Anda di halaman 1dari 27

A. KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN GIMRAMA i.

Pengenalan Gimnastik berirama atau juga dikenali sebagai gimrama merupakan satu bidang sukan yang sangat menarik dan unik. Biasanya sukan ini amat diminati terutamanya bagi golongan wanita kerana ianya memerlukan kelembutan serta koordinasi tubuh badan yang baik dan sempurna sewaktu melakukan pergerakan-pergerakan yang menarik dan kreatif mengikut tempo dan irama muzik. Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan lelaki juga yang meminati acara gimrama kerana di dalam sukan ini bukan sahaja memerlukan kelembutan tetapi juga kekuatan dari aspek fizikal dan mental. Menurut Borhannuddin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Selain itu, menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani melalui buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( 2000 ) gimnastik artistik atau gimrama merupakan salah satu komponen kemahiran dan aktiviti yang mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui aktivitiaktiviti yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina sifat-sifat fizikal, sosial dan emosi yang sihat. Gimnastik artistik ialah satu aktiviti yang mempunyai kait dengan kecergasan fizikal. Pendidikan gimnastik lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud menggerakkan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Oleh itu, sudah semestinya sukan gimrama ini memerlukan latihan yang sesuai kerana ianya akan melibatkan murid melakukan suatu bentuk gerakan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kelab Gimnastik Berirama Sekolah Kebangsaan Lambir telah pertama kali ditubuhkan pada 12 Januari 2012 bagi memberi ruang dan galakan kepada murid dalam melibatkan diri dalam satu bidang sukan yang baru yang turut ada kaitanya dalam bidang mata pelajaran Pendidikan Jasmani.. Penubuhan kelab ini adalah sejajar dengan saranan kerajaan agar melibatkan semua murid dalam program yang dinamakan sebagai 1 Murid 1 Sukan. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya merupakan pepatah yang sesuai bagi mencari bakat-bakat di kalangan murid sekolah rendah yang merupakan generasi muda. Mereka seharusnya

diberikan pendedahan awal seperti aktiviti program kecergasan fizikal gimrama memandangkan pada usia muda inilah otot-otot serta tulang tubuh badan masih lembut dan mudah untuk dibentuk. Dengan menyertai pertandingan gimnasti berirama, ianya diharap akan dapat memberi peluang kepada para peserta gimrama menonjolkan bakat masing-masing sekaligus menjadi titik permulaan untuk mempertengahkannya ke peringkat yang lebih tinggi. Visi Melahirkan murid yang cemerlang dalam sukan gimnastik ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat menaikkan mutu sukan Sekolah Kebangsaan Lambir menjelang tahun 2015. Misi Membentuk dan melahirkan murid yang unggul dalam sukan gimnastik dalam kejohanan yang akan disertai dan mampu membawa kecemerlangan dan kegemilangan nama Sekolah Kebangsaan Lambir Miri ke peringkat negeri dan negara. ii. Matlamat Bagi menghadapi pertandingan gimrama, Sekolah Kebangsaan Lambir sentiasa ingin menyahut dan menyambut cabaran terhadap perkembangan dan kemajuan dari aspek sukan terutamanya sukan gimnastik berirama bermula dari peringkat rendah lagi. Oleh itu, bagi meningkatkan prestasi dalam bidang ini, satu program latihan khas dan sistematik akan dibentuk. Program latihan yang dirancangkan ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada peserta gimnas sekolah agar mengembangkan bakat yang sedia ada. Selain itu, melalui program latihan ini, ianya diharap akan dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid perempuan mahupun lelaki yang berminat agar boleh mewakili sekolah, selain dapat membentuk dan membina generasi insan yang menyeluruh di masa hadapan yang cergas dari segi mental dan fizikal. iii. Objektif Dalam merancang program latihan gimrama bagi persiapan untuk menyertai pertandingan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif tersebut ialah:

1. Dapat memupuk semangat setiakawan dikalangan murid, guru dan pihak pengurusan sekolah. 2. Melahirkan semangat ingin bersaing secara sihat dikalangan murid itu sendiri. 3. Menarik minat lebih ramai murid bergiat aktif dalam bidang sukan gimrama atau aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah selaras dengan agenda 1 murid 1 sukan. 4. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan mengetahui keupayaan diri dalam melakukan kemahiran-kemahiran yang tinggi dalam gimrama. 5. Memberikan kesedaran kepada ibubapa tentang keunikan dan kelebihan sukan gimrama, seterusnya dapat memberikan galakan kepada anak-anak mereka. 6. Melahirkan keyakinan yang tinggi pada diri murid kepada kemahiran yang telah sedia ada sekaligus dapat menambahkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang gimrama. 7. Dapat memupuk semangat perpaduan dan kekitaan di kalangan murid yang berbilang kaum melalui budaya bersukan. iv. Tarikh dan masa latihan. Memandangkan tarikh pertandingan gimrama tersebut akan diadakan bermula pada 16 Januari sehingga 18 Januari 2013, program latihan gimrama ini akan diadakan bermula pada awal cuti persekolahan sehingga menjelang pertandingan. Rasionalnya ialah program latihan gimrama ini akan dijalankan seawal jam 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi, bermula dari tarikh 12 November 2012 sehingga 20 Disember 2012 dan akan disambung semula pada 2 Januari 2013 sehingga 12 Januari 2013, iaitu pada setiap hari Isnin sehingga hari Jumaat. Masa 3 jam yang digunakan pada setiap pagi untuk lima hari setiap minggu amatlah sesuai memandangkan ianya lebih tertumpu kepada aspek pembentukan kekuatan tulang dan otot. v. Tempat Latihan Tempat latihan yang dipilih dan akan digunakan ialah di tapak legar perhimpunan sekolah. Tempat tersebut sangat sesuai memandangkan ianya terletak di ruang bawah bangunan yang luas serta terlindung daripada panas dan hujan. Selain itu, ruangannya yang terbuka akan memberikan keselesaan kepada murid.

Selain itu, untuk latihan asas gimrama trampoline pula boleh juga dijalankan bersebelahan dengan tapak legar perhimpunan yang lebih terbuka dan selesa serta lebih selamat. Berikut merupakan contoh tapak latihan gimrama yang digunakan di sebuah sekolah rendah di negeri Kedah Darul Aman, Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3.

Tapak Legar Perhimpunan dan ruang terbuka untuk latihan asas gimnastik yang dipetik dari http://usptnkedah.blogspot.com/2011/10/pemantauan-pln-gimnastik.html

vi.

Kumpulan Sasasaran Dalam hasrat untuk mencapai visi yang dirancang iaitu bagi melahirkan murid yang

cemerlang dalam sukan gimnastik ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat menaikkan mutu sukan Sekolah Kebangsaan Lambir menjelang tahun 2015, segala program yang dijalankan haruslah bermula dari akar umbinya. Oleh itu, golongan murid yang sesuai untuk diperkembangkan bakat dan potensinya seharusnya bermula dari usia 8 hingga 10 tahun dan mereka terdiri daripada 3 murid lelaki dan 3 murid perempuan dari tahap 1 ( hingga 9 tahun). Bagi murid pada tahap 2 pula (10 tahun), bilangan yang akan dipilih ialah seramai 3 lelaki dan juga 3 perempuan. Pemilihan murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan pada usia ini bertujuan sebagai pendedahan awal bagi murid untuk menimba pengalaman. Dalam usia ini, perkembangan psikologi murid harus juga diambil kira. Perasaan malu untuk melakukan sesuatu atau beraksi di depan orang ramai haruslah diberi perhatian dan dibentuk terlebih dahulu. Keyakinan pada kebolehan diri murid haruslah dititikberatkan agar murid itu akan sentiasa bersedia dan mempunyai semangat untuk bersaing. Semasa program latihan dijalankan, antara aspek yang akan turut diberikan penekanan ialah kekuatan otot dan tulang, kelenturan tubuh badan, serta koordinasi pergerakan kreatif yang seiring dengan muzik. Dari aspek kekuatan otot dan tulang, dalam gimrama biasanya memerlukan murid membuat imbangan anggota tubuh badannya dengan melakukan aktiviti yang memerlukan

kekuatan tangan atau kaki, iaitu hanya sebelah tangan atau sebelah kaki yang digunakan untuk menampung berat badan diri sendiri. Oleh itu, dengan melakukan latihan yang dapat mempertingkatkan kekuatan otot dan kemampuan menahan atau menampung berat badan seperti aktiviti melompat, melentur mahupun aktiviti menampung berat badan dalam pelbagai posisi pastinya akan dapat membantu dalam membina tubuh badan yang kuat dan bertenaga. Selain itu, melalui program latihan gimrama ini juga akan dapat membantu murid agar dapat memiliki dan mampu melakukan kelenturan tubuh badan dengan baik. Dengan itu, dapatlah dikatakan secara ringkasnya bahawa aspek tersebut akan melibatkan kemampuan serta keupayaan murid-murid dalam menggerakkan otot-otot ke tahap yang maksima. vii. Jurulatih Yang Terlibat Dalam melaksanakan program latihan gimrama bagi tujuan menyertai pertandingan yang akan disertai, ke semua guru yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani akan diminta untuk turun padang dan membantu menyelia aktiviti yang akan dilakukan oleh murid. Untuk peringkat awal, pihak jurulatih yang bertanggungjawab akan menjemput guruguru dari sekolah lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang gimnastik untuk memberikan tunjuk ajar berkenaan dengan latihan yang sesuai dalam membuat pemilihan dan persiapan untuk pertandingan. Setelah itu, jurulatih-jurulatih yang sedia ada akan menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut acara pertandingan yang akan disertai mengikut stesen-stesen masing-masing. Bagi jurulatih yang kurang pengalaman dalam melatih murid, mereka akan diberikan tugasan dalam menyediakan alatan serta keperluan latihan Dalam hal ini, kerjasama semua jurulatih dan pihak pentadbiran amat diperlukan agar program latihan yang dirancangkan ini akan berjalan dengan baik. Dalam menjalankan program latihan ini, aspek keselamatan murid turut akan dititikberatkan. Dalam hal ini, jurulatih akan memastikan segala peralatan yang digunakan berada dalam keadaan sempurna, sesuai dan selamat. Selain itu, sebelum memulakan sebarang aktiviti, jurulatih akan sentiasa memastikan bahawa setiap murid akan melakukan aktiviti memanaskan badan dengan cara yang betul,serta melakukan kelonggaran dan regangan yang mencukupi terutamanya pada bahagian otot-otot dan sendi utama bagi mengelak sebarang risiko kecederaan.

Selain itu, sebagai langkah keselamatan seterusnya, jurulatih turut akan memberikan penerangan serta arahan dengan jelas agar murid tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan atau yang boleh menyebabkan kecederaan. Menurut Shaifol Bahary (2012), aspek keselamatan sangat penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang melibatkan aktiviti pergerakan keseluruhan tubuh badan. Bagi aktiviti yang agak sukar, jurulatih akan sentiasa memberi bimbingan dan bantuan agar murid sentiasa melakukan aktiviti tersebut dengan selamat dan dapat melakukannya dengan cara yang betul. viii. Kewangan

Dalam menjalankan program latihan gimrama, terdapat beberapa keperluan yang memerlukan perbelanjaan. Antara keperluan tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Bil 1 2 3 Perkara Minuman sewaktu latihan Cenderamata kepada jurulatih jemputan Kasut untuk peserta gimnas perempuan Pakaian peserta gimnas perempuan Seluar panjang putih untuk gimnas lelaki 4 5 6 Peralatan baru untuk latihan Makanan dan minuman peserta dan Kuantiti 10 murid + 6 jurulatih x RM2.00 x 38 hari latihan 1 orang 4 pasang x RM30 4 pasang x RM50 4 pasang x RM15 4 bola gimnastik x RM20 4 gelung plastik x RM15 16 orang x RM3 x 3 hari RM30 x 2 kenderaan Anggaran (RM) RM1216.00 RM50.00 RM380.00

RM140.00 RM144.00 RM60.00 RM1990.00

jurulatih semasa pertandingan Pengangkutan (Kenderaan Guru) Jumlah besar

Jumlah besar tersebut merupakan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan sepanjang program latihan dijalankan termasuk juga untuk hari sebenar pertandingan iaitu pada perkara bilangan (5) dan bilangan (6). Menyedari jumlah perbelanjaan yang agak besar, para jurulatih akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan ataupun penajaan dari pihak tertentu atas nama sekolah terutamanya untuk perkara bilangan (2) dan bilangan (3). Sekiranya berjaya, maka jumlah perbelanjaan hanya akan memerlukan sebanyak RM1560.00 sahaja. ix. Jadual Tentatif Program Latihan Gimrama

BIL TARIKH/MINGGU PERJUMPAAN

HARI

PROGRAM/AKTIVITI MINGGU 1 1. Senaman Regangan Otot 2. Pemilihan murid fasa 1 untuk menyertai skuad gimrama untuk pertandingan. 3. Ujian Kemahiran Persepsi Motor Gimrama (fasa 1) - Meniti bangku - Meniti tali - Imbangan static tubuh badan - Imbangan badan atas papan jongket - Melambung dan menyambut bola - Gulingan hadapan dan sisi - Lompat ketinting dengan melintasi tali atau garisan - Duduk mengilas ke kiri dan kanan dan mendekam - Berdiri sambil menghayun kaki ke kiri dan kanan Menjemput jurulatih luar untuk memberikan Taklimat berkenaan latihan dan memberikan sedikit tunjuk ajar 1. Senaman Regangan Otot 2. Pemilihan murid fasa 2 seramai 5 orang dari tahap satu (8-9 tahun) dan 5 orang dari tahap 2 (10 tahun) 3. Ujian Kemahiran Persepsi Motor Gimrama (fasa 2) - Meniti bangku - Meniti tali - Imbangan static tubuh badan - Imbangan badan atas papan

TINDAKAN

Ke semua jurulatih dan Murid-murid berumur 8 hingga 10 tahun.

12 November 2012

ISNIN

PKKK, SU SUKAN, Jurulatih.

13 November 2012

SELASA

14 November 2012

RABU

Ke semua jurulatih dan semua ahli gimnas

1.

jongket Melambung dan menyambut bola Gulingan hadapan dan sisi Lompat ketinting dengan melintasi tali atau garisan Duduk mengilas ke kiri dan kanan dan mendekam Berdiri sambil menghayun kaki ke kiri dan kanan Senaman Regangan Otot

15 November 2012 4 dan 16 November 2012

KHAMIS dan JUMAAT

2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Bergerak secara sentuhan bersilang (berjalan dan berlari, merangkak) - Bergerak secara sentuhan selalu (gulingan) 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang 1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Bergerak tanpa sentuhan seketika (lompat binatang, dakap dan layang) - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri MINGGU 2

Ke semua jurulatih dan ahli gimnas

19 November 2012 5 dan 20 November 2012

ISNIN dan SELASA

Ke semua jurulatih dan ahli gimnas

1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Merangkaikan dua atau lebih pergerakan (Lompat di dalam gelung rotan dan berlari dan melompat melepasi palang - Bergerak secara sentuhan selalu (gulingan) 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang - Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras dan arah 1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Bergerak tanpa sentuhan seketika (lompat binatang, dakap dan layang) - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 6 26 November 2012 dan 27 November 2012 ISNIN dan SELASA 1. 2. Senaman Regangan Otot Latihan Kesedaran Tubuh badan - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan - Menyokong beban pada Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

21 November 2012 6 dan 22 November 2012

RABU dan KHAMIS

Ke semua jurulatih dan ahli gimnas

Ke semua jurulatih dan ahli gimnas

23 November 2012

JUMAAT

bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 4. Kemahiran Manupulasi Alat Bola kecil tahap 1 lelaki (aras 1 dan aras 2 : melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki (aras 1 dan aras 2 : melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Gelong plastik/gimrama tahap 1 perempuan (aras 1 dan aras 2 : menghayun, memusing, meleret dan mengimbang) Gelong plastik/gimrama tahap 2 perempuan (aras 1 dan aras 2 : menghayun, memusing, meleret dan mengimbang)

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

28 November 2012 dan 29 November 2012

RABU dan KHAMIS

1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan 3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 4. Kemahiran Manupulasi Alat Bola kecil tahap 1 lelaki (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Gelong plastik/gimrama tahap 1 perempuan (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut) Gelong plastik/gimrama tahap 2 perempuan (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut)

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

30 November 2012

JUMAAT

1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

atas belakang badan Menyokong beban pada bahagian tubuh (bawa pundi kacang atas kepala dan menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 4. Kemahiran Manupulasi Alat Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki (aras 1 dan aras 2 : menghayun, memusing, meleret dan mengimbang) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki (aras 1 dan aras 2 : menghayun, memusing, meleret dan mengimbang) Bola kecil tahap 1 perempuan (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 perempuan (aras 1 dan aras 2 : melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

MINGGU 3 9 3 Disember 2012 dan 4 Disember 2012 ISNIN dan SELASA 1. Senaman Regangan Otot 2. Latihan Kesedaran Tubuh badan - Bergerak secara sentuhan bersilang (berjalan dan berlari, merangkak) - Bergerak secara sentuhan selalu (gulingan) Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

3. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 4. Kemahiran Manupulasi Alat Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut) Bola kecil tahap 1 perempuan (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 perempuan (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan)

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

10

5 Disember 2012 dan 6 Disember 2012

RABU 1. Senaman Regangan Otot dan KHAMIS 2. Kesedaran Ruang - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri

Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

3. Kesedaran Masa - Bergerak untuk menghasilkan

kelajuan berbeza bersama alatan (Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi sambil memegang bola, berjalan cepat dan berhenti) 4. Kemahiran Persepsi Motor Gimrama - Meniti bangku - Meniti tali - Imbangan static tubuh badan - Imbangan badan atas papan jongket - Melambung dan menyambut bola - Gulingan hadapan dan sisi - Lompat ketinting dengan melintasi tali atau garisan 11 7 Disember 2012 JUMAAT 1. Pemilihan murid mengikut disiplin acara yang dipertandingkan 2. Senaman Regangan Otot 3. Kesedaran Ruang Mengikut Irama Muzik - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 4. Kemahiran Manupulasi Alat Mengikut Irama Muzik Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki/perempuan (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut) Gelong plastik/gimrama Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

tahap 2 lelaki/perempuan (aras 1, aras 2 dan aras 3 : menghayun, memusing, meleret, mengimbang, memutar, melambung dan menyambut) Bola kecil tahap 1 lelaki/perempuan (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki/perempuan (aras 1,aras 2 dan aras 3: melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan)

MINGGU 4 (Fasa Latihan Persiapan Pertandingan Mengikut Disiplin) 12 10 Disember 2012 hingga 14 Disember 2012 ISNIN hingga JUMAAT 1. Senaman Regangan Otot 2. Kesedaran Ruang Mengikut Irama Muzik - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 3. Kemahiran Manupulasi Alat Mengikut Irama Muzik Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki/perempuan Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

(teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Bola kecil tahap 1 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan)

MINGGU 5 (Fasa Latihan Persiapan Pertandingan Mengikut Disiplin) 13 17 Disember 2012 hingga 20 Disember 2012 ISNIN dan KHAMIS 1. Senaman Regangan Otot 2. Kesedaran Ruang Mengikut Irama Muzik - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 3. Kemahiran Manupulasi Alat Mengikut Irama Muzik Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Bola kecil tahap 1 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan)

MINGGU 6 21 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013 CUTI REHAT MINGGU 7 (Fasa Latihan Persiapan Pertandingan Mengikut Disiplin) 14 2 Januari 2013 hingga 4 Januari 2013 RABU hingga JUMAAT 1. Senaman Regangan Otot 2. Kesedaran Ruang Mengikut Irama Muzik - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 3. Kemahiran Manupulasi Alat Mengikut Irama Muzik Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

Bola kecil tahap 1 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang,

memusing dan meleret atas lantai dan badan) Bola besar tahap 2 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan)

MINGGU 8 (Fasa Latihan Akhir Mengikut Disiplin Sebelum Pertandingan) 15 7 Januari 2013 hingga 11 Januari 2013 ISNIN hingga JUMAAT 1. Senaman Regangan Otot 2. Kesedaran Ruang Mengikut Irama Muzik - Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang, aras, arah dan haluan - Membuat pergerakan menggunakan ruang diri 3. Kemahiran Manupulasi Alat Mengikut Irama Muzik Gelong plastik/gimrama tahap 1 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Gelong plastik/gimrama tahap 2 lelaki/perempuan (teknik gelung, golekan, putaran dan lambungan) Bola kecil tahap 1 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang, memusing dan meleret atas lantai dan badan) Jurulatih akan mengambil stesen lokasi latihan masing-masing

Bola besar tahap 2 lelaki/perempuan (melantun, menghayun, mengimbang,

memusing dan meleret atas lantai dan badan) MINGGU 9 ( Tamat Program Latihan) Rehat Sebelum Pertandingan Sebenar pada 16 Januari 2013 hingga 18 Januari 2013

x.

Acara atau Disiplin Yang Disertai Terdapat dua acara atau disiplin yang akan disertai oleh ahli gimnas sekolah. Disiplin-

disiplin tersebut adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 xi. Disiplin Gelung Plastik/Gimnastik Gelung Plastik/Gimnastik Gelung Plastik/Gimnastik Gelung Plastik/Gimnastik Bola Gimnastik Bola Gimnastik Bola Gimnastik Bola Gimnastik Latihan Tanpa Alat Latihan Tanpa Alat Latihan Tanpa Alat Latihan Tanpa Alat Lampiran Peraturan Gimrama 2012 UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GIMRAMA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2012 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN INDIVIDU Peraturan Pertandingan dan Peraturan Am MSSM, Undang-Undang Code of Points FIG dirujuk. Kategori Pre - Junior Pre - Junior Junior Junior Pre - Junior Pre - Junior Junior Junior Pre - Junior Pre - Junior Junior Junior Peserta Tahap 1 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 2 Individu Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

2. 2.1

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN Pre - Junior Pertandingan I dan II Pertandingan III (acara terbuka ) - Latihan Tanpa Alat, Gelung, Bola, Belantan - Latihan Tanpa Alat, Gelung, Bola, Belantan - Riben

2.2

Junior Pertandingan I dan II Pertandingan III - Gelung, Bola, Belantan, Riben - Gelung, Bola, Belantan, Riben

2.3

Senior Pertandingan I dan II Pertandingan III - Gelung, Bola, Belantan, Riben - Gelung, Bola, Belantan, Riben

3. 3.1

PASUKAN Setiap pasukan ( Acara Individu ) hendaklah terdiri daripada 3 atau 4 orang gimnas bagi setiap kumpulan umur. Jumlah bilangan gimnas setiap pasukan ialah 12 orang maksima.

4.

PERALATAN Pastikan alatan yang digunakan adalah mengikut spesifikasi FIG. Bagi kategori Pre-Junior dan Junior riben yang berukuran 5 meter panjang dibenarkan.

5. 5.1 5.2

PAKAIAN GIMNAS Leotard atau unitard dibenarkan. Leotard /Unitard yang mempunyai lambang negeri dan negara tidak dibenarkan. Hanya gimnas pelapis dan elite negara dikecualikan.

6. 6.1 6.2

MUZIK CD sahaja dibenarkan. Rakaman yang baik untuk pertandingan adalah tanggungjawab pasukan sendiri. Setiap CD perlu dilabelkan seperti berikut:

Nama Gimnas Sekolah Kumpulan Umur Alatan (Simbol) Tempoh Muzik 6.3

: : : : :

Potongan mata akan dikenakan untuk rakaman yang tidak baik dan tidak mengikut peraturan seperti dalam FIG Code Of Points.

Contoh peralatan dan tempat yang sesuai untuk latihan

Kedah Darul Aman, Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3

Peralatan Gimnastik

B. PELAN LANTAI PERSEMBAHAN INDIVIDU

Stesen 4
Berdiri dengan satu kaki kiri dan kanan sambil melantun bola

(menarik bola dengan gelung plastik sambil berjalan)

(larian kijang perlahan sambil memusing gelung plastik di sisi)

Stesen 2
Ayunan gelung rotan dengan menukar tangan di hadapan badan

Stesen 3
Imbangan Sekala tukar kaki kiri dan kaki kanan sambil memegang gelung rotan

(meniti bangku panjang) sambil memegang bola separas muka

(berjalan sambil memusing gelung plastik di atas kepala)

Stesen 5
Melambung dan menyambut bola dengan tangan kiri dan kanan (berjalan sambil melantun bola dengan tangan sebelah di pinggang)

Stesen 1 (Mula) Stesen 9 (Tamat)


Dirian Y secara tegak dengan memegang gelung plastik

Melambung dan menyambut reben dan membuat dirian Y untuk tamat

(gelop sambil memusing reben)

Stesen 8 Stesen 6
Pijak tali skipping dengan kedua kaki dan tangan menarik ala angkat berat (larian perlahan skipping) Teknik Reben pusingan bulatan dan angka lapan satah hadapan (berjalan perlahan dengan memutar tali skipping kiri dan kanan)

Stesen 7
Memusing tali skipping di hadapan muka

Penerangan Pelan Lantai i. Stesen 1, ianya merupakan titik permulaan untuk persembahan. Pada stesen ini, peserta akan berdiri dengan dirian Y sambil menjelang gelung plastik. Apabila muzik dimainkan, peserta akan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan dengan kiraan 8 dan akan menggerakkan badan ke depan dan belakang dengan kiraan 8. Pergerakan ini merupakan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan yang kedua pula merupakan pergerakan ke stesen kedua. Untuk itu, peserta akan berjalan sambil memusing gelung plastik menggunakan tapak tangan di atas kepala. Ini merupakan pergerakan lokomotor. Stesen 2, peserta akan menghayun gelung plastik di hadapan badan pada paras dada. Semasa menghayun, peserta akan menukar tangan secara berulang dengan kiraan 8 ke kiri dan ke kanan. Pergerakan ini merupakan pergerakan bukan lokomotor. Semasa bergerak ke stesen 3, peserta akan membuat larian kijang secara perlahan sambil memusing-musing gelung plastik dengan menggunakan tangan kanan di sisi manakala tangan kiri akan memegang pinggang. Stesen 3, peserta akan membuat Imbangan Sekala dengan menggunakan kaki kiri dan kanan secara turun naik sambil mendepang tangan dengan memusing gelung plastik menggunakan tangan kanan dan kiri. Kiraan yang akan digunakan ialah 4 kali kiri dan 4 kali kanan. Pergerakan ini merupakan pergerakan bukan lokomotor. Untuk bergerak ke stesen 4, peserta akan menggunakan gelung plastik untuk meleret bola gimnastik sambil berjalan perlahan. Stesen 4, pergerakan yang dilakukan ialah berdiri gengan satu kaki dan akan melakukan perbuatan turun naik sambil melantun bola dengan tangan kiri. Perlakuan turun naik dengan tangan kiri melantun bola adalah dengan kiraan 4 sebelum ditukar dengan tangan kanan dengan kiraan yang sama. Pergerakan ke stesen 5 akan memerlukan peserta meniti bangku panjang sambil memegang bola dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan pada paras muka. Stesen 5, peserta akan duduk melutut sambil melambung dan menyambut bola menggunakan dua tangan dengan kiraan 4. Setelah itu, bola akan dilambung semula menggunakan tangan kanan dan disambut menggunakan tangan kiri dan diteruskan secara bergilir-gilir dengan kiraan 8 Sewaktu bergerak ke stesen 6, peserta akan berjalan perlahan dengan tangan kiri memegang pinggang dan tangan kanan akan melantun bola.

ii.

iii.

iv.

v.

vi. vii.

viii. ix.

x.

xi.

Stesen 6, peserta akan menggunakan tali skipping. Tali skipping akan dipijak menggunakan kaki kiri dengan kedua-dua tangan memegang hujung tali dan melakukan gaya menarik tali seolah-olah mengangkat berat. Serentak dengan itu, kaki kiri akan turun naik dan kaki kanan akan berada di belakang. Ianya akan menggunakan kiraan 8 sebelum ditukar menggunakan kaki kanan. Pergerakan untuk ke stesen 7 pula merupakan larian perlahan sambil melakukan skipping. Stesen 7, peserta akan melipat tali skipping kepada dua dan akan memegang kedua-dua hujung tali. Sambil memutarkan tali di hadapan badan, peserta akan melakukan pergerakan dari berdiri kepada melutut tanpa menghentikan putaran tali. Setelah selesai melutut, peserta akan cuba berdiri semula tanpa menghentikan putaran tali. Pergerakan ke stesen 8 akan memerlukan peserta berjalan perlahan sambil memutarkan tali skipping menggunakan tangan kiri dan tangan kanan secara bergilir-gilir. Stesen 8, tali skipping akan digantikan pula dengan menggunakan reben. Dalam keadaan berdiri tegak sambil tangan kiri di angkat ke atas dan akan dilakukan secara bergilir-gilir. Tali akan dipusing dengan cara lingkaran bulatan kecil ke besar dan diganti dengan lingkaran angka lapan di satah hadapan badan. Sewaktu melakukan pergerakan ke stesen 9, peserta akan membuat larian gelop secara perlahan sambil memusing reben di sisi dengan lingkaran bulatan. Stesen 9 merupakan stesen terakhir untuk pergerakan gimrama.ini. di stesen ini, peserta akan membuat lingkaran bentuk ular di hadapan sebelum melambung reben dan menyambutnya dengan tangan kanan. Perbuatan yang sama akan dilakukan semula dengan tangan kiri. Setelah selesai menyambut dengan tangan kiri, peserta akan membuat dirian Y sebagai tanda tamatnya pergerakan lantai.

xii. xiii.

xiv. xv.

xvi. xvii.

(4487 patah perkataan)

Rujukan Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Shaifol Bahary Sulaiman & Hasnul Faizal Hushin Amri (2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan, Seri Kembangan, Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd

http://usptnkedah.blog.com/2011/10/pemantauan-pln-gimnastik.htm dicapai pada 23 Oktober 2012, 2:23pm

Anda mungkin juga menyukai