Anda di halaman 1dari 4

Konsep 6 C dalam pendidikan

Konsep yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru abad ke
21
Kolaborasi
Collaboration
Satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam
satu kumpulan ataupun pasukan supaya mencapai hasil yang diinginkan
dan sekaligusnya dapat melahirkan kepercayaan yang agak tinggi antara
ahli-ahli yang terlibat.

Kolaborasi adalah kemahiran menggunakan pelbagai keperibadian,


bakat, dan pengetahuan dengan cara untuk menghasilkan hasil yang
maksimum. Hasilnya mesti memberi manfaat kepada kumpulan atau
seluruh masyarakat. Untuk makluman semua, hasil yang sama
mempunyai nilai yang lebih besar daripada jumlah nilai setiap hasil
individu.
Pemikiran Kritis
Critical Thinking
Pemikiran Kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang
dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara
yang berkesan serta dapat menyesuaikan diri dalam keadaan
persekitaran yang berbeza.

Proses menyaring, menganalisis, dan mempersoalkan maklumat /


kandungan yang terdapat di pelbagai media, dan kemudian
mensintesisnya dalam bentuk yang menawarkan nilai kepada
seseorang. Ia membolehkan pelajar memahami isi kandungan yang
disajikan dan menerapkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Komunikasi
Comunication
Kemahiran komunikasi ini adalah penting dalam proses penyampaian
maklumat, perkongsian pendapat, serta interaski antara dua pihak.

Komunikasi menyediakan kaedah yang membolehkan individu


menyampaikan maklumat. Maklumat yang disampaikan boleh
disalurkan dengan melalui pelbagai media. Komunikasi adalah
kemahiran menyampaikan maklumat dengan cara yang jelas, ringkas,
dan bermakna. Ia juga memerlukan pendengaran yang teliti dan berjaya
mengartikulasikan pemikiran. Komunikasi mempunyai pelbagai tujuan:
memberi maklumat, memberi petunjuk, memotivasi, dan meyakinkan
anak murid kita.

Anda mungkin juga menyukai