Anda di halaman 1dari 44

NAMA KURSUS:

GGGC6033 
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK:
CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

TARIKH AKHIR:
3 APRIL 2022

PENSYARAH:
DR. AHMAD ZAMRI BIN MANSOR

NAMA KUMPULAN:
KUMPULAN SKYNL-2

KETUA KUMPULAN:
P118193 SHOBANA A/P MUNIANDY

AHLI-AHLI KUMPULAN:
P118179 KAVITHA A/P M.CHANDRAN
P118183 LETCHUMI A/P NADARAJAH
P118942 NOZIHA BINTI DIN
P118193 SHOBANA A/P MUNIANDY
P118944 YOEHANA BINTI ABU BAKAR
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.………………..………….………………………………………….. 3

2.0 Cabaran Tahap Kompetensi Guru ………………………………………………….. 5


2.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 6
2.2 Implikasi ………………………………………………………………………. 9
2.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………………. 11

3.0 Cabaran Kemudahan dan Peralatan TMK ..……………………………………….. 13


3.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 13
3.2 Implikasi ………………………………………………………………………. 16
3.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………………. 17

4.0 Cabaran Dari Aspek Sikap, Emosi Serta Kesiapsiagaan Guru ..……………….…. 19
2.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 20
2.2 Implikasi ……………………………….………………………………….…... 23
2.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………….…… 24

5.0 KESIMPULAN...…...…………………………………………………………………. 27
RUJUKAN...……………………………………………………………………………….. 28
LAMPIRAN..………………………………………………………………………………. 31

1.0 PENGENALAN
2
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information and Communication
Technology (ICT) adalah gabungan peranti dan sumber teknologi yang digunakan untuk
memanipulasi dan menjalinkan informasi Kaware & Sain (2015) dalam Thian & Mohd Effendi
(2021). Alat teknologi merangkumi semua alat elektronik dan digital seperti komputer, internet
dan teknologi multimedia yang lain Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid (2016) dalam Thian &
Mohd Effendi (2021)termasuk perisian, permainan digital, media sosial dan sebagainya. 
Pengajaran didefinisikan sebagai perihal mengajar iaitu segala sesuatu yang berkaitan
dengan mengajar seperti  cara atau sistem mengajar dan aspek yang dipentingkan. Pengajaran juga
ditakrifkan sebagai segala sesuatu sama ada cara, perbuatan dan lain-lain yang diajarkan atau
peringatan dan pedoman. Manakala pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah bagai
aur dengan tebing. Kedua-duanya sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan. 
Penggunaan TMK dalam PdP bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses serta keberkesanan proses PdP (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Di samping itu, penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) juga ditakrifkan  penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.
Matlamat utama TMK dalam pendidikan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan
keupayaan murid dalam pelajaran dan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan
pelbagai keupayaan. Selain itu, penggunaan TMK juga dapat mewujudkan suasana yang mencabar
dan menyeronokkan serta membolehkan pembelajaran bersendiri.
KPM telah berusaha menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah
satu pelantar bagi melaksanakan aktiviti PdP di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian
tinggi. Pengaplikasian komputer dan perisian yang tepat dan betul dalam sistem pendidikan
negara mampu memantapkan lagi proses PdP berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.
Pihak KPM telah mengambil pelbagai langkah dalam memperkasakan TMK dalam PdP
untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Walau bagaimapun tidak dinafikan setiap pelaksanaan
suatu teknologi pasti ada cabaran yang perlu dilalui.
Seiring dengan perkembangan dalam bidang TMK, PdP juga menjadi lebih menarik, mudah
dan berkesan. Di samping itu, penggunaan TMK dalam era globalisasi ini amat membantu guru-
guru dalam PdP kerana dapat meningkatkan kefahaman, minat, motivasi dan menambahkan
pengetahuan murid. Maka pelbagai kaedah pengajaran perlu diperluaskan berasaskan TMK,
modul-modul pengajaran kendiri, modul interaktif dan seumpamanya perlu dibudayakan supaya
PdP menjadi lebih berkesan dan memberi rangsangan baharu dalam kalangan murid.

3
Para guru sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah PdP
dalam kelas, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan TMK. Perkembangan maklumat,
pengetahuan dan ilmu yang diperoleh menerusi TMK ini, guru-guru pasti berupaya memberi nilai
tambah kepada mata pelajaran yang diajarnya. Oleh itu, para guru harus bersikap proaktif serta
responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan dari masa ke masa. Guru juga perlu lebih
kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada pelajar-
pelajar. Oleh yang demikian, penggunaan TMK dicadangkan supaya diaplikasikan dalam proses
PdP di semua sekolah.

4
2.0 Cabaran Tahap Kompetensi Guru

Dalam menuju era globalisasi pada masa kini, kita sentiasa mengharungi banyak perubahan
dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. Hampir semua bidang telah dikuasai sepenuhnya
oleh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang terdiri daripada pelbagai
peralatan atau peranti yang berfungsi sebagai medium untuk memudahkan kerja manusia.
Penggunaan TMK ini amat penting dalam pencarian maklumat, memperoleh maklumat,
menyimpan maklumat, memanipulasikan maklumat dan menyampaikannya kepada pihak lain.
Bidang Pendidikan juga tidak ketinggalan dalam arus perubahan ini. Bagi menyahut cabaran ini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2023-2025 yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik TMK,
berkemahiran dan berakhlak mulia. Bagi memperluas penggunaan TMK di sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mensasarkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah dilengkapi
infrastruktur, peralatan, perisian yang lengkap serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang
mencukupi untuk memastikan penggunaan TMK berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran.

Namun dengan beredarnya masa dan zaman kemudahan TMK dari hari ke hari dengan
wujudnya Internet, peralatan TMK yang lebih canggih dan media sosial yang turut memberi impak
yang tinggi dalam dunia Pendidikan. Pengubal Kurikulum Pendidikan di serata dunia lebih
cenderung dalam memasukkan aspek TMK ini sebagai komponen penting dalam pengaplikasian
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa pandangan yang
menyatakan bahawa penggunaan teknologi pendidikan dalam PdPc dapat meningkatkan keupayaan
akademik murid dengan memberikan murid pengalaman pembelajaran yang berpusatkan murid dan
sesuai dengan keperluan pembelajaran masing-masing (Brown Englehardt & Mathers 2016).
Sebagai seorang guru yang peka akan perubahan seharusnya menyahut cabaran ini dalam
melahirkan anak bangsa mampu juang di persada dunia. Peranan seseorang guru itu sangat penting
di mana beliau berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada para murid. Guru juga
berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan minat bakat untuk membina daya pemikiran
yang kritis dan kreatif kepada murid sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan
yang berlaku di sekeliling mereka. Guru akan dihantar ke sekolah setelah mendapat latihan di
maktab perguruan. Dalam konteks ini, seseorang guru tidak seharusnya bangga ataupun
menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga guru yang lama mengajar di
sekolah, tidak seharusnya memikirkan tahap kompetensi mereka cukup untuk mengajar murid.
Seseorang guru dianggap berjaya, jika guru itu dapat memajukan diri dalam profesionnya, tetapi isu
yang seringkali diperkatakan pada masa sekarang ialah permasalahan perkembangan profesional
terutamanya kompetensi dalam pengolahan TMK yang kurang dan berkesan di kalangan guru.
5
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (4) kompetensi membawa maksud kecekapan.
Secara terperincinya kompetensi adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Dengan merujuk kompetensi kita dapat menilai
kemampuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.
Manakala TMK membawa maksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang
berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Kompetensi TMK
membawa maksud kemahiran atau kemampuan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
maklumat. Guru -guru terutamanya guru veteran kurang berkompetensi dalam penggunaan TMK.

2.1 Permasalahan dan bukti

Rajah 1
Rajah 1 merupakan dapatan daripada kajian Talirkodi (2016) dalam soal selidik melibatkan
guru yang menunjukkan kurangnya minat di kalangan guru terhadap penggunaan TMK adalah
sangat tinggi. Ini kerana beliau mendapati rata-rata guru takut menggunakan TMK, tidak gunakan
TMK semasa PdP dan juga berpendapat penggunan TMK di dalam kelas memakan masa yang
lama. Penggunaan teknologi oleh seseorang guru adalah sangat kurang di dalam kelas. Ia mungkin
disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru terhadap
penggunaan TMK adalah terhad. Walaupun terdapat banyak usaha yang dirancang oleh kerajaan
untuk meningkatakan mutu Pendidikan ke mata dunia seperti SDG (Sustainable Development
Goal) 4 Quality Education tetapi masih ada golongan guru-guru dalam kategori kurangnya
kompetensi dalam TMK. Mereka masih menghadapi kesukaran dalam mencari dan mengenal pasti
maklumat yang dikehendaki.

6
Rajah 2

Daripada penelitian,dan kajian Talirkodi (2016) juga dapat merumuskan bahawa min 2.37
guru tidak mempunyai kemahiran atau kompetensi TMK yang mencukupi. Dalam kajian ini juga,
dapat dilihat kemahiran TMK dalam perisian seperti pemproses kata dan melayari Internet,
menggunakan peralatan TMK adalah 68% dengan min 3.36. Ia secara tidak langsung, dapat
merumuskan di sini tahap penguasaan kompetensi TMK di kalangan guru masih kurang
memuaskan. Guru-guru masih kurang berkemahiran dalam pengendalian peralatan TMK di
sekolah mahupun di tempat lain. Selain daripada itu, dapatan dari kajian Jurnal Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan
(Christina Andin) menyatakan ada guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam aspek yang
berkaitan tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Frontpage. Ini berlaku disebabkan guru-guru
kurang menggunakan perisian ini di sekolah. Secara umumnya perisian ini lebih kepada
pembinaan laman web dan guru-guru berpendapat ia tidak penting untuk diri mereka.

7
R
ajah 3
Dalam Rajah 3, hasil daripada dapatan kajian Halangan terhadap Penggunaan Komputer
dan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, Johari Bin
Hassan menyatakan masih ada 4.6 % guru yang tidak menggunakan perisian Microsoft Word untuk
menyediakan nota dan latihan kepada para murid. Dalam kajian yang sama juga, penyelidik
menyatakan 28.7% orang guru tidak pernah menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain
daripada itu, penyelidik berpendapat bahawa bentuk penggunaan TMK yang digunakan oleh guru
berada di tahap yang sederhana. Ia dimana penggunaan komputer sepenuhnya untuk komunikasi
dengan murid di dalam kelas adalah sangat terhad.

Menurut jurnal “Teaching and Learning with Technology (2015)” oleh Simin Ghavifekr
menyatakan tahap penguasaan dan kemahiran TMK di kalangan guru sangat kurang sehingga
mereka tidak dapat mengaplikasikan dalam PdP di dalam kelas. Mereka lebih menggunakan
percakapan dengan murid ataupun mencari alternatif yang mudah untuk melaksanakan PdP di
dalam kelas. Mampukah perlakuan seperti ini dapat melahiran anak bangsa yang celik TMK searah
dengan pemantapan taraf Pendidikan? Adalah menjadi tanggungjawab setiap pendidik yang kurang

8
berkompetensi dalam TMK mencari jawapan kepada persoalan ini. Terdapat banyak implikasi atau
kesan yang dihadapi oleh murid dan guru dalam mengharungi cabaran ini.

2.2 Implikasi
Permasalahan dalam perkembangan profesional yang kurang berkesan di kalangan guru
menyebabkan guru tidak dipuji ataupun dihormati di kalangan ibubapa di sekolah. Melalui bacaan
surat khabar Kosmo yang bertarikh 21 Julai 2016, bekas Timbalan Menteri Datuk P.Kamalanathan
berkata pendedahan, penguasaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan
minda kanak-kanak berkembang melalui kaedah yang lebih inovatif. Pernyataan tersebut secara
tidak langsung menerangkan bahawa guru harus melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam
kelas dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid melalui pembelajaran yang
berkesan. Tetapi masalahnya,adakah para guru menjalankan tugasan yang diterima di sekolah
dengan kadar baik?. Tugas utama seseorang guru adalah menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas, tetapi ada segelintir guru mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang guru.

Menurut Kajian Talirkodi (2016) dalam artikel hubungan motivasi guru dengan penggunaan
ict dalam pengajaran menyatakan motivasi guru dalam penggunaan TMK adalah kurang. Motivasi
seseorang guru dalam pengajaran bukan sahaja dapat membangunkan bidang perguruan malah
dapat memantapkan pengajaran di dalam kelas. Namun apa yang diperhatikan oleh pengkaji ialah
kekurangan motivasi guru dalam penggunaan TMK menyebabkan mereka tidak dapat menonjolkan
pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Masalah seumpama ini berlaku di kalangan guru kerana
kemahiran pengetahuan guru tentang penggunaan Internet adalah kurang. Mereka juga
menghadapi masalah dan kesulitan dalam mencari dan mengenal pasti sesuatu maklumat tertentu.
Guru juga mengambil masa yang lama untuk melayari Internet untuk dapatkan maklumat tentang
pembelajaran dan pengajaran disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru
takut dan malu kerana kelemahan mereka akan diketahui oleh orang lain atau orang di sekelingnya.

Pengkaji juga memberitahu kurangnya kemahiran pengetahuan dalam bidang TMK


menyebabkan seseorang guru itu tidak dapat memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dijalankan dengan lancar di dalam kelas. Guru itu menghadapi masalah dalam menyediakan
bahan bantu mengajar ataupun kuiz yang berkaitan dengan topik yang diajar di waktu
pembelajaran. Justeru perkara ini berlaku disebabkan kurangnya kompetensi dalam bidang TMK
oleh guru. Mereka tidak dapat menyediakan sesuatu bahan mengikut masa yang ditetapkan. Guru
bersikap leka dan tidak memandang serius terhadap perkara seumpama ini. Akibat daripada

9
pengetahuan dan kemahiran yang kurang dalam menggunakan teknologi, maka proses
pengendalian kelas akan menjadi lebih lama dan kadang-kala tidak boleh dijalankan. Keadaan ini
secara tidak langsung menyebabkan murid-murid di dalam kelas tidak dapat mengikuti proses PdP
pada masa yang ditetapkan. Maka tanggungjawab guru sering dipersoalkan jika keadaan
sedemikian berlaku di dalam waktu PdP.

Rajah 4

Menurut akhbar Harian Metro, Isnin, 21 Jun, 2010 guru tiada masa untuk keluarga. Guru
selalu dikelilingi dengan tugasan yang banyak di sekolah. Banyak tugasan ataupun aktiviti yang
perlu diselesaikan oleh guru selain daripada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibat
daripada tugasan yang banyak di sekolah guru tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran di dalam kelas. Mereka terpaksa tunggu sehingga sekolah tamat dan
menyediakan aktiviti ataupun rancangan pelajaran untuk keesokkan hari dan balik ke rumah. Guru
mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan bantu mengajar untuk keesokkan hari.
Pengetahuan dan kemahiran yang kurang dalam bidang TMK menyukarkan guru-guru dan kerjanya
terpaksa ditanggung ataupun lambat dihabiskan. Biasanya para guru balik ke rumah pada waktu
petang. Masa yang banyak dihabiskan di sekolah sehingga keluarganya terjejas disebabkan kurang
berada di rumah. Anak-anak yang kecil terpaksa dijaga oleh nenek ataupun saudara–maranya.

Terdapat dua kumpulan yang perlu diambil kira, iaitu guru lama (veteran) dan guru baru.
Biasanya masalah seumpama ini berlaku kepada guru lama dan guru baharu kebanyakkan sudah
10
ada pengetahuan sedia ada semasa mereka mengikuti pengajian di Maktab ataupun Institut
Pendidikan Guru. Kebanyakkan guru lama masih mengamalkan pengajaran tradisonal di sekolah.
Guru-guru tersebut masih mengamalkan pembelajaran dua hala. Guru akan salin nota di papan
putih dan murid akan menyalinnya. Tren ini masih diamalkan sehingga kini dan ia secara langsung
membosankan murid-murid di sekolah. Kanak-kanak pada masa kini terdedah dengan TMK sejak
kecil lagi. Apabila mereka melangkah kaki ke sekolah mereka mengharapkan situasi yang sama
berlaku di sekolah. Mereka mahu pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih berfokus kepada
penggunaan TMK, tetapi perilaku guru veteran ini lebih kepada pengajaran tradisional dan ia
membosankan murid-murid di kelas. Rasa ingin belajar lama-kelamaan akan berkurang di
kalangan murid. Jika ada penyediaan bahan atau aktiviti yang baik dikalangan guru maka ia akan
menaikkan minat yang tinggi di kalangan murid. Jika ada minat yang tinggi maka,murid akan
belajar dalam keadaan yang selesa, kondusif serta pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna.

Jika seseorang guru tidak bermotivasi dalam diri mereka, maka kualiti sesuatu pendidikan
yang telah dirangka dan dibangunkan tidak akan tercapai (Nor et al,2019). Guru yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang kurang dalam bidang TMK tidak mudah menerima integrasi
TMK dalam pengajaran mereka (Ravendran & Daud,2020). Apabila kesediaan guru khususnya
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap individu guru tidak memuaskan, ia secara tidak langsung
menjadi kesan yang teruk kepada guru dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
(Johansson 2017: Langan 2015; Kavita 2018)

2.3 Cadangan Penyelesaian 


Berdasarkan isu dan implikasi berkaitan tahap komptensi TMK yang telah dibincangkan di
atas, terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan TMK semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Antaranya ialah dalam jadual waktu kelas perlu diterapkan ruang dan masa untuk menggunakan
teknologi maklumat dengan baik dan cukup. Penambahbaikkan perlu diterapkan sejak dari sekolah
rendah lagi supaya guru dapat membiasakan diri dalam teknologi maklumat dan membina
keyakinan diri dan menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memainkan peranan penting
dalam membuat penambahbaikkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pihak KPM juga perlu menyediakan infrastruktur TMK yang bersepadu dan berterusan di
luar bandar dan pedalaman. Manakala guru pula, perlu berusaha menguasai kemahiran

11
menggunakan TMK agar mereka dapat mengaplikasikan dan menggunakan TMK agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

Minat untuk belajar perlu diterapkan pada diri guru itu sendiri. Minat guru-guru dalam
penguasaan teknologi secara langsung boleh mewujudkan satu asas bagi sikap guru terhadap
penggunaan TMK dalam pengajaran. Guru-guru perlu bersikap positif terhadap perkembangan
TMK. Sebagai contoh dengan penggunaan Internet ia dapat menarik minat guru secara umumnya.
Ia merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan diantara guru dengan TMK. Jika
kita meneliti secara terperinji minat guru dan pelajar perlu seimbang terhadap TMK. Boleh
dikatakan tahap minat dikalangan pelajar jauh lebih tinggi berbanding dengan tahap minat guru.

Guru juga harus menyertai webinar yang dianjurkan oleh KPM dalam meningkatkan pengetahuan
tentang bidang TMK. Hal seumpama ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan TMK malah
guru-guru dapat mempelajari kemahiran-kemahiran tentang pengajaran dan pembelajaran. Segala
idea-idea yang dibincangkan dalam webinar dapat diterapkan sebaik mungkin pada masa ke
semasa di dalam kelas.

Guru-guru perlu menimba ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus-kursus pendek yang
dianjurkan oleh badan swasta dan KPM. Dengan ini guru-guru dapat meningkatkan tahap
penguasaan dalam bidang TMK. Tambahan pula di sekolah, guru gen-Y perlu memberi tunjuk ajar
kepada guru veteran pada masa yang diperlukan. Maka kedua-dua pihak dapat mempelajari dan
guru muda pula dapat membimbing guru veteran supaya hasratnya dapat dicapai secara berterusan.
Di sekolah pula, PGB perlu menyediakan ganjaran seperti sijil untuk guru-guru yang mempunyai
kemahiran dalam bidang TMK. Ia secara tidak langsung mendorong guru-guru lain untuk cuba
menimba ilmu dalam bidang ict seperti guru-guru yang lain.

12
3.0 Cabaran Kemudahan dan Peralatan TMK

Dunia ini tidak pernah sama dan sentiasa berlaku perubahan terutama dalam bidang
teknologi. Teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan manusia di mana manusia tidak boleh
hidup tanpanya. Perubahan yang luar biasa ini sebenarnya untuk kebaikan manusia dari segi
meningkatkan taraf hidup mereka. Sama juga penggunaan teknologi atau TMK dalam pendidikan
seperti Internet, komputer dan peranti elektronik menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian
yang mana boleh mengubah dan meningkatkan mutu sistem pendidikan. Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information and Communications Technology (ICT) oleh
guru dan murid dalam pendidikan semakin meningkat di Malaysia dan dapat memberikan satu
anjakan baru dalam pengajaran dan pembelajaran (Hanapiah 2017 dalam Sihirin & Yeo 2018).
Bagi menyokong pernyataan ini, Malaysia telah mula menubuhkan beberapa Sekolah Elektronik
dan Sekolah Bestari pada tahun 2003 (Cheok 2017 dalam Sihirin & Yeo 2018).

3.1 Permasalahan dan bukti 

Penggunaan TMK memberi impak positif dalam dunia pendidikan di mana pengajaran dan
pembelajaran dapat mewujudkan persekitaran yang realistik dan interaktif serta menyeronokan
(MyMetro 2019). Hal ini, keperluan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tidak boleh dielakkan pada zaman moden ini. Persoalannya di sini adakah semua sekolah di
Malaysia mempunyai kemudahan TMK yang lengkap dan berada dalam keadaan yang baik?
Menurut kajian pengguna Internet yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC 2017, 2018, 2020) menunjukkan bahawa tempat pendidikan adalah
tempat paling kurang kerap untuk akses Internet. Hasil tinjauan kajian ini boleh dirujuk dalam
Jadual 1 di mana menunjukkan trend penurunan dalam penggunaan internet di tempat pendidikan.

Tahun Peratus %

2017 13.9 %

2018 12 %

2020 8.2 %

13
Jadual 1: Statistik Kajian Pengguna Internet

Secara realitinya, kita tidak boleh menafikan bahawa guru-guru menghadapi cabaran dalam
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sekolah adalah tempat yang
boleh akses kepada teknologi tetapi berlaku juga beberapa perkara di luar kawalan guru iaitu
infrastruktur yang buruk dan teknologi yang tidak mencukupi (Darchinie & Md Yusoff 2019).
Sekolah atau bilik darjah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap atau
berada dalam keadaan buruk boleh mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian Norazlin & Siti (2019) menunjukkan bahawa guru perlu menyediakan bahan yang kreatif,
menarik dan sesuai untuk murid dalam pengajaran mereka tetapi kemudahan yang disediakan tidak
mencukupi untuk menyokong pembelajarannya.

Kemudahan yang tidak lengkap menjadi cabaran kepada guru untuk menyediakan bahan
untuk semua kelas yang mereka ajar. Contohnya, guru terpaksa menggunakan tenaga dan masa
yang banyak untuk menyediakan bahan apabila mereka mempunyai empat atau lebih waktu dalam
satu hari. Pada masa yang sama, sekiranya sekolah mempunyai kemudahan yang lengkap boleh
membantu guru untuk memudahkan urusan mereka dalam hal ini. Jelaslah bahawa, ada sekolah
yang masih mempunyai kekangan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur teknologi yang
lengkap untuk kegunaan guru dan murid. Buktinya, aspek peralatan TMK yang lengkap hanya
menunjukkan min sebanyak 2.6 iaitu tahap sederhana dalam kajian Norfaizah & Mahizer (2019).

Seterusnya, satu kajian telah dilaksanakan terhadap penggunaan teknologi di semua Sekolah
Menengah Awam Malaysia. Dapatan kajian tersebut adalah sebanyak 76 % sekolah di Malaysia
menggunakan TMK untuk pendidikan dan guru pula menggunakan sebanyak 57 % serta
penggunaan TMK oleh murid adalah sebanyak 72%. Keputusan ini menunjukkan bahawa
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaburkan semua sekolah menengah Malaysia dengan
teknologi. Namun separuh guru masih belum capai tahap dalam penggunaan teknologi pendidikan.
Salah satu sebab yang terdapat dalam kajian ini ialah kekurangan ketersediaan teknologi dalam
sekolah-sekolah mereka (Shirin & Yeo 2018). Alat dan kemudahan TMK yang dibekalkan kepada
sekolah tidak mencukup dan kurang efisien untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah (Norazlin & Siti 2019).

Selain itu, lokasi sesuatu sekolah juga memainkan peranan dalam penggunaan TMK kerana
sekolah yang terletak di bandar berbeza dengan sekolah di luar bandar terhadap tahap
penggunaannya (Revathy 2020). Hasil dapatan temuduga dalam kajian Revathy (2020)
merumuskan bahawa kemudahan kelengkapan teknologi seperti komputer dan pembesar suara

14
dalam kuantiti yang sikit serta capaian Internet yang rendah memberi cabaran dalam penggunaan
TMK di sekolah. Penggunaan TMK oleh guru kurang dalam pengajaran dan pembelajaran apabila
peralatan seperti komputer dan projektor tidak dijaga dengan baik sebelum atau selepas digunakan
serta akses Internet yang terhad dan lambat (Darchinie & Md Yusoff 2019).

Pada waktu yang sama, pihak sekolah menyediakan komputer di mana pelajar boleh akses
di makmal komputer. Malah, guru menghadapi kesukaran untuk menempah makmal komputer
untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran (Darchinie & Md Yusoff 2019). Hal ini berlaku
kerana, hanya terdapat satu makmal komputer dan bilangan komputer juga lebih kurang 50 buah.
Sekiranya, semua guru mahu guna dalam waktu yang sama akan menyukarkan kerja penyelaras
makmal komputer. Jadi guru akan menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka untuk mengelakkan berlaku perebutannya. Menurut dapatan kajian
(Alagesan, Siti & Mohana 2020) mengatakan bahawa guru-guru tidak berpuas hati terhadap
kemudahan makmal komputer yang disediakan oleh KPM kerana ada pada tahap yang kurang
memuaskan dan proses permohonan juga ambil masa yang lambat.

Sementara itu, kelengkapan TMK yang rosak atau bermasalah tidak mendapat gantian
walaupun beberapa kali membuat laporan kerosakan akibat peruntukan dana yang kurang (Revathy
2020). Menurut kajian (Shirin & Yeo 2018) guru berasa sukar menggunakan TMK dalam kelas
yang mempunyai ramai murid. Sekolah memerlukan belanjawan tinggi untuk membeli peralatan
TMK dalam kuantiti yang banyak. Bukan setakat itu sahaja, kemudahan TMK yang sedia ada
menggunakan sistem lama yang belum dikemas kini lagi terutama di sekolah luar bandar.

Capaian internet yang kurang memuaskan menjadi satu cabaran yang dihadapi oleh guru
dan murid (Sinar Harian 2021). Dalam satu kertas perbincangan yang dilaksanakan oleh penyelidik
Khazanah Research Institute (KRI) menyatakan bahawa 96% pengguna Internet di Malaysia boleh
mendapat akses melalaui perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang tinggi pada tahun 2019 tetapi
tidak menjamin kualiti perkhidmatan kepada pengguna (Muhammad 2021). Hal ini berpunca
daripada degradasi isyarat (signal degradation) iaitu kualiti perkhidmatan terganggu apabila trafik
data dan jumlah penggguna meningkat (Muhammad 2021).

Keratan akhbar Utusan Malaysia (2022) juga membuktikan bahawa 2000 orang terutama
murid kecewa terhadap capaian Internet yang lemah apabila melakukan rujukan untuk menyiapkan
kerja sekolah. Menurut kajian (Noor & Siti 2020) guru dan pelajar mempunyai kekangan dalam
mengakses kemudahan dan juga kekurangan capaian kepada bahan. Dalam kajian beliau juga
mengatakan bahawa sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap dan murid juga tidak
mempunyai akses kepada peranti serta Internet.

15
Konklusinya, melalui kajian-kajian lepas dan analisis stastistik menunjukkan bahawa
masalah kemudahan dan peralatan TMK masih wujud sehingga kini. Dari sudut lain, penggunaan
teknologi ini patut membantu guru dalam memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta
melahirkan murid yang berfikiran terbuka dan kritis. Malah cabaran tersebut menjadi salah satu
penghalang kepada guru dan murid untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara (Darchinie &
Md Yusoff 2019).

3.2 Implikasi

Cabaran kemudahan atau peralatan TMK bukan sahaja menjadi penghalang tetapi memberi
kesan kepada guru dan murid. Capaian Internet yang terhad dan lambat mengakibatkan guru tidak
mahu menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Darchinie & Md Yusoff
2019). Hal ini disebabkan, guru perlu meluangkan lebih masa untuk menyediakan sesuatu bahan
pengajaran. Guru berasa tertekan apabila mereka tidak dapat melaksanakan apa yang mereka
rancang dengan baik. Keratan akhbar Utusan Borneo (2017) yang bertajuk membincangkan
tentang aplikasi TMK di sekolah adalah peranan guru atau beban tugas? Dalam akhbar tersebut
membincangkan guru berasa tidak puas hati kerana pengintegrasian TMK membawa kesan yang
serius kepada masa bersama keluarga agak kurang.

Tugas seorang guru bukan merangkumi pendidikan di bilik darjah sahaja semata-mata.
Mereka juga mempunyai tugas di luar waktu persekolahan di mana mereka melibatkan diri dalam
pelbagai program seperti kursus, bengkel dan sebagainya. Mereka juga perlu menyediakan alat
bantu mengajar yang kreatif dan inovatif di mana boleh menarik minat murid untuk melibatkan
mereka dengan aktif dalam pengajaran guru. Guru berasa tertekan apabila mereka tidak boleh
menyempurnakan beban tugas yang banyak dalam masa singkat atas kekangan tersebut. Ini
menyebabkan mereka perlu mengorbankan masa bersama keluarga demi memberi pendidikan yang
berkualiti kepada murid.

Di samping itu, capaian Internet yang tidak stabil dan ketiadaan alat peranti menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran sangat terbatas di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak
(Tamilmullai & Salini 2021). Menurut kajian (Norfaizah & Mahizer 2019) capaian Internet dari
segi penggunaannya menunjukkan negara Malaysia dilihat terkebelakang berbanding dengan
negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Semasa perintah kawalan
pergerakan (pkp), pengajaran dan pembelajaran terganggu apabila ramai guru dan murid
menghadapi masalah capaian internet yang agak lemah (Utusan Malaysia 2021). Ramai murid
tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran disebabkan penggunaan internet yang banyak tetapi
capaian Internet yang tidak stabil.
16
Selain itu, cabaran peralatan TMK yang tidak cukup juga menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam memperkembangkan idea untuk pengintegrasian TMK dalam pelajaran mereka
(Darchinie & Md Yusoff 2019). Walaupun ada kemudahan makmal komputer di sekolah, namun
guru perlu membuat tempahan awal untuk menggunakan makmal tersebut. Di sini guru mengambil
keputusan untuk menggunakan cara tradisional dalam bilik darjah supaya tidak merebut untuk
menempah makmal tersebut (Darchinie & Md Yusoff 2019). Kaedah ‘chalk and talk’ tidak lagi
sesuai dalam pendidikan masa kini kerana murid lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam
pengajaran dan pembelajaran guru (Anuar & Nelson 2015).

Menurut kajian (Norazlin & Siti 2019) ramai guru masih melaksanakan kaedah tradisional
yang mengakibatkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran menjadi terbantut. Oleh sebab
itu, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk menarik minat
seseorang murid dan mampu memberikan motivasi supaya mereka memberikan fokus dalam
pelajaran (Alagesan, Siti & Mohana 2020). Malah apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga
guru tidak dapat menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Cabaran
peralatan TMK menjadikan mereka kurang bermotivasi untuk menggunakan teknologi dalam bilik
darjah.

Guru yang mempunyai motivasi rendah dapat menjejaskan prestasi pembelajaran murid
(Talirkodi 2016). Bukan setakat itu sahaja, tahap murid juga akan berada pada tahap rendah
apabila mereka tidak mendapat peluang untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran
mereka. Murid berasa bosan dan sebagai guru gagal dalam tugas mereka untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang produktif. Cabaran tersebut mematikan semangat guru yang ada
kemahiran TMK tetapi tidak boleh menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru yang tidak menggunakan TMK akan dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman dan
mengakibatkan penghubungan antara guru dan murid juga tidak baik.

3.3 Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan isu dan implikasi berkaitan cabaran kemudahan dan peralatan TMK yang telah
dibincangkan di atas mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan. Cabaran ini perlu
diatasi dengan segera berdasarkan peranan semua pihak. Antara cadangan menyelesaikan isu
tersebut adalah ‘Helping Buddy’, memberi sokongan teknikal dan penghargaan, membantu
menyelenggarakan peralatan TMK, dan pemantauan berkala.

17
Cadangan pertama diajukan untuk guru adalah ‘Helping Buddy’. Semua sekolah
mempunyai beberapa panitia untuk setiap subjek yang diajar di sekolah. Melalui panitia ini, guru
boleh berkongsi idea, mengagihkan tugas dan membantu antara satu sama lain untuk menyediakan
pelbagai bahan yang berasaskan TMK. Apabila guru berkolaboratif maka mereka boleh
menyelesaikan masalah ini dengan mudah bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Guru tidak perlu meluangkan banyak masa dan mereka boleh berkongsi bahan tersebut.
Contohnya, lima guru dalam Panitia Sejarah menggunakan bahan yang sama untuk pengajaran dan
pembelajaran mereka.

Seterusnya, pihak pentadbir juga memainkan peranan dalam menyelesaikan isu tersebut.
Pentadbir perlu memberi sokongan teknikal kepada guru dengan menyediakan kemudahan atau
peralatan TMK yang lengkap. Bagi guru yang berusaha sendiri seperti menggunakan laptop,
printer, LCD projektor peribadi untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu diberi penghargaan atau pengiktirafan. Penghargaan daripada pentadbir akan membantu
untuk motivasikan guru untuk memperbaharui semangat dan mendorong guru lain menggunakan
TMK dalam pengajaran.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang proaktif dan turut berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut. PIBG membantu sekolah untuk mencari dana atau
sumbangan untuk mewujudkan budaya penggunaan teknologi seperti membeli komputer, pencetak
dan projektor. PIBG juga perlu memastikan perisian yang digunakan dalam komputer sentiasa
dikemaskini, membelikan perisian atau dashboard yang perlu dan membantu menyelenggarakan
komputer atau peralatan TMK yang rosak.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif iaitu mengeluarkan
satu surat siaran mengenai pelaksanaan modul teknologi maklumat dalam kurikulum Kebangsaan
oleh pihak luar dalam jadual waktu rasmi persekolahan di sekolah KPM pada tahun 2019. Dalam
surat siaran tersebut menekankan bahawa pihak sekolah boleh melibatkan pihak luar untuk
membangunkan kapasiti sekolah. KPM juga turut turun padang ke sekolah untuk membuat
pemantauan berkala terhadap kemudahan TMK yang disediakan di sekolah dan juga memudahkan
prosedur permohonan peralatan TMK dengan memberi peruntukan yang secukupnya.

Penggunaan TMK menjadi satu alternatif kepada kaedah pengajaran guru untuk mencapai
matlamat ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Sekolah perlu dilengkapi dengan kemudahan
atau peralatan TMK yang dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Pihak yang terlibat
perlu mengambil inisiatif untuk menyelesaikan cabaran ini dengan segera.

18
4.0 Cabaran dari aspek sikap, emosi serta kesiapsiagaan guru.
Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan akibat daripada perkembangan
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Revolusi Industri merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban
dan ketamadunan manusia (Mohamad, 2018). Peralihan dari zaman pertanian kepada zaman
perindustrian menjadikan kehidupan manusia semakin kompleks dan penuh dengan elemen daya
saing dalam bentuk yang lebih moden. IR4.0 adalah berkait rapat dengan aplikasi teknologi
moden, pengawalan maklumat dan pengenalan kepada komunikasi era moden selain pertambahan
penggunaan peranti pintar dalam kebanyakan urusan seharian manusia. Sejajar dengan itu, IR4.0
turut memberi impak terhadap dunia pendidikan di Malaysia.

Pendidikan Digital merupakan pendekatan yang mengaplikasikan teknologi digital dalam


pengajaran dan pembelajaran (Maimun Aqsha Lubis et al., 2021). Walaupun terdapat
perkembangan yang meluas dalam penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di
Malaysia sejak bermulanya pelaksanaan program Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)(2013-2025), masalah seperti kesukaran serta integrasi
teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah. Penentu utama kejayaan atau
kegagalan pelaksanaan sesuatu program mahupun dasar amatlah bergantung kepada kesediaan dan
sikap respon seseorang guru terhadap sesuatu perubahan yang berlaku dalam sesuatu institusi. Para
guru atau pendidik bukan sahaja dituntut untuk menguasai pengetahuan kandungan, malahan
pengetahuan tentang ilmu teknologi dan pedagogi turut bergerak bersama-sama dalam membina
persekitaran yang kondusif menuju pembelajaran abad ke-21 (You Eng & Choon Keong, 2019).

Namun begitu, dalam usaha untuk menerapkan Pendidikan Digital, terdapat halangan dan
cabaran serta isu-isu yang perlu dihadapi oleh para guru. Berdasarkan kepada tinjauan literatur
daripada kajian-kajian lepas, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku terhadap guru-guru
ketika ingin mengaplikasikan Pendidikan Digital dalam PdP. Pendidikan Digital merupakan
pendekatan yang mengaplikasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (Maimun
Aqsha Lubis et al., 2021). Syuhaidah Sulaiman dan Mohd Isa Hamzah (2019), menyatakan banyak
halangan yang dihadapi oleh guru dalam memartabatkan penggunaan teknologi digital misalnya
dari segi sokongan, masa dan fasiliti berkaitan teknologi. Selain daripada aspek kesediaan
prasarana seperti gadget dan pengkalan data yang kukuh, cabaran emosi serta cabaran pedagogi

turut menyumbang kepada kekangan pelaksanaan pendidikan digital dalam PdP. Persepsi guru
terhadap TMK adalah penting dalam membentuk keinginan yang baik ataupun tidak, serta dapat
membawa kepada kebaikan ataupun sebaliknya terhadap penggunaan teknologi dalam PdP.

19
Dalam kajian Sun, Strobel & Newby (2017) telah membuktikan bahawa wujudnya pengaruh
terhadap kesediaan guru dalam mempratikkan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah.

4.1 Permasalahan dan bukti


Hasil dapatan daripada kajian Zailawati Husin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber
dan Teknologi Maklumat Fakulti Pendidikan Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam
artikel bertajuk Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan seperti faktor
jantina, faktor latihan, taraf pendidikan dan faktor kemudahan komputer di sekolah.

Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaan komputer dan TMK di
kalangan guru-guru sekolah rendah di pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, dan ianya tidak merujuk
kepada sekolah-sekolah lain yang terdapat di luar Kuala Lumpur. Melalui kajian ini, 10 orang
responden telah dipilih secara rawak mudah, ia telah dijalankan ke atas 10 orang guru yang
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Rajah 5

Hasil dapatan kajian Zailawati Husin & Fariza Khalid di Rajah 1 menunjukkan taburan
responden mengikut peratus dan min dari segi kekerapan dan kaedah penggunaan semasa proses
20
PdP dilaksanakan. Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah 4.10 iaitu pada pernyataan 10, di
mana majoriti responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan pencetak (printer) untuk
kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, seramai 58.6 %
responden yang kerap menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas seperti di dalam pernyataan 5. Terdapat juga guru yang mengatakan tidak pernah
menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu seramai 4.6%.
Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 8 di mana seramai 28.7% orang guru
mengatakan tidak pernah menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 26.4% orang guru
sahaja yang kerap menggunakan CD yang dibekalkan oleh KPM untuk tujuan PdP. Nilai min
terendah juga terdapat pada pernyataan 8 iaitu 2.66. Ini menunjukkan bahawa majoriti guru tidak
kerap atau tidak pernah menggunakan CD pembelajaran untuk tujuan PdP.

Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati bahawa min keseluruhan ialah 3.17 yang
menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Terdapat enam item yang mempunyai
min melebihi dari min keseluruhan dan enam item lagi mempunyai min yang kurang dari min
keseluruhan

Rajah 6

Min tertinggi bagi Rajah 6 ialah 3.95 iaitu pada pernyataan 18. Seramai 73.6% responden
telah bersetuju bahawa mereka boleh dan mahir dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM)
dengan menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

21
Manakala 8% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Pada
pernyataan 14 pula, hanya terdapat 18.3% responden yang pandai dan mahir membaiki komputer
sekiranya mengalami kerosakan tanpa bantuan. Seramai 16.1% yang kurang pasti dan selebihnya
tidak mahir membaiki komputer sendiri sekiranya rosak, mereka bimbang jika dibaiki sendiri
kerosakan bertambah teruk. Bagi nilai min terendah pula ialah 2.20 iaitu pada pernyataan 24.
Ramai responden memberikan jawapan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai
71.2%. Manakala 9.20% responden menyatakan kurang pasti dan selebihnya bersetuju denan
pernyataan tersebut. Berdasarkan Rajah 6, nilai min keseluruhan adalah 3.01 bagi taburan
responden mengikut peratus dan min dari segi tahap kemahiran menggunakan komputer dan TMK.
Ini bermakna ia berada pada tahap yang sederhana. Terdapat tujuh item yang mempunyai min
melebihi min keseluruhan dan lapan item mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.

Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah penggunaan TMK yang digunakan oleh guru-guru
berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan komputer sepenuhnya dalam PdP untuk
berkomunikasi dengan murid-murid juga adalah berada pada tahap yang amat rendah. Guru-guru
lebih menumpukan penggunaan komputer dan ICT untuk tujuan penyediaan kertas kerja dan
pembinaan kertas soalan-soalan peperiksaan, analisa pencapaian peperiksaan murid serta
penyediaan bahan untuk RPH. Penggunaan Internet juga adalah kurang di kalangan guru-guru ini.
Mereka mengatakan alasannya kerana tahap kelajuan mengakses yang kurang pantas. Mereka perlu
menunggu pada jangka masa yang panjang atau lama untuk mengakses Internet.

Penyelidik berpendapat bahawa guru-guru harus menguasai pelbagai bentuk kemahiran


yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan moden supaya guru-guru tidak akan ketinggalan
dalam arus pemodenan atau perubahan pendidikan. Mereka tidak seharusnya menjadikan kekangan
masa ataupun sikap guru serta cabaran emosi dalam melaksanakan tugasan harian sebagai faktor
yang menghalang mereka daripada penggunaan komputer dan TMK semasa proses PdP
berlangsung. Ini disokong oleh Nasheila (2000), yang menyatakan bahawa dalam penyelidikan,
TMK boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan serta
menyebarkan maklumat pantas seperti hantaran elektronik (e-mel) atau CD-ROM untuk
melicinkankan lagi proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.

Berdasarkan hasil dapatan kajian penyelidik juga mendapati bahawa min kekerapan dan
kaedah penggunaan TMK di kalangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di pusat
bandar masih berada pada tahap yang sederhana. Mereka menyatakan bahawa kekangan masa
adalah kekangan utama mereka terhadap penggunaan komputer dan TMK semasa di dalam kelas.

22
Selain itu, min bagi tahap kemahiran di kalangan guru juga berada di tahap yang sederhana.
Ini bermakna para guru di pusat bandar kurang mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi
semasa mereka mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan TMK
atau mereka tidak berpeluang untuk mengikutinya kerana sebab dan kekangan yang timbul
disebabkan kerana faktor masa, faktor latihan, faktor sikap dan faktor tahap kemahiran. Dalam era
teknologi yang serba canggih ini, penyelidik masih mendapati ada segelintir guru yang langsung
tidak berminat untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai medium pengajaran mereka.
Mereka masih lagi mengekalkan cara lama dalam pengajaran mereka seperti “chalk and talk”.

Selain daripada itu, salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak
mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran
mereka selaras dengan paradigma dalam sistem pendidikan kini. Kebanyakan guru agak sukar
untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini
seperti menggunakan TMK dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru
biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa
yang mereka lakukan selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru
telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka,
barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Semoga semua guru, tidak kira yang
berada di pusat bandar atau di luar bandar dapat mengubah corak pengajaran dan pembelajaran
mereka supaya sistem pendidikan kita berjalan dengan lebih baik lagi.

Cabaran emosi guru-guru dalam melaksanakan tugasan harian di sekolah turut


menyebabkan kekangan untuk guru menggunakan TMK dalam pengajaran. Cabaran emosi
terutamanya stress di kalangan para guru mengakibatkan impak negatif yang tinggi di kalangan
guru untuk memperhalusi penggunaan TMK dalam proses pdp.Perguruan adalah profesion yang
sangat terdedah kepada tekanan emosi (Muhamad Fazry Bin Anuar, 2019) Tekanan emosi ini boleh
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa dan kebimbangan
dalam melaksankan tanggungjawab.

Muhamad Fazry Bin Anuar dan Noraznida Husin(2019) telah melaksanakan satu kajian
keatas faktor yang mempengaruhi tekanan emosi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Rinching di daerah Hulu Langat, Selangor.Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana data diperolehi
melalui edaran borang soal selidik. Seramai 108 orang guru terlibat sebagai responden di dalam
kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS (Statistical Package for Social
Science version 18) dengan kaedah deskriptif dan korelasi. Tiga faktor yang dikaji iaitu masalah
disiplin pelajar, bebanan tugas dan masalah kesihatan terhadap tekanan emosi.

23
Menurut Robbins (1993) tekanan emosi adalah sesuatu keadaan yang dinamik dalam mana
seseorang individu berhadapan dengan peluang, halangan atau tuntutan yang berkaitan dengan apa
yang dia inginkan dan hasilnya adalah belum pasti tetapi penting. Bagi Gmelch (1982) sama ada
tekanan itu positif atau negatif reaksinya terhadap fisiologi seseorang adalah sama. Ini kerana
tekanan menimbulkan kesan ke atas tubuh badan, mental dan fizikal.

Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan
guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran serta pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan
usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan
dan kegemilangan mutu pendidikannya (Dr.Sapora Sipon, 2007 ).

Sejak kebelakangan ini, isu yang berkaitan dengan peranan dan beban tugas guru sudah
mula dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Pentadbiran di sekolah juga semakin kompleks
hasil daripada transformasi pendidikan negara. Di samping menjalankan tugas rasmi dengan
mengajar, guru-guru juga perlu menjalankan tugas-tugas lain seperti proses pembayaran yuran
pelajar, mengendalikan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, kegiatan persatuan,
gerak kerja kokurikulum dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (Ramli,2003),
beliau menegaskan bahawa selain daripada menjalankan tugas di kelas, guru-guru juga perlu
memainkan peranan lain sebagai pemimpin dan penggerak dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Oleh kerana besarnya harapan rakyat kepada guru-guru telah menimbulkan beban yang berat
kepada guru-guru sendiri sehingga mereka tidak dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab
mereka dengan sempurna.

Berdasarkan kajian (Azlina & Sew Lee, 2008) menunjukkan faktor stress yang paling
dominan ialah faktor beban kerja. Keadaan ini menggambarkan bahawa beban tugas guru-guru di
negara kita ialah satu faktor yang paling mempengaruhi tekanan emosi guru. Menurut (Loscocco
dan Roschelle, 2001), apabila permintaan pekerjaan terlalu besar untuk dicapai oleh pekerja,
mereka dengan mudah boleh menjadi kecewa kerana mereka juga mempunyai pelbagai keperluan
yang perlu dipenuhi. Pelbagai kajian yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu juga
mendapati terlalu banyak beban kerja, masa lampau dan tuntutan yang bertentangan menyebabkan
pekerja mengalami tekanan emosi yang akhirnya akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan
mental mereka (Bacharach dan Merves, 2004). Isu tekanan kerja guru kini sering diperkatakan guru
kini dibebani kerja diluar bidang tugasnya seperti kerja -kerja perkeranian. Abang Mat Ali bin
Abang Masagus, (1998) telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah 280, 000 pendidik terpaksa
memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar.

24
Data kajian dalam Rajah 7 diperoleh hasil daripada edaran borang soal selidik kepada 108
orang guru SMK Bandar Rinching.

Rajah 7

Masalah disiplin murid murid menunjukkan nilai skor min yang tertinggi iaitu 3.7814, diikuti
dengan faktor masalah kesihatan iaitu 3.3963 dan faktor bebanan tugas dengan skor min
mencatatkan 3.5222. Walaupun tekanan emosi serta bebanan tugas masing masing menunjukkan
nilai skor min yang sederhana malah ia masih memberi impak serta cabaran yang teramat pada
guru dalam melaksanakan pelbagai tugasan utama mereka disekolah.Kegagalan guru -guru
menangani tekanan menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran serta pembelajaran. Perkara ini
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya
akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya (Dr.Sapora Sipon, 2007).

Oleh yang demikian pihak sekolah perlulah sentiasa peka dan prihatin terhadap tingkah laku
atau keadaan emosi setiap orang guru, agar jika terdapat gejala tekanan emosi dikalangan guru ia
dapat dibanteras dari awal. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh
pihak sekolah kepada para guru dalam memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental mereka
sentiasa berada dalam keadaan yang baik agar ia tidak memberi kesan kepada tugasan harian serta
prestasi para guru . Malahan para guru itu sendiri juga harus peka terhadap isu emosi mereka
dengan mengambil pelabagi langkah langkah positif agar tekanan emosi membelengu mereka dan
seterusnya memberi impak negative terhadap kesihatan diri dan mutu kerja mereka . Merujuk
kepada keratan akhbar Harian Metro kekurangan kaedah menangani stress di kalangan guru dilihat
sebagai faktor utama dalam pelaksanaan aktiviti yang dirancang (PPD Lipis, Amin Nollah
Lateh ,Harian Metro (8 Okt 2020)).

“guru perlu pandai mengimbangi emosi mereka dengan baik dalam menghadapi pelbagai
masalah dan rintangan, terutamanya dalam norma baru ketika pandemik Covid-19 ini”

25
4.2 Implikasi
Kehadiran TMK merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan profesion
keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan TMK dalam bidang
pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan
penggunaan pelbagai teknik penjagaran dan pembelajaran seperti Multimedia, simulasi serta
membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaian.

Di samping itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
teknologi maklumat. Walaupun kebanyakkan guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka
dengan persediaan menggunakan TMK dalam proses PdP, namum ramai lagi yang masih belum
sepenuhnya menggunakan TMK dalam PdP mereka. Menurut keratan akhbar Berita Harian (July
24,2020), Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-guru) Mohd Azizee Hassan, berpendapat
warga pendidik khususnya guru, perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
mengenai penguasaan dalam teknologi digital yang baharu dan menguasai ilmu berkaitan e-
pembelajaran supaya lebih senang untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Sikap keengganan serta pandangan negatif segolongan para guru dalam penguasaan TMK
perlu diubah kerana ia akan memberikan impak yang besar terutamanya kepada para murid. Parker
(2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan TMK meningkatkan minat dan
perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual,
membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid.
Perubahan-perubahan pedagogi menggunakan TMK adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002;
Fauziah Ahmad 2006). Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi TMK
mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan
pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh
dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas
kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
disediakan bagi kegunaan murid dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan
hiperteks dan hipermedia dalam TMK dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan
konstruktif. Malahan, penggunaan TMK dalam PdP turut akan menjadikan proses pencarian
maklumat lebih menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau
pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa murid dan meningkatkan tahap
penguasan sesuatu kandungan ataupun intipati pelajaran yang dipelajari.

26
 
4.3 Cadangan Penyelesaian 
Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa cadangan penyelesaian boleh digunapakai
dalam mengatasi isu tersebut. Setelah menamatkan pengajian di Institut Perguruan, universiti atau
institusi pendidikan yang berkaitan, para guru seharusya tidak menganggap mereka tidak perlu lagi
proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Ini kerana, pendidikan praperkhidmatan
keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi
prasyarat profesion keguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara
lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme
melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal, informal mahupun non-
formal. Guru akan berhadapan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar
profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik,
kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi
perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharu. Ismail dan
Subki (2010) menyenaraikan 9 Perkembangan Profesionalime guru; Pembelajaran Sepanjang
Hayat. Akses maklumat pelbagai sumber merupakan salah satu perkembangan yang disenaraikan.
Terdapat pelbagai langkah dalam menarik minat murid untuk menerima ilmu. Guru boleh
mendorong mereka dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan dengan
memberi peluang kepada murid untuk akses maklumat dari pelbagai sumber supaya pembelajaran
menjadi lebih menarik dan kondusif. Hal ini jelas membuktikan bahawa di samping menguasai isi
kandungan sesuatu mata pelajaran, guru juga mesti berusaha memantapkan dirinya dengan
menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa pengajaran dan
pembelajaran demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut boleh menjanakan bantuan kepada guru-guru
yang memerlukan sokongan serta bantuan dalam mendalami literasi TMK mereka dengan
melaksanakan pelbagai latihan dalaman serta kursus yang dapat membantu meningkatkan
kompetensi para guru dalam mendalami lagi bidang TMK. Dalam konteks ini Pusat Kegiatan Guru
(PKG) dibawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri perlu lebih proaktif dalam
membantu urus kursus -kursus yang bersesuaian mengikut keperluan para guru supaya tidak
ketinggalan arus pemodenan.Lebih banyak latihan-latihan serta PLC berasaskan TMK yang
bersesuaian serta sejajar dengan era semasa hendaklah disediakan serta dilaksanakan dari semasa
kesemasa.

Seiring dengan ini ,pada tahun lepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Google
Malaysia telah bekerjasama melatih sehingga 5,000 guru Sekolah Kebangsaan untuk menjadi

27
pendidik mempunyai Pensijilan Google yang juga sebahagian daripada Program Pensijilan
DELIMa. Google Malaysia menyokong KPM dalam menjadikan program DELIMa sebagai satu
program pembelajaran digital rasmi sejak 2019 sekali gus menjadikan Malaysia salah satu
pengguna aktif tertinggi dalam kalangan murid dan pendidik di rantau ini (Harian Metro, Ogos 2,
2021)

Merujuk petikan daripada Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010 berkaitan dengan
ucapan Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:

“Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan
guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui
kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan
golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia”

Oleh kerana TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion
keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut. Keperluan
perkembangan profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa. Selain
itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu
memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi
menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.

Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka,
positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran) Merujuk kepada Petikan Akhbar Metro ,
Oktober 8, 2020

Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Amin Nollah Lateh berkata, guru perlu pandai mengimbangi
emosi mereka dengan baik dalam menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, terutamanya
dalam norma baru ketika pandemik Covid-19 ini.

Katanya, ada guru menghadapi kesukaran untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran dalam
norma baharu.

"Malah ia turut memberi tekanan dan stres kepada guru-guru kerana ia membataskan segala
aktiviti yang dirancang sebelum ini.”

"Kekurangan latihan tentang kaedah menangani stres dalam kalangan guru dilihat sebagai faktor
menyebabkan ia menjadi ancaman utama profesion perguruan pada masa kini," katanya.

28
Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu
memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif, kreatif, inovatif,
responsif, proaktif, progresif dan produktif dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi serta
mampu menterjemah realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.

5.0 KESIMPULAN 
Oleh kerana TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion
keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran TMK ini dengan baik.
Keperluan perkembangan profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan,
para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan
berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.

Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental, sikap mahupun dari
segi fizikal. Lebih penting adalah kebolehan untuk menyatukan kemahiran-kemahiran tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan
teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara
khusus. Kita sebagai guru perlulah menguasai kemahiran TMK dengan baik. Selain itu, sebagai
seorang tenaga pengajar, guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, dan pembimbing bagi
menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru
perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukuhkan
kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam pendidikan kini.

Walau apa pun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan
tingkah laku pelajar semasa menggunakan teknologi canggih ini. Didikan agama sejak bangku
sekolah lagi penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan
agama dan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa murid-murid, maka tidak akan berlaku kesalahan
atau jenayah atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.

29
Semuanya bermula dengan guru kerana gurulah yang membina generasi masa hadapan.
Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

RUJUKAN
Akhbar Harian Metro ,Monday ,June 21,2010
Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili & Mohana Dass Ramasamy. 2020. Kemahiran Tmk
Dalam Kalangan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah. Muallim Journal Of Social
Science And Humanities 4(3): 99-114.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik 3(2).
Azahar Hashim. 2022. Penduduk Kecewa Capaian Internet Lemah. Utusan Malaysia Online, 13
Januari:https://www.Utusan.Com.My/Berita/2022/01/Penduduk-Kecewa-Capaian-Internet-Lemah/
[30 Mac 2022].
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah.2018. Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap
Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 8(1): 82-
97.
Che Rogayah Seman. (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza
Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. (Tesis Sarjana Pendidikan,
Tidak Diterbitkan). Usm, Pulau Pinang. Cheah Chee Keong, Et. Al. (2010). Amalan
Darchinie Rani Ravendran & Md Yusoff Daud. 2019. Faktor Yang Mempengaruhi Guru
Matematik Sekolah Rendah Dalam Mengintegrasikan Penggunaan Teknologi Dalam Pdpc. Jurnal
Dunia Pendidikan 1(3): 24-33.
Dr. Abdul Said Ambotang. 2017. Aplikasi Ict Di Sekolah: Peranan Guru Atau Beban Tugas?
Utusan Borneo Online, 21 Jun:
https://www.Pressreader.Com/Malaysia/Utusan-BorneoSabah/20170621/282522953464897 [31
Mac 2022].
Dr. Syed Imail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. 2015. Guru Dan Cabaran Semasa.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

30
Fazurawati Che Lah. 2019. Belajar Lebih Menyeronokan. Mymetro Online, 2 September:
https://www.Hmetro.Com.My/Bestari/2019/09/492376/Belajar-Lebih-Menyeronokkan [28 Mac
2022].
Harian Metro, Stres Atau Tekanan Boleh Meninggalkan Impak Negatif Kepada Tugas Pendidik,
Keluarga Dan Organisasi ... Disiarkan Pada: Oktober 8, 2020 @ 1:34am
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa.2016. Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah. Asia Pacific
Journal Of Educators And Education 31:115–129.
Johan Eddy Luaran, Phd, Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia, 2011.
Kajian Talirkodi (2016) Dalam Artikal Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam
Pengajaran
Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Laporan Tahunan 2012. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (Pipp) 2006-2010.
Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa
Tamil
Malaysian Communications And Multimedia Commission. 2017, 2018 & 2022. Internet Users
Survey. https://www.Mcmc.Gov.My/En/Resources/Statistics/Internet-Users-Survey [22 Mac 2022]
Mohd Amirul Bashah & Hafizhah Zulkifli, Isu Dan Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam
Penerapan Pendidikan Digital Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Ukm
Bangi, Selangor, Malaysia (3 January 2022)
Mohd Hafiz Abd Mutalib & Nur Nazlina Nadzari. 2021. Masalah Internet Lemah Terus Berlarutan.
Utusan Malaysia Online, 20 Oktober: https://www.Utusan.Com.My/Terkini/2021/10/Masalah-
Internet-Lemah-Terus-Berlarutan/ [29 Mac 2022].
Mohd Izzatul Izuan Tahir. 2021.Capaian Internet Mahih Kurang Memuaskan. Sinar Harian Online,
03 Februari: https://www.Sinarharian.Com.My/Article/122159/Edisi/Capaian-Internet-Masih-
Kurang-Memuaskan [31 Mac 2022].
Muhammad Nazhan Kamaruzuki. 2021. Kualiti Jalur Lebar Mudah Alih Dan Teras
Pembangunannya. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.
Mohd Amirul Bashah & Hafisha Zulkifli 3 January 2021, Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam
Dalam Penerapan Pendidikan Digital.
Muhammad Fazry Bin Anuar & Noraznida Harun, 2019 Proceeding of the 6th International
Conference on Management and Muamalah 2019 (ICoMM 2019)e-ISBN: 978-967-2122-XX-X
Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Emosi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Rinching, Selangor.

31
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. 2019. Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings Of The International Conference On Islamic Civilization
And Technology Management.
Norfaizah Binti Md Kamary & Mahizer Bin Hamzah. 2019. Kesediaan Guru Matematik Daerah
Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu
Pendidikan.
Noor Khairunnisa Hasmuddin & Siti Mistima Maat. 2020. Impak Dan Cabaran Pelaksanaan E-
Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan 2(3): 188-
201.
Revathy Subramanian. 2020. Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar Serta Cabaran Dan
Cadangan Penambahbaikan Di Sekolah. Prosiding Seminar Nasional Fip, Hlm 281-294.
Sarah Alia Mohamed Faisal & Nor Hafizah Adnan, Tahap Kesediaan Dan Penerimaan Guru Dalam
Mempraktikkan Penggunaan Teknologi Digital Ri 4.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pendidikan Rendah Vol. 1 No. 3 (2021): (Online Publish: 31 September 2021)
Shirin Shafiei Ebrahimi & Yeo Kee Jiar. 2018. The Use Of Technology At Malaysian Public High
Schools. Mertit Research Journal 6(3): 054-060.
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. 2018. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan
Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon Benut. Online
Journal For Tvet Practitioners.
Siti Hajar Halili (Phd) Dan Suguneswary Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi.
(2017)
Surat Khabar Kosmo Yang Bertarikh 21 Julai 2016
Surat Siaran KPM Bilangan 6. 2019. Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat Dalam Kurikulum
Kebangsaan Oleh Pihak Luar Dalam Jadual Waktu Rasmi Persekolah Di Sekolah KPM.
https://www.Moe.Gov.My/Pekeliling/2284-Surat-Siaran- Kementerian-Pendidikan-Malaysia-Bil-
6-Tahun-2019-Pelaksanaan-Modul-Teknologi-Maklumat-Dalam-Kurikulum-Kebangsaan-Oleh-
Pihak-Luar-Dalam-Jadual-Waktu-Rasmi-Persekolahan-Di-Sekolah-Kpm/File [1 April 2022].
Talirkodi A/P Vinathan. 2016. Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam
Pengajaran Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan. Proceeding Of Icecrs 1: 1043-1054.
Tamilmullai Thannimalai & Shalini Baloh. 2021. Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar
Bandar. Muallim Journal Of Social Sciences And Humanities 5(2).
Thian Jia Ling & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore.2021. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia 11(1): 45-59.
Utusan Online : Penguasan Guru Dalam Ict Diutamakan ,13 Jan 2010
Yahya Othman & Roselan Baki.2015. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan
Guru Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology
Convention.
Zailawati Husin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber Dan Teknologi Maklumat Fakulti
Pendidikan Universti Kebangsaan Malaysia (Ukm), Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Di Kalangan Guru
Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,2014. Journal Pengajaran Sumber Dan
Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan Bab 13.
32
LAMPIRAN
Lampiran 1: Pemetaan Idea
X1 X3
X2
PEMASALAHAN CADANGAN
IMPLIKASI
DAN BUKTI PENYELESAIAN
SUBTOPIK 1 Permasalahan Implikasi Kritikan terhadap
Cabaran Perkembangan profesional Kurang bermotivasi penyelesaian sedia ada
Tahap yang kurang berkesan Tahap penggunaan bahan .Penyediaan webinar TMK
Kompetensi
bantu berasaskan multimedia oleh
Guru
Bukti - Dapatan kajian adalah sederhana (SPSS) PPD/JPN/KPM.Penyertaan
Talirkodi (2016) menyokong Guru bersikap leka dalam guru mengalakkan tetapi
bahawa guru-guru SJKT di mempelajari benda baru. masih kurang memuaskan dari
daerah KMY mendapat min Beban tugas sampingan yang segi pengaplikasian dalam
2.37 dalam tidak mempunyai banyak. PDP kerana tugas lain
kemahiran ICT yang Mengamalkan pengajarn daripada pihak yang sama

33
mencukupi. tradisional perlu disiapkan jua.
Guru kurang pengetahuan ( Guru-guru veteran)
dalam penggunaan ICT dalam Cadangan penyelesaian anda
menyediakan bahan yang Bukti implikasi Penyediaan ruang dan masa
relevan (Gebremedhin, Fenta, Analisis data menggunakan untuk penggunaan TMK.
et all, 2015) perisian Statiscal For Social Minat untuk belajar perlu
Kemahiran ICT dalam Science (SPSS) Versi diterapkan dalam diri guru
perisian seperti pemproses 22.0 .Siti Aminah & Fazlinda sendiri.
kata, melayari internet dan (2018). Menyertai webinar / kursus
menggunakan peralatan ICT Keratan surat khabar kosm0 pendek
adalah 68 % dengan min 3.36 21 julai 2016 Menyediakan sijil
manakala kemahiran ICT Kajian Talikodi 2016 penghargaan atau ganjaran
dalam aspek penggunaan ( Artikal hubungan motivasi diatas peningkatan kualiti diri
perisian hamparan elektronik, guru dengan pengguna ICT Guru Gen Y menunjuk ajar
persembahan, penerbitan, dalam pengajaran guru veteran.
pangkalan data, multimedia, Harian metro ( Isnin 21,
utiliti iaitu sebanyak 11 % 2010)
dengan nilai min 2.07
(Norfaizah & Mahizier, 2019)
Jurnal penggunan teknologi
maklumat dan komunikasi
dalam kalangan guru-guru
sekolah kebangsaan
( chiristina andin, )
SUBTOPIK 2 Permasalahan Implikasi Kritikan terhadap
Cabaran Kemudahan infrastruktur Proses pdpc terganggu penyelesaian sedia ada
Kemudahan yang lemah. Lambat menghabiskan silibus RM 7.4 billion akan
dan Peralatan
Kekurangan perisian diperuntukkan oleh MCMC
TMK
komputer yang sesuai Bukti implikasi untuk khidmat jalur lebar pada
(Masood, 2003) kekurangan Melalui hasil temubual dalam tahun 2021 dan 2022 (BH
atau kelemahan dari aspek kajian Talirkodi, (2016) Online,2020)
infrastruktur ini merupakan Menghalang guru untuk
fenomena yang sering dialami menggunakan kemudahan Cadangan penyelesaian anda
dalam mengaplikasikan komputer sebagai bahan
penggunaan TMK dalam pengaplikasian dalam
proses PdP. pembelajaran
Menjadi beban kepada guru
Bukti 50 % pelajar di Sabah dan
Guru-guru SJKT di daerah Sarawak melaporkan tiada
akses internet untuk
KMY mempunyai masalah
pembelajaran secara talian
kekurangan komputer dan (BH Online,2020)

34
tidak mencukup untuk semua
murid (Talirkodi, 2016)
Guru kurang berminat untuk
menggunakan fasiliti dalam
pdpc (Carver & Ph, 2016)
Alat dan kemudahan yang
dibekalkan kepada sekolah
tidak cukup dan kurang
efisien (Norazlin & Siti,
2019)
Tahap penggunaan ICT di
kalangan guru sekolah agama
adalah pada tahap sederhanaa
(Aziz, 2013).
Kesukaran untuk
mendapatkan makmal
komputer ( Darchinie & Md
Yusoff, 2019)
Cabaran dari segi kemudahan
infrastruktur yang tidak
mencukupi ini turut disokong
oleh Bayrei (2008) dan
Dnyaneshwar (2011).
Menurut mereka, proses
pengintegrasian teknologi
maklumat dalam PdP
memerlukan prasarana yang
mencukupi seperti
kemudahan makmal
komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan teknologi
maklumat, serta penyediaan
dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi
dan lancar.
SUBTOPIK 3
Cabaran Dari
Aspek Sikap,
Emosi Serta
Kesiapsiagaa
n Guru

35
X.1 Permasalahan dan X.2 Implikasi X.3 Cadangan Penyelesaian
bukti

2.0 Permasalahan Implikasi ● Kritikan terhadap


Kompetensi Perkembangan profesional Kurang bermotivasi penyelesaian sedia ada
ICT guru yang kurang berkesan Tahap penggunaan -
bahan bantu ● Cadangan penyelesaian anda
Bukti - Dapatan kajian berasaskan ●
Talirkodi (2016) multimedia adalah ●
menyokong bahawa guru- sederhana (SPSS)
guru SJKT di daerah KMY
mendapat min 2.37 dalam Bukti implikasi
tidak mempunyai Analisis data
kemahiran ICT yang menggunakan
mencukupi. perisian Statiscal For
Guru kurang pengetahuan Social Science
dalam penggunaan ICT (SPSS) Versi
dalam menyediakan bahan 22.0 .Siti Aminah &
yang relevan Fazlinda (2018).
(Gebremedhin, Fenta, et -
all, 2015)
Kemahiran ICT dalam
perisian seperti pemproses
kata, melayari internet dan
menggunakan peralatan
ICT adalah 68 % dengan
min 3.36 manakala
kemahiran ICT dalam
aspek penggunaan perisian
hamparan elektronik,
persembahan, penerbitan,
pangkalan data,
multimedia, utiliti iaitu
sebanyak 11 % dengan
nilai min 2.07 (Norfaizah
& Mahizier, 2019)

3.0 Cabaran Permasalahan Implikasi Kritikan terhadap penyelesaian


bahan dan Kemudahan infrastruktur Proses pdpc sedia ada
peralatan yang lemah terganggu RM 7.4 billion akan diperuntukkan

36
Kekurangan perisian Lambat oleh MCMC untuk khidmat jalur lebar
komputer yang menghabiskan silibus pada tahun 2021 dan 2022 (BH
sesuai(Masood, 2003) Online,2020)
kekurangan atau Bukti implikasi
kelemahan dari aspek Melalui hasil Cadangan penyelesaian anda
infrastruktur ini merupakan temubual dalam
fenomena yang sering kajian Talirkodi,
dialami dalam (2016) Menghalang
mengaplikasikan guru untuk
penggunaan TMK dalam menggunakan
proses PdP. kemudahan komputer
sebagai bahan
Bukti pengaplikasian dalam
Guru-guru SJKT di daerah pembelajaran
KMY mempunyai masalah Menjadi beban
kekurangan komputer dan kepada guru
tidak mencukup untuk 50 % pelajar di Sabah
semua murid (Talirkodi, dan Sarawak
2016) melaporkan tiada
Guru kurang berminat akses internet untuk
untuk menggunakan fasiliti pembelajaran secara
dalam pdpc (Carver & Ph, talian (BH
2016) Online,2020)
Alat dan kemudahan yang
dibekalkan kepada sekolah
tidak cukup dan kurang
efisien (Norazlin & Siti,
2019)
Tahap penggunaan ICT di
kalangan guru sekolah
agama adalah pada tahap
sederhanaa (Aziz, 2013).
Kesukaran untuk
mendapatkan makmal
komputer ( Darchinie &
Md Yusoff, 2019)
Cabaran dari segi
kemudahan infrastruktur
yang tidak mencukupi ini
turut disokong oleh Bayrei
(2008) dan Dnyaneshwar

37
(2011). Menurut mereka,
proses pengintegrasian
teknologi maklumat dalam
PdP memerlukan prasarana
yang mencukupi seperti
kemudahan makmal
komputer, peralatan
berkaitan dengan
penggunaan teknologi
maklumat, serta
penyediaan dan
penyelenggaraan komputer
yang mencukupi dan
lancar.
-

4.0 Cabaran Permasalahan Implikasi ● Kritikan terhadap


masa & Beban kerja yang tinggi Korbankan masa penyelesaian sedia ada
emosi peribadi ● Cadangan penyelesaian anda
Bukti ●
Guru perlukan masa Bukti implikasi
tambahan luar dari masa Ramai guru tidak
kerja untuk menyediakan dapat meluangkan
persiapan atau bahan masa di rumah
(Talirkodi, 2016) (Cheah Chee
73 % responden beranggap Kheong, 2010)
bahawa memerlukan
sekurang-kurangnya sejam
tambahan setiap hari untuk
mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran mereka
(Lynne Schrum,2005)
Maklumbalas peserta iaitu
Tempoh masa yang terhad
untuk sesi pdpc, tugas
sampingan atau program
sekolah memakan masa
sesi pdp (Norazlin & Siti,
2019)

38
Contoh

X.1 Permasalahan dan bukti X.2 Implikasi X.3 Cadangan


Penyelesaian

2.0 Cabaran ● Permasalahan- ● Implikasi- ● Kritik- KPM


Teknologi Infrastruktur internet Pembelajaran tidak hanya sediakan
tidak stabil. dapat dijalankan panduan
● Bukti- Hanya 45% isi dengan berkesan. ● Cadangan-
rumah yang mempunyai ● Bukti-  67% kursus di Latihan hands
internet yang stabil Univ X mengalami on kepada guru
(Cheng, 2020) penurunan pencapaian
(Ali, 2021)

3.0 Cabaran Permasalahan : Implikasi : Program - memberi


Emosi Cabaran emosi(stress para guru Pelbagai aktiviti pembelajaran pendedahan teknik
meninggalkan impak -ve . tidak dapat dilaksanakan pengurusan emosi/stress
Bukti : dengan berkesan serta dengan bijak.
Faktor yang Mempengaruhi memenuhi target. Motivasi diri : Agar
Tekanan Emosi Guru di dapat menjalankan
Sekolah Menengah amanah dan
Kebangsaan Bandar Rinching, tanggungjawab dengan
Selangor. baik dan telus.
MUHAMMAD FAZRY BIN
ANUAR & NORAZNIDA
HUSIN

Kekurangan kaedah menangani


stres di kalangan guru dilihat
sebagai faktor ancaman utama
dalam pelaksanan aktiviti yang
dirancang ( PPD Lipis, Amin
Nollah Lateh , Harian Metro(8
Okt 2020)

4.0 Cabaran Permasalahan : Implikasi: Bukti :


Pedagogi Guru guru tidak bersiap sedia Menghalang murid daripada Kajian Izham , Jamalul
dan dalam mengharungi perubahan mengakses dan membuat dan Siti (2001) KPM
Kesiapsiaga arus permodenan serta perbincangan berkaitan diharapkan dapat
an guru perkembangan pedagogi TMK pelajaran diluar waktu menyediakan program

39
serta norma baru. persekolahan. program latihan
peningkatan ilmu dalam
Bukti : Hasil dapatan daripada bidang Teknologi
kajian Zailawati Husin & Fariza Maklumat .
Khalid Sarjana Pendidikan Cadangan :
Sumber dan Teknologi Penglibatan PKG dalam
Maklumat Fakulti Pendidikan membantu urus kursus -
Universti Kebangsaan Malaysia kursus yang bersesuaian
(UKM), dalam artikel bertajuk mengikut keperluan
Kekangan Terhadap Penggunaan para guru dan tidak
Teknologi Maklumat Dan ketinggalan arus
Komunikasi (ICT) Dalam pemodenan.
Pengajaran Dan Pembelajaran Penglibatan KPM serta
(PdP) Di Kalangan Guru Sekolah badan badan swasta
Di Wilayah Persekutuan Kuala dalam membekalkan
Lumpur latihan serta khidmat
. nasihat kepada para
guru.
Cth: Kerjasama KPM
bersama Google
Malaysia.

40
41
42
13 /1 /2010 2 /8 /2020

43
44

Anda mungkin juga menyukai