Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

PENYEDIAAN KERTAS KERJA LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN


PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & Sukan (PJM 3112)
NAMA
KELAS

: AYISY HARIZ BIN SUKIMAN


: PISMP SAINS / PEND. JASMANI & KESIHATAN / REKA
BENTUK TEKNOLOGI

NO. K/P

: 921027-01-6069

Pada awal bulan Januari 2014, saya dan raka-rakan guru pelatih telah menerima
tugasan untuk menyediakan cadangan kertas kerja Lawatan Ilmiah. Penyediaan ini
bertujuan bagi memenuhi sukatan dalam mata pelajaran PJM 3112 Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan yang mana saya dan rakan-rakan
sepelatih diminta merancang bagi mengadakan program Lawatan Ilmiah ke agensiagensi sukan. Penyediaan ini dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan dengan
mendalam mengenai aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ketika penyediaan kertas
kerja.
Berdasarkan kepada tugasan penyediaan kertas kerja ini, banyak perkara dan ilmu
yang saya peroleh sepanjang tempoh tersebut. Ilmu dan aspek tersebut boleh saya
pecahkan kepada 4 kumpulan, iaitu Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weaknesses),
Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Tendencies). Berikut adalah pencerahan
kepada aspek-aspek tersebut:
Kekuatan (Strength)
Aspek kekuatan yang saya kenal pasti melalui penyediaan kertas kerja
cadangan lawatan ilmiah ini, saya dapat mempelajari bagaimana langkah-langkah
penyediaan kertas kerja yang betul berdasarkan format-format yang terbaharu.
Sebelum ini, saya pernah menguruskan program lawatan ilmiah ketika Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3, jadi pernahlah saya
menyediakan kertas kerja bagi program tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika itu saya hanya meniru atau mengikut langkah-langkah
menyediakan kertas kerja berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh pelajar senior
saya. Ketika itu, tidak terfikir oleh saya akan ketepatan kertas kerja tersebut. Jadi,
ketika diberi tugasan untuk menyediakan kertas kerja cadangan lawatan ilmiah ini, saya
belajar bagaimana untuk menghasilkan kertas kerja yang benar-benar tepat dan betul
berdasarkan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing subjek PJM 3112
ini , Pn. Suryatii bt. Mat Dam. Beliau banyak membantu saya dan rakan-rakan lain
dengan memberi bimbingan dari awal hingga akhir supaya kami dapat menghasilkan
satu tugasan yang terbaik dari segenap aspek. Bersyukur saya kerana dianugerahkan
pensyarah pembimbing sebegini baik.
Di samping belajar cara-cara menghasilkan kertas kerja cadangan yang tepat
berdasarkan format-format terbaharu, saya juga dapat belajar bagaimana untuk
merancang sesuatu program lawatan. Proses merancang bukanlah suatu proses yang
mudah dan boleh dipandang ringan. Ia memerlukan kepakaran dan kerjasama semua
pihak agar perjalanan program lawatan yang dirangka dapat dijalankan dengan lancar
tanpa sebarang masalah. Pelan B juga perlu dirangka agar menjadi rancangan
alternatif kepada perancangan awal. Proses perancangan ini juga memupuk sikap saya
untuk bertimbang rasa dan hormat akan pandangan orang lain ketika bermesyuarat
untuk merancang program lawatan. Sudah pasti banyak idea dan pandangan yang
diberikan sewaktu sesi mesyuarat, oleh itu, bagi menjaga hubungan baik sebagai
seorang sahabat, saya sentiasa mendengar dan menerima pakai idea yang baik dan
bernas.
Kelemahan (Weaknesses)
Secara lahiriah nya, sesuatu itu pasti ada kelemahan di samping kelebihan yang
terdapat padanya. Begitu juga dengan tugasan ini. Saya dapat mengesan beberapa
kelemahan yang terdapat sepanjang proses menyediakan kertas kerja cadangan
lawatan ilmiah ini. Kelemahannya, terdapat pelbagai jenis contoh kertas kerja yang ada
sehingga menimbulkan kekeliruan kepada saya. Masakan tidak, pencarian saya di
laman-laman web menemukan saya kepada beberapa contoh kertas kerja yang
berbeza-beza.

Meskipun perbezaan yang diperhatikan hanya sedikit sahaja, namun ia sudah cukup
membuatkan hati saya curiga. Curiga di sini adalah bukanlah apa, saya cuma perlukan
maklumat yang betul-betul diyakini agar hati ini berasa lega dan puas dengan hasil
kerja yang dilakukan. Namun begitu, syukur ke hadrat Ilahi kerana hasil bimbingan
daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan sepelatih, akhirnya tugasan ini dapat
disempurnakan dengan jayanya.
Peluang (Opportunities)
Ketika proses penyediaan kertas kerja cadangan program lawatan ilmiah ini,
berpeluang untuk belajar bagaimana untuk menghasilkan kertas kerja yang tepat serta
lengkap dari segenap sudut seperti ketepatan format yang digunakan. Pada awalnya,
saya cuba mencari maklumat dan contoh kertas kerja di enjin pencarian Google,
namun, begitu banyak contoh kertas kerja yang dipamerkan. Ada di antaranya lengkap
dan ada kalanya tidak lengkap. Terdapat juga contoh kertas kerja yang sesak dengan
maklumat yang tidak diperlukan. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi tahap
keyakinan saya ketika menyiapkan tugasan. Hasil kata sepakat kumpulan saya, kami
bersetuju untuk mendapatkan pensyarah pembimbing, Pn. Suryati bt. Mat Dam untuk
bertanyakan mengenai format yang tepat dan terkini kertas kerja yang melibatkan
program lawatan ilmiah. Baru saya sedar bahawa tugas sebagai seorang setiausaha ini
amat besar. Selama ini tugas membuat kertas kerja diserahkan bulat-bulat kepada
setiausaha semata-mata tanpa memikirkan kesusahannya. Namun, apabila diberi
peluang untuk menyediakan kertas kerja cadangan ini, barulah saya tahu bagaimana
untuk menghasilkannya. Peluang sebegini memberi peluang kepada saya agar lebih
bersedia untuk menghadapi alam mengajar nanti.
Ancaman (Tendencies)
Sepanjang proses menyediakan kertas kerja cadangan ini, saya dan rakan-rakan
sekumpulan

pernah

menempuh

ancaman. Ancaman

yang

menimpa

tidaklah

memudaratkan sangat, tetapi sedikit sebanyak ianya mengganggu kelancaran proses


penyediaan kertas kerja cadangan ini. Ancaman di tempuh adalah ancaman dari segi
aspek masa.

Sedia maklum, PISMP Semester 5 padat dengan aktiviti-aktiviti seperti Kejohanan


Olahraga Tahunan (KOT), Karnival Permainan Tradisional, Praktikum, Kerja Kursus dan
beberapa lagi. Oleh itu, jadual seharian kami sebagai pelajar PISMP Semester 5 turut
padat. Oleh yang demikian, saya terpaksa berkorban masa tidur saya demi menyiapkan
tugasan ini. Akibatnya, masa tidur berkualiti saya terganggu sehingga mengakibatkan
saya lemah dan tidak bertenaga di siang hari.
Sesungguhnya, proses penyediaan kertas kerja cadangan ini merupakan satu
proses pembelajaran yang penting di samping melatih guru-guru pelatih seperti saya
agar bersedia berhadapan dengan cabaran pada masa hadapan kelak. Sudah pasti
seorang guru tidak lekang dengan tugasan yang memerlukan kertas kerja disediakan
sebagai satu proses bagi merencana sesuatu program. Natijahnya, manfaat yang
diperoleh hasil penghasilan kertas kerja cadangan ini sangat besar dalam dunia
perguruan.
Yang Benar,
_____________________
(AYISY HARIZ BIN SUKIMAN)
PISMP SAINS/PJ/RBT SEM 5)

Anda mungkin juga menyukai