Anda di halaman 1dari 3

1.0 5 tips untuk memulakan percakapan dengan individu yang baru dikenali.

1.1 Tips 1:Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu

Pertama sekali,kita haruslah memperkenalkan diri sendiri dengan cara yang


betul.Sekiranya teman berbicara di sisi kita itu adalah rapat dengan kita seperti suami/isteri,ibu
bapa ataupun guru-guru,langkah ini tidak diperlukan oleh dilaksanakan kerana segala
maklumat telah direkodkan dalam memori otak kita.Namun,langkah ini hendaklah dijalankan
secara santai untuk tujuan berseronok apabila kita telah mengenali seseorang kawan
baharu.Sebelum kita bercakap,kita boleh mulakan sesuatu topic atau isu yang ingin
dibawakan.Kita haruslah memastikan diri sendiri diperkenalkan terlebih dahulu supaya ini
boleh memberi taggapan yang baik kepada kawan baharu itu.Dengan ini,ini dapat
mengurangkan perasaan gugup,gagap,darah gemuruh dan tidak selesa.Contohnya,kita boleh
menggunakan segala alat bantuan semasa kita memperkenalkan diri sendiri seperti kad
staf,kad nama dan surat akaun.Di sini,perkara yang paling penting juga adalah sesi ini bukan
sahaja tertumpu pada diri kita tetapi memberi peluang kepada kawan kita untuk
memperkenalkan diri sendiri.

1.2 Tips 2:Berikan Pujian Kecil

Sebenarnya,pujian ini adalah sesuatu komponen yang mustahak semasa kita berbual
dengan orang lain.Sebelum memulakan sesuatu percakapan atau perbualan,lebih elok kita
memberi sedikit pujian kecil pada nama,pakaian ataupun kerja yang telah
dilakukan.Namun,bagi sesetengah orang,pemberian pujian tersebut akan menyebabkan diri
sendiri menjadi tidak selesa kerana ini telah mewujudkan satu perasaan ragu-ragu dan was-
was terhadap keikhlasan pujian tersebut.Oleh itu,kita haruslah bijak menggunakan strategi ini
supaya menunjukkan kita merupakan seorang yang lebih peka dan sangat terbuka dengan
orang sekeliling serta menyebabkan kita dapat bergaul mesra dengan kawan baharu.

1.3 Tips 3:Bersembang Perkara Ringan Dahulu

Setelah kita dapat mengenali seseorang kawan baharu,kita haruslah elakkan diri
sendiri daripada terus membincangkan isu atau masalah berat yang sedang kita
hadapi.Sebenarnya,kita haruslah mencurahkan sedikit masa untuk kita memulakan sesuatu
hal-hal perkara remeh dengan kawan kita.Contohnya,semasa kita hendak memulakan
sesuatu percakapan dengan kawan baharu kita,,kita boleh tanya soalan yang lebih tidak
formal dengan menggunakan kata ganti nama pertama dan kedua yang sesuai seperti “aku
dan kau”.Ketika kita sedang bersembang,kita boleh menambahkan idea dan pandangan yang
boleh dikongsikan supaya perbualan kita tidak menjadi bosan atau terlalu kekok.Namun,kita
haruslah berhati-hati denagn tidak menyentuh perkara-perkara sensitif.
1.4 Tips 4:Sentuhan pada bahu

Cara ini amat bergantung kepada jenis jantina.Sekiranya teman berbicara adalah
sama jantina dengan kita(lelaki dengan lelaki,perempuan dengan perempuan),teknik ini boleh
dijalankan apabial kita sedang bercakap.Hal ini adalah kerana ini akan menyebabkan teman
berbicara kita menjadi lebih terhibur dan seterusnya mempunyai keminatann yang lebih tinggi
untuk berbual-bual dengan kita.Namun,perkara ini tidak digalakkan untuk menjalankan
dengan banyak kali kerana ini akan menyebabkan ketidakselesaan seseorang.Oleh itu,kita
haruslah bijak mengatur situasi perbualan tersebut.

1.5 Tips 5:Cakap sambil tersenyum

Sekiranya kita merupakan seseorang individu yang suka bersenyum,kita haruslah


memanfaatkan kebaikan ini ke tahap yang lebih tinggi Cara ini merupakan cara yang boleh
menunjukkan kita merupakan seorang yang ikhlas Perkara ini akan menyebabkan kawan
baharu kita berasa lebih yakin dan seronok semasa berbual-bual dengan kita.Semasa kita
berbual dengan kawan kita,kita haruslah memandang mata teman berbicara kita kerana ini
akan dianggap sebagai tanda kehormatan dan kita tidak akan dianggap sebagai seorang yang
tidak bersoimpati serta empati terhadap isu yang diperkatakan.

2.0 Huraikan maksud kesantunan nonverbal serta contoh yang sesuai

2.1 Maksud kesantunan nonverbal

Secara umumnya,non verbal adalah bermaksud sesuatu interaksi yang hanya


menggunakan pelbagai gerakan badan dan isyarat sebagai sesuatu alat berkomunikasi
dengan orang lain.Non-verbal ini juga adalah satu perkataan yang paling popular untuk
beberapa istilah lain seperti bukan verbal,body language,bukan lisan,bahasa badan dan
bahas tubuh.Ini telah menunjukkan non verbal adalah cara komunikasi tanpa
berkata,bercakap,bertutur semasa menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
kepada orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa,Interaksi bukan lisan ini adalah melibatkan
pelbagai pergerakan anggota badan,ekspresi muka, dan poster badan untuk menerangkan
tujuan kita dengan lebih mendalam.Non verbal ini juga dapat merujuk kepada semua aspek
komunikasi kecuali perkataan yang berfungsi menyatakan mesej yang sukar dizahirkan
melalui perkataan.Ini mampu menggambarkan emosi,personaliti,tujuan serta status sosial
seseorang.Tambahan pula,kesantunan non verbal akan memberi kesan kepada kita kita
semua kerana ini dapat menterjemahkan maksud kita yang hendak disampaikan dengan jelas
dan cepat.
2.2 Contoh Kesantunan Non-Verbal

 Contohnya,seorang kanak yang telah bercedera pada lutut disebabkan terjatuh


semasa berbasikal akan menunjukkan ekspresi muka yang sangat sakit,Hal ini adalah
kerana mimik muka dan kedudukan tangan kanak yang memegang kuat pada
bahagian yang cedera telah menunjukkan murid itu memberi isyarat kepada orang
sekeliling supaya membawa murid itu pergi ke hospital untuk menerima lawatan
dengan segera.
 Sebagai contoh,seorang polis trafik akan sering menggunakan tangan mereka dengan
berulang-ulang kali supaya dapat memberi arahan bagi pemandu kereta bahawa
berhenti atau berterus.Tindakan ini adalah betul kerana polis trafik tidak mungkin
memberi arahan dengan mengamalkan komunikasi verbal kepada setiap pemandu
terutamanya dalam keadaan yang bising.

Anda mungkin juga menyukai