Anda di halaman 1dari 6

JOE ALLEN TSEN KA VUI

910329-12-5697
PISMP BAHASA MELAYU JAN 2011

Penulisan jurnal yang bertajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien
dalam Mengatasi Masalah Emosi Remaja di Sekolah ialah hasil penulisan Mohammed
Shariff Mustaffa, Phd, Jamaludin Ramli, dan Zainudin Hassan daripada Jabatan Asas
Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan penulisan jurnal ini
ialah untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan terapi pemusatan klien bagi
mengatasi masalah emosi pelajar di sekolah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan
menggunakan instrumen seperti temubual, pemerhatian dan sebagainya. Kaedah kualitatif
adalah sesuai memandangkan responden kajian hanyalah seorang sahaja.

Bahagian pengenalan pada jurnal adalah baik kerana jurnal ini bermula dengan
mengambil pendapat tokoh-tokoh dalam bidang psikologi manusia. Pendapat tokoh yang
bernas pada bahagian pengenalan lagi telah menarik minat pembaca untuk terus membaca
jurnal ini. Selain itu, turut dinyatakan dalam bahahian pengenalan ini sifat seorang ahli terapi
bagi mewujudkan sesi kaunseling yang menggalakkan pembinaan diri klien untuk berubah
ke arah yang lebih positif. Matlamat kaunseling juga dinyatakan iaitu untuk menyediakan
peluang atau keadaan yang bebas dan untuk membentuk suasana yang membolehkan
mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna.
Bahagian abstrak jurnal ini disertakan untuk merumuskan kajian ini secara keseluruhannya
daripada asas Kaunseling Pemusatan Klien hinggalah kepada teknik-teknik yang sesuai
digunakan.

Setelah membaca jurnal yang bertajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan
Klien dalam Mengatasi Masalah Emosi Remaja di Sekolah saya dapat mengetahui
beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada jurnal ini. Antara kekuatan jurnal ini
adalah pada tajuknya. Melalui tajuk yang digunakan akan menarik ramai pembaca terdiri
dari pelbagai golongan termasuk remaja kerana mereka dapat mengaitkan permasalahan
yang dikaji dalam jurnal dengan situasi diri mereka sendiri. Kajian ini juga akan menjadi
sumber rujukan bagi guru-guru di sekolah dan juga ibu bapa. Hal ini kerana mereka ingin
mengetahui keadaan remaja yang terdiri dari murid dan anak mereka di sekolah mahupun di
rumah. Melalui kajian ini sedikit sebanyak dapat membuka pandangan golongan ini untuk
mengambil tahu situasi-situasi yang boleh mempengaruhi masalah yang dihadapi remaja
kini. Mungkin juga dapat membantu mencegah masalah ini daripada berlanjutan kelak. Latar
belakang jurnal ini ada terdapat landasan teori yang ideal yang boleh menjadi penyokong
untuk idea-idea yang dikeluarkan oleh pengkaji.

Bagi jurnal ini pengkaji menggunakan kaedah yang sesuai iaitu pemusatan klien
memandangkan responden kajian yang digunakan hanyalah seorang sahaja. Oleh itu
kaedah ini amatlah mudah untuk dijalankan dan juga lebih meningkatkan peratusan
masalah yang dihadapi klien untuk diatasi. Hal ini kerana melalui kaedah ini fokus yang
diberikan pada klien adalah lebih tertumpu dan mengurangkan faktor luaran yang boleh
mengganggu keberkesanan sesi kaunseling.

Jurnal ini boleh dikatakan sebagai mesra pembaca. Pembaca tidak akan tergantung
di awangan apabila membaca jurnal ini kerana segala maklumat asas kajian turut
disertakan pada bahagian temubual dengan klien. Jadi pembaca dapat melihat dengan jelas
kronologi kajian ini dengan jelas sebelum memasuki bahagian yang lebih rumit dalam kajian
ini. Apa yang dimaksudkan adalah maklumat-maklumat asas seperti latar belakang, sejarah
perubatan, penampilan, sikap, pengalaman, latar belakang akademik, dan tingkah laku
disertakan. Dengan adanya maklumat asas ini akan dapat membantu pembaca membuat
persepsi awal mengenai klien secara berpandu dan dengan rujukan.

Melalui temubual bersama klien, pengkaji telah menyatakan latar belakang klien iaitu
nama, jantina, umur, tempat tinggal, adik-beradik, pekerjaan ibu bapa serta status
perkahwinan ibu bapa. Merujuk kepada maklumat asas ini turut sedikit sebanyak membantu
pembaca mengenali klien dalam kajian ini sebelum membaca lebih lanjut lagi jurnal ini.
Daripada sesi temubual bersama klien juga pengkaji telah mencatatkan penampilan serta
gaya dan perangai klien. Daripada maklumat ini pembaca dapat melihat bahawa klien
seorang yang berpenampilan kemas, menarik dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Klien
juga bersikap peramah dan boleh dikatakan mempunyai tahap sosial yang tinggi kerana
rakan-rakan lain mudah untuk bergaul dengannya. Klien mempunyai sifat ringan tulang dan
sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah.

Melalui pengamatan pengkaji, klien dikatakan seorang yang mempunyai emosi agak sensitif
dan adakalanya agresif. Apabila dilihat pada latar belakang keluarga klien kita dapat
simpulkan bahawa faktor yang mempengaruhi perangai klien adalah kerana klien telah
menjadi mangsa kepada satu institusi keluarga yang tidak stabil akibat penceraian ibu
bapanya.

Oleh kerana klien masih berstatus seorang pelajar maka maklumat mengenai
pelajarannya turut diambil kira. Klien mempunyai pencapaian yang baik semasa UPSR dan
PMR sehingga melayakkan klien masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Apabila ibu bapa
klien mula bercerai dan mempunyai keluarga baru, klien merasakan kurang tumpuan yang
diberikan padanya sehingga mengganggu emosi serta tiada dorongan untuk lebih berjaya
dalam akademik. Lebih-lebih lagi pada tahun 2003 dimana klien sangat memerlukan
dorongan daripada ibu bapa untuk menghadapi peperiksaan besar.

Jurnal ini juga menyertakan aplikasi teori kepada klien mengikut turutan langkah-
langkah yang jelas ditunjukkan dalam jurnal. Pembaca dapat melihat turutan pengaplikasian
teori kaedah pemusatan kien yang digunakan dalam kajian kerana pengkaji telah
memecahkan kaedah ini kepada beberapa fasa yang kecil dan dengan penjelasan agar
lebih mudah pembaca kesan pada fasa mana teori kaedah ini mula diaplikasikan dan
memberi kesan.

Pengkaji membuat kajian berlandaskan dengan teori pemusatan klien Carl Rogers.
Teori ini amatlah sesuai bagi kes klien yang dibincangkan dalam kajian ini kerana
berdasarkan penekanan beberapa aspek berikut:
i) Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak.
ii) Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman klien.
iii) Klien digalak memahami persepsi sebenar.
iv) Perhubungan terapeutik anatara kaunselor dan klien.
v) Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda, ketulinan dan kongruen.

Pengkaji turut menyatakan kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang
kaunselor untuk aplikasi teori ini terhadap klien dengan jelas. Antara kemahiran-kemahiran
kaunselor itu adalah kemahiran melayan secara berstruktur. Kemahiran ini amat penting
terutamanya jika pengkaji ingin mencapai empat konsep utama seperti dijelaskan di atas.
Kemahiran ini adalah yang penting bagi menjalin hubungan yang baik dengan klien dan juga
mendapatkan respons yang ingin dikeluarkan kaunselor daripada klien. Antara kemahiran-
kemahiran lain yang perlu ada juga adalah kemahiran memparafrasa, penjelasan
menyemak persepsi, refleksi, metafsir, konfrantasi, menyoal, menggunakan dorongan
minimum, memberi maklumat dan merumus.

Untuk pelaksanaan teori kaunseling pemusatan klien ini, pengkaji telah
membahagikan kepada empat langkah yang mana setiap langkah itu pengkaji menyatakan
apa yang perlu dicapai daripadanya. Berdasarkan jurnal, langkah pertama dijalankan untuk
penstrukturan. Manakala langkah dua adalah untuk membina hubungan, menyatakan
masalah melalui penerokaan dan meneroka masalah (senario). Seterusnya langkah tiga
bermatlamat bagi jalan alternatif dan pemilihan alternatif dan yang terakhir langkah keempat
adalah untuk sesi penilaian dan penamatan oleh kaunselor. Setiap langkah-langkah dan
matlamat didalam langkah ditunjukkan dalam bentuk dialog yang jelas.

Walaupun dengan beberapa kekuatan yang telah saya huraikan daripada jurnal ini,
terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kenalpasti dalam jurnal ini. Oleh itu,
jurnal ini tidaklah sempurna dan boleh diperbaiki lagi bagi menjadikannya lebih antap untuk
rujukan pengkaji-pengkaji lain. Antara kelemahan yang dikesan pada jurnal ini adalah dari
aspek ejaan.

Bagi pengkaji yang mempunyai tahap pendidikan doktor falsafah seperti salah
seorang pengkaji iaitu Mohammed Sharrif Mustaffa, kesilapan-kesilapan kecil ini tidak
sepatutnya ada apatah lagi dalam jumlah yang agak banyak di dalam jurnal mereka ini. Ini
boleh menunjukkan bahawa tiada kesungguhan dalam penghasilan jurnal ini yang agak
tidak selari dengan pencapaian pengkaji. Hal ini boleh mengurangkan kebolehpercayaan
jurnal ini dalam kalangan pembaca-pembacanya.

Selain itu juga, jurnal ini tidak mempunyai banyak tinjauan literatur yang boleh
mengukuhkan lagi kajian kes jurnal ini. Sekiranya pengkaji banyak menggunakan kajian-
kajian lalu untuk mengukuhkan fakta-fakta kes dalam kajian maka pembaca akan lebih rasa
yakin dengan jurnal yang dihasilkan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hasil yang positif
yang dapat dilihat pada klien. Klien menunjukkan celik akal dan kekuatan kendiri untuk
menangani masalah emosi yang dihadapi. Daripada keputusan ini dapat dibuktikan bahawa
teori kaunseling Pemusatan Klien dapat memberi ruang dan peluang kepada klien untuk
berubah kepada individu yang lebih baik. Hal ini dikukuhkan lagi dengan situasi dimana klien
tetap mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka walaupun masalah yang dihadapi antara
klien dengan ibu bapanya. Selain daripada kemahiran kaunselor untuk menangani isu yang
dihadapi klien ini, kesungguhan klien untuk berubah itu sendiri turut membantu menjadikan
sesi kaunseling ini menjadi berkesan dan mengurangkan masalah emosi klien.

Kesimpulannya jurnal yang dihasilkan adalah agak baik dan boleh dijadikan sumber
rujukan kerana maklumat-maklumat yang lengkap dinyatakan dalam jurnal serta perjalanan
proses pengaplikasian sesi kaunseling Pemusatan Klien yang dinyatakan secara terperinci
dalam kajian memberikan gambaran jelas untuk pembaca. Walaupun terdapat beberapa
kelemahan yang dikenalpasti namun kelemahan itu tidaklah sehingga menutup kekuatan
yang ada pada jurnal ini. Aspek kelemahan ini lebih bersifat kecuaian dan masalah teknikal
yang boleh diatasi dengan perhatian yang lebih diberikan oleh pengkaji.















REFLEKSI
Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus ini saya telah didedahkan dengan
banyak ilmu pengetahuan yang baru berkenaan dengan ilmu bimbingan dan kaunseling.
Sebelum ini saya hanya tahu apabila seseorang itu yang dipanggil oleh kaunselor adalah
mereka yang bermasalah dan telah melakukan kesalahan yang perlu dikaunselingkan.
Tetapi sebenarnya bukan sesi kaunseling bukan sahaja untuk mereka yang bermasalah
tetapi hal-hal lain yang lebih positif seperti ingin berkongsi kegembiraan, meluahkan rasa
gembira dan sebagainya.
Ilmu seperti ini amat penting pada pandangan saya terutama sekali saya yang bakal
menjadi seorang guru kelak di sekolah. Sebagai seorang guru, tugas saya tidak terhad
untuk mendidik sahaja tetapi juga dari pelbagai aspek lain seperti memberi bimbingan
kepada murid untuk kehidupan sebenar di sekolah dan luar sekolah. Dengan pendedahan
pelbagai jenis teori-teori kaunseling ini saya juga dapat mengaplikasikan kepada murid-
murid saya kelak.
Antara teori-teori kaunseling yang saya pelajari seperti Teori Pemusatan Klin, Terapi
Kelompok dan lain-lain. Selain itu, saya juga mengetahui langkah-langkah yang betul dalam
sesi kaunseling yang berkesan. Terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti dalam sesi
kaunseling ini yang saya tidak tahu sebelum ini iaitu dari peringkat prafasa hinggalah
penilaian dan penamatan.
Saya juga didedahkan dengan pelbagai teknik kaunseling yang betul dari pelbagai
aspek seperti nada suara, persekitaran, keselesaan klien dan banyak lagi melalui simulasi-
simulasi yang dijalankan dalam sesi kuliah dan juga pelaksanaan kerja kursus ini. Sebagai
seorang guru yang memberi kaunseling juga perlu menguasai beberapa kemahiran agar
dapat menjadi seorang ahli terapi yang berkesan kelak. Kemahiran dalam kaunseling
penting seperti kemahiran mendengar, kemahiran melayan dan sebagainya. Saya juga
telah mempelajari cara untuk membuat kritikan terhadap jurnal-jurnal pendidikan melalui
tugasan yang diberikan.
Akhir kata, pelaksanaan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai ilmu
khususnya dalam bimbingan dan kaunseling untuk digunakan pada masa hadapan kelak.

Anda mungkin juga menyukai