Anda di halaman 1dari 4

Akta Pendidikan 1996

Ahli Kumpulan: Tee Jun Hong


Choong Chia Qing
Liew Cheng Xi
Pengenalan
❏ Juga dikenali sebagai Akta 550 bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961.
❏ Mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan
dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
❏ Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan dan peperiksaan
yang sama dijangka dapat mencapai matlamat yang disenaraikan oleh FPK.
❏ Dengan pendidikan yang disediakan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya, keperluan
negara dapat dipenuhi dan memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial,
ekonomi dan politik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.


Tujuan utama penubuhan Akta Pendidikan 1996
Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan

Memperluas skop pendidikan di negara kita

Memperuntukkan bahasa kebangsaan adalah bahasa penghantar

Penggunaan sistem peperiksaan awam serta kurikulum yang sama

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bahasa lain turut digalakkan untuk
bahasa sampingan untuk memberi tumpuan dalam pengajaran nilai murni.

Membekalkan peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan tak kiralah


prasekolah, pendidikan perguruan, pendidikan khas, sekolah swasta dan
pendidikan vokasional.

Anda mungkin juga menyukai