Anda di halaman 1dari 9

PEMBENTUKAN INSAN

BERMORAL SECARA
TERPIMPIN
KESABARAN
Kesabaran ialah menahan diri dalam menanggung suatu penderitaan, dari segi
menemukan sesuatu yang tidak diingini ataupun dalam bentuk kehilangan
sesuatu yang disenangi
PENERIMAAN

Penerimaan bermaksud mengakui kewujudan sesuatu dengan lebih terbuka


dan positif. Jika anda sanggup menerima sesuatu dengan sepenuh hati,
keupayaan anda untuk melihat sesuatu perkara dengan lebih positif adalah
lebih baik berbanding dengan negatif.
INTEGRITI

Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan,


ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi dan dipercayai.
MERITOKRASI

Meritokrasi ialah satu system sosial yang menyanjung tinggi kedudukan


seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.
MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi


penghargaan yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Setiap
individu diberikan hak dan kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka
mengikuti peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan.
RENDAH DIRI

Sifat merendah diri adalah sifat penting yang perlu ada pada semua orang.
Sifat merendah diri adalah satu aset kepada manusia. Seseorang yang
mempunyai ciri-ciri merendah diri adalah lebih dihargai dalam masyarakat.
BERSYUKUR

Bersyukur adalah rasa berterima kasih dan perasaan bagi menghargai faedah
atau nikmat yang telah atau akan diterima. Remaja pada masa kini tidak
berasa syukur terhadap apa yang ada.
KESETIAAN KEPADA NEGARA

Rukun Negara yang kedua menyatakan bahawa Taat Setia Kepada Raja dan
Negara. Ini menunjukkan bahawa nilai kesetiaan kepada negara sangat
penting bagi sesebuah negara. Setiap warganegara Malaysia perlu
mempunyai nilai kesetiaan kepada Negara.
BERBUDAYA CEMERLANG

Berbudaya cemerlang adalah kecemerlangan dalam sesuatu perkhidmatan


yang boleh dimaksudkan sebagai kerja, usaha atau tugas di dalam sesuatu
perkara sama ada menjadi punca rezeki dalam kehidupan atau dijadikan
sebagai satu budaya dalam cara hidup.

Anda mungkin juga menyukai