Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Tugasan WAJ 3112 kali ini adalah menyempurnakan satu kertas kerja untuk memenuhi keperluan sukatan

pelajaran subjek WAJ 3112 iaitu KURSUS OLAHRAGA,kami telah diminta untuk merancang satu penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan di sekolah rendah.Kursus Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-pelajar Program PPG Semester 4. Tugasan ini adalah tertumpu terutama dari segi pengelolaan kejohanan serta aspek kepegawaian.Amalan pengurusan sukan sangat penting bagi meningkatkan kecemerlangan sukan di sekolah. Bagi saya adalah bagi melihat gaya amalan pengurusan sukan yang bagaimana perlu dilaksanakan atau diguna pakai di dalam pengurusan dan mencari pendekatanyang sesuai dijalankan di sekolah. Melalui tugasan ini,saya dapat mengetahui pengetahuan dari aspek perancangan kejohanan olahraga serta dapat pengalaman dari aspek pengelolaan kejohanan olahraga dan pengurusan pasukan. Di sesebuah sekolah sebelum penganjuran sukan olahraga yang paling penting adalah perancangan yang rapi serta semangat bekerja sama di kalangan guru-guru serta seluruh kaki tangan sekolah dan anggota PIBG turut terlibat sama. Setelah melalui tugasan ini saya mendapati kelemahan saya adalah di peringkat perancangan. Saya tidak tahu di mana hendak memulakan perancangan tersebut. Sebagai penyelesaiannya saya telah berjumpa dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah saya dan banyak mendapat maklumat dari beliau bagaimana penganjuran sesebuah sukan olahraga dilaksanakan. Malah beliau telah memberikan bahan-bahan penting untuk pengisian tugasan saya ini. Selain itu, saya banyak merujuk internet bagi mendapatkan info-info berkenaan penganjuran sukan olahraga ini. Saya bandingkan dengan maklumat dan apa yang telah dilaksanakan di sekolah saya semasa kejohanan berlangsung. Memang ada persamaan yang saya dapati. Melalui pengalaman yang telah saya lalui di sekolah, salah satu kelemahan yang ada di sekolah saya semasa penganjuran kejohanan olahraga ini adalah sikap segelintir guru dan kakitangan yang kurang memberikan kerjasama.Ini menyukarkan kelancaran program secara keseluruhannya. Selain itu masalah juga timbul kerana sekolah saya adalah sekolah kurang murid, jadi tiada peruntukan yang banyak diberikan atau diturunkan. Maka amat sukar untuk menyediakan baju sukan yang seragam untuk semua murid. Jadi semasa kejohanan berlangsung, pelajar menggunakan pakaian yang pelbagai, tiada keseragaman. Bagi mengatasi masalah ini guru-guru sukan membuat inisiatif untuk membeli kain yang sama warna untuk diikat di kepala pelajar atau dipinggangnya bagi menandakan ahli sesebuah rumah sukan.Begitu juga dengan prasarana yang lain, kami terpaksa meminjam dari pejabat pelajaran atau dari sekolah lain yang berhampiran.

Namun begitu, kejohanan tetap berlangsung dengan meriah.Dengan adanya acara untuk ibu bapa seperti acara tarik tali, lari ikat kaki dan sukaneka, lebih memeriahkan suasana sukan. Pada malamnya pula diadakan malam kebudayaan. Ramai penduduk setempat yang datang memberikan sokongan. Acara tersebut digunakan oleh pihak sekolah untuk mencari dana dengan mengadakan pertandingan nyanyian yang berbayar. Acara ini bukan sahaja untuk hiburan malah dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan penduduk setempat khususnya ibu bapa pelajar. Secara keseluruhannya melalui tugasan ini, saya mendapat satu lagi ilmu yang sangat berguna yang semestinya saya boleh praktikkan semasa di sekolah. Kalau sebelum ini saya hanya sebagai ahli jawatankuasa kecil sahaja tapi kali ini saya berpeluang untuk sama-sama membuat perancangan dari awal sehingga selesai penganjuran sukan olahraga tersebut. Saya juga berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan, dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.Akhir kata,program seperti ini amat bagus terutamanya kepada semua guru yang memberi ilmu mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam menguruskan sesuatu kejohanan olahraga.Ilmu yang telah saya dapat akan cuba di praktikkan di sekolah pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai