Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

Saya telah menerima tugasan ini pada 5 Mac 2012 oleh pensyarah pembimbing
bagi Kursus Kokurikulum Olahraga. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya
sebuah cadangan kertas kerja bagi Kejohanan Olahraga Trek dan Padang di sesebuah
sekolah secara kumpulan .
Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini
adalah tentang format penulisan kertas kerja.

Saya sebenarnya sudah beberapa kali

mempelajari cara menulis kertas kerja sebelum ini. Namun, saya masih kurang mahir
untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak
peluang untuk melihat contoh-contoh hasil kertas kerja bagi pengelolaan kejohanan
olahraga di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai
kemahiran menulis kertas kerja.
Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya
untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu program khususnya
kejohanan olahraga di sekolah. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya
berkemungkinan besar akan diminta membuat kertas kerja bagi mengelolakan
kejohanan olahraga di sekolah nanti. Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam
menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama,
namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding
sebelum ini.
Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan rakan
sekumpulan, saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya juga
belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu program.
Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk
kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga
banyak membuka mata saya tentang hari kejohanan olahraga di peringkat sekolah
yang sebenar. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada saya
tentang kejohanan olahraga yang biasanya dijalankan di sekolah.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini
semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang
demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan
sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan
saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan
daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal
ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu
menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan.
Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila
menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai