Anda di halaman 1dari 2

Nurul Diyana Suliman TAJUK : PENGURUSAN KOKURIKULUM PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL NILAI YANG BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan mengamalkan sikap berdikari, memupuk semangat keberanian, memupuk sikap baik hati,berlaku adil, memupuk sikap berdisiplin, memupuk sikap sabar. Nilai ini sangat penting dalam memberikan manfaat kepada diri sendiri dan juga masyarakat di sekeliling. Amalan nilai ini menjadikan seseorang itu berakhlak mulia dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aspek perkembangan diri ini juga penting untuk seseorang itu mendapat kepercayaan dari orang lain.

1. BERDIKARI Definisi - Kebolehan dan kesanggupan malakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain . Ciri-ciri : Melakukan sesuatu tugasan tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak bergantung kepada orang lain semata-mata dan yakin dengan kebolehan diri Mempunyai pendirian tetap Dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk Berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berputus asa 2. BAIK HATI Definisi - Sikap yang sentiasa mengambil berat perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak-tanduk seseorang terhadap orang lain. Ciri-ciri : Memahami perasaan orang lain dan bresimpati terhadap kesedihan dan kesusahan. Menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan, orang cacat dan orang tua. Peka kepada keperluan atau kehendak golongan tua, golongan cacat, dan golongan miskin dengan menderma atau melawat mereka. 3. KEBERANIAN Definisi - Keberanian adalah kesanggupan seseorang menghadapi cabaran dengan sabar dan tabah hati Ciri-Ciri : Membuat sesuatu dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani menegakkan keadilan Berani bertanggung jawab

Nurul Diyana Suliman 4. KEADILAN Pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu benda atau manusia Kebenaran yang menentang kesalahan Cara atau batasan Keuntungan kerohanian terhadap kerugian Kebenaran terhadap kepalsuan 5. BERDISIPLIN Disiplin merupakan arahan untuk melatih dan membentuk seseorang melakukan sesuatu menjadi lebih baik Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercaya termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggung jawab. Pendisiplinan adalah usaha usaha untuk menanamkan nilai ataupun pemaksaan agar subjek memiliki kemampuan untuk menaati sebuah peraturan. Ciri-ciri : Perilaku positif Penelitian yang cermat Kesegeraan Peraturan dijalankan secara konsisten Fleksibel Mengandungi nasihat Tindakan konstruktif Follow up ( evaluasi) 6. SABAR/ TOLERANSI Sabar bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai orang lain. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif sepertt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi sebarang situasi. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain. Apabila marah, ubah kedudukan dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya. Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda NOTA TAMBAHAN : kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, berterima kasih, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan. (hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang)

Anda mungkin juga menyukai