Anda di halaman 1dari 8

Salam sejahtera Profesor dan rakan -rakan, 

Merujuk kepada artikel yang dilampirkan , saya telah mempelajari beberapa Sifat Personaliti
yang boleh membantu sekiranya saya menjadi pemimpin yang baik. Artikel ini telah
menganalisis beberapa sifat personaliti dan membanding bezakan sifat kepimpinan yang
menjamin terbaik. Kepimpinan boleh dipelajari dan tidak semua yang menjadi pemimpin
yang baik. Seorang memimpin yang baik patut mempunyai sifat keterbukaan ,
kehematan ,ekstraversi,kepersetujuan dan neorotisme .
Sifat keterbukaan bermaksud sesorang yang sentiasa menerima pendapat dan pendapat
dalam organisasi. Sifat terbuka ialah pemimpin bersedia menerima , mempelajari, mencuba,
dan menggunakan apa jua cara bagi melaksnanakan PdP berjaya , Pempimpin juga sentisa
terbuka akan melihat segala secara positif . Salah satu contoh, situasi pendemik
memperlihatkan tidak kira setakat mana pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam 
pembelajaran digital . Hakikatnya, pemimpin memastikan tahap persediaan dan keterbukaan
sangat kritikal . Justeru itu, pemimpin memastikan warga didik memberikan  yang terbaik
kepada  anak didik .
Sifat Kehematan pula bermaksud sifat yang menghayati perasaan organisasi iaitu kefahaman
dan empati. Faktor ini dapat memberi implikasi yang besar terhadap prestasi kerja individu
dlam pelbagai bidang pekerjaan. Kehemahatan  merupakan faktor pesonaliti yang stabil dan
tekal .Menurut Barrick & Mount 1991 , kehematan menjadi faktor utama yang
mempengaruhi prestasi kerja guru .Personaliti kehematan mampu mendorong seorang
pendidikyang gigh, rajin, bersungguh -sungguh dan sistematik semasa menjalankan tugas
yang diamanahkan.Justeru itu, seorang yang mempunyai tret kehematan yang tinggi adalah
individu yang serius dalam bekerja mahupun kehidupan.Individu atau pempimpin yang
memiliki ciri ini biasanya seorangh yang berorintasikan pencapaian.Mereka juga komited
dlam bekerja , tidak mudah putus asa , bertanggungjawab, jujur dan amanah.
Sifat Ekstraversi bermaksud sikap suka ramah mesra . Pemimpin yang mempamerkan sifat
mesra ,peka keasyikan berfikir  terbuka . Sifat inilah dpat melahirkan kemesraan yang
sederhana . Pemimpin yang memiliki sifat ini mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
baru,mudah bergaul dengan semua khalayak, Mereka juga mempunyai keyakinan diri dan
akan bertindak dengan mempertimbangkan yang baik. 
Sifat Kepersetujuan pula bermaksud seorang yang senang mencapai persetujuan.Pemimpin
ini dapat bertoleransi dan bekerjasama dengan semua orang. Mereka seorang senang
mendapat dan menerima pendapat .Menurut Zhang (2003 )ciri  personaliti ini ialah
keselesaan dan mudah untuk menyukai, memunuj rasa hormat dan sopan santun, sifat
fleksibel , mempercayai,bekerjasama, semula jasi yang baik , pemaaf dan toleransi dan baik
hati. 
Sifat Neorotisme didefinasikan sebagai emosi yang negatif dan tidak patut dicontohi oleh
pemimpin. Ia merupakan slah satu sifat keperibadian abadi yang telah dikenal pasti sebagai
cara umum untuk mudah teranngsang.Ia juga lebih cenderung untuk mentafsir situasi biasa
sebagai mengancam  , dan kekecewaan kecil seperi tidak kesudahaan.Mereka sering
mementingkan diri sendiri dan malu dan mungkin mengalami kesulitan mengawal dendam.
Maka seorang pemimpin tidak patut mempunyai sikap sebegini yang memberi tekanan emosi.
Menurut artikel ini, kelima-lima sifat personaliti merupakan sifat kepimpinan yang patut
contohi dan dan patut dielakkan. Seorang pepimpin perlu bersifat kecerdasan dan
kemampuan bijak supaya mencapai matlamat organisasi.

Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di
bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai
OCEAN.
5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:
·       (O) OPENESS TO EXPERIENCE – Sifat Keterbukaan
·       (C) CONSCIENTIOUSNESS – Sifat Kehematan
·       (E) EXTRAVERSION – Sifat Ekstraversi (suka bergaul)
·       (A) AGREEABLE – Sifat Kepersetujuan (senang mencapai persetujuan)
·       (N) NEUROTICISM - Sifat Neorotisme (Mempunyai gangguan emosi)
 
Sifat Keterbukaan
Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka
terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu, mereka ingin sangat terdedah kepada
sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat
Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau
datang pada mereka akan digunakan dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai sifat ingin tahu
yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai
kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri
mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara
cara tersendiri dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Sikap terbuka ini pada pandangan
ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk
mereka. Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau
persekitaran yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran
tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis,
bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.
Sifat Kehematan
Nilai mempunyai kesedaran (kehematan) yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana
seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti
yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya. Ciri
ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi
kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita
wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,
mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima. Antara ciri yang
dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk
sesuatu, menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin,
bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur.
Sifat Ekstraversi (suka bergaul)
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap mesra, penuh bertenaga dan
biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat
terhadap orang lain atau persekitaran mereka berbanding dirinya sendiri. Persepsi dan
perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada
kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan gelanggang mereka.
Semasa berada di dalam kumpulan, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan
mendapat perhatian.
Sifat Kepersetujuan
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang
berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu yang
mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai.
Lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini bersifat perikemanusian,
peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun
dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat. Individu yang senang
berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang
melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Mereka juga senang mendapat dan mengekalkan
hubungan dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan
baik.
Sifat Neorotisme
Sifat ini merujuk kepada mereka yang kebiasaannya berpandangan negatif. Mereka yang
bertahap tinggi dalam sifat ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang khusus
seperti kemarahan, kemuraman, ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi
kemungkinan orang ini akan merasakan lebih daripada salah satu emosi-emosi negatif ini
pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga. Mereka dalam golongan
ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan
lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada pandangan atau tindak
balas orang lain adalah biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih
tertekan. Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai
mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang
sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya
golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak
dapat berfikir secara logik.

Selamat sejahtera Prof. dan rakan-rakan sekalian,


Melalui artikel ini, saya mengenalpasti lima faktor personaliti iaitu keterbukaan, kehematan,
ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisme. 
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di
dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan  adalah kewujudan
pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan
mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. 
Sikap keterbukaan seorang pemimpin ialah suka meneroka sesuatu perkara dengan terperinci
kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, bijaksana, mempunyai corak pemikiran yang
terbuka, suka berimaginasi dan bersifat terbuka. Individu yang mempunyai sifat terbuka
cenderung untuk menerima idea-idea baru dan perubahan dengan mudah. Menurut McCrae
dan Costa (1991), individu yang mempunyai kecenderungan memiliki dimensi personaliti
yang tinggi didapati sangat peka dan gemar meneroka pengalaman baru dengan lebih
berfokus. Oleh sebab itu, trait ini sering dihubungkan dengan keupayaan dalam
menyesuaikan diri semasa proses perubahan yang berlaku termasuklah apabila berhadapan
dengan perubahan tuntutan dan corak kerja yang baru, pembuatan keputusan, penyelesaian
masalah dan juga perubahan lain dalam organisasi (LePine, et al. 2000). 
Sikap kehematan seorang pemimpin dikaitkan juga dengan kebolehan dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran kerja yang kemas. Mereka gemar membuat perancangan dan
mengurus masa dalam konteks persekitaran kerja yang memerlukan kebolehsuaian yang
tangkas terhadap semua bentuk transisi yang berlaku. Sifat meneroka secara terperinci
terhadap semua tindakan yang bakal diambil mampu membantu individu tersebut untuk
mengharungi krisis perubahan dan melalui proses kebolehsuaian kerja ini dengan lebih
mudah. 
Sikap ekstraversi seorang pemimpin pula merujuk kepada ciri-ciri individu yang mempunyai
hubungan interpersonal, keperluan rangsangan luar, ketegasan, gemar bercakap dan bersosial,
peramah, suka kepada dunia luar, mempunyai kepekaan emosi yang tinggi dan memiliki
corak pemikiran yang sentiasa terangsang (Costa & McCrae 1985).  Selain itu, sikap lain
yang sering dikaitkan dengan ekstraversi dalam kalangan pemimpin adalah kepetahan dalam
mengeluarkan idea dan sangat lantang bersuara, mempunyai tenaga luar biasa dan kelihatan
sentiasa bersemangat serta pandai bergaul dan hidup dalam masyarakat luar. 
Sikap kepersetujuan pemimpin pula adalah mempunyai sifat-sifat seperti bertolak ansur, suka
membantu tanpa mengharapkan balasan, mudah bekerjasama, pemurah, periang, berbudi
bahasa dan pemaaf (Barrick & Mount, 1991). Secara semulajadi individu sebegini
mempunyai kecenderungan untuk membantu orang lain dengan lebih memfokuskan kepada
kerjasama dan persefahaman melebihi kepentingan diri sendiri berbanding persaingan yang
negatif antara satu sama lain.
Pemimpin yang bersikap neurotisme adalah seorang personaliti yang menilai keupayaan
seseorang untuk menahan tekanan. Ciri-ciri positif neurotisme dikenali sebagai kestabilan
emosi. Individu yang stabil emosinya cenderung tenang apabila menghadapi masalah, yakin
dan mempunyai pendirian yang tegas.
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu
mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya
kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya
dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.
Sifat Personaliti Kepimpinan dengan cara yang betul adalah perkara yang paling penting bagi
memastikan individu tersebut di dalam landasan yang betul. Di samping itu juga, Sifat
Personaliti Individu juga dapat mempengarui kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi
tertentu. Terdapat Lima Sifat Personaliti yang dibincangkan iaitu Keterbukaan. Sifat
Keterbukaan ini adalah satu sifat yang utama sebagai seorang pemimpin.
Sifat Keterbukaan ini merujuk kepada pandangan atau idea seseorang pemimpin untuk
menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang baru. Contoh seorang
pemimpin sekolah iaitu Ketua Bidang perlulah menerima pandangan idea dari guru
bawahannya untuk menarik minat atau memperkasaan subjek di dalam bidang tersebut.
Sifat Kehematan juga merupakan satu sifat yang perlu ada pada pemipin. Ini kerana Sifat
Kehematan ini dalah untuk memastikan pemimpin tersebut mempunyai sifat berhati - hati
semasa membuat keputusan. Maka, seorang pemimpin juga perlu mengkaji Kekuatan,
Kelemahan, Ancaman dan Peluang (SWOT METHOD)  bagi melaksanakan sesuatu tugasan
atau membuat keputusan. Contoh Setiausaha Sukan perlu mempunyai sifat kehematan untuk
memilih tempat bagi melangsungkan acara sukan tahunan. 
Sifat Ekstraversi juga perlu ada pada seorang pemimpin. Sifat ini dapat merangkumi pada
perasaan, emosi dan hubungan sosial pemimpin tersebut. Sifat ini menyentuh pada
komunikasi pemimpin tersebut. Ini kerana komunikasi berkesan merupakan salah satu faktor
yang penting bagi seorang pemimpin. Contoh seorang Penolong Kanan HEM perlu
mempunyai sifat ini buntuk memastikan terdapat komunikasi 2 Hala antara pihak sekolah dan
ibubapa atau pihak PIBG.
Sifat Kepersetujuan pula merupakan satu sifat yang sangat subjektid dalam aspek
kepimpinan. Ini kerana sifat ini perlu mengambil kira pelbagai aspek iaitu seperti hubungan
sosial dan emosi. Ini kerana sebagai seorang pemimpin perlu membuat kajian sebelum
memberi kata putus bagi menyelesaikan satu perkara. Pemimpin tidak boleh bersetuju dan
tidak mengkaji pelbagai perkara. Contoh seorang pengetua tidak boleh hanya bersetuju
dengan orang kanan pengetua iatu PK 1 dan juga PK HEM bagi melaksanakan sesuatu
program.
Sifat Neorotisme merupakan satu sifat yang perlu dielakkan bagi menjadi seorang pemimpin
yang baik. Ini kerana sifat Neorotisme ini merupakan pandangan negatif bagi seseorang. Ini
merupakan salah satu sifat yang dapat merosakkan sesebuah organisasi. Contoh pandangan
guru yang berpengalaman dengan guru baharu. Pandangan negatif dari segi kerja atau
hubungan sosial. Sifat ini merupkan duri bagi sesebuat organisasi.
Kesimpulan yang dibuat ialah seorang pemimpin perlu mengambil kira sifat yang boleh
mendatangkan positif dan negatif bagi pandangan orang pada pemimpin tersebut. Maka sifat
personaliti pemimpin adalah satu perkara yang penting bagi melaksanakan objektif sesebuah
organisasi.

Selamat sejahtera Prof. dan rakan-rakan sekalian,


Melalui artikel ini, kita mengetahui bahawa terdapat lima faktor personaliti
iaitu keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisme. 
            Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan untuk mengambil peranan dalam
mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin harus mempunyai personaliti
yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.
            Sikap keterbukaan seseorang pemimpin adalah penting untuk memastikan sesuatu
organisasi dapat berjalan lancar dan menyelamatkan ahli pasukannya walaupun organisasi
tersebut dalam keadaan kritikal. Seorang pemimpin perlu bersikap terbuka dalam menerima
nasihat, teguran dan kritikan kerana setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Mereka
perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka. Antara faedah
mengamalkan sikap keterbukaan ialah mudah didekati dan diajak berbincang, dapat
membentuk seseorang menjadi insan yang lebih baik, dapat membentuk sikap yang tidak
mementingkan diri sendiri dan bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar
pandangan dan kritikan  orang lain terhadap diri sendiri. Apabila seseorang pemimpin
mempunyai sikap keterbukaan yang lebih, adalah lebih mudah bagi ahli pasukan untuk
menyatakan pendapat atau memberi input. Ini akan menjadi modal positif untuk pertumbuhan
dan pembangunan sesebuah organisasi, masyarakat dan negara. 
            Sikap kehematan seorang pemimpin pula dikaitkan dengan sikap berjaga-jaga,
bertanggungjawab, terurus, berdisiplin, bekerja keras, cekap, sistematik, sentiasa berada
dalam keadaan yang terancang dan berorientasikan pencapaian (Barrick & Mount, 1991).
Personaliti yang mementingkan kepada pencapaian matlamat ini amat membantu pemimpin
dalam melalui proses perubahan yang kompleks dan merumitkan. Semasa proses tersebut
berlaku, penelitian yang dibuat secara berfokus perlu dititik beratkan supaya ianya dapat
memberikan kemahiran yang lebih spesifik terhadap tanggungjawab baru, kemahiran yang
baru dan ini mampu meningkatkan keupayaan kerja yang tinggi selain ia dapat memudahkan
lagi proses perubahan kerja ini berlaku dalam suasana yang harmoni. 
            Sikap ekstraversi seorang pemimpin merujuk kepada ekspresi, bersosial, suka bergaul
dan kegembiraan. Individu yang mempunyai skor yang sangat tinggi akan berasa positif
tentang diri mereka, yakin apabila mengetuai sesuatu kumpulan, mereka suka berinteraksi
dan bersosial serta mempunyai semangat dan tenaga yang positif. 
            Keupayaan memiliki sikap kepersetujuan seseorang pemimpin, membolehkan
individu menggunakan sifat tersebut bagi menyumbang kepada pencapaian prestasi kerja.
Menurut Barrick & Mount (1991), individu yang cenderung kepada sifat sebegini dijangka
mempamerkan prestasi kerja yang baik dalam pelbagai konteks pekerjaan terutama yang
melibatkan kemahiran perhubungan. Dalam pada itu, Costa dan McCrae (1992) menjelaskan
individu yang mempunyai tahap kepersetujuan yang tinggi dikatakan mempunyai sifat mudah
bekerja sama, memiliki peribadi yang lembut dan sopan santun. Di samping itu, pemimpin
yang bersifat kepersetujuan kelihatan lebih memfokuskan kepada hubungan keperihatinan
yang tinggi terhadap subordinat.
            Sikap neurotisme seorang pemimpin menunjukkan ciri-ciri  kestabilan  emosi
atau  tahap  rendah  bagi dimensi  neurotisme terpapar pada nilai-nilai kasih sayang, sabar
dan berdaya tahan.
            Kepimpinan bukanlah perkara yang mudah. Ia bukan setakat keupayaan memberi
arahan untuk membuat sesuatu kerja malah ia sebenarnya adalah penonjolan ciri-ciri dalaman
keperibadian kita yang terhasil daripada disiplin dan amalan mulia yang diterapkan sepanjang
kehidupan kita. Terima kasih.
 

Anda mungkin juga menyukai