Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN


National Professional Qualification for Educational Leaders
(NPQEL)

KARYA TERPILIH NPQEL


AMBILAN TAHUN 2022

“Pemimpin Ibarat Lilin”

NAMA: RANJEET KUMAR A/L NADESAN


NO. H/P: 0166398700
EMEL: Ranjeetjeet010@gmail.com
NAMA PENYELIA: EN.KAHIRUL AZUAN BIN ABDUL AZIZ
KELAS: SRBE 1
IAB: IAB INDUK
ALAMAT BERTUGAS: SJKT BATU ANAM,85100,BATU ANAM,SEGAMAT
PENGENALAN

Penulisan ini menceritakan sebahagian daripada penerokaan ilmu yang saya alami sepanjang
mengikuti kursus di IAB.Penulisan ini diberi nama Pemimpin Ibarat Lilin. Menurut Ahmad Rusli
dalam dalam Buku Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan seorang individu manusia yang
diamanahkan memimpin ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan,manakala Merujuk
Kamus Dewan Edisi Keempat(4) ibarat membawa maksud suatu suluh bagi menunjukkan jalan
yang lurus dan selamat,dan lilin pula membawa maksud sejenis bahan yang mengandungi
lemak dan bersumbu apabila dibakar dan memberikan cahaya .Secara
keseluruhanya ,Pemimpin Ibarat Lilin membawa erti seorang pemimpin yang mengeluarkan hal-
hal original dari dirinya sendiri untuk memberikan inspirasi kepada orang lain dan membantu
membangunkan orang dibawahnya .Erti kata yang lain,kita tahu bahawa lilin menghasilkan
cahaya,dan itulah tujuan sebatang lilin diciptakan iaitu untuk menerangi.Demikian pula ,dengan
seorang pemimpin yang harus mempunyai tujuan untuk membangunkan organisasi dibawahnya
kepada lebih baik.

Secara umumya,penulisan ini mengandungi lima aspek yang penting iaitu tujuan pemilihan
tajuk untuk penulisan ini.Pemilihan tajuk sangat penting supaya proses penulisan sesebuah
karya dapat dicipta dengan baik dengan menghubungkait isu-isu dan perjalanan penulisan
tersebut.Keduanya ialah penerangan berkenaan pengalaman lepas,sepanjang perjalanan
kerjaya sebagai seorang guru sehingga menjadi seorang pemimpin.Aspek yang ketiga ialah
pemilihan lima kompetensi ,dimana kompetensi telah dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan.Tambahan pula,perancangan yang akan dibuat untuk membangunkan
kompetensi tersebut dalam kalangan warga organisasi masing-masing.Secara umumnya karya
ini akan menceritakan apa yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin untuk
membangunkan diri dan organisasi dibawahnya kepada lebih baik dan meningkatkan mutu dan
kualiti di tempat kerjanya.

PENGALAMAN LEPAS

Pada tahun 2007, saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang guru di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah. SJK(T) Cantuman Chaah dalam kategori gred A dan
ianya terletak di kawasan luar bandar.Seramai 30 orang guru dan 400 orang murid belajar di
sekolah itu.Pada tahun 90-an jumlah murid yang belajar di sekolah itu adalah sebanyak 1200
orang murid.Lama kelamaan murid berkurangan disebabkan ramai ibu bapa pindah ke Johor
Bharu untuk bekerja di Singapura.Sekolah ini adalah antara sekolah yang terbesar di kalangan
sekolah SJK(T) di Daerah Segamat. Sekolah tersebut terletak di Chaah, Segamat Johor. Saya
adalah satu-satunya guru lelaki yang mengajar di situ selain daripada Guru Besar pada tahun
2007. Walaupun pada mulanya,sukar untuk saya menerima hakikat tersebut, tetapi akhirnya
saya menerima tanggungjawab ini dengan penuh rela dan sentiasa bersemangat. Semasa
pengagihan tugas di sekolah, saya telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai setiausaha
sukan dan setiausaha kokurikulum di sekolah tersebut. Selain daripada itu, saya juga diberi
tugas sebagai guru penyelaras bimbingan dan kaunseling. Walaupun jawatan tersebut hanya
lantikan sekolah tetapi saya harus menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan
melaksanakan segala program di bawah unit bimbingan dan kaunseling.

Pada tahun 2010 saya telah dilantik sebagai Jurulatih Olahraga Daerah Segamat.
Dengan pengalaman sebagai seorang pelari SUKMA dan minat terhadap bidang olahraga yang
tinggi, saya menerima tugasan yang diamanahkan kepada saya dengan rasa gembira dan
penuh keyakinan. Seterusnya pada tahun 2014 saya dilantik sebagai Jurulatih Olahraga
Peringkat Negeri. Saya menghabiskan Kursus Sains Sukan Peringkat 2 dan seterusnya dilantik
sebagai jurulatih olahraga pada masa itu.Selepas saya menghabiskan Kursus Sains Peringkat
2,saya telah dipanggil oleh beberapa sekolah dalam negeri dan diluar negeri untuk memberikan
ceramah berkenaan dengan kemahiran-kemahiran asas sukan di sekolahnya.Saya juga telah
memberikan kursus dalaman bagi bidang olahraga untuk guru-guru di beberapa sekolah pada
masa itu.

Saya telah melatih ramai murid dalam bidang olahraga dan mereka telah mewakili
sukan olahraga di peringkat MSSM sehingga kini. Selain itu, beberapa tanggungjawab lain juga
diberikan kepada saya sehingga saya secara tidak langsung melibatkan diri dalam penganjuran
sukan di peringkat daerah dan peringkat negeri. Antaranya ialah, saya memegang jawatan
sebagai penyelaras Kejohanan Olahraga SJK(T) Peringkat Daerah Segamat pada tahun 2015.
Selepas itu pada tahun 2016, saya diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan
Badminton Peringkat Negeri antara guru-guru SJK(T) di bawah Jabatan Pendidikan Negeri
Johor. Ramai guru-guru di setiap daerah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pada tahun 2017 pula, saya telah dilantik sebagai Penyelia Kawasan bagi peperiksaan
UPSR di kawasan Batu Anam, Segamat. Selepas 2 tahun saya memegang tugas dan jawatan
sebagai Penyelia Kawasan peperiksaan UPSR yang diamanahkan oleh Pejabat Pendidikan
Pelajaran Daerah Segamat, saya diberi tugas yang lebih mencabar iaitu memegang jawatan
sebagai Penyelia Kawasan peperiksaan SPM pula. Sehingga kini, saya masih menggalas
jawatan tersebut dan menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Seterusnya pada
tahun yang sama saya telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum berjawatan
hakiki di sekolah yang sama. Tugas sebagai PK Kokurikulum memberikan impak yang besar
dimana segala tugasan di sekolah berkaitan dengan Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab
Sukan dan Permainan adalah dibawah penyeliaan saya sepenuhnya. Saya telah berkhidmat
selama 11 tahun di sekolah pertama saya.Banyak pengalaman dari segi pengurusan telah saya
mempelajari dari Guru besar dan gpk–gpk di sekolah lama saya.

Pada tahun 2017, saya telah ditukarkan ke SJK(T) Batu Anam dengan jawatan yang
sama dan saya telah melaksanakan tugas sebagai PK Kokurikulum selama 2 tahun.Suasana
yang baru bersama guru-guru yang baharu menyukarkan saya pada mulanya.Lama-kelamaan
saya dapat bergaul mesra dengan guru-guru dan menyesuaikan diri saya di sekolah baru itu.
Pada tahun 2019, saya telah ditukarkan ke SJK(T) Bandar Segamat sebagai Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid. Dengan jawatan yang baru ini, saya bertekad untuk terus menjalankan
tanggungjawab ini dengan penuh bersedia kerana tugas sebagai PK HEM adalah lebih
mencabar dari bidang sebelum ini. Bidang HEM secara umumnya melibatkan pengurusan
murid di sekolah dan banyak perkara baru yang perlu saya pelajari dan fahami.Secara
umumnya ,Bidang Hem ialah membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah. Pada tahun 2020 saya telah ditukarkan semula ke sekolah lama saya iaitu
SJK(T) Batu Anam dengan jawatan PK HEM di sekolah tersebut. Walaubagaimanapun tugas
sebagai PK HEM ternyata sangat berbeza berbanding jawatan sebelum ini dan menyebabkan
saya mengalami sedikit tekanan semasa menjalankan tugas tersebut. Namun begitu sebagai
seorang pemimpin saya tidak cepat melatah dan menggalas tanggungjawab dan tugasan yang
diberi dengan baik dan lancar.

DAPATAN, KOMPETENSI DAN REFLEKSI


e-NPQEL

Secara umumnya e-NPQEL banyak membantu untuk semua peserta NPQEL untuk mendapat
keputusan yang cemerlang melalui modul-modul yang terpaksa dibuat oleh peserta NPQEL
untuk mencapai kompetensi yang diperlukan. Ia juga merupakan pembelajaran secara talian
untuk Program NPQEL. Modul pembelajaran terdapat 4 modul dalam e-NPQEL.Ia juga
dibangunkan berdasarkan kepada 10 kompentasi yang dikenal pasti dan perlu dikauasai
oleh setiap peserta NPQEL sebelum menjadi pemimpin pada masa hadapan. E-Berwawasan,
e-Meneraju Perubahan, e-Mencemerlangkan Organisasi dan e-Berketerampilan adalah Mod e-
NPQEL yang terdapat dalam portal pembelajaran.Semua modul ini secara khususnya
menggabungkan teori-teori pengurusan kepimpinan. Pelbagai bahan media digunakan untuk
melengkapkan para peserta kepada lebih baik berdasarkan bahan media yang canggih dan
senang difahami.Seseorang peserta NPQEL perlu menyempurnakan empat modul
pembelajaran dalam tempoh untuk mendapatkan empat (4) lencana dan sijil e-NPQEL yang
akan dianugerahkan kepada peserta yang berjaya pada pengakhiran kursus ini nanti.Segala
maklumat berkenaan dengan pembelajaran disediakan oleh pihak IAB di dalam e-Resos untuk
keselesaan para peserta.Nota-nota yang yang disediakan melalui melalui e-Resos dapat diambil
oleh peserta NPQEL dan ia secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk membuat
tugasan yang diberikan kepada lebih baik lagi. Ada bahan berbentuk huraian, ada berbentuk
power point, rajah carta dan sebagainya. Begitu juga dengan video-video yang dipaparkan. 10
kompentensi kepimpinan pendidikan ditekankan supaya dapat melahirkan pemimpin yang yang
mempunyai daya fikir futuristik berasaskan pengetahuan dan maklumat tepat bagi memacu
sekolah yang dipimpin ke arah matlamat pendidikan dengan jayanya. Kandungan sukatan amat
jelas serta arahan amat teratur malah memudahkan peserta memahami kronologi bidang yang
dipelajari. Malahan video-video yang dipaparkan adalah berkaitan dan memudahkan lagi
pemahaman peserta untuk menjawab soalan-soalan. Tools dan Kits pula diperkenalkan melalui
Modul Menerajui Perubahan. Modul ini memperlihatkan kepada peserta untuk mengenal pasti
masalah dan langkah-langkah menyelesaikannya. Modul ini membimbing agar sebarang
tindakan adalah berdasarkan data dan membawa warga organisasi untuk mencapai objektif.

Modul ini juga secara tidak langsung memperkenalkan Jalinan dan Jaringan yang perlu
dititikberatkan dalam usaha membangunkan sesebuah organisasi kepada cemerlang.Sebagai
seorang pemimpin perlu bekerjasama dengan komuniti setempat untuk mencapai kecemerlangan
dalam sesebuah organisasi.Ilmu-ilmu yang diperolehi dalam e-NPQEL ini juga amat membantu
saya sebagai persediaan untuk mengikuti fasa bersemuka di IAB nanti.Semua kompetensi
telah ditaksirkan dalam e-NPQEL ini. Antaranya ialah kompetensi Berfikiran Strategik,
Memimpin Perubahan, Berkepemimpinan, Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah,
Membangun Kapasiti, Membina Jaringan dan Jalinan, Memimpin Pembelajaran Berkomunikasi
Berkesan, dan Berkeperibadian Tinggi boleh dipelajari melalui e-NPQEL ini. Setiap modul yang
dipaparkan di dalam e-NPQEL ini disertakan latihan untuk menguji kefahaman tentang
kandungannya.

Secara umumnya,Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kepimpinan


didefinisikan sebagai keupayaan memimpin. Kepimpinan dikatakan sebagai seni atau proses
mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Amir Hasan Dawi (2006:217)
kepimpinan merupakan satu aktiviti yang kompleks, didefinisikan pelbagai cara, bentuk interaksi
antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Selain itu kepimpinan juga adalah satu proses ke
arah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Setiap pemimpin perlu berfikiran strategik dan gigih berusaha untuk membawa
sesebuah organisasi kepada tahap yang lebih baik dan berkesan. Merujuk Kamus Dewan Edisi
Keempat(4) perancangan membawa maksud perbuatan ataupun tindakan untuk merancang
sesuatu, manakala strategik pula membawa maksud rancangan yang teratur. Secara ringkasnya
definisi perancangan strategik membawa maksud satu proses bagi menentukan bagaimana
membawa organisasi daripada keadaan semasa kepada hala tuju yang dihasratkan pada masa
hadapan. Setiap pemimpin perlu ada perancangan strategik yang baik bagi menaikkan mutu
organisasi dibawah kepimpinannya. Pemimpin yang ada perancangan mempunyai kemampuan
untuk melihat ke depan untuk menjangka dengan tepat mengikut peredaran masa berbanding
dengan orang lain. Sebagai contohnya pemimpin akan memimpin organisasi dibawahnya
berdasarkan perancangan rapi dan berkesan untuk mengubah suai kepada lebih baik dan
berkesan. Segala perancangan yang berkesan dan pencapaian hanya akan terjadi jika pemimpin
itu mempunyai pandangan yang jauh berbanding dengan orang lain. Apabila saya menjadi
seorang pemimpin pada masa kelak, saya bersama dengan GPK yang lain melibatkan semua
pihak di dalam usaha menyediakan persekitaran yang positif dengan kerjasana guru-guru,PIBG
dan agensi luar . Persekitaran sekolah berkesan mesti disediakan dengan peralatan serta bilik-
bilik yang mencermin pendidikan abad 21. Seterusnya memberi peluang kepada guru–guru untuk
terus menimba ilmu agar mereka dapat mempertingkatkan kerjaya mereka. Impak daripada
usaha isi iaitu guru-guru menjadi lebih bersedia apabila berlaku sesuatu perubahan sistem
pendidikan. Semasa menjalankan perantisan di sekolah perantisan saya telah buat analisis
persekitaran SWOT; mengumpul isu; menjana strategi melalui Tows Matrix dan memilih strategi
utama melalui Ranking Matrix. Saya juga telah melakukan Training Needs Analysis (TNA) dan
mencari kekuatan dan kelemahan intervensi yang dirancang oleh saya.Selepas itu,saya
berbincang dengan tuan guru besar untuk mendapatkan kata putus untuk projek perantisan saya
di sekolah.Dalam usaha menjalankan projek saya di sekolah, strategik yang digunakan oleh saya
secara langsung dapat membentuk para guru kepada lebih mereka dapat mengaplikasikan
dalam kehidupun harian semasa mengajar di dalam kelas.

Rumusannya ternyata e-NPQEL ini telah memberi saya pengalaman sebagai pemimpin yang
sebenar 10 bulan ini banyak cabaran yang dihadapi oleh saya.Saya akan menggunakan panduan
yang diberikan dalam membantu saya menjadi seorang pemimpin yang bijak pada masa kelak
nanti. Latihan e-NPQEL ini turut menyesuaikan kaedah penyampaian yang lebih tepat dalam
menyediakan calon pemimpin dengan kompetensi pemimpin berprestasi tinggi yang
menyasarkan pemimpin dan saya dalam proses menjadi PGB yang perlu menjawabnya.
Seterusnya seorang pemimpin perlu berkomunikasi secara berkesan. Secara
umumnya komunikasi yang berkesan membawa maksud mesej yang disampaikan difahami
dengan tepat dan jelas oleh penerima.Mesej yang disampaikan itu haruslah mudah difahami
dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima. Seorang pemimpin harus memberikan
arahan yang jelas untuk memastikan kerja itu dilakukan dengan betul dan mampu diselesaikan
dalam masa yang singkat. Arahan ataupun mesej yang diterima oleh pihak kedua, perlu tahu
apa yang diharapkan oleh ketuanya dan membuat mengikut arahan yang disampaikan.
Sebaliknya jika pihak kedua yang tidak memahami arahan tersebut mereka mudah membuat
kesalahan atau berulang kali meminta pertolongan dari kawannya. Kebanyakkan konflik dan
pergaduhan di tempat kerja disebabkan oleh komunikasi yang tidak baik.Beberapa jenis konflik
yang boleh dikaitkan dan berlaku di tempat kerja.Antaranya ialah salah faham sesama
sendiri,pemahaman yang tidak mencukupi tentang bagaimana orang lain berkomunikasi dan
ketiganya ialah apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dan diabaikan.Dalam konteks ini
komunikasi yang berkesan oleh pemimpin memainkan peranan yang penting bagi
meningkatkan mutu kerja di sesuatu tempat. Contohnya, seseorang pemimpin harus
memahami guru dari segi luaran dan dalamannya, maka mudahnya kita berkomunikasi dan
berinteraksi dengan lebih baik dan berkesan. Pemimpin hendaklah mengenali secara
mendalam tingkah laku guru-guru di bawah tadbirannya. Hal ini akan menjadikan mereka
menyenangi kita. Mereka akan cuba mengenali dengan lebih dekat, berkawan serta ingin
bercakap dengan kita. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan hubungan silaturahim
antara pemimpin dan guru di sekolah.

Melalui kompetensi berkomunikasi berkesan, saya dapat membina jaringan yang positif
dengan komuniti setempat. Saya dapat berhubung terus dengan ibu bapa murid di sekolah
saya untuk mendapatkan dana untuk projek yang dijalankan oleh di sekolah nanti.Saya dapat
berkomunikasi dengan ibu bapa dengan kadar yang dengan menerangkan tujuan sumbangan
ini diperlukan.Hasil sumbangan terus dapat disalurkan ke akaun PIBG sekolah perantisan saya
untuk projek saya tersebiut.Dalam hal ini,saya dapat mempelajari komunikasi yang berkesan
dapat membantu sesebuah organisasi kepada lebih baik lagi.Saya juga mempelajari cara –cara
berkomunikasi dengan masyarakat setempat dalam usaha mendapatkan pertolongan dari
komuniti luar untuk sekolah pada masa kelak nanti.Saya juga dapat berhubung dengan wakil
rakyat setempat untuk memohon dana untuk projek besar saya iaitu Kejohanan Olahraga
Tertutup Peringkat Daerah Segamat. Saya berupaya untuk mengemukakan idea dengan lancar
dan akhirnya saya berjaya meyakinkan YB Datuk Asojan ( Timbalan Pengerusi MIC
Kebangsaan ) yang merupakan bakal calon yang akan bertanding di kawasan Segamat nanti.
Yang Berhormat telah menyalurkan sejumlah RM2K daripada dana peribadi beliau sendiri untuk
membiayai Kejohanan Olahraga Tertutup Segamat itu.

Kesimpulannya,berkomunikasi yang baik dapat membentuk satu pasukan yang kuat di


kalangan guru mahupun di luar sekolah.Pemimpin seharusnya bijak menggunakan peluang
sedemikian untuk memajukan sekolah dibawah pentadbirannya.Tanpa adanya hubungan yang
baik dari luar sesebuah organisasi itu tidak dapat membentuk sesebuah sekolah kepada
cemerlang,gemilang dan terbilang.

Dalam kompentensi memimpin mempelajaran pula ,seseorang Guru besar juga perlu
melaksanakan perubahan dalam organisasi dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif. Contohnya di bilik darjah, bilik guru dan sebagainya. Secara umumnya,suasana yang
baik menjadi faktor kepada pembelajaran yang lebih kondusif. Faktor ini amat penting kerana
sikap seseorang pelajar itu terjadi melalui suasana sekelilingnya. Jika keadaan kelas tidak
kondusif dan bising maka suasana pembelajaran tidak akan wujud. Ia secara tidak langsung
mendorong ke arah sikap malas dalam diri pelajar untuk belajar. Guru besar juga perlu
memastikan keperluan kelengkapan perlu ada di dalam setiap kelas. Secara realitinya
kemudahan ini adalah salah satu faktor penyumbang kepada pembelajaran secara kondusif.
Ruang kelas yang kecil dengan kapasiti murid yang ramai tidak akan menimbulkan keselesaan
kepada pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan suasana kelas
yang kondusif dan baik supaya kualiti pembelajaran murid dan keselesaan murid dapat dijaga.

Untuk para guru pula,guru besar seharusnya,memahami dan menyediakan sumber


pembelajaran yang sesuai.Sumber pembelajaran yang bersesuaian akan mendorong kepada
pembelajaran yang berterusan yang dapat mempamerkan kecemerlangan dalam bidang
pendidkan di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.Pemimpin pula harus memantau dan
membimbing para guru berkaitan dengan pdpc di dalam kelas.Hasil bimbingan perlu
mewujudkan guru yang berprofesional yang dapat memikirkan kecemerlangan di luar kotak
supaya dapat mencemerlangkan organisasi tersebut.

Saya sebagai peserta NPQEL dapat mempelajari bagaimana wujudkan suasana yang
baik bagi mendorong kepada pembelajaran yang kondusif kepada murid dan bagaimana untuk
membimbing para guru supaya mereka dapat mengajar dengan baik dan seterusnya
meningkatkan kualiti sesebuah sekolah tersebut.Saya juga memahami tanpa alat bantu
mengajar yang baik ,murid murid akan menjadi bosan dan minat mereka terhadap
pembelajaran akan merosot.Wujudnya bahan bantu mengajar yang baik dapat menarik
perhatian murid kepada lebih dan ini secara tidak langsung dapat membantu dan meningkatkan
pembelajaran tersebut.Bagi guru pula,saya sedari tanpa kelengkapan pembelajaran yang baik
guru guru tidak dapat melaksanakan aktiviti pdpc dengan baik.Untuk memajukan sesuah
organisasi guru memainkan peranan yang sangat penting dan saya sebagai bakal PGB perlu
memastikan semuanya berjalan dengan lancar di sekolah.

Rumusannya jelas dinyatakan pembelajaran adalah proses menimba ilmu tentang


sesuatu perkara atau benda seperti mendapatkan maklumat tentang kejadian pasang surut air
laut dan hubungannya dengan bulan penuh. Hasil daripada Pembelajaran boleh mendapatkan
kemahiran atau kebolehan membuat atau menghasilkan sesuatu benda atau sesuatu perkara.
Pembelajaran juga boleh dilihat sebagai proses membina imej diri, untuk membina atau
membangun potensi diri sepenuhnya seperti membina personaliti, jati diri, bakat, minat dan
kecenderungan. Akhir sekali pembelajaran yang lebih kepada konsep organisasi pembelajaran
berterusan, pembelajaran kooperatif dan pembelajaran berasaskan masalah mendefinisikannya
sebagai proses untuk mencapai sesuatu perkara secara bersama. Contohnya, bagaimana
hendak membangun sekolah supaya menjadi sekolah cemerlang, pengetua/guru besar perlu
bersama seluruh atau sebahagian warga sekolah belajar semua perkara berkaitan dengan apa
yang hendak dibuat.Untuk murid pula, pemimpin sekolah hendaklah mewujudkan murid dapat
berinteraksi dengan pemimpin sekolah itu sendiri dan gurunya terutama merujuk kepada
kandungan pembelajaran murid. Hasil pembelajaran murid, dilihat daripada outcome interaksi
itu, bergantung kepada bagaimana guru menyampai kurikulum, mereka bentuk tugasan
akademik, dan bagaimana murid melibatkan diri dalam melaksanakan tugasan. Hal ini terasuk
juga bagaimana murid mendekati gurunya, bagaimana mereka bergaul sesama mereka dan
bagaimana mereka menghormati orang dewasa dan sebagainya.

Dalam kompetensi menyelesaikan masalah seseorang pemimpin perlu bijak mengendalikan


sesuatu masalah tanpa berlaku perselisihan faham di kalangan guru ataupun di luar sekolah.Ini
kerana jika adanya pertelingahan dalam menyelesaikan sesuatu masalah maka tidak akan
wujudnya sebarang tindakan yang boleh mendapatkan jalan penyelesaian bagi sesuatu
perkara. Disamping itu,pemimpin perlu mengambil kira soal gerak hati dalam membuat
sebarang keputusan.Pemimpin perlu menyiapkan diri dengan meningkatkan ilmu kepimpinan
dari semasa ke semasa dan mewujudkan hubungan yang baik bersama para guru dan warga
sekolah iaitu pemimpin boleh bertanyakan pendapat dan meminta semua para guru berkongsi
pengalaman mereka dalam amalan kepimpinan agar perkara tersebut dapat dicontohi dan
diaplikasikan di sekolah.Realitinya,pemimpin juga pasti mempunyai kelemahan dan
kekuatan.Oleh hal yang demikian,pemimpin perlu berfikir secara terbuka dan mendengar
pendapat para guru yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan ataupun ketika ingin
membuat keputusan yang penting bagi soal pentadbiran sekolah agar tiada penyesalan yang
berlaku di kemudian hari.Menjadi sebagai seorang pemimpin bukan sahaja setakat mempunyai
keupayaan untuk memberi arahan malah pemimpin perlu menonjolkan ciri ciri dalaman
keperibadian seperti sentiasa mempunyai pemikiran yang terbuka dan boleh menerima
cadangan dan pendapat orang lain agar kecemerlangan sebuah sekolah terjamin.

Sebagai seorang bakal pemimpin saya seharusnya,menyedari dan menilai masalah secara
logik dan menganalis data untuk menetukan punca masalah ini berlaku.Apabila menelitinya
saya akan mengenal pasti intervensi untuk menyelesaikan masalah tersebut.Sebagai
contohnya bagi projek yang kedua saya sangat keliru dalam mengadakan kejohanan .Saya
tidak dapat membuat keputusan dengan serta merta .Ini kerana trak olahraga dan padang
sedang digunakan pada masa itu .Saya terpaksa berjumpa dengan Guru besar sekolah saya
dan Pengetua Sekolah Menengah bagi memutuskan tarikh kejohanan olahraga
tersebut.Setelah mendapat kelulusan daripada beliau,maka tarikh kejohanan olahraga
telah .Dalam konteks ini,sebagai seorang bakal pemimpin saya mempelajarari alat
menyelesaikan masalah itu sangat penting bagi melicinkan segala program di dalam
sekolah .Tanpa sebarang alat menyelesaikan masalah memang sukar bagi seseorang guru
untuk membuat keputusan yang terbaik.Sebagai bakal guru besar saya sepatutnya
berkeupayaan untuk mengenal pasti masalah dan menggunakan data untuk menilai
alternative dan melaksanakan penyelesaian untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi
yang dihasratkan.

Rumusannya kompetensi menyelesaikan masalah sangat penting bagi mendapatkan keputusan


yang baik bagi sesebuah organisasi.Sebagai seorang pemimpin kita seharusnya
mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian supaya dapat menggalakkan golongan murid
menggunakan kognitif yang melibatkan proses penaakulan,pembinaan konsep,penilaian dan
penyelesaian maalah.Langkah yang paling asas dan penting bagi membolehkan seseorang itu
menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah dengan mempunyai banyak pengalaman yang
berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal. Kita juga boleh rumuskan bahawa
kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Dalam kompetensi membangun kapasiti pula,pemimpin perlu mengharungi budaya kerja


sepasukan yang lemah dikalangan para guru.Dalam konteks ini,sepatutnya pemimpin perlu
memperkasa budaya kerja sepasukan.Apabila budaya kerja sepasukan lemah,sudah tentu
kemajuan dalam sesebuah organisasi sukar untuk dicapai.Pemimpin sewajarnya perlu berfikir
lebih terbuka untuk mewujudkan semangat berpasukan agar prestasi sekolah dapat
dipertingkatkan.Oleh hal yang demikian,pemimpin perlu memantau para guru sama ada mereka
membuat tugasan yang diberikan dengan bekerjasama antara satu sama lain atau bertindak
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing.Pemimpin juga boleh
memberikan nasihat kepada guru dan menerangkan kepada mereka secara berhikmah
mengenai faedah kerja sepasukan.Maka,cabaran memperkasa budaya kerja sepasukan dapat
diatasi dengan cara yang baik.

Tambahan pula sebagai seorang pemimpin,beliau seharusnya menyedari dan mengetahui


keperluan staf terlebih dahulu dalam sesebuah organisasi.Ini kerana jika keperluan para guru
dapat diselesaikan ,maka tidak akan berlaku sebarang masalah dalam mengendalikan pdpc
dalam kelas ataupun di luar kelas.Jika pemimpin dapat mengenal pasti keperluan para
guru,maka beliau dapat membuat perancangan untuk guru –guru tersebut supaya mereka
dapat memperbaiki dan seterusnya menimba ilmu daripadanya.Dalam hal ini,saya sebagai
bakal pemimpin mendapati keperluan dari segi kemahiran kejurulatihan sangat penting bagi
setiap guru di sekolah perantisan.Ini disebabkan kekurangan guru yang mempunyai sijil
kejurulatihan.Maka saya membuat keputusan dengan memberikan kursus kejurulatihan kepada
semua guru.Daripada input yang diberikan melalui kursus tersebut guru-guru dapat menimba
ilmu dan seterusnya dapat mempelajari teknik dan kemahiran daripada sesi praktikal yang
dijalankan dalam kursus ini.Ia secara tidak langsung dapat membantu murid-murid menerima
input yang diberikan oleh guru dan meningkatkan kefahaman murid dalam bidang permainan
olahraga.

Rumusannya,walaupun semua guru bekerja di bawah satu bumbung, tetapi masing-masing


membuat kerja yang diamanahkan dengan sendiri. Ada segelintir guru berpendapat tugas yang
diberikan itu boleh disiapkan sebaik mungkin tanpa pertolongan rakan sekerja. Namun begitu
jika budaya kerja berpasukan tidak diamalkan maka keputusan dan penyelesaian tidak dapat
diambil dengan sempurna. Dalam konteks ini, pemimpin sekolah perlu memainkan peranan
yang penting dalam membangunkan kapasiti guru dengan mewujudkan budaya kerja
berpasukan dikalangan guru. Ia secara tidak langsung membawa kepada sikap bekerjasama
antara satu sama lain. Tambahan pula segala keputusan ataupun kekeliruan dapat
dibincangkan dan dapat diselesaikan dengan segera. Sebagai pemimpin sekolah, suasana
budaya bekerja perlu diwujudkan supaya semua guru dapat memupuk hubungan yang baik
sesama sendiri mahupun dapat mempelajari sesuatu hasil daripada perkongsian maklumat
antara satu sama lain.Maka dengan ini ia dapat meningkatkan potensi staf secara menyeluruh
dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah itu.
RUMUSAN

Kesimpulannya,sesebuah organisasi tidak dapat mencapai pencapaian tanpa bantuan


seseorang pemimpin.Tanpa seorang pemimpin di setiap organisasi hala tuju sesebuah
organisasi tidak akan termakbul.Dalam konteks ini,setiap pemimpin perlu mempunyai visi
semasa memimpin dalam sesebuah organisasi.Tanpa visi ,hasrat untuk membawa sesebuah
organisasi ke tahap yang tinggi tidak akan tercapai.Oleh yang demikian,pemimpin yang
berfikiran positif dan berfikiran terbuka perlu mempunyai visi sebagai motif utama dalam
meningkatkan kualiti di sesebuah organisasi.

Selain itu,integriti dan kejujuran semasa bekerja di organisasi harus ada pada setiap diri
pemimpin.Jika kita memberikan dan mengamalkan sikap kejujuran pada setiap masa,maka
guru-guru akan bekerja dengan baik dan kepentingan guru tersebut akan terjaga.Tambahan
pula,komunikasi diantara pemimpin dan guru seharusnya dalam keadaan yang baik.Dalam
setiap organisasi komunikasi dua hala perlu diamalkan,ia dimana pendapat guru harus
dititikberatkan oleh pemimpin.Beliau harus melihat kelemahan dan kekuatan terhadap pendapat
yang disampaikan oleh guru dan memberikan keputusan yang adil.

Keberkesanan kepimpinan bergantung pada jenis dan cara seseorang pemimpin


menggunakan kuasa dalam sesebuah organisasi.Kuasa itu harus digunakan dalam keadaan
yang baik oleh pemimpin.Beliau tidak seharusnya menggunakan kuasa yang ada pada dirinya
untuk tujuan membalas dendam ataupun mencemarkan nama baik guru-guru dibawah
pimpinannya.Keupayaan berbuat demikian,akan menjadikan dirinya akan dihormati dan arahan
atau percakapannya akan dipatuhi oleh pelbagai pihak yang dipimpinnya.

Sekolah yang unggul akan wujud jika ada kepimpinan yang efektif.Kepimpinan yang
efektif tidak akan wujud jika tidak ada bekerjasama diantara pemimpin dan orang
bawahannya.Maka,kedua-dua pihak memainkan peranan yang sangat penting untuk membawa
sesebuah organasasinya ke satu tahap yang mempunyai visi yang jelas.
Tambahan pula,setiap pemimpin perlu mempercayai setiap ahli di bawah
pimpinanya.Pemimpin perlu bersikap positif dan percaya yang ahli-ahli dibawahannya akan
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.Kepercayaan itu akan memberi laluan
kepada kepada ahli-ahlinya menghormati pemimpin mereka dan melakukan tugas yang
diberikan dengan berkesan.Apabila kepercayaan wujud dalam sesebuah organisasi atau dalam
hubungan ,maka ia lebih mudah dan selesa untuk dicapai.

Seseorang pemimpin juga,harus berfikiran kreatif dan inovatif dalam membangunkan


organasasinya.Jika seorang pemimpin yang boleh fikir di luar kotak,maka beliau ada unsur-
unsur kebolehan yang tersendiri untuk memajukan organasinya.Pemimpin perlu
memperkasakan guru dan murid untuk menjadi pintar,kreatif dan berfikiran terbuka.

Penulisan karya ini adalah satu catatan pengalaman dalam merangkai titik-titik
penemuan dalam kembara untuk membentuk saya menjadi seorang pemimpin pendidikan yang
berprestasi tinggi. Pemimpin berwawasan, pemimpin pembelajaran dan juga pemimpin
perubahan yang akan memberikan impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian
murid melalui pembangunan kualiti profesional dan kualiti peribadi.
RUJUKAN

1. Kamus Dewan, Edisi Keempat.(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Kiat Wah & Rashid.A & Poon Ying ( 2018).Asas Kepimpinan Dan Pembangunan
profesionalisme Guru.Oxford Fajar Sdn.Bhd.
3. Syed Mustafa &Subki Bin Miskon.(2010).Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional.Multimedia Sdn.Bhd.
4. Mok Soon Sang (2008).Psikologi Pendidikan.Multimedia Sdn.Bhd.
5. Soliha & Hersugondo,(2008).Kepimpinan Yang Efiktif dan Perubahan Organisasi.Vol
7 ( 83-93).

Anda mungkin juga menyukai