan ibu bapa
dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat
sebagai rujukan.

Shopee Lowest Price Guaranteed


Shopee

SABUN HABBATUS SAUDA SAADI 97GRM…


RM 12 Shop now

Apabila menerima soalan yang berbentuk


kesihatan, pelajar pasti dapat memikirkan idea atau
isi-isi penting yang berkaitan dengan mudah. Oleh
itu, pelajar perlu memastikan huraian serta contoh
yang diberikan adalah tepat dan menarik untuk
guru-guru membaca hasil karangan anda.
Penggunaan tatabahasa serta gaya yang menarik
dan sesuai juga menjadi faktor yang akan
menentukan tahap penulisan karangan masing-
masing.

Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan


Gaya Hidup Sihat
Isi-isi penting

Membuat pemeriksaan kesihatan

Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Melakukan aktiviti riadah

Menjalinkan komunikasi yang baik dengan anak

Memupuk sifat kebersihan diri

Menziarahi orang yang sakit

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa


Dalam Usaha Memupuk Amalan Gaya
Hidup Sihat

Pendahuluan

Marcapada ini, golongan muda lebih gemar untuk


menghabiskan masa di rumah untuk bermain
permainan video sama ada menggunakan telefon
atau komputer. Kesedaran dalam mengamalkan
amalan ini semakin berkurangan kerana ia
dianggap remeh dan memerlukan tenaga yang
banyak. Amalan ini adalah cara hidup yang boleh
mengurangkan risiko penyakit serta memberi
seribu satu manfaat kepada individu yang
mengamalkannya. Secara statistik, rakyat Malaysia
merupakan antara yang tertinggi dalam
menghidapi penyakit obesiti berbanding dengan
negara-negara lain di Asia tenggara.

Kita juga boleh lihat secara zahir masih ramai di


antara kita yang merokok dan tidak mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Ianya kerana tiada waktu
senggang dek sibuk bekerja. Akibat menghisap
rokok, mereka menghidap penyakit berbahaya
seperti serangan jantung, paru-paru rosak dan
kencing manis. Umum sedia maklum bahawa, ibu
dan bapa bertanggungjawab dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak. Maka wajar untuk kita
bincangkan peranan ibu bapa dalam usaha
memupuk gaya hidup sihat.

Shopee Lowest Price Guaranteed


Shopee

Isi 1

Peranan yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa


dalam memastikan anak-anak mengamalkan gaya
hidup sihat adalah dengan membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan
menggunakan manfaat yang ada kerana akses
kepada perkhidmatan kesihatan awam mahupun
swasta mudah untuk didapati. Ibu dan bapa
seharusnya membawa anak-anak menjalani
pemeriksaan kesihatan seperti rawatan gigi
sekurang-kurangnya enam bulan sekali dalam
setahun.

Tindakan ini adalah mustahak sebagai langkah


berjaga-jaga dan untuk mengesan sekiranya anak-
anak kita menghidapi sebarang penyakit. Dengan
pengesanan awal, kita dapat menyegerakan
rawatan awal dan peluang untuk kembali sembuh
adalah lebih baik. Bak kata pepatah Melayu,
mencegah lebih baik daripada merawat. Tambahan
pula, dengan menjalani pemeriksaan kesihatan,
kita boleh mendapatkan nasihat dan saranan
daripada pengamal perubatan yang bertauliah
dalam gaya hidup yang sesuai untuk diamalkan
oleh diri dan ahli keluarga kita dalam kehidupan
seharian.

Isi 2

Pada masa yang sama, ibu dan bapa hendaklah


mengamalkan pemakanan seimbang di rumah
sebagai langkah untuk memastikan anak-anak
mempunyai gaya hidup yang sihat. Ibu dan bapa
perlu maklum bahawa makanan yang seimbang
mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein,
lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang
betul penting untuk mereka. Jika ditelusuri,
masyarakat kita semakin hari semakin gemar untuk
menikmati hidangan makanan di restoran dan gerai
jalanan.

Tidak dinafikan bahawa budaya makan di restoran


adalah penting dalam meningkatkan ekonomi
setempat namun kadar nutrien dan keselamatan
makanan tersebut tidak terjamin. Justeru, ibu dan
bapa digalakkan untuk meluangkan masa
menyediakan makanan di rumah. Hal ini demikian
kerana, kita dapat memastikan sumber makanan
yang dimasak adalah bersih dan selamat serta
dimasak pada kadar nutrisi yang mencukupi. Tiada
penggunaan perencah tambahan seperti MSG dan
penggunaan minyak yang berlebihan. Intihannya,
tabiat pemakanan seimbang berdasarkan piramid
makanan hendaklah diusahakan oleh ibu dan bapa
agar anak-anak membiasakan diri dan
mengamalkannya secara rutin.

Isi 3

Di samping itu, ibu dan bapa berperanan


memastikan anak-anak mengamalkan gaya ini
dengan melakukan aktiviti riadah di luar rumah
bersama mereka. Aktiviti riadah lazimnya dilakukan
pada masa lapang dan boleh dibuat secara santai
ataupun melibatkan intensiti yang tinggi. Sebagai
contoh, aktiviti berjoging, mengutip sampah sarap
atau berbasikal di taman rekreasi bukan sahaja
dapat mengeluarkan peluh malah dapat
mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.
Selain itu, ibu dan bapa juga boleh menggalakkan
anak-anak dalam bidang sukan sama ada di
sekolah ataupun secara sendirian dengan
menghantar mereka menyertai kejohanan yang
berkaitan.

Cadangan ini bukan sahaja memastikan anak kita


mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan
aktiviti senaman tetapi membantu mereka untuk
membesar dalam persekitaran yang sihat serta
kompetitif. Anak-anak juga akan terdedah kepada
disiplin dan semangat yang timbul untuk berjaya
dalam aktiviti sukan yang disertai seterusnya
membentuk jati diri yang kuat dalam diri mereka.
Kesannya, anak-anak bukan sahaja akan
mengamalkan gaya hidup yang sihat malah
mempunyai ketrampilan dan personaliti yang
menarik persis kata mutiara, badan sihat otak
cerdas.

Isi 4

Akhir sekali, menjalinkan komunikasi yang baik


antara ibu dan bapa dengan anak-anak adalah
salah satu kaedah dalam memastikan gaya hidup
sihat menjadi amalan keluarga. Mutakhir ini, kita
sering kali disiarkan televisyen dan dada akhbar
tentang masalah kesihatan mental dan depresi
sehingga meragut nyawa mangsa. Polemik ini
timbul kerana masyarakat kita semakin ditekan
ekonomi yang tidak menentu dan pengaruh media
sosial. Ianya menjadi antara faktor menyebabkan
mangsa tertekan dan tidak boleh menghadapi
realiti sehingga menjejaskan kesihatan. Ibu dan
bapa seharusnya mempunyai komunikasi yang
baik dengan anak-anak di mana mereka tidak takut
atau segan untuk berkongsi masalah.

Fikiran atau stigma seperti ibu dan bapa perlu


mendidik anak-anak mereka sebagaimana mereka
dibesarkan dahulu adalah kurang tepat. Hal ini
kerana pelbagai faktor yang menyumbang kepada
perbezaan zaman dahulu dan sekarang. Oleh itu,
setiap ibu dan bapa berfikiran terbuka dan sentiasa
mempelajari cara-cara terbaik untuk berkomunikasi
dan mendidik anak-anak. Supaya menjadi insan
yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan
negara. Tegasnya, kesihatan anak-anak bukan
sahaja dari sudut fizikal tetapi kesihatan mental
juga perlu diberi perhatian supaya kesihatan yang
holistik akan diperoleh.

Penutup

Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapat


simpulkan bahawa ibu dan bapa memainkan
peranan yang besar untuk memupuk gaya hidup
sihat dalam kalangan anak-anak. Usaha ini
sebenarnya telah pun dijalankan di pelbagai
peringkat khususnya di institusi pendidikan seperti
sekolah dan universiti. Penglibatan aktif daripada
pelajar dalam aktiviti berbentuk kokurikulum pasti
dapat menyemarakkan semangat dalam
mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga dengan
kesedaran dan kerjasama pelbagai pihak dalam
memastikan masyarakat kita mengamalkan budaya
melahirkan nusa bangsa yang intelik dan progesif.
Peribahasa Melayu berkata, hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih. Yang membawa maksud
jika kita betul-betul menginginkan perkara tersebut
berlaku, tiada alasan dan rintangan yang mampu
menghalang kita untuk berjaya.

Related : berat badan menjaga pemakanan,


mendapat penyakit, tubuh badan, aktiviti fizikal,
tidur yang, untuk menjadi, menjaga kesihatan,
penyakit jantung,

Sponsored by
Open
shopee.com.my

previous post
Peranan Masyarakat Menjaga Nama Baik Negara

next post
Semakan Keputusan Prasekolah 2023 Online

YOU MAY ALSO LIKE

S PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 S


2022 ONLINE

LEAVE A COMMENT

Your Comment

Name*

Email*

Website

SIMPAN NAMA, EMEL, DAN LAMAN WEB SAYA DALAM


PELAYAR INI APABILA SAYA MENGULAS PADA MASA
HADAPAN.

SUBMIT

ARTIKEL PILIHAN

SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan Keputusan


Peperiksaan Pelajar Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2022/2023 Online

Semakan Keputusan SPM 2021 Online & SMS

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2023 KPM


Online

Semakan Keputusan Prasekolah 2023 Online

Semakan Keputusan Guru Interim KPM 2020 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2022 Online

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2022


Online

TENTANG KAMI

Portal Informasi Terkini Semakan Malaysia: Keputusan


Permohonan Online

KATEGORI

AGAMA BANTUAN INFO IPTA JPJ KEMAHIRAN

KPM LPM MPM PLKN SEKOLAH SMKA SPA

SUKAN

Dasar Privasi Penafian Hubungi

© 2020. Hak Cipta Terpelihara - semakan.my


$

Anda mungkin juga menyukai