Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan
untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan
sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat
bahawa PJ memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi
semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Dauer (1995) berpendapat PJ ialah sebahagian daripada program pendidikan yang


menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan
ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan
terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri
masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat


dinafikan lagi. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan
keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu
membangunkan kemahiran pergerakan asas. PJ di sekolah rendah juga dapat membantu
murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat
beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, PJ membantu murid meneroka
kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada
mereka untuk mengenali dirinya. PJ yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum
yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri
setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik
dan sihat.

1
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor
kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-
kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat
memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10
tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti
lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari,
berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan
aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis
dan sebagainya.

Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan


pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu
keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak
berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan
daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama
bertambah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai
kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak
aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa
mereka berlari, melompat atau berbasikal.

Oleh yang demikian, adalah suatu perkara yang sangat penting kepada seorang
guru PJ untuk sentiasa mengutamakan komponen-komponen Pendidikan Jasmani yang
berkualiti dalam melaksanakan aktiviti PJ di sekolah. Justeru, penulisan akademik ini akan
mengenal pasti lapan komponen utama yang terkandung dalam PJ yang berkualiti seperti
mana yang dinyatakan oleh Pangrazi (2007).

2.0 Komponen Pendidikan Jasmani


Dalam melaksanakan program PJ yang berkualiti, terdapat beberapa komponen
penting yang perlu diamalkan dan diutamakan oleh setiap guru PJ. Ini adalah untuk
memastikan agar setiap aktiviti PJ yang dilaksanakan mampu memberikan manfaat dan

2
kebaikan kepada pelajar. Antaranya adalah seperti mana yang dibincangkan dalam
bahagian berikutnya.

2.1 Dipandu Oleh Piawai NASPE


Salah satu komponen penting yang perlu diamalkan dalam melaksanakan
program PJ yang berkualiti adalah pelaksanaan program yang berpandukan kepada
piawaian yang telah ditetapkan oleh NASPE. NASPE telah memperkenalkan enam
piawaian kebangsaan yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti dan program PJ.
Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
a) Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak
pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal.
b) Menunjukkan kefahaman tentang konsep, prinsip, strategi dan taktik
dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti
fizikal.
c) Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal.
d) Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal.
e) Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial
melalui penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti
fizikal.
f) Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan
cabaran yang positif, ekspresi kendiri dan interaksi sosial.

Ini bermakna bahawa kesemua enam perkara di atas perlu diutamakan oleh guru
dalam memastikan program PJ yang berkualiti dapat dicapai. Contohnya dalam beberapa
aktiviti PJ seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

a) Aktiviti Permainan Lalu Lintas


Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru perlu memberikan penerangan tentang
beberapa perkara yang perlu difahami oleh pelajar seperti cara permainan, konsep
permainan, proses pelaksanaan permainan dan sebagainya. Dalam pada itu, guru

3
juga perlu merangsang pelajar agar terlibat secara aktif dalam permainan tersebut.
Dengan demikian, penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti ini akan dapat
ditingkatkan.

b) Aktiviti Permainan Skip

Rajah 1 : Permainan Skip

Menerusi aktiviti permainan skip seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 1 di
atas, guru boleh menerangkan dan menunjukkan kepada pelajar tentang cara
pelaksanaan permainan tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu mempelbagaikan
aktiviti ini seperti sesi soal jawab tentang kemahiran fizikal yang terlibat semasa
pelajar bemain skip dan sebagainya.

Menerusi penerapan piawaian NASPE dalam setiap aktiviti Pendidikan Jasmani


seperti mana yang telah dinyatakan di atas, maka pelaksanaan program PJ yang
berkualiti akan dapat dicapai dengan lebih baik.

2.2 Berpusatkan Murid


Komponen kedua yang perlu diutamakan dalam melaksanakan program PJ di
sekolah adalah penekanan kepada aktiviti yang berpusatkan murid. Ini bermakna bahawa
guru perlu memastikan aktiviti PJ yang dilaksanakan tidak hanya meningkatkan

4
pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap suatu perkara yang berkaitan dengan PJ.
Sebaliknya, mampu meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka dalam
melaksanakan aktiviti PJ. Contohnya, dalam melaksanakan aktiviti permainan skip, guru
tidak seharusnya hanya memberikan penerangan kepada pelajar berkenaan dengan cara
permainan skip tersebut. Sebaliknya, pelajar juga perlu diberikan peluang untuk
melakukan aktiviti permainan skip tersebut agar dapat meningkatkan kemahiran pelajar
dalam permainan skip. Dalam masa yang sama, pelajar juga akan lebih seronok untuk
mengikuti program PJ yang dilaksanakan oleh guru.

Dalam aktiviti ketangkasan misalnya seperti aktiviti lari berganti-ganti, kesemua


pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga diberi peluang untuk merasai dan
melalui pengalaman program PJ tersebut. Menerusi penyertaan dan penglibatan pelajar
seperti ini, pelajar juga akan dapat mempelajari tentang perkembangan kemahiran motor
yang juga menjadi salah satu komponen penting untuk dicapai dalam pelaksanaan
aktiviti PJ.

Ini bermakna bahawa pelaksanaan program PJ yang berkualiti perlu berteraskan


kepada aktiviti berpusatkan pelajar. Choong Lean (2009) menyatakan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran perlu menjurus kepada aktiviti berpusatkan pelajar agar
pelajar dapat mempelajari aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Dalam konteks PJ, guru perlu melibatkan diri pelajar secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan agar dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan
pengalaman pelajar dalam melaksanakan aktiviti PJ.

2.3 Aktiviti Fizikal dan Kemahiran Motor


Komponen ketiga yang perlu ditekankan dalam memastikan pelaksanaan
program PJ yang berkualiti adalah penekanan kepada aktiviti fizikal dan kemahiran
motor. Ini bermakna bahawa kedua-dua perkara ini menjadi teras utama dalam
melaksanakan aktiviti PJ yang mana penting untuk meningkatkan kemahiran motor
dalam kalangan pelajar sama ada motor halus mahupun motor kasar. Contohnya seperti

5
aktiviti ketangkasan (berlari zip zap) yang mana tidak hanya melibatkan aktiviti fizikal.
Sebaliknya, mampu meningkatkan kemahiran motor kasar pelajar khususnya yang
melibatkan pergerakan kaki dan tangan. Dengan aktiviti fizikal seperti ini, maka tahap
kecergasan fizikal pelajar akan dapat ditingkatkan.

Begitu juga dengan aktiviti menyambut bola dari satu jarak tertentu yang mana
akan dapat meningkatkan kemahiran motor halus pelajar. Menerusi aktiviti fizikal seperti
ini, pelajar akan dapat memahami tentang kepentingan meningkatkan kemahiran motor
halus mereka khususnya dalam membaling, menyambut dan menangkap bola dengan
tepat. Kepekaan kemahiran motor adalah sangat penting untuk meningkatkan
perkembangan kemahiran motor pelajar.

Ini bermakna bahawa pelaksanaan program PJ yang berkualiti juga perlu


menekankan kemahiran motor pelajar sama ada yang melibatkan motor kasar mahupun
motor halus. B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (2007) menyatakan bahawa aktiviti
PJ yang berkesan dan berkualiti perlu mampu meningkatkan kemahiran motor pelajar.
Pelajar perlu memahami kepentingan perkembangan kemahiran motor mereka dalam
melaksanakan aktiviti fizikal.

2.4 Mengandungi Kemahiran Pengurusan


Pelaksanaan program PJ yang berkualiti juga perlu melibatkan aspek pengurusan
yang mampu mendisiplinkan diri pelajar. Contohnya seperti aktiviti memanaskan badan
yang boleh dilaksanakan dengan cara memilih seorang pelajar sebagai ketua atau
penunjuk (conductor). Pelajar tersebut akan mengetuai aktiviti memanaskan badan yang
akan diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Menerusi pelaksanaan aktiviti seperti ini, ianya
akan dapat meningkatkan kemahiran pengurusan dalam diri ketua tersebut dan
membentuk sikap disiplin dalam kalangan pelajar yang lain khususnya dalam mengikuti
arahan yang disampaikan oleh ketua walaupun ketua tersebut adalah seorang pelajar.

6
Begitu juga dengan pelaksanaan aktiviti permainan kecil seperti Permaian Pijak
Bayang Lawan. Menerusi aktiviti ini, guru boleh membentuk pelajar kepada kumpulan
kecil yang mana setiap kumpulan berusaha untuk memastikan mengalahkan lawan
mereka atau kumpulan lain. Ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam
mengurus kumpulan masing-masing yang juga akan dapat membantu meningkatkan
disiplin dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

Fauzee (2009) menyatakan bahawa aktiviti fizikal yang dilaksanakan perlu


membantu meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan pelajar dan dapat
mendisiplinkan pelajar. Pelajar perlu dididik dan dilatih untuk sentiasa mendengar
arahan agar dapat mendidik diri mereka lebih berdisiplin. Perkara ini juga perlu
ditekankan dalam memastikan program PJ yang berkualiti ingin dicapai oleh setiap guru
PJ.

2.5 Menggalakkan Inklusi Murid


Komponen kelima yang mampu mewujudkan program PJ yang berkualiti adalah
menggalakkan inklusi kesemua murid dalam setiap aktiviti PJ yang dilaksanakan. Ini
bermakna bahawa tidak terdapat murid yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti PJ
yang dilaksanakan disebabkan oleh perbezaan yang terdapat pada murid tersebut.
Sebaliknya, sebarang perbezaan yang wujud dalam diri murid tersebut tidak menjadi
halangan kepadanya untuk melibatkan diri dalam aktiviti PJ yang dilaksanakan.
Contohnya dalam aktiviti Permainan Pijak Bayang Lawan di mana kesemua murid perlu
mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan walaupun terdapat
murid yang rendah atau mengalami berat badan berlebihan berbanding dengan murid
lain. Kedua-dua kumpulan murid seperti ini selalunya akan mengalami masalah dalam
pergerakan berbanding murid lain dan mudah dikalahkan dalam setiap permainan yang
dilaksanakan.

Begitu juga dalam pelaksanaan aktiviti membaling bola keranjang di mana murid
yang rendah akan mengalami masalah untuk membaling dengan tepat ke jaring. Begitu

7
juga dengan murid yang mengalami berat badan berlebihan untuk membuat balingan
yang kuat dan tinggi. Namun begitu, perbezaan fizikal kedua-dua kumpulan murid tidak
seharusnya menghalang mereka daripada terlibat secara aktif dalam aktiviti PJ yang
dilaksanakan. Oleh itu, guru PJ perlu merangsang dan menggalakkan mereka secara
inklusi agar semua murid dapat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti PJ yang
dilaksanakan (Fauzee, 2009). Ini penting agar matlamat dan objektif pelaksanaan aktiviti
PJ dapat dicapai dengan lebih baik.

2.6 Menekankan Proses Pembelajaran


Komponen keenam yang juga perlu diutamakan oleh guru adalah penekanan
terhadap proses pembelajaran. Dalam melaksanakan aktiviti PJ, murid perlu dididik
tentang perkara yang perlu mereka pelajari daripada program PJ yang dilaksanakan.
Guru tidak seharusnya memfokuskan kepada hasil yang ingin dicapai. Sebaliknya, murid
dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat daripada program PJ yang dilaksanakan.
Contohnya dalam permainan Skipping yang mana melatih murid untuk mengimbangkan
badan dalam membuat lompatan sambil menghayunkan badan. Dalam aktiviti ini, guru
perlu menekankan tentang kemahiran pelajar dalam mengimbangkan diri berbanding
hasil aktiviti PJ yang ingin dicapai iaitu meningkatkan kemahiran motor pelajar ke tahap
yang lebih memuaskan.

Begitu juga dalam aktiviti memanaskan badan yang mana pelajar dapat dididik
dan dilatih tentang cara untuk memanaskan badan yang boleh dipraktikkan di rumah. Ini
bermakna bahawa pelaksanaan program PJ yang berkesan tidak seharusnya menekankan
kepada hasil program yang ingin dicapai. Sebaliknya, lebih menjurus kepada proses
pembelajaran yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada pelajar. Choong
Lean Keow (2009) menyatakan bahawa guru perlu mengutamakan proses pembelajaran
berterusan dalam setiap aktiviti PJ yang dilaksanakan berbanding mengutamakan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Ini penting agar pelajar dapat mempelajari aktiviti fizikal yang boleh
dipraktikkan di luar sekolah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ini penting agar

8
minat pelajar dalam melaksnakan aktiviti fizikal akan dapat ditingkatkan dari semasa ke
semasa.
2.7 Menggalakkan Kesejahteraan Diri
Komponen lain yang juga perlu ditekankan dalam melaksanakan program PJ
yang berkesan adalah menggalakkan kesejahteraan dalam diri murid sepanjang hayat. Ini
bermakna bahawa program PJ yang dilaksanakan mampu menyedarkan murid tentang
kepentingan menjaga kesejahteraan diri yang juga menjadi matlamat utama dalam
pelaksanaan aktiviti PJ. Contohnya seperti aktiviti memanaskan badan yang perlu
dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu yang mana mampu
meningkatkan tahap kesihatan diri dan kecergasan fizikal murid. Menerusi penerapan
nilai-nilai kesejahteraan diri seperti ini kepada murid, maka kesedaran murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka akan dapat dibentuk
dalam jangka masa panjang.

Dalam aktiviti ketangkasan seperti aktiviti larian zip zap pula, murid akan dapat
dididik dan dilatih tentang kepentingan ketangkasan dalam kehidupan harian khususnya
dapat memastikan murid sentiasa cergas dan sihat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti
harian. Ini bermakna bahawa aktiviti PJ yang dilaksanakan perlu menggalakkan
kesejahteraan diri sepanjang hayat dalam kalangan murid yang menjadi intipati penting
dalam menjayakan setiap program PJ yang dilaksanakan. Mohammed Sani dan Putehyah
(2004) menyatakan bahawa guru perlu bijak dalam menanam sifat dalam diri murid
untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka dalam setiap aktiviti PJ
yang dilaksanakan. Ini penting agar murid dapat menjaga kesihatan dan kesejahteraan
diri mereka menerusi pelaksanaan aktiviti fizikal secara berterusan khususnya di rumah.
Dengan cara seperti ini, usaha untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dalam
diri murid akan dapat ditingkatkan.

2.8 Mengajar Aspek Tanggung Jawab dan Kerjasama


Komponen keenam yang juga perlu ditekankan dalam melaksanakan program PJ
adalah dengan mengajar aspek tanggung jawab dan kerjasama serta kepelbagaian dalam

9
setiap aktiviti PJ yang dilaksanakan. Perkara ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
aktiviti secara berkumpulan seperti Permainan Polis Sentry yang mana akan
menggalakkan kerjasama dalam setiap kumpulan untuk menumpaskan lawan mereka.
Dalam masa yang sama, aktiviti seperti ini juga akan menggalakkan pelajar untuk
melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diberikan kepada mereka. Selain itu,
murid juga dapat membentuk permuafakatan dan kerjasama walaupun terdiri daripada
pelbagai latar belakang sosial dan budaya yang berbeza.

Begitu juga dalam pelaksanaan aktiviti Permainan Belalang Belatuk


Menggelecek Bola. Menerusi permainan ini, murid dapat tolong menolong dalam
melaksanakan aktiviti yang mana mampu meningkatkan kerjasama dan toleransi dalam
kalangan murid. Secara tidak langsung, aktiviti yang dilaksanakan akan sentiasa
membantu meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam kalangan murid walaupun
terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ini bermakna bahawa program PJ yang berkesan
memerlukan guru menekankan aspek tanggung jawab dan kerjasama agar dapat
mendidik murid ke arah pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang lebih baik
(Vasudevan, 2005).

3.0 Penutup
Hasil daripada penerangan dan penjelasan, dapat dilihat bahawa terdapat lapan
komponen penting yang perlu diutamakan dalam melaksanakan porgram PJ yang berkesan
seperti mana yang telah dijelaskan di atas. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ)
adalah satu mata pelajaran yang membantu meningkatkan tahap kecergasan kesihatan
murid. Dalam aktiviti fizikal seperti aktiviti senaman, sukan, rekreasi, gimnastik dan
sebagainya adalah antara aktiviti fizikal yang ditekankan dalam SPPJ. Perkara ini juga
turut ditekankan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana berusaha
meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan murid menerusi pelaksanaan aktiviti
kecergasan fizikal. Namun begitu, kandungan kurikulum PJ dalam KBSR dan KSSR
adalah berbeza yang mana kandungan kurikulum PJ dalam KBSR dan KSSR adalah
berbeza seperti mana yang akan dibincangkan dan diluas dalam penulisan tugasan ini.

10
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyepadukan beberapa disiplin
ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci
mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard
pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan
dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit
kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah
tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti
untuk dikuasai murid.

Namun begitu, kejayaan pelaksanaan aktiviti PJ memerlukan keprihatinan guru


terhadap beberapa komponen penting yang mampu mewujudkan kualiti dalam setiap
aktiviti dan program PJ yang dilaksanakan seperti mana yang telah dihuraikan dengan jelas
dalam tugasan ini.

Jumlah : 2,671 Patah Perkataan

11
Rujukan
B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, (2007). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan
Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah Dan Pendidikan Di
Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd

Fauzee H.A., (2009). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala
Lumpur. Terbit Sri Maju Sdn. Bhd.

Fox E.L & Mathews D.K., (2011). The Physiological Basics of Physical Education and
Athletcs USA. Saunders College Publishing.

O’shea John Patrick, (2006). Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed.
London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc.

Mohammed Sani Bin Haji Ibrahim Dan Putehyah Binti Md Dom, (2004). Guru Bestari
Pelajar Bestari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Rax Hazeldine, (2002). Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd.

Trevor Slack, (2000). USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia.

Tudor O. Bompa, (2004). Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt
Publishing Company.

Vasudevan T. Arasoo, (2005). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah


Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.

12

Anda mungkin juga menyukai