Anda di halaman 1dari 5

1.

Lakukan latihan kemahiran-kemahiran menghantar dan menerima, gerak


kaki, menjaring dan mengelak dan mengawal dengan teknik yang betul
sebagaimana yang terdapat dalam video yang disediakan.
2. Senaraikan teknik-teknik kemahiran menghantar dan menerima yang
terdapat dalam bola jaring. Perincikan dengan butiran mengajar yang lengkap
salah satu teknik kemahiran menghantar dan menerima yang dipilih.
3. Jelaskan singkatan-singkatan yang digunakan untuk setiap posisi pemain
bola jaring dan nyatakan lokasi dan peranan setiap pemain tersebut.
4. Nyatakan kesilapan-kesilapan yang boleh berlaku dalam gerak kaki.

Jawapan
HANTARAN
a. HANTARAN ARAS BAHU
Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar
dengan lebih tinggi dan jauh.
·TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU
-Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
-Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki
kanan.
-Berat badan berada di atas kaki kanan.
-Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
-Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat
hantaran.
-Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
-Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
-Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.

b. HANTARAN BOLA ARAS DADA


Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak
begitu jauh.
·TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA
-Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
-Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan
suku dalam keadaan seimbang.
-Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
-Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
-Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan
serentak dengan kekuatan bola.

2. Jelaskan singkatan-singkatan yang digunakan untuk setiap posisi pemain


bola jaring dan nyatakan lokasi dan peranan setiap pemain tersebut.
a. Penjaring gol (GS)

·GS bertugas sebagai penjaring gol


·mesti mahir membuat jaringan
·bermain di kawasan masing masing
·tidak bebas bergerak

b. Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

·GD boleh menerima bola dari hantaran tengah


·pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan
·menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)

c. Penjaga gol (GK)

·menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar
kawasan
·menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring
·GK bekerjasama dengan GD

 d. Penyerang sayap (WA)

·menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan


jaring
·WA biasanya menghantar bola kepada  penjaring dan penyerang gol dengan
kerjasama pemain tengah

e. Penyerang gol (GA)

·ditugaskan sebagai penjaring


·bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol
·menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang

f. Penyerang sayap (WD)

·menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang


sayap (WA) pasukan lawan.

3. Nyatakan kesilapan-kesilapan yang boleh berlaku dalam gerak kaki.


·Selepas menangkap bola, pemain membuat dua langkah.
·Pemain menerima bola dengan kaki kanan di atas tanah, pemain melangkah
dengan kaki kanan.
·Pemain menerima bola dengan kaki kiri di atas tanah, pemain melangkah
dengan kaki kiri.
·Pemain menerima bola dengan kedua-dua belah kaki di atas tanah, pemain
membuat dua langkah dari mana-mana kaki.

Anda mungkin juga menyukai