Anda di halaman 1dari 5

Penguasaan kecekapan dan keupayaan minda melalui KBKK adalah penting

untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kelas pertama. Kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif adalah pemikiran yang mahir dan tanggungjawab untuk
memudahkan proses memberi pendapat, mambuat anggaran, kesimpulan atau
keputusan dengan bijak. Kemahiran berfikir secara kritis dijalankan oleh individu
sendiri berdasarkan kriteria-kriteria tertentu mengikut konteks atau situasi yang
berkenaan. Pemikiran kreatif pula adalah pemikiran produktif yang bercapah.
Kemahiran berfikir secara kreatif melibatkan penjanaan atau sintesis idea atau hasil
yang baru, asli, dan luar biasa. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
merupakan asas untuk strategi atau proses membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.













Kepentingan
Kemahiran
Berfikir
Membuat perbandingan
untuk menyelesaikan
masalah
Membuat kesimpulan
atau keputusan
dengan bijak
Pemberian pendapat
yang berunsurkan
kreatif dan kritif
Memaksimumkan
penggunaan maklumat yang
sedia ada
Mampu
meningkatkan
pemahaman
terhadap persoalan
yang diutarakan.
Membuat anggaran
yang hampir dengan
tanggapan utama.
Kemahiran berfikir adalah salah satu langkah untuk melahirkan pelajar yang
dapar menguasai kecekapan dan keupayaan minda. Kemahiran berfikir terbahagi
kepada dua ketegori iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis mampu meningkatkan pemahaman dan kebolehan
menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran menilai secara kritis akan
menjadi sebagai peninjau terhadap kemunasabahan idea tersebut. Di samping itu,
kemahiran berfikir secara kreatif boleh memperluaskan idea dan
memperkembangkan imaginasi para pelajar.

Kemahiran-kemahiran berfikir ini digunakan apabila seseorang menjalankan
dua proses berfikir yang utama iaitu ketika ingin membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Keputusan haruslah dibuat berdasarkan maklumat yang
relavan, atau menjana penyelesaian yang asli kepada masalah yang sedang
dihadapi.Dengan menyatupadukan kemahiran-kemahiran berfikir yang kritis dan
kreatif untuk menilai kemunasabahan setiap pilihan supaya pilihan yang terbaik
dapat dipilih.











Diperlukan
untuk
Kemahiran
Berfikir

Sebagai jalan
penyelesaian
terhadap
masalah yang
dihadapi.
Untuk membuat
keputusan yang
berdasarkan
analisis
masalah.
Dapat memilih pilihan yang terbaik dan muktamad dengan hasil
analisis sesuatu masalah atau pilihan.
Buku teks adalah sukatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
pemikiran kurikulum kritikal dalam bilik darjah. Aktiviti perbahasan di antara pelajar
mempu mewujudkan simulasi-simulasi atau role model kepada para pelajar yang
mempunyai idea yang berbeza. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, aktiviti tersebut dapat memperkembangkan potensi individu. Potensi ini
ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia
dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi,
dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat -bakat seperti perbahasan ini
perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan untuk
meningkatkan bakat seseorang itu.















Kembang Bakat
Individu
Aktiviti dalam kelas
Pemikiran korikulum
kritikal
Sukatan Buku Teks
Falsafah Pendidikan Negara
Jasmani
Emosi Rohani
Intelek
Sosial
Aktiviti menganalisis sesuatu bahan bacaaan seperti akhbar dan artikel adalah
satu kaedah yang boleh d implementasikan bagi mewujudkan kemahiran berfikir di
kalangan para pelajar. Para pelajar dapat membaca dan mengulas literatur yang
mempunyai nilai-nilai dan unsur tradisi yang berbeza. Menggunakan kaedah
modellling ialah guru menunjukkan bagaimana dia sendiri menggunakan sesuatu
prosedur berfikir di depan murid-murid supaya kemudian dapat ditiru oleh murid. Ada
kalanya mereka mengucapkan apa yang mereka fikirkan supaya dapat didengar oleh
pelajar. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara,aktiviti-aktiviti tersebut
dapat mengembangkan unsur intelek dalam diri pelajar. Unsur Intelek mengandungi
aspek-aspek berikut iaitu hikmah yang bermaksud ilmu yang boleh membawa
kepada kemakmuran, daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, daya pemikiran yang
logik dan analitis serta ilmu yang bermanfaat.

Kaedah yang terakhir yang dapat diaplikasikan oleh guru-guru ialah melalui
perbincangan. Perbincangan boleh diadakan di antara guru dan pelajar atau di
antara pelajar-pelajar sendiri dalam kumpulan. Perkara-perkara untuk dibincangkan
haruslah dirancangkan terlebih dahulu. Teknik ini juga berkesan dalam
perkembangan kemahiran berfikir kerana terdapat interaksi untuk menerang,
menjelas, menilai, membuat inferens, membuat interpretasi dan membuat
kesimpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, masyarakat Malaysia yang
mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-
menghormati serta perpaduan kaum dapat dicapai berdasarkan Falsafah pendidikan
Kebangsaan. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram
dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan
ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan.



















Kesimpulannya, kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam membentuk
atau membimbing pelajar-pelajar supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat berdaya saing dalam menghadapi dunia era globalisasi sekarang. Justeru itu,
kemahiran berfikir perlu dititik beratkan oleh semua pihak bukan sahaja para pendidik
dan pelajar-pelajar, malah individu-individu juga perlu mempraktikkan kemahiran
berfikir agar dapat membuat sebarang keputusan dengan berhemah lagi tepat.
Kemahiran
merancang
Membuat
Kesimpulan
Membuat
Interpretasi
Menerang dan
menjelaskan
Menilai
Membuat Inferens

Anda mungkin juga menyukai