Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk


mengikuti kursus kepegawaian bola jaring selama 3 hari. Kursus ini dianjurkan oleh
unit kokurikulum dan pelajar guru PISMP ambilan jun 2013 dengan bersama majlis
sukan sekolah Pulau Pinang yang diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang. Peluang
sebegini saya manfaatkan sepenuhnya dengan menimba sebanyak mungkin ilmu
dan pengetahuan dalam permainan bola jaring. Sekalung penghargaan buat
Cik.Joyce yang tekad menganjurkan kursus ini untuk ahli GERKO bola jaring.
Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya dapati saya telah mendapat pelbagai info
baru disamping membaiki kemahiran permainan saya.

Saya telah dapat memperbaiki beberapa kelemahan dan kesilapan yang


sering dilakukan semasa bermain melalui kursus kepegawaian bola jaring ini.
Sebagai contoh, saya telah dapat mempelajari pelbagai teknik yang lebih baik
seperti cara menyambut bola, jenis-jenis hantaran bola, cara menjaring gol,
kemahiran asas gerak kaki dan sebagainya. Menerusi nasihat dan latihan daripada
jurulatih professional iaitu Puan Bong dan Puan Norhayati, saya kini saya dapat
menguasai beberapa teknik asas dalam permainan bola jaring ini. Saya
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka berdua yang banyak
membantu untuk mempelajari kemahiran dalam bola jaring.

Selain itu, teknik yang paling mengkagumkan saya adalah cara melakukan
langkah 1 . Ini merupakan kemahiran tinggi dan perkara yang baru saya
mempelajari dari kursus ini. Saya juga telah belajar mengenai peraturan dan
undang-undang permainan bola jaring. Melalui kursus ini, saya dapati pengetahuan
dan pemahaman saya dalam aspek ini berkembang. Saya telah belajar tentang cara
menjadi pengadil bola jaring yang betul. Selain itu,saya dapati saya sudah mula
memahami undang-undang dalam permainan ini. Selapas menghadiri kursus ini
saya beringin sangat menjadi seorang pemain bola jaring yang cekap dan ingin
mewakili IPG untuk bermain di luar IPG.

Saya juga akan mengaplikasikan kemahiran yang diajar dalam permainan


dan akan cuba menjadi seorang guru bola jaring di sekolah pada masa akan datang.
Saya akan sedaya upaya dalam melatih murid dalam permainan bola jaring ini.
Saya juga akan menghadiri kursus bola jaring seperti ini pada masa akan datang
untuk meningkatkan kemahiran saya dalam permainan bola jaring ini.

Anda mungkin juga menyukai