Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang menyiapkan tugasan permainan tradisional ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik aktivitiaktiviti supaya bersesuaian dengan keadaan semasa. Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam permainan tradisional ini. Apa yang saya lalui di zaman persekolahan dahulu hanyalah permainan yang tiada peraturan. Namun di IPG ini saya telah mula tahu, faham dan lalui segala kaedah dan teknik sukan permainan tradisional dengan lebih mendalam dan jelas.

Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan yang dinamakan permainan tradisional yang dipelajari sepanjang saya berada di sini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhadap matapelajaran permainan tradisional. Saya berharap agar guru pelatih PISMP Semester 5 terus didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan mempelajari permainan tradisional secara teori dan amali. Dengan ini, para guru pelatih seperti saya akan dapat menambahkan pengalaman dan pembelajaran yang pastinya amat berguna. Contohnya dalam permainan tradisional kumpulan kami iaitu permainan baling tin.

Mengikut pemahaman saya, sebenarnya kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepda kecergasan fizikal sahaja kerana terdapat banyak faktor lain yang terlibat dalam pembentukan seorang pemain permainan tradisional. Pada kebiasaanya seseorang pemain yang berlatih dan bersedia dengan rapi akan berjaya. Pemain mestilah secara sukarela menerima persaingan kerana pencapaian dalam permainan adalah hasil hasil dari individu atau berkumpulan. Oleh itu permainan tradisional membawa kepada peluang yang penting kepada individu yang sukakan aktiviti yang mencabar dan unik ini. Akhirnya pemain perlu mempunyai disiplin diri dan falsafah di samping kecergasan fizikal untuk muncul sebagai juara yang dimainkan secara individu ataupun berkumpulan.

Walaupun berasa lemah dan tidak berdaya untuk bersaing dengan rakan-rakan PISMP semester 5 yang lain dalam permainan tradisional, namun berkat keazaman dan dengan semangat yang tinggi saya terus memberikan komitmen yang sepenuhnya. Saya juga bersyukur kerana mempunyai kumpulan rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dan memberikan sokongan serta dorongan kepada saya. Di sini, kerjasama dan

disiplin di antara ahli kelas dapat diterapkan serta mengeratkan tali silaturrahim yang baru terjalin di antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam latihan, amali dan dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan permainan tradisional ini telah memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara.

Disediakan oleh, __________________ (JOE ALLEN TSEN KA VUI) PISMP BM JAN 2011

Anda mungkin juga menyukai